wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

JOHOR SEJARAH SPMC 2023

Total questions: 40

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Lambang kebesaran adalah identiti sesebuah kerajaan.

Antara berikut, yang manakah lambang kebesaran sultan dalam Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Undang-undang

b)

Cap mohor

c)

Wilayah pengaruh

d)

Agama Islam

2.

Berdasarkan Fasal 5 dalam Undang-Undang Laut Melaka, apakah hukuman yang dikenakan kepada seseorang yang membunuh orang di atas kapal?

a)

Dihukum bunuh

b)

Dibuang negeri

c)

Dipenjarakan

d)

Dikenakan denda

3.

Revolusi Perancis tercetus daripada idea nasionalisme oleh golongan pemikir Perancis.

  • - Jean Janques Rousseau

  • - Voltaire

Apakah DUA idea yang diperjuangkan?

a)

Kesedaran

b)

Persamaan

c)

Persaudaraan

d)

Kesejahteraan

4.
  1. Bagaimanakah tokoh berikut menggerakkan nasionalisme di Filipina?

a)

Menggerakkan revolusi

b)

Melaksanakan pemulihan agama

c)

Mempelopori gerakan propaganda

d)

Mengadakan permuafakatan politik

5.

Gerakan Fasisme di bawah pimpinan Benito Mussolini memberi penekanan kepada nasionalisme melampau.

Mengapakah gerakan tersebut bertindak demikian?

a)

Meningkatkan imej negara

b)

Mengadakan sekatan ekonomi

c)

Memperkukuh sistem pertahanan

d)

Memajukan perdagangan antarabangsa

6.

Gambar berikut merupakan tokoh yang telah memberikan sumbangan dalam perkembangan nasionalisme di negara kita.

Apakah sumbangan tokoh tersebut?

a)

Menentang pendudukan Jepun

b)

Mengetuai pasukan gerila

c)

Menubuhkan Force 136

d)

Mengusir komunis

7.

Maklumat berikut berkaitan dengan pentadbiran British di Tanah Melayu.

  • - Melicinkan sistem pentadbiran

  • - Meningkatkan pelaburan British

  • - Mengukuhkan pertahanan

Apakah bentuk pentadbiran tersebut?

a)

Persekutuan Tanah Melayu

b)

British Military Administration

c)

Syarikat Borneo Utara British

d)

Malayan Union

8.

Penyerahan Sarawak kepada kerajaan British telah diisytiharkan di Kuching.

Bagaimanakah impak penyerahan tersebut terhadap Sarawak?

a)

Kegiatan perdagangan terjejas

b)

Negeri menjadi tanah jajahan

c)

Perubahan sempadan wilayah

d)

Sistem beraja tergugat

9.

Mengapakah British menubuhkan Jawatankuasa Kerja pada 25 Julai 1946?

a)

Menggubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

b)

Mengkaji isu perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

c)

Membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

d)

Menerima memorandum Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

10.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah dimeterai pada 21 Januari 1948 di Kuala Lumpur.

Apakah DUA ciri perjanjian tersebut?

a)

Penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan

b)

Singapura kekal sebagai tanah jajahan British

c)

Sultan membincangkan soal agama Islam sahaja

d)

Pelantikan Gabenor Jeneral di setiap negeri

11.

Gambar menunjukkan kereta api yang disabotaj oleh komunis.

Mengapakah komunis berbuat sedemikan?

a)

Membunuh rakyat Tanah Melayu

b)

Mengancam keselamatan rakyat

c)

Melumpuhkan ekonomi British

d)

Memutuskan rangkaian perhubungan

12.

Tokoh berikut telah melancarkan kempen “Memenangi Hati dan Fikiran Rakyat”

Sir Gerald Templer

Apakah kejayaan kempen tersebut?

a)

Memujuk rakyat menentang komunis

b)

Meningkatkan taraf hidup rakyat luar bandar

c)

Mewujudkan sistem pendidikan yang seragam

d)

Memupuk kerjasama rakyat melalui parti politik

13.

Apakah DUA perkara yang berkaitan dengan ciri-ciri Sistem Ahli?

a)

Terdiri daripada jemaah menteri

b)

Dilantik oleh Gabenor British

c)

Ahli bertaraf Menteri

d)

Satu sistem kabinet bayangan

14.

Senarai di bawah menunjukkan sistem sekolah yang wujud sebelum merdeka.

  • - Sekolah Melayu

  • - Sekolah Agama

  • - Sekolah Cina

  • - Sekolah Tamil

Apakah kesan sistem pendidikan tersebut kepada negara?

a)

Peluang pekerjaan meningkat

b)

Masalah kekurangan guru

c)

Perpaduan kaum sukar dicapai

d)

Masalah buta huruf berkurangan

15.

Muthu ialah warganegara Persekutuan Tanah Melayu yang ingin bertanding dalam Pilihan Raya Perundangan Persekutuan 1955.

Apakah syarat yang perlu Muthu penuhi?

a)

Berkhidmat sebagai perkhidmatan awam

b)

Berpengetahuan dalam bahasa Melayu

c)

Mempunyai kewangan yang kukuh

d)

Menjadi anggota Sistem Ahli

16.

Bagaimanakah V.T. Sambanthan selaku Menteri Buruh melaksanakan tugasnya untuk menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan?

a)

Mengurangkan pegawai Eropah

b)

Menambah bilangan pelajar ke Britain

c)

Menyekat kemasukan buruh asing

d)

Menubuhkan pusat latihan kemahiran

17.

Pada 8 Mac 1956, kerajaan British mengumumkan pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan atau Suruhanjaya Reid.

Apakah tugas suruhanjaya tersebut?

a)

Memantau perjalanan Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan

b)

Merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka

c)

Menerajui bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union

d)

Meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak

18.

Berikut berkenaan dengan maklumat cara kewarganegaraan dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Perkara 14

Tiap-tiap orang yang lahir dalam Negeri Persekutuan pada atau pun selepas Hari Merdeka

Bagaimanakah kewarganegaraan tersebut diperoleh?

a)

Naturalisasi

b)

Permohonan pendaftaran

c)

Penguatkuasaan undang-undang

d)

Kebenaran Majlis Tertinggi Kabinet

19.

Apakah DUA tugas Jawatankuasa Persediaan Fizikal yang ditubuhkan sebagai persediaan menyambut kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957?

a)

Menentukan bunga kebangsaan

b)

Menonjolkan identiti negara

c)

Menganjurkan kursus protokol

d)

Menyediakan pakaian seragam menteri

20.

Keunikan kemerdekaan negara kita ialah tanpa pertumpahan darah.

Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

a)

Kerjasama antara rakyat

b)

Rundingan menjadi pilihan utama

c)

Penggabungan semua parti politik

d)

Mengambil pendekatan yang tegas

21.

Apakah takrif kedaulatan mengikut Bahasa Melayu?

a)

Negara yang bebas dan merdeka

b)

Kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan

c)

Kuasa tertinggi terhadap pemerintahan negara

d)

Negara berkuasa penuh terhadap pemerintahan

22.

Berikut merupakan lambang-lambang negara.

Mengapakah lambang-lambang ini perlu dihormati oleh rakyat?

a)

Menanam perasaan cinta akan negara

b)

Membina sahsiah diri yang berdisiplin

c)

Mempertahankan kemakmuran negara

d)

Mengekalkan sistem demokrasi berparlimen

23.

Mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak telah dilaksanakan pada tahun 1877.

Apakah kepentingan mesyuarat tersebut?

a)

Menentukan bidang kuasa pemerintah negeri

b)

Memajukan pembangunan ekonomi tempatan

c)

Merintis pembentukan undang-undang negara

d)

Membentuk corak pemerintahan kerajaan pusat

24.

Perlembagaan negara kita telah dipinda pada tahun 1963 dan 1965.

Mengapakah perlembagaan tersebut dipinda?

a)

Mengelakkan tekanan pihak luar

b)

Memenuhi permintaan Kerajaan Negeri

c)

Mengikut perubahan ekonomi semasa

d)

Menyesuaikan dengan keperluan semasa

25.

Bagaimanakah kedatangan Islam mempengaruhi pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Kewibawaan pemerintah

b)

Raja berkuasa mutlak

c)

Kesultanan menjadi kukuh

d)

Sultan sebagai ketua agama Islam

26.

Maklumat berkenaan dengan kebebasan asasi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Kebebasan bersuara, berhimpun, dan berpersatuan.

Setiap warganegara berhak kepada kebebasan bersuara, berhimpun secara aman dan membentuk persatuan

Mengapakah kebebasan asasi tersebut tidak bersifat mutlak?

a)

Mendorong penubuhan parti politik

b)

Membendung pencerobohan musuh

c)

Menggalakkan percambahan idea

d)

Memastikan ketenteraman awam

27.

Kerajaan Tempatan berperanan memberikan perkhidmatan kepada penduduk setempat.

Apakah DUA peranan tersebut?

a)

Menyelenggara jalan raya

b)

Menjaga kesihatan awam

c)

Mengawal kegiatan perhutanan

d)

Merancang pembangunan luar bandar

28.

Senarai berikut berkaitan dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri untuk kesejahteraan rakyat.

  • - Perbadanan Perumahan 1Malaysia (PR1MA)

  • - Rumah Selangorku (Selangor)

  • - Rumah Mesra Rakyat

  • - Rumah Mampu Milik Johor (Johor)

Mengapakah kerjasama tersebut dilakukan?

a)

Mengatasi masalah setinggan di bandar

b)

Meningkatkan taraf hidup rakyat luar bandar

c)

Membantu golongan pertengahan memiliki kediaman

d)

Menyelesaikan masalah perumahan golongan miskin

29.

Parti Rakyat Singapura dan Barisan Sosialis menentang pembentukan Malaysia.

Mengapakah berlakunya penentangan tersebut?

a)

Menuntut kemerdekaan mutlak

b)

Menolak prinsip persamaan taraf

c)

Menganggap penjajahan baharu

d)

Mempertahankan hak pribumi

30.

Dr Ismail Abdul Rahman membawa isu serangan Indonesia ke Majlis Keselamatan PBB.

Apakah pendekatan Malaysia dalam hal ini?

a)

Diplomatik

b)

Kerjasama

c)

Provokasi

d)

Berdikari

31.

Pada tahun 1970-an, kerajaan juga berhadapan dengan isu kadar pengangguran yang meningkat.

Bagaimanakah kerajaan mengatasi isu tersebut?

a)

Menambah penggunaan tenaga kerja asing

b)

Menubuhkan pusat latihan vokasional dan teknikal

c)

Menawarkan pekerjaan dalam perkhidmatan awam

d)

Menggiatkan aktiviti perkilangan dan pembuatan

32.

Jelaskan DUA ancaman komunis di Semenanjung Malaysia pada fasa kedua pada bulan Mei 1969 hingga Disember 1978.

a)

Menculik orang awam

b)

Mengalihkan landasan kereta api

c)

Membunuh anggota keselamatan

d)

Mengebom tempat awam

33.

Apakah DUA penambahbaikan yang dilakukan dalam Kajian Aminuddin Baki dalam sistem pendidikan negara?

a)

Kursus kemahiran diperkenalkan

b)

Penekanan kepada subjek Sejarah

c)

Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

d)

Sistem persekolahan aneka jurusan

34.

Logo berikut diperkenalkan sempena sambutan 50 tahun Rukun Negara.

Apakah maksud bulan dan bintang dalam logo tersebut?

a)

Keluhuran perlembagaan

b)

Kepercayaan kepada Tuhan

c)

Kedaulatan undang-undang

d)

Kesopanan dan kesusilaan

35.

Rajah berikut merujuk kepada strategi Dasar Pembangunan Nasional (DPN) untuk membasmikan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Apakah strategi DPN dalam bidang ekonomi?

a)

Menambah baik kemudahan asas

b)

Meningkatkan pemilikan saham bumiputera

c)

Membentuk masyarakat yang berdisiplin dan progresif

d)

Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian

36.

Apakah tujuan penyusunan semula modal saham dalam sektor korporat di bawah Dasar Pembangunan Nasional (DPN)?

a)

Membina kemudahan infrastruktur di luar bandar

b)

Meningkatkan bahagian saham kaum bumiputera

c)

Meningkatkan integrasi ekonomi antara negeri

d)

Memudahkan rakyat membuat pelaburan

37.

Antara berikut, yang manakah DUA bukti negara Komanwel merupakan rakan dagang Malaysia yang utama?

a)

Menyediakan kemudahan kredit

b)

Membuka pelaburan ke negara luar

c)

Memudahkan eksport barang ke semua negara

d)

Mengenakan kadar cukai yang rendah

38.

Mengapakah Malaysia menentang pelaksanaan dasar Aparteid di Afrika Selatan?

a)

Pengiktirafan terhadap golongan radikal

b)

Mengancam perdagangan antarabangsa

c)

Melindungi kepentingan negara maju

d)

Penyalahgunaan hak asasi manusia

39.

Gambar berikut merupakan antara Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang terlibat dengan isu kemanusiaan dan keamanan di Palestin, Syria, Acheh dan Sri Lanka.

Mengapakah rakyat Malaysia terlibat dalam pelbagai aktiviti kesukarelawanan tersebut?

a)

Mewujudkan hubungan diplomatik

b)

Memastikan keselamatan rakyat terjamin

c)

Membantu golongan yang tidak bernasib baik

d)

Menjaga kedaulatan negara yang ditindas

40.

Apakah peristiwa yang membawa NGO negara kita melaksanakan kerja kesukarelawanan di kawasan tersebut?

a)

Berlaku bencana alam

b)

Krisis politik dalaman

c)

Serangan rejim Zionis

d)

Isu kekurangan makanan