wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

INSPIRE OPTIMUS B4T4 SEJARAH

Total questions: 40

Worksheet time: 35mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut berkaitan dengan sejarah Sistem Persekutuan di Malaysia.

  • - Negeri-negeri Melayu Bersekutu

  • - Malayan Union 1946

  • - Persekutuan Tanah Melayu 1948

Apakah persamaan yang terkandung dalam sistem tersebut?

a)

Raja berkuasa mutlak

b)

Penyatuan beberapa negeri

c)

Pengukuhan undang-undang adat

d)

Majlis Perundangan Persekutuan dibubarkan

2.

Rancangan Malayan Union yang diisytiharkan dalam Warta Kerajaan dikenali sebagai Kertas Putih 6724.

Apakah yang terkandung dalam Kertas Putih tersebut?

a)

Pemulihan ekonomi Tanah Melayu

b)

Penubuhan sebuah pentadbiran mutlak

c)

Rancangan meningkatkan pelaburan asing

d)

British mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu

3.

Mengapakah kerajaan British ingin mendapatkan Sarawak daripada keluarga Brooke?

a)

Memulihkan ekonomi Sarawak

b)

Mendapat desakan kerajan British

c)

Memerlukan sumber tenaga kerja

d)

Melicinkan sistem pentadbiran

4.

Rajah 2 menunjukkan perubahan pentadbiran British selepas Perang Dunia Kedua di negara kita.

Mengapakah British melaksanakan perubahan tersebut?

PILIH DUA JAWAPAN

a)

Melicinkan pentadbiran

b)

Meningkatkan pelaburan

c)

Mengukuhkan sistem beraja

d)

Membentuk perpaduan kaum

5.

Ilustrasi 1 menunjukkan demonstrasi penduduk berkaitan penyerahan Sarawak kepada British selepas Perang Dunia Kedua.

Mengapakah poster mereka mencatatkan “We Do Not Want To Be Colonised” dan “Leburkan Koloni”?

a)

Memprotes hukuman terhadap anggota Rukun 13

b)

Bertentangan dengan Perlembagaan 1941

c)

British menindas penduduk tempatan

d)

Vyner Brooke tua dan uzur

6.

Rajah 3 menunjukkan perubahan pentadbiran di Tanah Melayu

Apakah sebab berlaku perubahan tersebut?

a)

Tuntutan pelabur asing

b)

Sokongan bukan Melayu

c)

Cadangan Raja-raja Melayu

d)

Desakan Parti Komunis Malaya

7.

Jadual berikut merujuk perkembangan pentadbiran di Tanah Melayu.


12 September 1945 -->> Pengenalan British Military Administration (BMA)


Apakah tujuan pentadbiran tersebut diperkenalkan ?

a)

Memulihkan kepercayaan rakyat

b)

Mengatasi kemerosotan ekonomi

c)

Menyekat penentangan penduduk

d)

Menghalang kemasukkan orang dagang

8.

Mengapakah tokoh berikut dihantar ke negara kita ?


• Sir Harold MacMichael

• Gerard T. MacBryan

a)

Mengubah sempadan negeri

b)

Memperkenalkan cukai baharu

c)

Memperoleh tandatangan pemerintah

d)

Melaksanakan pemerintahan demokrasi

9.

Berikut adalah faktor penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British.

  • Masalah pewarisan takhta  Desakan Kerajaan British

  • Masalah kewangan

Apakah masalah kewangan Sarawak selepas Perang Dunia Kedua?

I Lombong minyak musnah

II Ekonomi Sarawak terjejas

III Ketegangan antara kaum

IV Ancaman penyakit berjangkit

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Maklumat berikut berkaitan reaksi orang Melayu terhadap Malayan Union.

Apakah persetujuan yang dicapai dalam kongres tersebut ?

a)

Penubuhan UMNO

b)

Pembubaran Malayan Union

c)

Pemantapan kuasa Raja Melayu

d)

Penangguhan pelantikan Gabenor

11.

Bagaimanakah British melumpuhkan gerakan nasionalisme di Sabah selepas Perang Dunia Kedua?

a)

Menangkap pemimpin tempatan

b)

Menawarkan kenaikan pangkat

c)

Menggubal undang-undang

d)

Mengharamkan persatuan

12.

Gambar menunjukkan seorang tokoh nasionalis.

Apakah jasa tokoh tersebut terhadap Sarawak?

a)

Menentang peluasan kuasa asing

b)

Memajukan pendidikan anak tempatan

c)

Mempertahankan sistem pemerintahan beraja

d)

Menghalang perkembangan pengaruh komunis

13.

Apakah DUA tindakan Sir Harold MacMichael bagi mendapatkan tandatangan persetujuan Raja-raja Melayu bagi melaksanakan Malayan Union?

a)

Melakukan ugutan

b)

Menggunakan desakan

c)

Memalsukan dokumen

d)

Membentuk pakatan

14.

Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British pada 1 Julai 1946.

Mengapakah terdapat penduduk yang menyokong penyerahan tersebut?

a)

Menamatkan sistem birokrasi

b)

Mempercepat kemerdekaan

c)

Memajukan penduduk tempatan

d)

Mengekalkan pemerintahan monarki

15.

British Military Administration (BMA) di Tanah Melayu bermula pada 12 September 1945 setelah Jepun menyerah kalah.

Mengapakah British memperkenalkan sistem pemerintahan tersebut?

a)

Menentang musuh British

b)

Menentang kekejaman Jepun

c)

Memulihkan kegiatan ekonomi

d)

Memulihkan kepercayaan rakyat

16.

Kerajaan British mengisytiharkan Malayan Union pada 1 April 1946.

Apakah DUA faktor Raja-Raja Melayu menentang pelaksanaan Malayan Union tersebut?

a)

Raja-raja Melayu dipaksa meletak jawatan

b)

Raja-raja Melayu kehilangan kedaulatan dan kuasa politik

c)

Tanah Melayu menjadi jajahan mutlak kerajaan British

d)

Tanah Melayu menjadi tumpuan orang asing

17.

Apakah tujuan utama British Military Administration (BMA) ditubuhkan pada 12 September 1945?

a)

Menghapuskan pengaruh Jepun

b)

Melatih penduduk tempatan untuk mentadbir negara sendiri

c)

Mengembalikan kestabilan dan memulihkan kepercayaan rakyat

d)

Menyelaraskan semula pentadbiran selepas kekalahan Jepun

18.

Bagaimanakah bantahan Raja-Raja Melayu terhadap penentangan Malayan Union?

a)

Mengadap Ratu England

b)

Menghantar surat bantahan ke PBB

c)

Menulis bantahan dalam akhbar tempatan

d)

Membawa kes Malayan Union ke Mahkamah Tinggi England

19.

Mengapakah Raja-raja Melayu menentang pengenalan Malayan Union?

a)

Membantah pelaksanaan cukai

b)

Mengelak kemasukan imigran

c)

Menolak kemasukan budaya luar

d)

Menentang penjajahan secara mutlak

20.

Apakah faktor yang mempengaruhi penyerahan Sarawak oleh Vyner Brooke kepada British?

a)

Selaras dengan Perlembagaan 1941

b)

Vyner Brooke memungkiri janji

c)

Desakan kerajaan British

d)

British melantik Gabenor Sarawak

21.

Penubuhan Malayan Union mendapat pelbagai reaksi daripada pemimpin dan rakyat di Tanah Melayu.

Apakah reaksi daripada Raja-raja Melayu terhadap pelaksanaan tersebut?

a)

Menghantar surat bantahan ke London

b)

Berunding dengan pegawai British

c)

Meminta bantuan luar

d)

Bersedia dengan perubahan

22.

Peta berikut menunjukkan keseluruhan negeri Sabah yang telah diserahkan kepada British.

Apakah faktor penyerahan tersebut?

a)

Permintaan penduduk tempatan

b)

Masalah kewangan SBUB meruncing

c)

Dasar British dalam pentadbiran tempatan

d)

Organisasi pentadbiran dapat dimantapkan

23.

Maklumat berikut berkaitan dengan pentadbiran British di Tanah Melayu.

Tujuan Rancangan :

• Meningkatkan pelaburan ekonomi

• Mengukuhkan pertahanan

• Mengekalkan orang asing sebagai sumber tenaga

Apakah rancangan pentadbiran tersebut?

a)

Persekutuan Tanah Melayu

b)

Rancangan Briggs

c)

Suruhanjaya Reid

d)

Malayan Union

24.

Penyerahan Sarawak kepada kerajaan British telah diisytiharkan di Kuching.

Bagaimanakah impak penyerahan tersebut terhadap Sarawak?

a)

Kegiatan perdagangan terjejas

b)

Negeri menjadi tanah jajahan

c)

Sempadan wilayah berubah

d)

Sistem beraja tergugat

25.

Kongres Melayu menunjukkan kesungguhan orang Melayu menolak Malayan Union dengan sokongan Raja-raja Melayu. Apakah bukti sokongan tersebut?

a)

Memberi bantuan kewangan

b)

Meluluskan penubuhan kongres

c)

Memastikan sokongan British

d)

Mendapatkan bantuan luar

26.

Senarai berikut menunjukkan pertubuhan yang menentang penyerahan Sarawak kepada kerajaan British.

Kesetiaan Muda Matu

• Pergerakan Pemuda Melayu

• Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak

Apakah DUA bentuk penentangan tersebut?

a)

Mengadakan demonstrasi

b)

Menghantar surat bantahan

c)

Melancarkan pemberontakan

d)

Memulau pentadbiran British

27.
  1. British Military Administration (BMA) merupakan pentadbiran tentera di Tanah Melayu yang bermula pada 12 September 1945. Apakah peranan pentadbiran tersebut?

a)

Menangani demostrasi penduduk

b)

Menghalang kemasukan penjajah

c)

Memulihkan kepercayaan rakyat

d)

Melatih penduduk tempatan

28.
  1. Maklumat berikut berkaitan dengan penyerahan Sabah.

  2. Mengapakah penyerahan tersebut dilakukan?

  3. Kedudukan yang strategik

    1. Kekayaan bahan mentah

      1. Kawasan pasaran utama

        1. Kemajuan sistem prasarana

a)
  1. Kedudukan yang strategik

b)
  1. Kekayaan bahan mentah

c)
  1. Kawasan pasaran utama

d)
  1. Kemajuan sistem prasarana

29.

Apakah bentuk bantahan Raja-raja Melayu terhadap Malayan Union?

a)

Menyokong Kongres Melayu

b)

Menulis dalam akhbar

c)

Mengutuk Malayan Union

d)

Menghadiri upacara perlantikan Gabenor

30.

Mengapakah Rukun 13 ditubuhkan?

a)

Menyokong penyerahan Sarawak

b)

Mempertahankan hak penduduk

c)

Memelihara kesucian agama Islam

d)

Menghapuskan pegawai tinggi British

31.
  1. Apakah tujuan pengenalan sistem pentadbiran tersebut?

a)
  1. Mengembalikan kuasa raja

b)
  1. Melatih rakyat menjadi tentera

c)
  1. Menyatukan pentadbiran negeri

d)
  1. Memulihkan kepercayaan rakyat

32.

Mengapakah Syarikat Borneo Utara British (SBUB) bertindak menyerahkan Sabah kepada kerajaan British?

a)

Desakan British

b)

Menjalin kerjasama

c)

Memberi keuntungan

d)

Kekurangan dana

33.

Mengapakah perkhidmatan British Military Administration (BMA) ditamatkan oleh British?

 

a)

Ketegangan hubungan antara pelbagai kaum

b)

Kemasukan pengaruh komunis ke Tanah Melayu

c)

Kekurangan sokongan daripada penduduk pribumi

d)

Ketidakupayaan menangani masalah di Tanah Melayu

34.

Sebagai rakyat patriotik, mengapakah anda menentang Malayan Union?

 

a)

Memulihkan perpaduan kaum

b)

Membawa masuk golongan imigran

c)

Membentuk perjajahan secara mutlak

d)

Membantut kemajuan ekonomi negara

35.

Gambar menunjukkan tentera Jepun menyerahkan pentadbiran Tanah Melayu kepada British Military Administration (BMA).

Bagaimanakah BMA mengembalikan keamanan Tanah Melayu?

I          Membubarkan MPAJA

II         Membanteras kegiatan jenayah

III        Mengampunkan anggota komunis

IV        Menyerang saki baki tentera Jepun

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

36.

Orang Melayu menentang Malayan Union dengan mengganggap Malayan Union sebagai "Hari Kematian".

Bagaimanakah mereka menunjukkan penentangan tersebut?

a)

Memakai songkok lilitan putih

b)

Meniupkan semangat jihad

c)

Memboikot kuasa Barat

d)

Mengangkat senjata

37.

Gambar berikut merupakan pegawai British (Sir Harold MacMichael) yang tiba di Tanah Melayu pada 11 Oktober 1945.

Apakah peranan pegawai tersebut?

a)

Mewujudkan pentadbiran yang licin

b)

Mendapatkan tandatangan sultan

c)

Menghapuskan pengaruh komunis

d)

Memulihkan kepercayaan rakyat

38.

Datu Patinggi Abang Haji Abdillah telah menentang penyerahan Sarawak kepada British.

Apakah DUA sebab beliau menentang penyerahan tersebut?

a)

Berjuang mempertahankan pentadbiran tradisional

b)

Menolak sistem pentadbiran British

c)

Bertentangan dengan Perlembagaan 1941

d)

Mengetepikan surat wasiat Charles Brooke

39.

Rajah berikut merupakan cara bantahan Raja-raja Melayu terhadap Malayan Union


Apakah X?

a)

Membawa kes Malayan Union ke England

b)

Memimpin gerakan penentangan

c)

Memulau perlantikan Gabenor

d)

Membantah hasrat rakyat

40.

Mengapakah British Military Administration (BMA) mengarahkan MPAJA menyerahkan senjata kepadanya pada 1 Disember 1945?

a)

Mengurangkan tekanan rakyat

b)

Menolak kepercayaan rakyat

c)

Memantapkan perjuangan

d)

Memulihkan keamanan