wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

T2 SISTEM BAHASA (SET 1)

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Budak perempuan itu menangis ___________ kerana disengat lebah semasa bermain di belakang rumah datuknya.

a)

kesakitan

b)

kekesalan

c)

kesedihan

d)

kekecewaan

2.

Bas yang membawa peserta ke karnival kerjaya itu _______ benar tiba di destinasinya.

a)

cekap

b)

mahir

c)

lincah

d)

lambat

3.

PILIH AYAT YANG BETUL

i. Hujan yang turun pada petang semalam berat sungguh.

ii. Berat timun di dalam bekas itu melebihi tiga kilogram.

iii. Tanggungjawab yang diberikan kepada mahasiswa itu terlalu berat untuk dipikulnya.

iv. Sesetengah orang makan makanan berat pada waktu pagi untuk memberikan tenaga.

a)

i dan ii

b)

iii dan iv

c)

i, ii dan iii

d)

ii, iii dan iv

4.

PILIH AYAT YANG BETUL

i. Aina tidak kering ilmu walaupun dia di antara murid yang pintar di sekolahnya.

ii. Penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman itu tidak pernah kering.

iii. Cuaca panas pada hari ini menyebabkan tekak Ain berasa kering.

iv. Pakaian yang dijemur oleh ibu sudah kering.

a)

i dan ii

b)

iii dan iv

c)

i, ii dan iii

d)

ii, iii dan iv

5.

Tujuan program tersebut diadakan ialah untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan menjaga kesihatan diri.

a)

ialah untuk memberi

b)

adalah untuk memberikan

c)

adalah untuk pemberian

d)

ialah untuk memberikan

6.

Menurut ketua kampung, kebanyakan penduduk-penduduk di kampung itu memberikan sokongan terhadap aktiviti pembangunan di kampung mereka.

a)

kebanyakan penduduk

b)

banyak-banyak penduduk

c)

banyak penduduk

d)

kebanyakan penduduk-penduduk

7.

PILIH AYAT YANG BETUL

i. Beberapa oarng pemuda sedang memasang kain rentang program Jom Sihat di pintu gerbang.

ii. Beberapa orang guru dan murid sekolah saya bergotong-royong membina pondok bacaan itu.

iii. Peti sejuk yang rosak itu telah dibaiki oleh pak cik saya pada minggu lepas.

iv. Semua peserta-peserta kem jati diri itu telah berkumpul di padang.

a)

i dan ii

b)

iii dan iv

c)

i, ii dan iii

d)

ii, iii dan iv

8.

PILIH PERIBAHASA YANG SESUAI

Ayah berpesan kepada kami supaya mempraktikkan amalan membaca dalam kehidupan seharian bagi menambah ilmu pengetahuan.

Apakah kata-kata hikmat yang paling sesuai dengan situasi di atas?

a)

Bahasa Jiwa Bangsa

b)

Membaca jambatan ilmu

c)

Otak cerdas, jiwa cergas

d)

Bahasa menunjukkan bangsa

9.

PILIH PERIBAHASA YANG PALING SESUAI

"Jangan buat kerja lewat malam. Kamu harus menyiapkan tugasan kamu sekarang juga kerana _______________, " tegur Puan MAzlin kepada anak lelakinya.

Apakah kata-kata hikmat yang paling sesuai dengan pernyataan di atas.

a)

ilmu pelita hati

b)

Biar lambat asalkan selamat

c)

Hidup ini suatu perlumbaan

d)

Bertangguh itu pencuri masa

10.

PILIH AYAT YANG PALING HAMPIR

Pelbagai acara menarik menanti para pengunjung dalam program Jerayawara Sihat Ceria itu.

a)

Para pengunjung bagi program Jerayawara Sihat Ceria itu dinanti dengan pelbagai acara istimewa.

b)

Program Jerayawara Sihat Ceria itu menyediakan pelbagai acara istimewa kepada para pengunjung.

c)

Program Jerayawara Sihat Ceria dengan berbagai-bagai acara istimewa itu dinanti oleh para pengunjung.

d)

Program Jerayawara Sihat Ceria itu menanti kehadiran para pengunjung dengan pelbagai acara menarik.