Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TINGKATAN 5 BAB 6 - 6.1

Total questions: 11

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Apakah cabaran dalaman selepas pembentukan Malaysia?

a)

kepelbagaian adat resam

b)

pembangunan luar bandar terhad

c)

ketidakseimbangan pembangunan

d)

persaingan ekonomi perdagangan antarabangsa

2.

Langkah yang diambil oleh kerajaan bagi mengatasi cabaran pembangunan dan sosioekonomi negara selepas pembentukan Malaysia KECUALI

a)

mempelbagaikan pertanian komersial seperti kelapa sawit dan koko

b)

memperkenalkan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Malaysia

c)

membina sekolah dan melatih guru untuk memberikan pendidikan kepada penduduk

d)

mengisytiharkan darurat di Sarawak bagi menggantikan Ketua Menteri Sarawak

3.

Apakah cabaran kerajaan untuk memajukan sistem perhubungan dan pengakutan di Sarawak dan Sabah?

a)

ancaman haiwan liar

b)

teknologi yang rendah

c)

saiz negeri yang besar

d)

terdapat banyak sungai

4.

Apakah 2 jenis sekolah yang wujud pada zaman British di kawasan bandar di Sabah dan Sarawak?

a)

Sekolah vernakular Inggeris

b)

Sekolah vernakular Cina

c)

Sekolah vernakular Tamil

d)

Sekolah Pribumi

5.

Akibat Krisis perlembagaan di Sarawak pada Jun 1966, Ketua Menteri, Stephen Kalong Ningkan digantikan dengan tokoh tersebut.

Siapakah beliau?

a)

Tawi Sli

b)

Samsuddin Subir

c)

Stephen Kalong Ningkan

6.

Pada Jun 1966 berlaku Krisis Perlembagaan di Sarawak kerana:

a)

21 ahli Council Negri tidak puas hati dengan Ketua Menteri

b)

Sarawak ingin keluar dari gagasan Malaysia

c)

Jepun menyerang Sarawak

7.

Mengapakah usaha mewujudkan perpaduan kaum dan integrasi nasional merupakan cabaran besar yang dihadapi oleh Malaysia?

a)

penduduk negara mempunyai pelbagai kaum

b)

penduduk saling bertelingkah antara satu sama lain

c)

kadar kemiskinan penduduk yang berbeza-beza

d)

pembangunan infrastruktur berbeza antara satu tempat dan tempat lain

8.

Siapakah Ketua Menteri Sarawak yang mendapat undi tidak percaya daripada Council Negeri?

a)

Tawi Sli

b)

Abdul Taib Mahmud

c)

Stephen Kalong Ningkan

d)

Awang Hipni Pangeran Annu

9.

Sarawak telah mengalami krisis perlembagaan pada bulan Jun 1966. Apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi krisis tersebut?

a)

meminda perlembagaan

b)

memberikan khidmat nasihat

c)

mengadakan pilihan raya negeri

d)

mengisytiharkan darurat

10.

Nyatakan dua sebab usaha mewujudkan perpaduan kaum dan integrasi nasional merupakan cabaran besar yang dihadapi oleh Malaysia.

a)

mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum

b)

saiz negeri Sarawak dan Sabah yang besar

c)

jarak yang jauh antara Semenanjung Malaysia dengan Sarawak dan Sabah

d)

perbezaan pendidikan antara penduduk bandar dan luar bandar

11.

Antara berikut yang manakah BUKAN merupakan cabaran pembangunan sosio ekonomi di Sarawak dan Sabah?

a)

Mempelbagaikan kegiatan ekonomi

b)

Memajukan Sistem Perhubungan dan Pengangkutan

c)

Mengatasi masalah politik dan kepimpinan Ketua Menteri

d)

Memajukan Sistem Pendidikan