wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz SBLS3023 Terjemahan Sastera

Total questions: 20

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Kenal pasti strategi terjemahan budaya yang dikemukakan oleh Davies (2003) dalam konteks berikut:

Teks Sumber: Every year, Harry was left behind with Mrs. Figg, a mad old lady who lived two streets away. Harry hated it there. The whole house smelled of cabbage and Mrs. Figg made him look at photographs of all the cats shed ever owned. (JK Rowling, 1997, Harry Potter and the Sorcerer’s Stone, hal. 22)

Teks Sasaran: Setiap tahun, Harry akan ditumpangkan di rumah Puan Figg, seorang perempuan tua gila yang tinggal tidak jauh dari rumah mereka. Harry tidak suka berada di rumah perempuan tua itu. Rumahnya tidak ubah seperti tempat pembuangan sampah dan Puan Figg selalu memaksanya melihat gambar-gambar foto dia dengan kucing-kucingnya. (JK Rowling, 2002, Harry Potter dengan Batu Hikmat, hal. 23)

a)

Pengekalan

b)

Globalisasi

c)

Transformasi

d)

Lokalisasi

2.

Kenal pasti strategi terjemahan budaya yang dikemukakan oleh Davies (2003) dalam konteks berikut:

Teks Sumber: His aunt was back outside the door.

"Are you up yet?" she demanded.

"Nearly," said Harry.

"Well, get a move on, I want you to look after the bacon. And don't you dare let it burn, I want everything perfect on Duddy's birthday." (JK Rowling, 1997, Harry Potter and the Sorcerer’s Stone, hal. 19)

Harry groaned.

Teks Sasaran: Mak ciknya sudah kembali berdiri di luar pintu.

"Kamu belum bangun lagi?" herdik wanita itu.

"Nak bangunlah ni," jawab Harry.

"Jadi, cepatlah! Tengokkan daging yang mak cik goreng di dapur. Awas, jangan sampai hangus. Mak cik mahu semuanya sempurna pada hari ulang tahun Duddy hari ini."

Harry mengeluh. (JK Rowling, 2002, Harry Potter dengan Batu Hikmat, hal. 20)

a)

Transformasi

b)

Lokalisasi

c)

Penambahan

d)

Pengguguran

3.

Kenal pasti strategi terjemahan budaya yang dikemukakan oleh Davies (2003) dalam konteks berikut:

Teks Sumber: The escape of the Brazilian boa constrictor earned Harry his longest-ever punishment. (JK Rowling, 1997, Harry Potter and the Sorcerer’s Stone, hal. 31)

Teks Sasaran: Kejadian ular sawa telepas dari zoo menyebabkan Harry terpaksa menanggung hukuman kurungan yang paling lama. (JK Rowling, 2002, Harry Potter dengan Batu Hikmat, hal. 32)

a)

Pengekalan

b)

Pengguguran

c)

Penambahan

d)

Modulasi

4.

Kenal pasti strategi terjemahan budaya Davies (2003) berikut:

Teks Sumber: At that moment the telephone rang and Aunt Petunia went to answer it while Harry and Uncle Vernon watched Dudley unwrap the racing bike, a video camera, a remote control airplane, sixteen new computer games, and a VCR. (JK Rowling, 1997, Harry Potter and the Sorcerer’s Stone, hal. 22)

Teks Sasaran: Pada ketika itu juga, telefon berdering. Mak Cik Petunia menjawab telefon sementara Harry dan Pak Cik Vernon memerhatikan Dudley membuka bungkusan basikal lumbanya, sebuah kamera video, kapal terbang kawalan jauh, enam belas permainan komputer baru, dan perakam video. Dia sedang mengoyakkan bungkusan sebuah jam tangan emas ketika Mak Cik Petunia kembali daripada menjawab telefon dengan wajah yang marah dan cemas. (JK Rowling, 2002, Harry Potter dengan Batu Hikmat, hal. 22)

a)

Pengguguran

b)

Penambahan

c)

Pengekalan

d)

Lokalisasi

5.

Kenal pasti kategori budaya Peter Newmark dalam contoh berikut:

hors d'oeuvre, sup, pembuka selera (appetizer), salad, hidangan utama, pencuci mulut (dessert),  pencuci mulut bersaiz kecil (mignardise), petit four

Apakah kategori budaya yang diperihalkan dalam teks di atas?

a)

budaya sosial (kemasyarakatan)

b)

organisasi, adat resam, tatacara, konsep, kegiatan

c)

artifak budaya

d)

ekologi

6.

Kenal pasti kategori budaya Peter Newmark dalam contoh berikut:

hutan khatulistiwa, hutan hujan tropika, hutan montana, hutan monsoon, hutan pantai, hutan paya gambut, hutan paya laut, hutan Ericaceous

Apakah kategori budaya yang diperihalkan dalam teks di atas?

a)

artifak budaya

b)

ekologi

c)

organisasi, adat resam, tatacara, konsep, kegiatan

d)

budaya sosial (kemasyarakatan)

7.

Teks Sumber: Aida served us a spread of Scottish traditional feast, including savory haggis alongside scrumptious shortbread, cranachan and tatties scones when we visited her in Edinburgh last month.

Teks Sastera: Aida menjamu kami dengan makanan tradisi orang Scotland semasa kami menziarahinya di Edinburgh bulan lepas. Antara makanan yang dihidangkan oleh Aida, termasuklah haggis yang menyelerakan, biskut shortbread, cranachan (sejenis pudding yang diperbuat daripada krim putar, buah raspberi dan empingan oat)  dan skon tatties (mengandungi lobak dan ubi kentang yang dilenyek). Haggis dibuat daripada bahagian dalaman kambing biri-biri seperti hati, limpa, jantung, lidah, dan otak yang kemudiannya direbus bersama rempah ratus sebelum disumbat ke dalam usus kambing biri-biri dan dimasak.

Dalam konteks di atas, penterjemah berhadapan dengan aspek _____________________ yang terkandung dalam budaya teks sumber. Aspek ini sukar untuk diterjemahkan disebabkan perbezaan budaya yang tidak difahami oleh masyarakat teks sasaran.

a)

organisasi, adat resam, tatacara, konsep, kegiatan

b)

budaya sosial (kemasyarakatan)

c)

unsur budaya khusus (culture-specific concepts)

d)

ketakbolehterjemahan linguistik

8.

Teks Sumber: The house was wrapped in mystery.

Teks Sasaran: Rumah itu diselubungi dengan misteri.

Kaedah terjemahan yang digunakan oleh penterjemah dalam teks di atas lebih tertumpu kepada pengekalan bentuk dan kandungan yang terkandung dalam mesej. Bentuk terjemahan ini lazimnya memperlihatkan penggunaan struktur, sintaks, tatabahasa dan leksikal bahasa sumber dalam teks sasaran.

Apakah pendekatan terjemahan yang digunakan oleh penterjemah tersebut?

a)

formal

b)

metafrasa

c)

dinamik

d)

imitasi

9.

Teks Sumber: The castle with its fascinating past intrigued the visitors.

Teks Sasaran: Para pengunjung tertarik dengan sejarah masa lampau istana kota yang mengagumkan itu.

Kaedah terjemahan yang diupayakan oleh penterjemah dalam petikan di atas lebih menekankan aspek mesej atau warta yang diterima oleh khalayak penerima. Yang penting untuk diterjemahkan ialah makna dan bukannya bentuk tatabahasa. Kaedah ini juga  menetapkan bahawa penterjemah perlu menghasilkan terjemahan yang sejadi atau kelihatan asli. Keterbacaan teks sasaran sangat diutamakan berbanding dengan pengekalan struktur tatabahasa bahasa sumber.

Apakah kaedah yang digunakan oleh penterjemah tersebut?

a)

metafrasa

b)

imitasi

c)

dinamik

d)

formal

10.

Teks Sumber: In her book, she invested the animals with human attributes.

Teks Sasaran: Dia memberikan sifat manusia kepada watak haiwan dalam bukunya.

Dalam contoh di atas, menurut __________________ penterjemah telah berjaya menterjemahkan kandungan dan nilai teks sumber dengan selengkap-lengkapnya ke dalam bahasa sasaran sehingga produk yang terhasil kelihatan hidup.

a)

Alexander Tytler

b)

Roger Bell

c)

Etienne Dolet

d)

Cicero

11.

Kenal pasti kepentingan terjemahan dalam konteks berikut:

Satu masa dahulu, terjemahan kerap digunakan dalam pengajaran bahasa.  Hal ini dapat dilihat di luar negara apabila pengajaran bahasa di sekolah menengah di kebanyakan negara dari hujung kurun ke-18 hingga dekad 1960-an menguna pakai kaedah ‘grammar-translation’  dan melatih pelajar yang belajar bahasa asing untuk meneliti tatabahasa dan struktur bahasa asing.

a)

Menyebarluaskan ilmu, idea atau maklumat baharu ke luar

b)

Membantu pengajaran bahasa

c)

Membolehkan komunikasi sejagat berlaku

d)

Merangsang perkongsian dan penghayatan karya sastera oleh masyarakat teks sasaran

12.

Kenal pasti kepentingan terjemahan dalam konteks berikut:

Buku bersiri Harry Potter, tulisan J. K. Rowling telah diterjemahkan ke dalam 80 bahasa.

Karya pengarang Itali, Carlo Collodi,  The Adventures of Pinnochio (1883), telah diterjemahkan ke dalam 260 bahasa.

Karya Hans Christian Andersen, The Andersen’s Fairy Tales (1835-1852), telah diterjemahkan ke dalam ke dalam 129 bahasa.

a)

Membolehkan komunikasi sejagat berlaku

b)

Mempengaruhi pemikiran sesuatu bangsa

c)

Merangsang perkongsian dan penghayatan karya sastera oleh masyarakat teks sasaran.

d)

Menyebarluaskan ilmu, idea atau maklumat baharu ke luar

13.

Yang manakah antara berikut BENAR tentang terjemahan sastera?

I Terjemahan sastera memberi peluang kepada penterjemah berkongsi proses kreatif yang berlaku.

II Terjemahan teks kreatif membolehkan penterjemah menikmati keseronokan estetik untuk  menghasilkan semula karya kreatif besar dalam bahasa baharu untuk khalayak sasaran.

III Terjemahan sastera tidak melibatkan terjemahan karya sastera bukan kreatif seperti makalah berkenaan sastera, kritikan dan ulasan sastera.

IV Tidak seperti terjemahan profesional yang mengetengahkan nama penterjemah dengan memberi kredit kepada nama penterjemah dalam teks terjemahan, terjemahan teks sastera tidak menyerlahkan nama penterjemah.

a)

I dan II sahaja

b)

I dan III sahaja

c)

II dan III sahaja

d)

I, II, III dan IV sahaja

14.

Ilmu Kejadian atau Hikayat Ilmu Kejadian (1887), Kejadian Seluruh Anggota (1891), Urip Waras (1891), Ilmu Peladang (1892, Ilmu Dunia dan Hikayat Tanah-tanah Besar Melayu dan Pulau Perca

Judul terjemahan yang disenaraikan ini merupakan antara karya yang diusahakan oleh ________

a)

Abdullah Munshi

b)

Tun Sri Lanang

c)

Syed Mahmud Abdul Kadir al-Hindi

d)

Muhammad Ibrahim Munsyi

15.

Badan X yang diasaskan oleh Dato’ Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak dan Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi  telah berusaha untuk memperbanyak dan meningkatkan mutu buku ilmu pengetahuan dalam bahasa Melayu.   Badan ini  bertanggungjawab memastikan bahawa “… mana-mana surat yang dihantar dengan menggunakan bahasa Inggeris terlebih dahulu diterjemahkan kepada bahasa Melayu.” Badan ini juga banyak menterjemah buku daripada bahasa Inggeris dan bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu, khususnya untuk hal pentadbiran dan kegunaan umum.

Bilakah Badan X ini ditubuhkan?

a)

1818

b)

1874

c)

1886

d)

1925

16.

Abdullah Munshi (1796 – 1854) merupakan antara tokoh awal yang  merakam kegiatan terjemahan dalam alam Melayu.

Apakah nama karya Abdullah Munshi yang mengupas hal terjemahan?

a)

Hikayat Abdullah

b)

Kisah Pelayaran Abdullah Ke Mekah

c)

Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan

d)

Hikayat Dalilah dan Daminah

17.

Siput, maulana, rumah, pemukul besi, djuru tulis, menjurat, mencuri, saudara,hari, kail, mendikai, beras, tumit, kembili, kerbau, dian, lilin, api, asap, mutiara, djermin, sisir,mata, lidah, langit, dan sebagainya

Senarai perkataan dalam petikan ini ditemukan dalam senarai kosa kata yang dihasilkan oleh _____ pada tahun 1521.

a)

Ferdinand Magellan

b)

Man La Jia Gua Yi Yu

c)

Frederick De Houtman

d)

Antonio Pigafetta

18.

X mengandungi makna dan boleh hadir dalam unit yang paling kecil, umpamanya, “Oh!”, “Eh” atau “Oi”. X juga boleh diterhasil dalam ayat yang lengkap, seperti “Sudah lima hari saya tidak mencuci pakaian.” X juga boleh hadir dalam bentuk teks yang lebih panjang, misalnya buku teks “Terjemahan Sastera.”

X dalam konteks di atas merujuk

a)

Wacana

b)

Ujaran

c)

Unit Terjemahan

d)

Teks

19.

X dihasilkan oleh penterjemah dan mempunyai peranan dalam konteks sosio-budaya bahasa sasaran. X ialah

a)

Teks

b)

Wacana

c)

Produk Terjemahan

d)

Proses Menterjemah

20.

Perkataan ‘translation’ dalam bahasa Inggeris berasal daripada bahasa Latin, iaitu

a)

translatarum

b)

traduttore

c)

translatio

d)

terjumah