wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 8 FRASA NAMA

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah frasa nama yang terbina daripada Inti + Penerang bukan nama?

i. Beg plastik iii. Harimau belang

ii. Susu pekat iv. Cinta suci

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

2.

Yang manakah ayat yang mengandungi frasa nama yang terdiri daripada dua penerang?

a)

Pihak Majlis daerah bertindak membersihkan taman permainan itu.

b)

Klinik itu ditutup pada setiap hujung minggu dan pada hari perayaan.

c)

Ibu itu menjual karipap kentang kari sardin di pasar malam setiap hari.

d)

Haiwan yang selalu mengganggu pengunjung taman rekreasi itu telah ditangkap.

3.

Dalam ayat manakah frasa nama berfungsi sebagai objek?

a)

Peniaga itu berjual kuih-muih di bahu jalan.

b)

Dia telah mewakafkan rumah teres dua tingkat miliknya.

c)

Encik Kamarul gemar berpakaian hitam sejak dia muda lagi.

d)

Dia disanjung kerana banyak berjasa kepada anak-anak kampungnya.

4.

Penerang nama dalam binaan frasa nama di atas terdiri daripada penerang

a)

jenis dan muasal

b)

penyambut dan jenis

c)

perkara dan jenis

d)

kegunaan dan muasal

5.

Ayat yang manakah yang mengandungi frasa nama sebagai penerang?

a)

Kereta lama itu tersadai di tepi jalan besar.

b)

Kedua-dua pengusaha itu berjaya dalam perniagaan mereka.

c)

Mereka sentiasa berjuang dengan semangat yang benar-benar kental.

d)

Kakitangan awam digalakkan untuk berbaju batik tempatan dalam majlis rasmi.

6.

Yang manakah ayat yang mengandungi frasa nama yang menjadi unsur bagi frasa sendi nama?

a)

Abang ada dua buah kereta mewah.

b)

Dia jarang-jarang sekali pulang ke kampung halaman.

c)

Adik bongsunya merupakan usahawan yang amat berjaya.

d)

Annuar membeli kereta untuk memudahkannya ke pejabat.

7.

Padanan contoh yang manakah yang betul bagi binaan frasa nama seperti dalam jadual ini ?

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

8.

Yang manakah frasa nama yang susunannya menepati Hukum D - M?

i. Inspektor Polis iii. Speaker Timbalan

ii. Laksa Kuala Perlis iv. Goreng keledek

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

9.

Ayat yang manakah mengandungi frasa nama yang binaannya seperti di atas ?

a)

Dia melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi.

b)

Penceramah itu menjawab soalan peserta dengan pantas dan tepat sekali.

c)

Kedai Computer Centre itu menjual banyak komputer riba ciptaan tercanggih.

d)

Jurukamera itu memfokuskan lensa kameranya ke kaki gunung yang indah itu.

10.

Dalam ayat yang manakah kata adjektif menjadi penerang dalam binaan frasa nama?

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

11.

Ayat yang manakah yang mengandungi frasa nama yang binaannya menyalahi hukum D - M?

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

12.

Ayat manakah yang mengandungi frasa nama yang menjadi unsur dalam frasa sendi nama?

a)

Orang tua saya masih sihat.

b)

Pemain bola sepak itu menanduk bola.

c)

Pinggan mangkuk itu masih belum dicuci lagi.

d)

Abangnya menjadi pengarah urusan sejak tahun lalu

13.

Yang manakah ayat yang pelengkapnya terdiri daripada frasa nama?

a)

Rombongan pengantin lelaki bermalam di rumah jiran saya.

b)

Dia memperoleh data itu melalui kajian lapangannya sendiri.

c)

Mereka makan ikan bakar di restoran yang terkenal di bandar itu.

d)

Ketika ditemui oleh polis badan penjenayah itu berlumuran darah

14.

Ayat manakah yang menggunakan frasa nama binaan Inti + Penerang Nama (muasal)?

a)

Budak itu amat tidak gemar berbaju kemeja.

b)

Tudung kain kapas amat selesa dipakai ketika cuaca panas.

c)

Ikan haruan ternak lebih murah daripada ikan haruan sungai.

d)

Durian kampung harganya lebih murah daripada durian D 24.

15.

Frasa nama yang manakah yang mengalami kekecualian hukum D - M?

i. ibu sawat iii. Jentera pendingin

ii. serbuk kari iv. Penolong penyelia

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv