NEW
Font size
Worksheetssains ting4 bab 8-13
Total questions: 27
Worksheet time: 7hrs 45mins
Otot manakah yang terlibat dengan pergerakan sendi engsel?
Triseps
Kardiak
Ligamen
Radius
Rajah menunjukkan seekor haiwan.
Apakah kelebihan kedudukan kaki haiwan tersebut?
Menyokong berat badan
Mengurangkan berat badan
Menambahkan pusat graviti
Meningkatkan luas tapak sistem sokongan
Rajah menunjukkan struktur sendi pada lutut.
Apakah X?
otot
tendon
ligamen
cecair sinovial
Yang manakah mempunyai rangka luar?
Obor-obor
Katak
Kala jengking
Kura-kura
Rajah menunjukkan satu organisma. Organisma manakah yang mempunyai rangka seperti organisma dalam Rajah?
Ulat beluncas
Ikan
Labah-labah
Udang
Antara berikut, yang manakah mempunyai sistem rangka berlainan dalam kitar hidupnya?
Belalang
Lalat
Ikan
Ular
Udang menjalani proses ekdisis beberapa kali dalam kitar hidupnya. Apakah kepentingan proses tersebut?
Untuk menggantikan bahagian badan yang cedera
Untuk membolehkan udang bertelur lebih banyak
Untuk membolehkan pertumbuhan saiz berlaku
Untuk membentuk rangka luar yang lebih lembut
Apakah ciri seseorang yang mempunyai minda yang sihat?
Beremosi
Berfikiran terbuka
Mempunyai prasangka
Berpandangan negatif terhadap kehidupan
Rajah menunjukkan susunan zarah-zarah dalam suatu bahan.
Apakah jenis bahan di atas?
Bahan atom
Bahan molekul
Bahan logam
Bahan ion
Rajah menunjukkan struktur atom P, Q, R, dan S.
Atom manakah adalah isotop?
P dan S
Q dan R
R dan S
P dan Q
Gambar menunjukkan eksperimen untuk mengkaji penyerapan baja oleh anak pokok pisang. Penyerapan itu dikaji dengan menambahkan radioisotop X dalam baja.
Radioisotop X ialah...
Fosforus – 32
Kobalt – 60
Iodin – 131
Karbon – 14
Unsur S boleh membentuk ion positif dengan menderma satu elektron kepada unsur lain. Di manakah kedudukan yang mungkin bagi unsur S dalam Jadual Berkala Unsur Moden?
Kala: 3
Kumpulan: 1
Kala: 3
Kumpulan: 13
Kala: 2
Kumpulan: 2
Kala: 2
Kumpulan: 17
Rajah menunjukkan struktur atom bagi loyang.
Apakah atom F?
Besi
Kuprum
Zink
Karbon
Antara berikut, yang manakah polimer semula jadi?
Perspeks
Sutera
Nilon
Polistirena
Rajah menunjukkan proses yang berlaku pada lateks.
Apakah yang berlaku semasa proses Q?
Cas negatif pada membran protein menyebabkan molekul getah menarik antara satu sama lain
Membran protein pecah dan menyebabkan rantai polimer getah terpisah antara satu sama lain
Penambahan asid telah menyebabkan kehadiran cas positif yang akan meneutralkan cas-cas negatif pada membran protein
Cas negatif dan cas positif pada membran protein meningkatkan daya tolakan di antara membran protein
Maklumat berikut menunjukkan ciri-ciri sejenis kaca.
Antara berikut, yang manakah menunjukkan barang yang diperbuat daripada kaca tersebut?
Bikar
Kelalang kon
Prisma kaca
Penutup mentol
Apakah jenis perubatan berdasarkan pernyataan di atas?
Perubatan osteopati
Perubatan kiropraktik
Perubatan homeopati
Perubatan komplementari
Puan Hanim mendapati luka di tangannya telah bengkak dan berasa sakit. Doktor mendapati bengkak di tangannya disebabkan oleh jangkitan bakteria. Apakah ubat sesuai yang perlu diberikan oleh doktor kepada Puan Hanim?
Aspirin
Penisilin
Trankuiliser
Parasetamol
Antara berikut, yang manakah merupakan faktor dalaman yang mempengaruhi penghasilan radikal bebas dalam badan manusia?
Metabolisme
Sinaran ultraungu
Asap rokok
Pencemaran udara
Rajah menunjukkan sejenis sayur yang kaya dengan bahan antioksidan.
Apakah bahan antioksidan yang terdapat dalam sayuran di atas?
Lutein
Vitamin C
Vitamin E
Beta karotena
Rajah menunjukkan keratan pita detik bagi sebuah troli yang bergerak.
Diberi bahawa jangka masa detik tersebut bergetar pada frekuensi 50 Hz. Berapakah halaju troli tersebut?
600 cm s-1
60 cm s-1
24 cm s-1
12 cm s-1
Encik Adha Iskandar memandu kereta untuk pulang ke rumahnya pada kelajuan 50 m s-1. Dia ingin sampai ke rumah dengan cepat dan mengambil keputusan untuk menambahkan kelajuan kereta sehingga mencapai kelajuan 90 m s-1 dalam masa 20 saat. Berapakah pecutan kereta tersebut?
2.0 m s-2
4.0 m s-2
20 m s-2
40 m s-2
Apakah maklumat yang boleh diperoleh daripada luas di bawah graf halaju-masa?
Pecutan
Halaju
Laju
Sesaran
Gambar menunjukkan sebuah lori yang dipenuhi dengan beban bergerak menuruni cerun.
Antara berikut, yang manakah menyebabkan beban tersebut terjatuh dari lori?
Inersia
Halaju
Jatuh bebas
Pecutan graviti
Rajah menunjukkan tindak balas X yang menghasilkan tenaga nuklear.
Apakah jenis tindak balas di atas?
Pelakuran nukleus
Pembelahan nukleus
Penggabungan nukleus
Penguraian nukleus
Rajah 22 menunjukkan srbuah reaktor nuklear. Bahan X digunakan untuk memperlahankan neutron semasa tindak balas rantai dalam sebuah reaktor nuklear. Apakah bahan X?
Grafit
Uranium
Boron
Gas sejuk
Rajah menunjukkan seorang ahli sains memakai alat X semasa mengendalikan mesin sinar-X.
Apakah tujuan memakai X semasa mengendalikan bahan radioaktif?
Untuk mengetahui nama pemakai
Untuk melindungi pemakai dari sebarang sinaran radioaktif
Untuk mengurangkan risiko kanser akibat sinar-X
Untuk menunjukkan bacaan sinaran radioaktif
