wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Tatabahasa Tingkatan 3

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Para _________ tanah air telah dihantar ke negara Jepun untuk membantu mangsa gempa bumi dan tsunami.

a)

hartawan

b)

dermawan

c)

bangsawan

d)

sukarelawan

2.

Kebanyakan barang yang disimpan di dalam stor itu telah rosak ________ tikus.

a)

digerit

b)

digigit

c)

dikesip

d)

diketip

3.

Shafiq cuba mengubah kedudukan meja kayu itu ________ ruang tamu ________ ruang dapur rumahnya.

a)

dari ... ke

b)

dari ... kepada

c)

daripada ... ke

d)

daripada ... kepada

4.

Halimah percaya benar bahawa anaknya tidak terbabit dengan tuduhan jenayah kolar putih.

a)

sungguh percaya benar

b)

teramat percaya benar

c)

sangat percaya benar

d)

percaya benar

5.

Jawatankuasa Paralimpik Asia telah menganugerahkan atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Puzi sebagai Atlet Para Terbaik Lelaki Asia.

a)

anugerahkan atlet paralimpik

b)

menganugerah atlet paralimpik

c)

menganugerahi atlet paralimpik

d)

menganugerahkan atlet paralimpik

6.

Ayril benar-benar berazam untuk memenangi pertandingan itu walaupun menyedari bahawa dia terpaksa bersaing dengan peserta-peserta lain yang hebat.

Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah

a)

ada hati

b)

bulat hati

c)

besar hati

d)

berat hati

7.

Walaupun sudah beberapa kali dinasihatkan oleh guru, Aiman tetap malas mengulang kaji pelajarannya.

Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah

a)

melepaskan batuk di tangga

b)

mencurah air ke daun keladi

c)

alang-alang berdakwat biar hitam

d)

pendayung sudah di tangan, perahu sudah di air

8.

Beberapa buah kereta telah ________ oleh pokok yang tumbang itu selepas berlakunya hujan lebat.

a)

dihempap

b)

dihempas

c)

ditindih

d)

dihimpit

9.

Beliau mendapat ________ daripada sultan kerana jasanya kepada masyarakat.

a)

hadiah

b)

sumbangan

c)

cenderamata

d)

anugerah

10.

Gambar-gambar itu disiarkan dengan ________ Jabatan Penerangan.

a)

ehsan

b)

ihsan

c)

insan

d)

perkenan

11.

Kutipan derma itu kami akan serahkan kepada wakil setiap kampung yang dilanda banjir.

a)

akan kami serahkan kepada

b)

akan kami serahkan pada

c)

kami akan serahkan pada

d)

kami akan serahkan kepada

12.

Ibu tua itu menunggu kepulangan anaknya yang hilang di laut dari masa ke semasa.

a)

dari masa kepada masa

b)

daripada masa ke semasa

c)

dari semasa ke semasa

d)

dari masa ke semasa

13.

"Zarul, kamu berhak menyelesaikan masalah itu tetapi kamu mestilah berhati-hati agar tidak ada mana-mana pihak yang tersinggung," kata Encik Haris kepada anaknya.

Pilih peribahasa yang sesuai.

a)

Menangguk di air keruh

b)

Sebelum ajal berpantang mati

c)

Sudah terhantuk baru terngadah

d)

Menarik rambut di dalam tepung

14.

Peribahasa seikat bak sirih, seumpun bak serai bermaksud

a)

Bersatu padu dalam segala hal

b)

Bergotong-royong melakukan kerja

c)

Ikatan yang kukuh adik-beradik

d)

Persahabatan antara rakan sebaya

15.

Sejak kecil Kim Wei sememangnya rajin belajar. ________ sekarang belajar dalam bidang kejuruteraan di Universiti Malaya.

a)

Dia

b)

Awak

c)

Engkau

d)

Mereka

16.

Nenek sedang ________ air di atas tungku dapur kayu.

a)

mereneh

b)

menanak

c)

memasak

d)

menjerang

17.

Pemakaian artis lelaki itu yang segak ________, dan bergaya menyebabkan dia menjadi contoh dalam kalangan artis yang lain.

a)

kemas

b)

mahal

c)

anggun

d)

menawan

18.

Ismail memotong rumput ________ mesin pemotong rumput yang baru dibelinya.

a)

kepada

b)

tentang

c)

dengan

d)

terhadap

19.

Pepatah di bawah menyatakan kepentingan budi dalam kehidupan kecuali

a)

hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati

b)

bulat air keran pembentung, bulat manusia kerana muafakat

c)

hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga

d)

harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

20.

Peribahasa yang sesuai dengan gambar tersebut ialah

a)

Ada gula ada semut

b)

Mati semut kerana gula

c)

Naik seperti semut turun seperti ribut

d)

Semut dipihak tidak mati, gajah diarung bergelimpangan