wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz C02

Total questions: 40

Worksheet time: 2hrs 0mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang anda faham tentang “Hazard”?

a)

Punca atau keadaan yang mempunyai potensi mengakibatkan risiko bahaya kecederaan kepada haiwan sahaja.

b)

Punca atau keadaan yang mempunyai potensi mengakibatkan risiko bahaya tinggi yang hanya berlaku ditempat kerja.

c)

Punca atau keadaan yang mempunyai potensi mengakibatkan risiko bahaya yang datangnya daripada bencana alam sahaja.

d)

Punca atau keadaan yang mempunyai potensi mengakibatkan kemudaratan dalam konteks kecederaan dan penyakit kepada manusia, kerosakan harta benda, kerosakan sekitaran tempat kerja, atau gabungannya.

2.

Manakah antara berikut bukan merupakan langkah-langkah keselamatan yang perlu dilakukan bagi memastikan risiko dari hazard berkurang?

a)

Penggunaan peralatan itu bersesuaian dengan pengguna.

b)

Pemilihan peralatan yang betul dengan kerja yang hendak dilakukan.

c)

Latihan penggunaan serta tunjuk ajar yang berkesan kepada peralatan yang diberi.

d)

Prosedur Standard Operasi (SOP) kepada penggunaan mesin atau alatan tidak perlu disediakan.

3.

Apakah yang dimaksudkan dengan PPE?

a)

Alat-alat yang digunakan untuk melindungi kesihatan haiwan dan manusia.

b)

Alat-alat yang digunakan untuk orang yang bekerja bersedia dengan bencana alam yang akan melanda.

c)

Alat-alat yang digunakan untuk melindungi orang yang bekerja daripada risiko keselamatan dan kesihatan.

d)

Alat-alat yang digunakan untuk melindungi peralatan, bahan-bahan dan kenderaan daripada berlakunya kerosakan yang sukar untuk diperbaiki.

4.

Antara berikut, yang manakah merupakan tujuan Akta Keselamatan Kesihatan dan Pekerjaan 1994 Osha Akta 514 diwujudkan di Malaysia?

 

I.       Bagi memastikan klinik pekerja disediakan.

II.     Bagi memastikan keselamatan pekerja terjamin.

III.    Melindungi pekerja daripada bahaya risiko ditapak pembinaan.

IV.   Bagi memastikan kebajikan pekerja sekiranya berlaku kemalangan.

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

5.

Apakah prosedur pertama yang perlu dilakukan, sebelum kerja-kerja pendawaian dijalankan?

a)

Membuat lawatan tapak.

b)

Menyediakan spesifikasi peralatan.

c)

Menyediakan gambarajah susun atur.

d)

Menghantar borang permohonan bekalan ke pihak pembekal.

6.

Mengapakah tembaga digunakan sebagai salah satu komponen konduktor didalam penghasilan bahan elektik?

a)

Kerana tembaga merupakan bahan yang mudah didapati.

b)

Kerana tembaga merupakan bahan pengalir elektrik yang baik.

c)

Kerana tembaga merupakan bahan penghasilan tenaga elekrtik yang baik.

d)

Kerana tembaga merupakan bahan yang lebih murah berbanding dengan silver.

7.

Berapakah peratusan faktor kepelbagaian bagi lampu rumah individu daripada jumlah permintaan arus?

a)

66%

b)

75%

c)

94%

d)

100%

8.

Manakah antara berikut merupakan fungsi Apit-G?

a)

Untuk memotong konduit besi.

b)

Untuk membuat bengkokkan konduit.

c)

Untuk membuat bebenang/thread pada hujung konduit besi.

d)

Untuk mengapit dan memegang konduit semasa membuat kerja pemotongan.

9.

Apakah kegunaan peralatan tangan Stock & Dies?

a)

Untuk memotong konduit besi.

b)

Untuk membuat bengkokkan konduit.

c)

Untuk membuat bebenang thread pada hujung konduit besi.

d)

Untuk mengapit dan memegang konduit semasa membuat kerja pemotongan.

10.

Apakah fungsi alat pengujian Insulation Resistance Tester?

a)

Digunakan untuk menguji keberkesanan pengaliran soket.

b)

Digunakan untuk menyukat sesuatu kuantiti seperti arus, voltan dan rintangan.

c)

Digunakan untuk menguji fasa untuk bekalan 3 fasa. Alat ini seolah-olah mewakili satu motor 3 fasa.

d)

Digunakan untuk memastikan supaya tidak ada arus bocor di antara konduktor-konduktor bertebat.

11.

Manakah antara berikut adalah merupakan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum menentukan alat tersebut sesuai?

I.         Gunakan alat yang bersesuaian mengikut saiz pekerja.

II.       Gunakan alat yang bersesuaian dengan persekitaran dan cuaca.

III.      Pertimbangkan alat yang bersesuaian dengan tahap kesihatan pekerja.

IV.     Gunakan alat yang dapat mencegah dan mengawal risiko pada tahap yang sesuai.

a)

I, II dan III       

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

12.

Berapakah had maksimum watt yang telah diperuntukkan untuk pemegang lampu jenis pangkal kilas?

a)

Hingga 100 watt

b)

Hingga 150 watt

c)

Hingga 200 watt

d)

Hingga 250 watt

13.

Bagaimanakah fius berfungsi untuk mematikan bekalan elektrik?

a)

Peranti ini mempunyai mekanisma menendang suis dari posisi tertutup kepada terbuka untuk memutuskan litar.

b)

Peranti ini menggunakan alat mekanikal yang boleh memutus dan menyambungkan arus litar secara manual dalam keadaan normal.

c)

Peranti ini menggunakan dawai sebagai unsur dan akan lebur apabila arus yang melebihi had kadarannya mengalir ke dalam fius itu dan seterusnya litar akan terputus.

d)

Peranti ini direka berbagai bentuk jenis kendalian di antaranya ialah jenis isian minyak, jenis hembusan gas, jenis hembusan angin, jenis vakum dan jenis miniature untuk membolehkannya untuk memutuskan litar.

14.

Antara berikut, manakah faktor yang perlu diambil perhatian untuk menentukan keadaan yang cekap, selamat dan tidak membazir untuk menyediakan keperluan pada suatu jenis pendawaian yang hendak dibuat?

 

I.       Kualiti pendawaian.

II.     Tempoh ketahanan pemasangan.

III.    Tambahan litar atau perubahan litar.

IV.   Keadaan tempat yang hendak dibuat pemasangan.

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

15.

Manakah antara berikut bukan merupakan ciri-ciri pemilihan pendawaian permukaan?

a)

Bekalan voltan jenis satu fasa tunggal.

b)

Kadar kuasa beban yang dipasang besar.

c)

Bangunan diperbuat daripada kayu atau batu.

d)

Bilangan kabel atau litar yang perlu dipasang adalah sikit.

16.

Antara berikut, manakah merupakan ciri-ciri pemilihan pendawaian tersembunyi?

 

I.       Kerosakan mekanikal dapat dikurangkan.

II.     Bilangan kabel yang perlu dipasang banyak.

III.    Memerlukan tempoh ketahanan kabel lebih singkat.

IV.   Memerlukan suasana bangunan yang kemas dan cantik.

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV  

d)

II, III dan IV  

17.

Apakah faktor-faktor yang perlu diambil kira berkaitan dengan keupayaan membawa arus kabel?

 

I.       Pendawaian permukaan untuk rumah papan - faktor kumpulan.

II.      Pendawaian menggunakan sesalur (trunking) - faktor ruang 45%.

III.    Pendawaian menggunakan pembuluh (konduit) - faktor ruang 40%.

IV.   Pendawaian terbenam menggunakan sesalur - faktor suhu persekitaran.

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

18.

Manakah antara berikut adalah merupakan keburukan sistem pendawaian salur?

 

I.       Merosakkan lantai semasa pemasangan.

II.     Boleh menjadi tempat sampah dan habuk terkumpul.

III.    Membazir kerana tidak keseluruhan salur digunakan.

IV.   Alat-alat dan perkakas mudah diubah kedudukannya.

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

19.

Encik Ahmad ingin membuka kelas mengajar sistem komputer, beliau telah membeli sebuah kedai yang sesuai dijadikan tempat untuk kelas tersebut. Namun begitu, Encik Ahmad masih kebinggungan untuk memilih jenis pendawaian yang sesuai untuk pemasangan komputer.

Berdasarkan situasi diatas, apakah jenis sistem pendawaian yang sesuai untuk Encik Ahmad?

a)

Sistem pendawaian salur

b)

Sistem pendawaian sesalur

c)

Sistem pendawaian permukaan

d)

Sistem pendawaian tersembunyi

20.

Pak cik Cindy memiliki sebuah rumah papan yang baru siap dibina bersaiz kecil dikampung Nelayan, dia bercadang untuk membuat pemasangan sistem pendawaian yang berkos rendah pada rumah papan tersebut disebabkan pendapatan yang diperolehinya rendah. 

Berdasarkan situasi diatas, apakah jenis sistem pendawaian yang sesuai untuk rumah Pak cik Cindy?

a)

Sistem pendawaian salur

b)

Sistem pendawaian sesalur

c)

Sistem pendawaian permukaan

d)

Sistem pendawaian tersembunyi

21.

Apakah formula yang digunakan untuk mengira faktor ruang bagi sistem pendawaian kondiut?

a)

Faktor ruang = Jumlah luas keratan rentas lantai pemasangan

Luas keratan rentas dalam konduit

b)

Faktor ruang = Jumlah luas keratan rentas kabel pemasangan

Luas keratan rentas dalam konduit

c)

Faktor ruang = Jumlah luas keratan rentas dinding pemasangan

Luas keratan rentas dalam konduit

d)

Faktor ruang = Jumlah luas keratan rentas perkakas pemasangan

Luas keratan rentas dalam konduit

22.

Manakah antara berikut bukan merupakan jenis-jenis sistem pendawaian sesalur?

a)

Sistem sesalur bucu dinding

b)

Sistem palang bas sesalur atas

c)

Sistem sesalur permukaan lantai

d)

Sistem palang bas sesalur memanjat

23.

Apakah yang dimaksudkan dengan sistem perlindungan rosak bumi?

a)

Sistem perlindungan yang lebih bermiripkan kepada diskriminasi peralatan perlindungan bagi mengelakkan arus yang optima masuk ke beban.

b)

Sistem perlindungan yang lebih bermiripkan kepada diskriminasi peralatan perlindungan bagi mengelakkan arus litar pintas pada pendawaian.

c)

Sistem perlindungan yang lebih bermiripkan kepada diskriminasi peralatan perlindungan berkenaan bagi mengelakkan beban lebih kepada pengadang berlogam.

d)

Sistem perlindungan yang lebih bermiripkan kepada diskriminasi peralatan perlindungan berkenaan bagi mengelakkan arus bocor kepada pengadang berlogam.

24.

Manakah antara berikut adalah merupakan faktor-faktor pemilihan jenis pelindung arus lebih?

 

I.       Penjagaan

II.     Suhu sekitaran

III.    Harga dan jenama

IV.   Ketahanan pelindung arus lebih

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

25.

Apakah ujian yang harus dilakukan bagi menentukan semua fius hanya disambungkan kepada pengalir fasa, semua suis dan alat kawalan kutub tunggal dipasang pada pengalir fasa?

a)

Ujian keterusan

b)

Ujian kekutuban

c)

Ujian rintangan bumi

d)

Ujian rintangan penebatan

26.

Bagaimanakah cara pemutus litar berkendali?

 

I.       Thermal

II.     Hidraulik

III.    Magnetik

IV.   Mekanikal

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

27.

Diantara pilihan dibawah, yang manakah merupakan bahagian tubuh yang dilindungi dengan peralatan PPE yang TIDAK sesuai?

a)

Kaki – Kasut kulit

b)

Kepala - Safety Helmet

c)

Mata - Safety Glasses, Google

d)

Tangan - Sarung Tangan (Getah, Kulit, Kain)

28.

Pengalir bumi dapat dikenali dengan warnanya yang hijau, ia berfungsi sebagai?

a)

Mengalirkan arus dari MCB ke beban

b)

Menghantar arus dari suis ke beban lampu

c)

Membawa arus balikan dari peralatan elektrik ke bekalan kuasa

d)

Menghantar sebarang kebocoran elektrik serta litar pintas ke bumi

29.

Borang apakah yang perlu dikemukakan semasa membuat sesuatu pengujian?

a)

Borang H & L

b)

Borang G & H

c)

Borang B2 & H2

d)

Borang H1 & L2

30.

Selain emas, apakah bahan konduktor yang paling bagus dalam mengalirkan arus elektrik dengan baik?

a)

Besi

b)

Konkrit

c)

Kuprum

d)

Aluminium

31.

Fius ialah nama peranti yang menggunakan dawai sebagai unsur dan akan lebur apabila arus yang melebihi had kadarannya mengalir ke dalam fius itu dan seterusnya litar akan terputus. Kadaran fius ini bergantung kepada jenis bahan unsur yang digunakan, luas keratan rentas dan panjang sesuatu bahan.

Pilih kadaran fius yang sesuai digunakan untuk beban jenis penghawa dingin. 

a)

13 Ampere

b)

15 Ampere

c)

20 Ampere

d)

32 Ampere

32.

Tujuan pemutus litar dipasang dalam setiap pendawaian adalah untuk menyediakan keselamatan kepada pengguna dan peralatan elektrik. Apakah fungsi Pemutus Litar Bocor Ke Bumi?

a)

Berfungsi untuk membawa balikkan arus elektrik.

b)

Untuk melindungi litar pepasangan dari arus lebihan.

c)

Berfungsi sebagai perlindungan kepada kebocoran arus ke bumi.

d)

Sebagai satu laluan untuk membumikan lebihan arus terus ke bumi.

33.

Pilih saiz kabel yang sesuai untuk mengalirkan arus bagi pemasangan penghawa dingin?

a)

1.5 mm2

b)

2.5 mm2

c)

4 mm2

d)

6 mm2

34.

Antara berikut, manakah faktor yang perlu diambil perhatian untuk menentukan keadaan yang cekap, selamat dan tidak membazir untuk menyediakan keperluan pada suatu jenis pendawaian yang hendak dibuat?

I.       Kualiti pendawaian.

II.     Tempoh ketahanan pemasangan.

III.    Tambahan litar atau perubahan litar.

IV.   Keadaan tempat yang hendak dibuat pemasangan.

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

35.

Malaysia menggunakan sistem pembumian jenis TT. Pilih penyataan yang SALAH berkaitan dengan sistem pembumian jenis TT.

                 I.          Pengasingan neutral dan bumi.

               II.          Pengalir bumi dan neutral dicantumkan.

              III.          Pengalir fasa dan neutral diambil dari pihak pembekal.

             IV.          Diamalkan untuk sistem penghantaran dan voltan tinggi sahaja.

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

36.

Manakah antara berikut adalah merupakan faktor-faktor pemilihan jenis pelindung arus lebih?

I.       Harga dan jenama.

II.     Ketahanan pelindung arus lebih.

III.    Penjagaan alat perkakas elektrik.

IV.   Tujuan keselamatan kepada pengguna.

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

37.

Berapakah jumlah maksimum mata kuasa yang dibenarkan untuk litar pencahayaan?

a)

4 Unit

b)

8 Unit

c)

10 Unit

d)

20 Unit

38.

Bagaimanakah fius berfungsi untuk mematikan bekalan elektrik?

a)

Peranti ini mempunyai mekanisma menendang suis dari posisi tertutup kepada terbuka untuk memutuskan litar.

b)

Peranti ini menggunakan alat mekanikal yang boleh memutus dan menyambungkan arus litar secara manual dalam keadaan normal.

c)

Peranti ini menggunakan dawai sebagai unsur dan akan lebur apabila arus yang melebihi had kadarannya mengalir ke dalam fius itu dan seterusnya litar akan terputus.

d)

Peranti ini direka berbagai bentuk jenis kendalian di antaranya ialah jenis isian minyak, jenis hembusan gas, jenis hembusan angin, jenis vakum dan jenis miniature untuk membolehkannya untuk memutuskan litar.

39.

Manakah antara berikut bukan merupakan ciri-ciri pemilihan pendawaian permukaan?

a)

Bekalan voltan jenis fasa tunggal.

b)

Terdedah dengan bahaya mekanikal.

c)

Bangunan diperbuat daripada kayu atau batu.

d)

Bilangan kabel atau litar yang perlu dipasang adalah sikit.

40.

Antara beban elektrik yang berikut, pilih satu beban yang boleh menganggu nilai faktor kuasa bekalan?

a)

b)

c)

d)