WorksheetsBahagian A
Total questions: 12
Worksheet time: 7mins
Yang manakah perkataan yang mempunyai empat morfem?
Merapati
Berserabut
Bermuafakat
Menyelerakkan
Pilih ayat yang mengandungi kata bantu ragam
Pertanyaan saya belum berjawab.
Kami pernah memasuki hutan itu.
Murid-murid di sekolah itu sudah pulang ke rumah masing-masing.
Mereka hendak meneroka kawasan tanah terbiar itu.
Antara ayat yang berikut, ayat yang manakah mengandungi kata adjektif darjah bandingan?
Masakan kakak tidak sesedap masakan ibu.
Kumpulan itu berjaya kerana mereka lebih kreatif daripada pasukan lawan.
Lukisan batik itu amat halus sekali.
Pencuri itu tertangkap juga akhirnya kerana tidak berjaya melepaskan diri.
Ayat yang manakah mempunyai kata penguat bebas?
Biliknya kemas sekali.
Perhubungan mereka mesra sangat.
Hiasan dalaman rumah itu agak menarik.
Prasarana yang disediakan di kawasan itu sungguh canggih.
Ayat yang manakah mengandungi kata bantu dan kata penguat hadapan?
Bapanya mahu membuka akaun semasa di bank itu.
Makin maju anak-anaknya dalam bidang kejuruteraan.
Mereka pernah tinggal di hotel yang sangat terkenal itu.
Rumah yang paling besar di pekan itu akan dirobohkan tidak lama lagi.
Yang berikut ialah kata majmuk istilah khusus, kecuali
cari gali
lutsinar
Duta Besar
tunjuk ajar
Yang manakah ayat yang mempunyai pascakata yang berfungsi sebagai kata penekan?
Semua pelawat tidak dibenarkan masuk ke biliknya.
Pokok nangka madu itu nampaknya akan berbuah lagi.
Pada kami, kejayaannya ialah hasil tunjuk ajar guru-guru.
Rumah neneknya terletak di antara sungai dengan kebun getah itu.
Antara yang berikut, yang manakah ayat yang menunjukkan frasa adjektif yang menunjukkan keserasian makna?
Hijau muda warna baju Sofi.
Pemuda yang tinggi lampai itu abang saya.
Hang Tuah terkenal sebagai pahlawan yang gagah berani.
Sejak terlibat dalam perniagaan komputer, Encik Azmir menjadi kaya-raya.
Yang manakah ayat yang tidak boleh dipasifkan
Bot itu meluncur laju ke selatan.
Perahu nelayan menghampiri pulau kecil itu.
Encik Majid menghadiahi Salim sebuah basikal.
Penari-penari itu mempersembahkan tarian tradisional kepada pelancong.
Antara ayat perintah yang berikut, yang manakah membawa maksud permintaan?
Tolong baca buku itu kuat-kuat.
Harap jangan bising di kawasan sekolah.
Minta tuan jelaskan hutang secepat mungkin.
Sila laporkan kejadian itu kepada pihak yang berkuasa.
Ayat yang manakah mempunyai kata kerja yang membawa maksud lokatif?
Dia sedang membaiki keretanya.
Pelajar itu suka melayari internet.
Mereka menuruni bukit yang curam itu.
Kerajaan mengawasi mutu barangan import.
X dalam rajah di atas ialah kata nama akronim
cantuman huruf awal beberapa perkataan.
cantuman suku kata dengan suku kata daripada beberapa perkataan.
cantuman suku kata dengan perkataan penuh.
cantuman bahagian –bahagian kata secaraa bebas.
