NEW
Font size
WorksheetsUJI PENGETAHUAN OBE ANDA!
Total questions: 10
Worksheet time: 3mins
Apakah definisi Outcome Based Education (OBE)?
Pendekatan pendidikan yang menekankan pembelajaran berasaskan pengetahuan dan kemahiran praktikal.
Pendekatan pendidikan yang menekankan ujian sebagai satu-satunya alat penilaian.
Pendekatan pendidikan yang menumpukan kepada kehadiran pelajar di dalam kelas.
Pendekatan pendidikan yang menumpukan kepada apa yang pelajar seharusnya mampu lakukan setelah menyelesaikan program pembelajaran.
Apakah elemen utama dalam OBE?
Hasil pembelajaran, penilaian dan pelaporan.
Hasil pembelajaran, kemahiran pensyarah dan penilaian.
Hasil pembelajaran, penilaian dan pelaporan.
Hasil pembelajaran, aktiviti pembelajaran, dan penilaian.
Bagaimana hasil pembelajaran (learning outcomes) ditentukan dalam OBE?
Berdasarkan kehendak pelajar.
Berdasarkan keputusan peperiksaan sebelumnya
Berdasarkan ketersediaan sumber pembelajaran.
Berdasarkan keperluan industri dan masyarakat serta standard profesional.
Apakah perbezaan utama antara OBE dan pendekatan pendidikan tradisional?
OBE lebih fokus kepada pengajar berbanding pelajar.
Pendekatan tradisional menekankan kemahiran praktikal, sementara OBE menekankan teori.
OBE menumpukan kepada apa yang pelajar capai setelah pembelajaran.
Pendekatan tradisional menggunakan penilaian berterusan, sementara OBE menggunakan penilaian akhir.
Mengapa penilaian formatif penting dalam OBE?
Untuk menambah beban kerja pelajar.
Untuk memastikan pelajar memahami soalan ujian.
Untuk memberi maklum balas berterusan kepada pelajar.
Untuk memastikan pelajar menghadiri semua kelas.
Apakah peranan rubrik penilaian dalam OBE?
Menyediakan panduan yang jelas dan spesifik.
Memudahkan proses pemberian pemarkahan.
Membantu pelajar memahami keperluan penilaian.
Menunjukkan kaedah pemarkahan yang jelas & sistematik.
Penjajaran konstruktif adalah keselarasan antara objektif kursus, __________, dan penilaian.
Perancangan
Aktiviti pembelajaran
Aktiviti di dalam kuliah
Penambahbaikan secara berterusan
Bagaimana pengajar dapat memastikan bahawa aktiviti pembelajaran selaras dengan hasil pembelajaran?
Dengan menggunakan ujian sebagai pengukur hasil pembelajaran
Dengan memberikan pelajar kebebasan penuh untuk memilih aktiviti mereka.
Dengan merancang aktiviti pembelajaran yang menyokong pencapaian hasil pembelajaran.
Dengan mengulangi kandungan yang berstruktur dalam setiap kelas mengikut hasil pembelajaran yang ditetapkan.
Mengapakah maklumbalas penting dalam proses pembelajaran berasaskan outcome?
Untuk memberi lebih kerja rumah kepada pelajar.
Untuk memudahkan pengajar mengurangkan beban kerja mereka.
Untuk memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam mencapai hasil pembelajaran
Untuk memastikan pelajar memahami konsep yang diajar dan memperbaiki kelemahan sebelum penilaian akhir.
Bagaimana OBE dapat membantu dalam meningkatkan kualiti pendidikan?
Dengan memastikan kaedah pengajaran bertepatan dengan hasil pembelajaran yang ditetapkan
Dengan memastikan soalan penilaian bertepatan dengan hasil pembelajaran yang ditetapkan.
Dengan memastikan semua pelajar mencapai hasil pembelajaran yang jelas dan spesifik.
Dengan memfokuskan kepada bilangan pelajar mencapai pembelajaran yang jelas dan spesifik
