WorksheetsEKONOMI T5 BAB 1
Total questions: 20
Worksheet time: 19mins
Peningkatan indeks harga pengguna menunjukkan keadaan ekonomi mengalami
inflasi
deflasi
pengangguran
Kemelesetan ekonomi
Maklumat di bawah menunjukkan masalah sosial di Malaysia
-Peningkatan kadar kemiskinan
-Peningkatan kes jenayah
-Kehilangan kemahiran dan keyakinan diri
Masalah di atas berpunca daripada
peningkatan kadar inflasi
peningkatan pelaburan asing
peningkatan nilai mata wang
peningkatan kadar pengangguran
Bagaimanakah kemajuan teknologi membantu pertumbuhan ekonomi sesebuah negara?
Meningkatkan aliran masuk wang
Meningkatkan kadar upah pekerja
Meningkatkan kecekapan pengeluaran
Meningkatkan harga barang dan perkhidmatan
Dasar fiskal mempengaruhi aktiviti ekonomi dengan
kadar faedah dan kadar cukai
kadar cukai dan perbelanjaan kerajaan
kadar faedah dan kadar rizab berkanun
perbelanjaan kerajaan dan kadar rizab berkanun
Pasangan manakah yang betul tentang perbezaan antara cukai langsung dengan cukai tidak langsung
A. Cukai Langsung B. Cukai Tidak Langsung
A. Dikenakan ke atas barang
B. Dikenakan ke atas syarikat
A. Kadar cukai bersifat progresif
B. Kadar cukai bersifat regresif
A. Beban cukai boleh dipindahkan kepada orang lain
B. Beban cukai tidak boleh dipindahkan kepada orang lain
A. Contoh ialah levi
B. Contoh ialah cukai tanah
Bank pusat bercadang untuk menjual surat jaminan kerajaan yang bernilai RM5 billion pada tahun ini.
Tindakan bank pusat ini akan menyebabkan
Guna tenaga meningkat
Pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat
Tingkat harga umum meningkat disebabkan peningkatan kuasa beli
Aliran masuk wang ke dalam negara berkurang kerana kurang peluang pelaburan
Kerajaan mengawal kesan luaran negatif dengan
melaksanakan dasar fiskal
mengunakan dasar kewangan
Mengubal akta dan undang2
mengenakan kawalan harga keluaran firma
Indeks harga pengguna di Malaysia meningkat sebanyak 6.7% pada tahuh 2015. Keadaan ini menunjukkan
nilai wang bertambah sebanyak 6.7%
kos hidup bertambah sebanyak 6.7%
taraf hidup bertambah sebanyak 6.7%
harga barang import bertambah sebanyak 6.7
Jadual menunjukkan KDNK bagi Malaysia pada tahun 2010 – tahun 2015.
Berdasarkan jadual, negara X mengalami pertumbuhan ekonomi yang paling rendah pada tahun
2011
2012
2013
2014
Dengan menggunakan dasar fiskal, kerajaan boleh menambahkan atau mengurangkan perbelanjaan dengan
menaikkan atau menurunkan cukai
menaikkan atau menurunkan kadar bunga
menaikkan atau menurunkan kadar inflasi
menambahkan atau mengurangkan penawaran wang dalam ekonomi
Tujuan kerajaan mengamalkan cukai progresif adalah untuk
merapatkan jurang perbezaan pendapatan
mengurangkan kesan luaran negatif
mewujudkan pertumbuhan ekonomi
menstabilkan ekonomi negara
Maklumat berikut menunjukkan tindakan bank pusat melalui dasar kewangan
mengawal satu keadaan ketidakstabilan.
"Keperluan rizab berkanun dinaikkan tiga kali ganda sebagai langkah awal mengurus peningkatan masalah tunai berlebihan yang membawa kepada peningkatan harga barangan"
Apakah tindakan lain yang boleh dilakukan oleh bank pusat untuk mengawal keadaan tersebut?
Jual surat jaminan kerajaan
Turunkan nisbah rizab tunai
Longgarkan syarat sewa beli
Turunkan kadar faedah pinjaman
Rajah menunjukkan kesan suatu tindakan yang dijalankan oleh kerajaan.
Apakah tindakan tersebut ?
Menaikkan kadar faedah
Meningkatkan kadar rizab tunai
Meningkatkan kadar rizab berkanun
Memanjangkan tempoh pembiayaan
Kerajaan Malaysia merupakan majikan terbesar di Malaysia dengan kakitangan seramai 1.6 juta orang. Bagaimanakah peranan kerajaan tersebut dapat membantu ekonomi negara?
Mengurangkan kadar inflasi
Meningkatkan taraf hidup masyarakat
Memperbaiki imbangan pembayaran Malaysia
Mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing
Rajah menunjukkan suatu situasi dalam ekonomi.
Bagaimanakah situasi tersebut memberikan kesan terhadap inflasi di Malaysia?
Inflasi meningkat kerana kenaikan kos pengeluaran
Inflasi menurun kerana kerajaan memberikan subsidi minyak
Inflasi tidak berubah kerana kerajaan memberikan subsidi minyak
Inflasi tidak berubah kerana Malaysia kurang bergantung kepada
minyak yang diimport
Maklumat berikut berkaitan dengan satu jenis pengangguran dalam ekonomi.
"Individu kurang mendapat maklumat tentang peluang pekerjaan
Pengangguran jangka pendek"
Apakah jenis pengangguran di atas?
Pengangguran berstruktur
Pengangguran geseran
Pengangguran kitaran
Pengangguran bermusim
Jadual berikut menunjukkan sebahagian sumber hasil kerajaan pada suatu tahun.
Hitungkan jumlah cukai langsung kerajaan pada tahun tersebut?
RM 27 760 juta
RM 28 500 juta
RM 28 900 juta
RM 51 700 juta
Antara berikut, yang manakah merupakan perbelanjaan mengurus?
I membina jalan raya dan jambatan
II bayaran faedah dan pinjaman pokok
III bayaran gaji anggota keselamatan negara
IV kerajaan meningkatkan infrastruktur di Putrajaya
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat di bawah menunjukkan suatu alat dasar ekonomi.
-Menaikkan kadar cukai
-Mengurangkan perbelanjaan kerajaan
Maklumat di atas merujuk kepada
Dasar fiskal menguncup
Dasar fiskal mengembang
Dasar kewangan menguncup
Dasar kewangan mengembang
Terangkan kesan terhadap pengguna apabila bank pusat menaikkan kadar faedah?
I kos pinjaman akan menurun
II pengguna akan meningkatkan jumlah pinjaman
III kos pinjaman akan meningkat
IV pengguna akan mengurangkan jumlah pinjaman
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
