wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu 2

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Pilih Perambahan Brunei yang tepat.

Pelajar lelaki yang duduk pada barisan belakang itu _____________________  ketika disuruh membuat kerja.

a)

Jahat rasa

b)

Lamah liat

c)

kalang (h)ati

2.

Ringkaskan ayat di bawah ini.

Perbuatan-perbuatan yang tidak baik misalnya mencuri, mengumpat atau mengata-ngata, tidak amanah, suka berdusta atau berbohong, berasa  dengki apabila melihat kejayaan seseorang dan sebagainya hendaklah dijauhi.

a)

a. Perbuatan-perbuatan itu tidak baik.

b)

b. Perbuatan-perbuatan mencuri hendaklah dijauhi.

c)

c. Perbuatan-perbuatan yang tidak baik hendaklah dijauhi.

3.

Ciri-ciri pantun ialah:

a)

a. Mempunyai pembayang dan maksud, rima akhir a/a/a/a dan mengandungi antara 8-12 perkataan.

b)

b. Mempunyai pembayang dan maksud, rima akhir a/b/a/b dan mengandungi antara 4-5 perkataan.

c)

c. Mempunyai pembayang dan maksud, rima akhir a/b/a/b dan mengandungi antara 4-5 suku kata.

4.

Ayat yang menekankan objek di depan dipanggil...

a)

a) Cakap pindah

b)

b) Ayat songsang

c)

c) Ayat pasif

5.

Membuat sesuatu perkara hingga berjaya dengan menghadapi setiap ujian dengan tabah merupakan maksud bagi peribahasa ....................

a)

a) Genggam bara api biar sampai jadi arang

b)

b) Bagai lebah menghimpun madu

c)

c) Bermuakafat membawa berkat

6.

Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif.

Syafiq menyelesaikan kerja rumah sebelum pergi bermain bola.

a)

a. Kerja rumah diselesaikan oleh Syafiq sebelum pergi bermain bola.

b)

b. Sebelum pergi bermain bola Syafiq menyelesaikan kerja rumah.

c)

c. Kerja rumah Syafiq selesaikan sebelum pergi bermain bola.

7.

Berikan kata ganda yang sesuai bagi melengkapkan ayat berikut.

Sekali ….terdengar juga gelak ketawa para penonton di dalam dewan itu.

a)

a. Sekali-sekala terdengar juga gelak ketawa para penonton di dalam dewan itu.

b)

b. Sekali-sekali terdengar juga gelak ketawa para penonton di dalam dewan itu.

c)

c. Sekali-kali terdengar juga gelak ketawa para penonton di dalam dewan itu.

8.

Banjir ______________________ rumah-rumah di tepi sungai itu setelah hujan turun tidak berhenti-henti selama seminggu.

a)

a. ditenggelami

b)

b. menenggelamkan

c)

c. menenggelami

9.

  Tukarkan ayat klasik di bawah ini kepada ayat Bahasa Melayu moden.

Hatta berapa lamanya raja Melaka kembali dari Majapahit itu.

a)

a. Lamanya raja Melaka balik dari Majapahit itu.

b)

b. Setelah sekian lamanya raja Melaka pun ke Majapahit itu.

c)

c. Setelah sekian lama raja Melaka pulang dari Majapahit.

10.

Tukarkan ayat klasik ini;

“Tahukah tuan hamba sekalian bahawa ini anak hamba?” tanya Seri Nara.

a)

a. Seri Nara bertanya sama ada mereka faham akan kelakuan anaknya itu.

b)

b. Seri Nara bertanya sama ada mereka tahu bahawa itu ialah anaknya.

c)

c. Seri Nara berpesan bahawa itulah anaknya.