wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

EKONOMI TINGKATAN 4

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan manakah yang betul tentang sumber ekonomi?

a)

Tanah merupakan sumber yang diekstrak dari bumi dan lautan

b)

Modal mempunyai penawar yang terhad yang menyebabkan harganya meningkat secara berterusan

c)

Buruh merupakan individu yang menggabungkan faktor pengeluaran untuk menghasilkan output

d)

Usahawan adalah individu yang memberikan hasil pengeluaran secara produktif sama ada secara fizikal dan mental. 

2.

Apakah tujuan firma membuat pilihan apabila mengeluarkan sesuatu keluaran?

a)

Memenuhi kehendak manusia

b)

Meminimumkan kos pengeluaran

c)

Mengurangkan masalah pembaziran

d)

Memaksimumkan kepuasan pengguna

3.

Penerangan yang manakah betul?

 

 

a)

Usahawan:

Input yang menyumbang tenaga dalam proses pengeluaran

b)

Buruh:

Individu yang berperanan menghasilkan output maksimum

c)

Modal:

Alat ciptaan manusia yang mempunyai mobiliti tinggi

d)

Tanah:

Sumber yang penawarannya tidak terhad

4.

Maklumat berikut berkaitan dengan satu sumber ekonomi.


Berperanan menyelaraskan faktor pengeluaran bagi menghasilkan barangan.

Sumber di atas haruslah

a)

memiliki kemahiran professional

b)

mempunyai mobiliti geografi

c)

menerima faedah yang tinggi

d)

mampu menghadapi risiko

5.

Masalah bagaimana hendak dikeluarkan merujuk kepada

a)

teknik pengeluaran yang digunakan

b)

corak agihan pendapatan

c)

jenis barang yang hendak dikeluarkan

d)

kuantiti barang yang hendak dikeluarkan

6.

Pilih pasangan yang betul.

 

 

a)

Apa yang hendak dikeluarkan -

Diselesaikan dengan tujuan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

b)

Berapa yang hendak dikeluarkan -

Dikeluarkan melalui penggabungan faktor pengeluaran secara optimum

c)

Bagaimana hendak dikeluarkan -

Diselesaikan melalui corak agihan pendapatan

d)

Untuk siapa dikeluarkan -

Dikeluarkan bergantung kepada harga relatif faktor pengeluaran

7.

Mengapakah sistem ekonomi pasaran bebas lebih baik daripada sistem ekonomi perancangan pusat?

a)

Sumber diagihkan secara adil

b)

Keseimbangan agihan pendapatan

c)

Pengeluaran barang berskala besar

d)

Kecekapan dalam penggunaan sumber

8.

Pernyataan manakah yang betul tentang ekonomi islam?

a)

Individu bebas memiliki sumber kekayaan

b)

Pengeluar mengeluarkan barangan untuk memperoleh keuntungan

c)

Wujud persaingan yang adil dalam kalangan pengeluar dalam ekonomi

d)

Merupakan gabungan pelbagai ciri kebaikan sistem pasaran bebas dan ekonomi kawalan kerajaan.

9.

Pernyataan yang manakah betul tentang penyelesaian masalah berkaitan dengan penggunaan teknik pengeluaran dalam sistem ekonomi kapitalis?

a)

Maksimum untung melalui pengurangan kos dengan bantuan subsidi

b)

Mekanisme pasaran mempengaruhi pemilihan intensif buruh atau modal

c)

Pengeluaran barang ekonomi dan awam berdasarkan permintaan pasaran

d)

Pemilihan kaedah yang cekap dengan mengambil kira kesan luaran negatif

10.

Pernyataan manakah yang merujuk kepada “untuk siapa barang itu dikeluarkan”?

a)

Pemilihan pihak yang akan mengagihkan barang itu

b)

Penentuan golongan yang akan mengeluarkan barang itu

c)

Penentuan golongan yang akan menggunakan barang itu

d)

Pemilihan pihak yang akan memasarkan barang itu

11.

Antara berikut yang manakah menerangkan tentang hukum permintaan?

a)

Apabila harga barang meningkat, permintaan barang akan meningkat

b)

Apabila harga barang menurun, maka permintaan barang akan menurun

c)

Apabila harga barang meningkat, maka permintaan barang akan menurun

d)

Apabila permintaan barang meningkat, maka harga barang akan turun

12.

Dalam ekonomi, permintaan pasaran ditakrifkan sebagai

a)

kuantiti barang yang diminta oleh semua pengguna dalam pasaran pada pelbagai tingkat harga dalam tempoh masa tertentu

b)

kuantiti barang yang diminta oleh individu pada pelbagai tingkat harga dalam tempoh masa tertentu

c)

kuantiti barang yang diminta oleh pengeluar dalam tempoh tertentu pada tingkat harga tertentu

d)

Kuantiti barang yang diminta oleh semua pengguna dalam pasaran

13.

Pernyataan manakah yang betul tentang permintaan berkesan?

a)

Kehendak yang tidak terbatas

b)

Minat terhadap sesuatu barang

c)

Keperluan yang mesti dipenuhi

d)

Keinginan yang mampu dimiliki

14.

Apakah maksud penawaran pasaran?

a)

Kuantiti barang yang dikeluarkan oleh sebuah firma dalam pasaran

b)

Kuantiti barang yang dikeluarkan oleh seseorang individu dalam pasaran

c)

Kuantiti barang yang dikeluarkan oleh semua firma dalam pasaran pada suatu tingkat harga dalam tempoh masa tertentu

d)

Kuantiti barang yang dikeluarkan oleh semua individu dalam pasaran pada suatu tingkat harga dalam tempoh masa tertentu

15.

Penawaran akan meningkat apabila .......

a)

kerajaan mengenakan cukai terhadap input pengeluaran

b)

pengeluar menurunkan harga untuk memaksimumkan jualan

c)

musim tengkujuh nelayan tidak dapat turun ke laut

d)

mesin-mesin sedia ada digunakan dalam pengeluaran

16.

Selain daripada harga barang itu sendiri, faktor manakah yang menyebabkan penawaran bertambah?

a)

Perkembangan dalam teknologi

b)

Perubahan agihan pendapatan

c)

Pertambahan penduduk

d)

Perubahan cita rasa

17.

Peningkatan jumlah rumah di Johor Bahru menyebabkan permintaan tukang cat dan tukang paip meningkat. Situasi ini menunjukkan

      

a)

konsep barang pengganti

b)

konsep barang penggenap

c)

konsep keseimbangan pasaran

d)

konsep keanjalan harga permintaan

18.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan satu situasi di pasaran ikan. " Laut bergelora dengan ombak setinggi 4 meter dijangka berterusan sehingga minggu depan. Keadaan ini amat berbahaya kepada bot-bot nelayan." Apakah kesan terhadap pasaran ikan?

a)

a. Harga turun dan kuantiti bertambah

b)

b. Harga naik dan kuantiti berkurang

c)

c. Harga naik dan kuantiti bertambah

d)

d. Harga turun dan kuantiti berkurang

19.
  1. Apakah penentu yang menyebabkan keluk permintaan beralih ke kiri?
a)

a. Peningkatan harga barang itu

b)

b. Penurunan kadar cukai pendapatan individu

c)

c. Pertambahan cit rasa barang itu

d)

d. Kempen pengiklanan bagi barang pengganti berjaya

20.

Penggunaan racun serangga yang berlebihan oleh pekebun sayur telah

a)

a. menambahkan hasil pekebun sayur

b)

b. mengurangkan penawaran sayur-sayuran

c)

c. mengurangkan permintaan sayur-sayuran

d)

d. menambahkan permintaan sayur-sayuran

21.

Jumlah permintaan pasaran bagi Barang A ialah 30 unit.

Berapakah kuantiti permintaan Ali terhadap Barang A sekiranya kuantiti permintaan Abu ada 10 unit.

a)

30 unit

b)

20 unit

c)

10 unit

d)

15 unit

22.

Syarikat A menawarkan pengeluaran sebanyak 10 unit untuk Almari. Manakala Syarikat Z menawarkan pengeluaran Almari sebanyak 15 unit.

Berapakah penawaran pasaran bagi Almari?

a)

20 unit

b)

15 unit

c)

25 unit

d)

30 unit

23.

Keluk permintaan akan beralih dari ______ ke ______ sekiranya berlaku pertambahan permintaan.

a)

Kiri ke kanan

b)

kanan ke kiri

c)

atas ke bawah

d)

bawah ke atas

24.

Sekiranya berlaku perubahan pengurangan penawaran dalam pasaran. Keluk penawaran akan beralih dari _________ ke ________

a)

atas ke bawah

b)

kiri ke kanan

c)

bawah ke atas

d)

kanan ke kiri

25.

Keluk mencerun ke atas dari kiri ke kanan.

Berdasarkan pernyataan di atas, keluk yang dimaksudkan adalah

a)

Keluk Kemungkinan Pengeluaran

b)

Keluk pasaran

c)

Keluk permintaan

d)

Keluk penawaran