Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ 2 - KWSP

Total questions: 20

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Apakah fungsi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ?

a)

Membantu majikan menabung untuk simpanan pekerjanya selama pekerja tersebut bekerja dengannya.

b)

Sebagai simpanan secara tetap yang dibuat oleh majikan dan pekerja untuk kegunaan apabila diperlukan.

c)

Menjamin kesejahteraan kewangan pencarum dengan memastikan pendekatan yang sistematik dalam membina dana persaraan selepas pencarum menamatkan perkhidmatan.

d)

Supaya nasib pekerja lebih terjamin sekiranya berlaku kemalangan semasa bekerja.

2.

Bagaimana KWSP membantu dalam merancang kewangan untuk persaraan?

a)

Dengan menyediakan pinjaman peribadi kepada pekerja yang memerlukan dana tambahan.

b)

Dengan memberikan dividen tahunan kepada pencarum berdasarkan prestasi pelaburan KWSP.

c)

Dengan menyediakan perkhidmatan perundingan kewangan percuma kepada pencarum.

d)

Dengan menyediakan skim pencen yang memastikan pencarum menerima pendapatan tetap selepas bersara.

3.

Apakah peranan KWSP dalam melindungi hak pekerja?

a)

Menyediakan insurans kesihatan percuma kepada semua pekerja yang mendaftar dengan KWSP.

b)

Menyediakan bantuan kewangan kepada pekerja yang mengalami kecederaan semasa bekerja.

c)

Menyediakan skim perlindungan insurans kepada pekerja yang menyertai program KWSP.

d)

Menyediakan bantuan kewangan kepada pekerja yang dipecat secara tidak adil oleh majikan.

4.

Siapakah yang boleh mencarum sebagai ahli KWSP ?

i. Individu yang bekerja dengan majikan.

ii. Individu yang bekerja sendiri.

iii. Majikan.

iv. Surirumah yang tidak bekerja.

a)

i, ii dan iii

b)

i dan iii

c)

i, ii, iii dan iv

d)

i, iii dan iv

5.

Berapa peratus jumlah caruman yang perlu dibayar oleh majikan dan pekerja kepada KWSP sekiranya gaji pekerja tersebut ialah RM 1,500 ?

a)

11% Majikan dan 7% Pekerja

b)

13% Majikan dan 11% Pekerja

c)

7% Majikan dan 11% Pekerja

d)

12% Majikan dan 11% Pekerja

6.

Diantara individu berikut, yang manakah tidak diwajibkan untuk mencarum dengan KWSP ?

i. Orang Asli Nomad

ii. Orang Gaji Domestik

iii. Individu Berumur 75 Tahun

iv. Pekerja Sektor Awam

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

ii, iii dan iv

d)

i, ii, iii dan iv

7.

Joni yang berusia 35 tahun, seorang warganegara Indonesia yang bekerja di Malaysia memilih untuk membuat caruman KWSP. Berapakah jumlah syer yang perlu dibayar oleh Joni dan majikannya ?

a)

Joni - 7%, Majikan - 7%

b)

Joni - 11% , Majikan - 13%

c)

Joni - 11%, Majikan - RM 5.00

d)

Joni - 7%, Majikan - RM 50.00

8.

Setelah bekerja selama 2 tahun di Malaysia, Joni berhenti kerja dan kembali semula ke negara asalnya. Bagaimanakah status wang caruman KWSP Joni ?

a)

Semua caruman Joni akan dipindahkan ke Bahagian Pengurusan Wang Tidak dituntut selepas 3 tahun tiada sebarang caruman dibuat.

b)

Semua caruman Joni dan majikannya akan dipindahkan ke Bahagian Pengurusan Wang Tidak dituntut selepas 3 tahun tiada sebarang caruman dibuat.

c)

Semua caruman Joni akan dipindahkan ke akaun peribadinya di negara asal.

d)

Semua caruman Joni akan dipindahkan ke dalam akaun majikan selepas 3 tahun tiada sebarang caruman dibuat.

9.

Siapakah yang boleh ditakrifkan sebagai majikan yang perlu mecarum dengan KWSP ?

  • i. Pengurus, ejen atau orang yang bertanggungjawab bagi pembayaran gaji atau upah kepada seseorang 'pekerja'.

  • ii. Mana-mana kumpulan orang sama ada atau tidak berkanun atau diperbadankan.

  • iii. Mana-mana Kerajaan, jabatan kerajaan, badan-badan berkanun, pihak-pihak berkuasa tempatan.

  • iv. Pasangan suami isteri yang menggaji orang gaji domestik untuk bekerja dengan mereka.

a)

i, ii dan iii

b)

i, iii dan iv

c)

ii, iii dan iv

d)

i, iii dan iv

10.

Berapakah had umur bekerja minimum yang diwajibkan untuk mencarum KWSP ?

a)

13 Tahun

b)

14 Tahun

c)

16 Tahun

d)

18 Tahun

11.

Apakah yang dimaksudkan dengan 'CARUMAN" di dalam konteks caruman KWSP ?

a)

Caruman adalah potongan wajib dari gaji pekerja yang merupakan syer pekerja beserta dengan tambahan syer majikan yang perlu dicarumkan mengikut keputusan majikan.

b)

Caruman adalah potongan wajib dari gaji pekerja yang merupakan syer pekerja tanpa tambahan syer majikan yang perlu dicarumkan dalam tempoh yang ditetapkan.

c)

Caruman adalah sebahagian daripada potongan wajib dari gaji pekerja yang merupakan syer pekerja beserta dengan tambahan syer majikan yang perlu dicarumkan dalam tempoh yang ditetapkan.

d)

Caruman adalah potongan wajib dari gaji pekerja yang merupakan syer pekerja beserta dengan tambahan syer majikan yang perlu dicarumkan dalam tempoh yang ditetapkan.

12.

Bilakah syer pekerja dan majikan untuk caruman KWSP perlu dibayar ?

a)

Pada atau sebelum 15 haribulan bulan berikutnya pembayaran gaji.

b)

Pada atau sebelum 7 haribulan bulan berikutnya pembayaran gaji.

c)

Pada atau sebelum 15 haribulan bulan pembayaran gaji.

d)

Pada atau sebelum 15 haribulan sebelum pembayaran gaji.

13.

Diantara berikut, individu manakah yang wajib mencarum KWSP ?

a)

Sofia - Pengasuh Bayi Encik Peter.

b)

Abu - Tukang Masak Restoran Mamak.

c)

Jimmy - Tukang Kebun Encik Peter.

d)

Timah - Pembantu Rumah Encik Peter

14.

Semua saraan dalam bentuk wang yang dibayar kepada pekerja di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan sama ada ia dipersetujui untuk dibayar secara bulanan, mingguan, harian atau selainnya ditakrifkan sebagai ?

a)

Elaun

b)

Upah

c)

Bonus

d)

Pencen

15.

Berapakah bilangan pekerja yang perlu dimiliki oleh majikan untuk diwajibkan mencarum KWSP ?

a)

1 Orang

b)

3 Orang

c)

10 Orang

d)

15 Orang

16.

Bilakah tempoh yang perlu diambil oleh majikan untuk mendaftarkan pekerjanya dengan KWSP ?

a)

3 hari dari tarikh pekerja digajikan.

b)

7 hari dari tarikh pekerja digajikan.

c)

1 bulan dari tarikh pekerja digajikan.

d)

14 hari dari tarikh pekerja digajikan.

17.

Apakah hukuman yang boleh dikenakan kepada mana-mana majikan yang memotong caruman pekerja daripada upah pekerja dan gagal membayar jumlah wang yang dipotong itu atau mana-mana bahagiannya kepada KWSP ?

a)

Boleh dikenakan tindakan penjara tidak melebihi 6 tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.

b)

Boleh dikenakan salah satu tindakan sahaja iaitu sama ada penjara tidak melebihi 6 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000

c)

Boleh dikenakan tindakan penjara tidak melebihi 6 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

d)

Boleh dikenakan tindakan penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.

18.

Yang manakah diantara berikut, bayaran yang tidak dikenakan caruman KWSP ?

a)

Upah

b)

Komisen

c)

Bonus

d)

Dividen Pelaburan

19.

Siapakah individu atau pihak yang boleh dinamakan sebagai penama KWSP oleh ahli ?

i. Isteri / Suami

ii. Anak Angkat

iii. Teman Wanita/ Lelaki

iv. Amanah Raya Berhad (ARB)

a)

i dan iv

b)

i dan ii

c)

i, ii dan iv

d)

i, ii, iii dan iv

20.

Apakah peranan penama terhadap simpanan caruman KWSP bagi ahli yang telah meninggal dunia (beragama Islam) ?

a)

Wasi / Pentadbir

b)

Penerima Mutlak

c)

Pemegang Amanah

d)

Memberi Derma