WorksheetsQUIZ PROGRAM EKSPO PENDIDIKAN 2024 DAERAH PUSA
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Peribahasa "Bagai harimau beranak muda" membawa maksud ....
Keadaan seseorang yang sangat bengis
Wajah yang pucat (tidak jernih)
Orang miskin yang hidup melarat lagi hina
Peribahasa "Seperti cacing kepanasan" membawa maksud
Orang miskin yang hidup melarat lagi hina
Membuat sesuatu pekerjaan secara tidak bersungguh-sungguh
Tidak diam atau tenang, selalu gelisah (kerana susah, sakit, malu dll.)
Peribahasa "Berhakim kepada beruk" membawa maksud
Diam seseorang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja
Meminta pengadilan kepada seseorang yang tamak, akhirnya kedua-dua pihak akan mengalami kerugian
Orang yang pernah bersalah juga yang dituduh jika terjadi sesuatu kejahatan
Peribahasa "Seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul" membawa maksud
Tindakan yang sia-sia apabila cuba mengajar seseorang yang sudah mahir di dalam sesuatu ilmu atau pekerjaan
Hal seorang yang senang, tiada khuatir akan kekurangan apa-apa.
Tiada berguna menasihati orang, kalau kelakuan sendiri tiada sesuai dengan apa yang dinasihatkan itu
Peribahas "Tak usah itik diajar berenang" membawa maksud
Seseorang yang bodoh sekalipun, kalau diajar betul-betul pandai juga sudahnya.
Tindakan yang sia-sia apabila cuba mengajar seseorang yang sudah mahir di dalam sesuatu ilmu atau pekerjaan
Hal orang yang tamak; diberi sedikit hendak banyak, diberi banyak hendak semuanya.
Peribahasa "Seperti labah-labah cinta kepada telurnya" membawa maksud
Tidak diam atau tenang, selalu gelisah (kerana susah, sakit, malu dll.)
Perihal kasih sayang yang mendalam sekali dan sukar diceraikan.
Perbantahan kerana sebab yang terlalu kecil.
Peribahasa "Bagai ayam bertelur di padi" membawa maksud
Membuat sesuatu pekerjaan secara tidak bersungguh-sungguh.
Hal seorang yang senang, tiada khuatir akan kekurangan apa-apa
Keadaan sesuatu itu menurut asalnya.
Peribahasa "Bukannya diam penggali berkarat, melainkan diam ubi berisi" membawa maksud
Diam seseorang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja.
Menolong orang yang tiada tahu membalas budi, melainkan kadang-kadang membalas dengan jahat.
Seseorang yang telah beroleh kekayaan atau keuntungan tetapi tidak mahu menceritakannya kepada orang lain.
Peribahasa "Sebab buah dikenal pohonnya" membawa maksud
Perbalahan atau pergaduhan di antara saudara-mara itu tidak akan berpanjangan kerana ahkirnya mereka akan berbaik-baik semula.
Orang yang pada zahirnya baik dan jujur, tetapi sebenarnya jahat dan berbahaya sekali.
Daripada tingkah laku serta pertuturan seseorang itu kita dapat mengetahui atau mengenali watak dan asal seseorang itu.
Peribahasa "Bagai tikus membaiki labu" membawa maksud
Seseorang yang mencuba memperbaiki sesuatu yang tidak diketahuinya, akhirnya merosakkannya.
Orang yang pada zahirnya baik dan jujur, tetapi sebenarnya jahat dan berbahaya sekali.
Orang yang susah beroleh kekayaan, atau orang yang sakit beroleh penawar.
Apakah bunga kebangsaan negara Malaysia?
Bunga Orkid
Bunga Raya
Bunga Matahari
Lagu Kebangsaan Malaysia ialah
Tanah Air Ku
Keranamu Malaysia
Negaraku
Siapakah nama Perdana Menteri Malaysia kini (2024)?
Dato Seri Anwar Ibrahim
Tun Dr Mahathir bin Mohamad
Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg
Berapakah jumlah warna yang terdapat dalam Bendera Malaysia?
Lima (5)
Tiga (3)
Empat (4)
Warna ________ dalam Jalur Gemilang melambangkan perpaduan.
Merah
Putih
Biru
Apakah maksud sebenar perkataan MERDEKA ?
Menang dalam peperangan
Bebas daripada penjajahan
Kegembiraan kerana musuh telah tumpas
Apakah nama ibu negara malaysia?
Kuching
Kota Kinabalu
Kuala Lumpur
Bendera Malaysia dikenali sebagai
Jalur Cemerlang
Harimau Malaya
Jalur Gemilang
Berapakah jalur yang terdapat dalam Jalur Gemilang?
13
14
12
Siapakah yang mencipta Bendera Malaysia?
Mohamed Hamzah
Arshad Abdullah
Shuib Hamzah
Kampung Beladin merupakan sebuah perkampungan yang bergiat aktif dalam sektor
Pertanian berasaskan kaedah fertigasi
Perikanan laut dalam
Penghasilan Makanan Homemade
Terdapat berapa buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang berada di dalam Daerah Pusa?
Satu (1)
Dua (2)
Tiga (3)
Jambatan yang menghubungkan penduduk Kampung Pusa dengan Pasar Pusa dikenali sebagai _______.
Jambatan Trisso
Jambatan Daerah Pusa
Jambatan Tandang Sari
Berikut merupakan produk hasil keluaran penduduk Kampung Maludam, KECUALI .....
Udang Kering
Keropok Udang
Takoyaki
Siapakah nama Ahli Parlimen untuk Kawasan Batang Lupar?
YB Dato' Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim
YB Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli
YB Tuan Haji Razaili Bin Haji Gapor
