wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

INSPIRE BEST SET 3

Total questions: 40

Worksheet time: 31mins

Name
Class
Date
1.

Rajah 1 berkaitan dengan lambang kebesaran yang menjadi salah satu ciri negara bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka.

Apakah X?

a)

Regalia

b)

Tapak Sireh

c)

Bahasa Melayu

d)

Wilayah pengaruh

2.

Pernyataan berikut berkaitan dengan undang-undang kekeluargaan dalam kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

**Fasal 26 Hukum Kanun Melaka menetapkan bahawa pernikahan memerlukan empat orang saksi

Siapakah DUA orang yang tidak boleh menjadi saksi dalam pernikahan ?

a)

Wanita

b)

Hamba

c)

Adik lelaki

d)

Bapa saudara

3.

Tokoh berikut merupakan seorang nasionalis India.

Antara berikut,yang manakah berkaitan dengan tokoh di atas dalam mencetuskan gerakan nasionalis di Asia Tenggara?


I Menggunakan strategi enggan bekerjasama dengan penjajah dan mogok lapar

II Melahirkan nasionalis bersikap sederhana

III Memperjuangkan pembelaan terhadap kemerdekaan sahaja

IV Menegakkan perjuangan melalui akbar La Solidaridad

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Nasionalisme bermaksud perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara.

Mengapakah perasaan tersebut penting?

a)

Mendapatkan pengiktirafan dunia

b)

Memperkukuh hubungan luar

c)

Mendaulatkan institusi beraja

d)

Memperoleh kebebasan politik

5.

Pakatan Bertiga terdiri daripada ....

a)

Britian, Perancis dan Rusia

b)

Romania, Portugal, Jerman

c)

Serbia, Itali, Bulgaria

d)

Britian, Perancis,Rusia, Serbia, Itali, Romania, Portugal, Greece

6.

Apakah cabaran Liga Bangsa-Bangsa selepas Perang Dunia Pertama?


I Krisis Manchuria

II Perjanjian Pelucutan Senjata

III Krisis Habsyah

IV Krisis rantau Balkan

a)

I, II ,III

b)

I, II, IV

c)

II, III, IV

d)

I,III,IV

7.

Maklumat berikut berkaitan dengan sejarah Sistem Persekutuan di Malaysia.

  • - Negeri-negeri Melayu Bersekutu

  • - Malayan Union 1946

  • - Persekutuan Tanah Melayu 1948

Apakah persamaan yang terkandung dalam sistem tersebut?

a)

Raja berkuasa mutlak

b)

Penyatuan beberapa negeri

c)

Pengukuhan undang-undang adat

d)

Majlis Perundangan Persekutuan dibubarkan

8.

Berikut adalah faktor penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British.

  • Masalah pewarisan takhta  Desakan Kerajaan British

  • Masalah kewangan

Apakah masalah kewangan Sarawak selepas Perang Dunia Kedua?

I Lombong minyak musnah

II Ekonomi Sarawak terjejas

III Ketegangan antara kaum

IV Ancaman penyakit berjangkit

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Apakah matlamat Jawatankuasa Kerja yang ditubuhkan oleh British pada 25 Julai 1946?

a)

Membentuk kabinet bayangan

b)

Mengembalikan keamanan negara

c)

Mewujudkan sistem pengagihan kuasa

d)

Membincangkan asas perjanjian baharu

10.

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948 merupakan satu kejayaan kepada orang Melayu yang menentang Malayan Union. Mengapakah orang Melayu menerima penubuhan PTM 1948?

a)

Mengukuhkan ekonomi peribumi

b)

Membuka ruang ke arah berkerajaan sendiri

c)

Menerima kepentingan kaum bukan Melayu

d)

Mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu

11.

Mengapakah Parti komunis Malaya (PKM) menyasarkan pasukan keselamatan dan menyerang balai polis?

a)

Merampas senjata api

b)

Menimbulkan ketakutan

c)

Melambatkan kemerdekaan

d)

Menonjolkan ketidakupayaan British

12.

Tokoh berikut telah melancarkan perang saraf bagi menangani ancaman komunis.

Bagaimanakah beliau mendapatkan sokongan penduduk dalam usaha tersebut?

a)

Mewujudkan Kampung Baru

b)

Memperkenalkan kad pengenalan

c)

Membawa masuk tentera Komanwel

d)

Melonggarkan syarat kewarganegaraan

13.

Maklumat berikut berkaitan sistem pendidikan vernakular  di Tanah Melayu sebelum merdeka.

  • - Sekolah Melayu

  • - Sekolah Cina

  • - Sekolah Tamil

Apakah kesan daripada pendidikan tersebut ?

a)

Perpaduan sukar dicapai

b)

Pengaruh komunis tersekat

c)

Kemahiran pekerja meningkat

d)

Kemasukan imigran bertambah

14.

Sistem Ahli diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1951.

Bagaimanakah sistem tersebut dapat mengukuhkan perpaduan?

a)

Gerakan membentuk kerajaan demokrasi

b)

Gabungan pemimpin pelbagai kaum

c)

Penyusunan semula masyarakat

d)

Penggunaan bahasa kebangsaan

15.

Gerakan politik berikut terlibat dalam kerjasama ke arah kemerdekaan.

• Persidangan Kebangsaan

• Konvensyen Kebangsaan

Apakah persamaan gerakan politik tersebut?

a)

Menerima satu kewarganegaraan

b)

Membentuk Dewan Perundangan

c)

Mengadakan pilihan raya Persekutuan

d)

Menyokong penubuhan Majlis Raja-Raja

16.

Apakah dua tujuan Pilihan Raya Umum pertama di Tanah Melayu diadakan pada tahun 1955?

a)

Mengawal pemberian kerakyatan kepada orang asing

b)

Memperkukuh kerjasama rakyat dalam politik

c)

Mempercepat proses kemerdekaan tanah air

d)

Menghalang kemasukan kaum imigran

17.

Apakah sumbangan tokoh berikut kepada negara kita?

  • - Lord Reid

  • - Sir William Ivor Jennings

  • - Sir William Mckell

a)

Melantik pemerintah negara

b)

Merangka perlembagaan merdeka

c)

Menghapuskan pengaruh komunis

d)

Menyeragamkan sistem pendidikan

18.

Perkara 153 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 memperuntukkan rakyat keturunan Melayu diberikan beberapa keutamaan.

Apakah keutamaan tersebut?

a)

Pemilikan tanah

b)

Jawatan kerajaan

c)

Kenaikan pangkat

d)

Bantuan perumahan

19.

"Kerajaan mempelbagaikan keluaran pertanian supaya tidak hanya bergantung pada pengeluaran getah"

Pernyataan di atas merujuk kepada

(Buku teks m/s 244)

a)

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

b)

Kementerian Pembangunan Luar Bandar

c)

Rancangan Buku Merah

d)

Rancangan Malaya Pertama 1956-1960

20.

Antara berikut, yang manakah lambang negara selain lagu kebangsaan dan bendera kebangsaan?

(Buku teks m/s 247)

I. Jata Negara

II. Menara Berkembar Petronas

III. Kereta Api Tanah Melayu

IV. bunga kebangsaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.
  1. Maklumat berikut berkaitan dengan jenis-jenis kedaulatan.

  2. - Kedaulatan Tradisional

    - Kedaulatan Undang-undang

    - Kedaulatan X

  3. Apakah X?

a)

Agama

b)

Pertahanan

c)

Antarabangsa

d)

Perlembagaan

22.

Nyatakan DUA sebab kedaulatan penting bagi sesebuah negara?

I Mewujudkan kesejahteraan rakyat

II Menunjukkan kekuatan angkatan tentera

III Menjadi kuasa politik yang unggul di dunia

IV Mendapat pengiktirafan daripada negara lain

a)

Mewujudkan kesejahteraan rakyat

b)

Menunjukkan kekuatan angkatan tentera

c)

Menjadi kuasa politik yang unggul di dunia

d)

Mendapat pengiktirafan daripada negara lain

23.

Maklumat berikut menunjukkan perkembangan politik di negeri Perak.

** Mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak yang dipengerusikan oleh Raja Muda Yusuf pada tahun 1877.

Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?

a)

Pelantikan residen British

b)

Penubuhan Majlis Raja-raja Melayu

c)

Pembentukan Sistem Jemaah Menteri

d)

Pembentukan undang-undang negara

24.
  1. Undang-undang Inggeris berikut telah diperkenalkan di negara kita.

  2. Charter of Justice I

     Charter of Justice II

     Charter of Justice III

  3. Di manakah undang-undang tersebut diperkenalkan?

a)

Negeri-negeri Borneo

b)

Negeri-negeri Selat

c)

Negeri-negeri Melayu Bersekutu

d)

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

25.

Durbar dibentuk pada tahun 1867 seiring dengan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Apakah fungsi majlis tersebut?

a)

Mengadili pertikaian politik

b)

Melantik anggota jemaah menteri

c)

Membincangkan hal ehwal pentadbiran  

d)

Menggubal undang-undang persekutuan

26.

Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen mewujudkan mekanisme semak dan imbang dalam pemerintahan di negara kita.

Bagaimanakah mekanisme tersebut berperanan memastikan kestabilan negara?

a)

Memudahkan dasar kerajaan diluluskan

b)

Mengekalkan status quo orang Melayu

c)

Mengatasi kemasukan pengaruh luar

d)

Meredakan pertikaian parti politik  

27.

Apakah peristiwa yang mendorong Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri menubuhkan ESSCOM?

a)

Peningkatan ancaman komunis

b)

Penularan kes jangkitan COVID-19

c)

Penculikan pelancong asing di Semporna

d)

Pencerobohan pengganas Kepulauan Sulu di Lahad Datu

28.

Apakah peranan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)?

a)

Menstabilkan harga padi

b)

Memulihkan tanah ladang

c)

Membangunkan tanah baharu

d)

Membantu dalam penyelidikan getah

29.

Pada bulan Jun 1962, Suruhanjaya Cobbold telah menyerahkan laporan kepada kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu.

Apakah hasil laporan tersebut?

a)

Mencadangkan kuasa autonomi kepada Sarawak dan Sabah

b)

Mencadangkan kemasukan Singapura dalam persekutuan

c)

Mengiktiraf persamaan hak semua negeri dalam Malaysia

d)

Mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

30.

Apakah inti pati Perjanjian Malaysia?

a)

Menubuhkan kabinet negeri Singapura

b)

Menetapkan sempadan kawasan Borneo

c)

Memperuntukan hak Sarawak menubuhkan kabinet

d)

Mengiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi Sarawak

31.

Mengapakah Tunku Abdul Rahman tidak bersetuju menggabungkan Singapura dengan Tanah Melayu?

a)

Singapura pelabuhan bebas

b)

Komposisi kaum tidak seimbang

c)

Rusuhan kaum

d)

Singapura tanah jajahan mahkota British

32.

SPM 2017


Tahun : 1965

Peristiwa : Jeneral Soeharto telah mengambil alih kuasa pemerintahan daripada Presiden Soekarno


Apakah kesan peristiwa berikut ?

a)

A Perang Dingin merebak

b)

B Pakatan tentera dibentuk

c)

C Dasar konfrontasi berakhir

d)

D Sistem beraja dipulihkan

33.

Mengapakah hak kerakyatan seseorang warganegara boleh dilucutkan mengikut perlembagaan Malaysia?


I Menghina institusi beraja

II Memiliki kerakyatan negara lain

III Tidak setia kepada negara

IV Dipenjara seumur hidup

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

34.

Apakah keunikan perkembangan sukan di negara kita?

a)

Mendapat pengiktirafan peringkat dunia

b)

Menjadapat tajaan daripada pihak korporat

c)

Melibatkan kerabat diraja sebagai penaung

d)

Memeproleh sokongan rakyat semua kaum

35.

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dalam tempoh 10 tahun bermatlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju berdasarkan Wawasan 2020.

Bagaimanakah dasar tersebut merapatkan jurang ketidakseimbangan pembangunan wilayah?

a)

Memperkasa pertanian pintar

b)

Pembukaan bandar baharu

c)

Pelaksanaan pasaran bersama

d)

Menyusun subsidi bersasar

36.

Apakah tujuan pemberian subsidi kepada golongan penanam padi dan nelayan ?

a)

Mempertingkatkan produktiviti pengeluaran

b)

Mewujudkan gologan pertengahan

c)

Melahirkan tenaga kerja mahir

d)

Meningkatkan taraf hidup

37.

Dalam proses menjalinkan hubungan antarabangsa, Malaysia berpegang pada prinsip " HIDUP BERSAMA SECARA AMAN". Bagaimanakah Malaysia menzahirkan prinsip tersebut?

a)

Menyokong dasar negara luar

b)

Membangkitkan isu keadilan

c)

Menyokong perjuangan rakyat Palestin

d)

Menyumbang dalam misi pengaman PBB

38.

Apakah dasar luar Malaysia pada tahap pertama?

A) Dasar berkecuali

B) Dasar pro-Barat

C) Dasar antikomunis

D) Dasar Pandang ke Timur

a)

A dan B

b)

A dan D

c)

B dab C

d)

C dan D

39.

Dasar Teknologi Hijau Negara telah dilancarkan sebagai usaha mengekalkan kelestarian global.

Apakah impak yang diharapkan melalui pelaksanaan dasar tersebut?

a)

Meningkatkan kecekapan tenaga

b)

Memanfaatkan khazanah negara

c)

Mengurangkan pembaziran air

d)

Mengawal perubahan iklim

40.

Apakah bentuk bantuan yang dihulurkan kepada rakyat Palestin?


I Menjadi perantara

II Memberi bantuan kebajikan

III Sumbangan orang ramai

IV Beri perkhidmatan ketenteraan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV