WorksheetsKUIZ KATA GANDA
Total questions: 10
Worksheet time: 9mins
Neesha mengambil masa lebih kurang satu jam untuk melipat pakaian yang __________.
A. berbaldi-baldi
B. berbesen-besen
C. berbakul-bakul
D. berplastik-plastik
Sejak berpindah ke Sandakan kerana mengikut suaminya bertugas, Puan Aneesa tidak _______ lagi tentang perkembangan yang berlaku di tempat tinggal lamanya.
A. tahu-menahu
B. tanya-menanya
C. kenal-mengenal
D. tengok-menengok
Sharif dan Hanif menyediakan bahan-bahan seperti batang buluh yang diraut, gam, benang dan kertas berwarna untuk membuat ______.
A. kekisi
B. kekuda
C. lelayang
D. pepatung
Aisyah berasa pening kepala apabila melalui jalan yang ______ sebelum tiba di Tanah Tinggi Cameron.
A. huru-hara
B. kacau-bilau
C. lintang-pukang
D. bengkang-bengkok
Maira mengeluh sendirian apabila melihat bilik adik lelakinya yang ______ dengan pakaian busuk.
A. bertalu-talu
B. bersusun-susun
C. berbesen-besen
D. bersepah-sepah
Kanak-kanak yang bermain di taman permainan itu kelihatan ______ pulang kerana hari telah lewat petang
A. bertolak-tolak
B. berpusu-pusu
C. berdedai-dedai
D. berebut-rebut
Bunyi ______ jantung pemuda yang terlibat dengan nahas jalan raya itu membuktikan bahawa dia masih hidup.
A. detik-detak
B. degap-degup
C. terang-terang
D. mentah-mentah
Pawagam menjadi ______ setelah lampu dipasang menandakan filem telah selesai ditayangkan.
A. riuh-rendah
B. gelap-gelita
C. porak-peranda
D. terang-benderang
Baju Jaswan Singh ______ kerana terkena warna air ketika menyertai aktiviti mewarna.
A. comot-momot
B. koyak-rabak
C. serba-serbih
D. compang-camping
Ada sebuah busut ______ di bawah pokok ketapang itu.
A. jentik-jentik
B. pijat-pijat
C. anai-anai
D. kura-kura
