wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ MADANI 2024

Total questions: 50

Worksheet time: 38mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan Malaysia MADANI?

a)

Sebuah organisasi sosial

b)

Ikhtiar bersepadu untuk pentadbiran manusiawi

c)

Dasar pentadbiran berasaskan nilai manusiawi

d)

Inisiatif pembangunan ekonomi dan sosial

2.

Pada tahun berapakah Malaysia MADANI diperkenalkan?

a)

1957

b)

2020

c)

2023

d)

2021

3.

Nyatakan jumlah Nilai Teras Malaysia MADANI?

a)

7

b)

5

c)

6

d)

8

4.

Berikut merupakan antara Nilai Teras Malaysia MADANI kecuali

a)

Kemampanan

b)

Keyakinan

c)

Hormat

d)

Adil

5.

Apakah bentuk logo Malaysia MADANI?

a)

Bendera

b)

Tapak Tangan

c)

Jari

d)

Peta Malaysia

6.

Apakah warna logo Malaysia MADANI?

a)

Merah, Putih, Kuning, Biru

b)

Putih, Merah, Hijau, Kuning

c)

Kuning, Kelabu, Putih, Merah

d)

Jingga, Merah, Kuning, Putih

7.

Apakah tema Hari Kebangsaan 2024?

a)

Malaysia Prihatin

b)

Keluarga Malaysia, Teguh Bersama

c)

Jiwa Merdeka

d)

Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan

8.

Berikan satu dari enam nilai teras Malaysia MADANI?

a)

Kesejahteraan

b)

Keselamatan

c)

Ketelusan

d)

Kecekapan

9.

Konsep Malaysia MADANI telah dicadangkan oleh...

a)

Tun Dr. Mahathir Mohamad

b)

Datuk Seri Anwar Ibrahim

c)

Tan Sri Muhyiddin Yassin

d)

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

10.

Apa tujuan utama prinsip 'Kesejahteraan' dalam Malaysia MADANI?

a)

Mengurangkan kadar jenayah

b)

Meningkatkan kesejahteraan ekonomi, sosial, dan kelestarian alam

c)

Meningkatkan daya saing industri

d)

Memperluas sektor pendidikan

11.

Berikut merupakan Teras Strategik Utama MADANI kecuali

a)

Membina Semula Ekonomi

b)

Menjamin Kesejahteraan Insan

c)

Reformasi Institusi Demokrasi dan Perundangan

d)

Mengutamakan Pembangunan Teknologi

12.

Bagaimanakah Malaysia MADANI dapat meningkatkan kesejahteraan golongan rentan?

a)

Dengan memperkenalkan undang-undang kadar upah minimum

b)

Dengan memperkenalkan cukai khas untuk golongan berpendapatan rendah

c)

Dengan memberikan pinjaman tanpa faedah kepada golongan rentan

d)

Dengan melaksanakan program pembangunan kemahiran percuma

13.

Apakah makna perkataan 'Madani' dalam konteks Islam?

a)

Kota yang besar

b)

Masyarakat yang bertamadun

c)

Undang-undang negara

d)

Agama yang benar

14.

Manakah antara berikut yang BUKAN prinsip utama dalam sebuah negara Madani?

a)

Keadilan

b)

Kesederhanaan

c)

Ketidakbebasan

d)

Tanggungjawab sosial

15.

Apakah perbezaan utama antara Malaysia MADANI dan inisiatif lain dalam konteks kesejahteraan sosial?

a)

Malaysia MADANI memberi penekanan kepada nilai-nilai kesejahteraan yang holistik

b)

Malaysia MADANI lebih fokus kepada aspek pembangunan ekonomi

c)

Malaysia MADANI memberikan keutamaan kepada pembangunan infrastruktur

d)

Malaysia MADANI mengutamakan pengurusan sumber semulajadi

16.

Apakah elemen penting dalam pendidikan yang dapat membentuk sebuah masyarakat Madani?

a)

Pengetahuan sains yang tinggi

b)

Nilai-nilai moral dan etika

c)

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang meluas dalam pendidikan

d)

Pengajaran dan penguasaan bahasa asing

17.

Bagaimanakah nilai-nilai Madani dapat diaplikasikan dalam konteks Malaysia?

a)

Melalui sikap dahulukan diri sendiri

b)

Dengan mementingkan hak kebebasan bersuara

c)

Dengan penegasan terhadap keadilan sosial

d)

Melalui penindasan etnik tertentu

18.

Apakah langkah yang perlu diambil oleh seorang warganegara Madani untuk memupuk nilai integriti?

a)

Menyokong penipuan dan ketidakjujuran dalam kehidupan seharian

b)

Bertindak dengan jujur dan beretika dalam semua aspek kehidupan.

c)

Mengabaikan kepentingan integriti dalam kehidupan

d)

Menggunakan integriti hanya apabila ia menguntungkan diri sendiri

19.

Apakah dokumen yang menggambarkan konsep Madani pada zaman Nabi Muhammad SAW?

a)

Perjanjian Hudaibiyah

b)

Piagam Madinah

c)

Kitab Al-Muwatta

d)

Fathul Makkah

20.

Bagaimanakah prinsip keluhuran perlembagaan dapat memperkukuhkan konsep Madani di Malaysia?

a)

Dengan mengehadkan kuasa kerajaan yang berlebihan

b)

Dengan memberi kuasa penuh kepada kerajaan

c)

Dengan meminggirkan undang-undang dalam pemerintahan

d)

Dengan membenarkan perubahan perlembagaan tanpa persetujuan rakyat

21.

Apaitu Rukun Negara?

a)

Sistem pemerintahan

b)

Dasar politik

c)

Ideologi kebangsaan

d)

Prinsip keselamatan

22.

Bilakah Rukun Negara diwujudkan?

a)

31 Ogos 1957

b)

31 Ogos 1970

c)

1 Januari 1970

d)

13 Mei 1969

23.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah

a)

Prinsip Kedua Rukun Negara

b)

Prinsip Ketiga Rukun Negara

c)

Prinsip Keempat Rukun Negara

d)

Prinsip Kelima Rukun Negara

24.

Selepas rusuhan kaum 1969, Rukun Negara telah diperkenalkan. Apakah matlamat utama Rukun Negara diperkenalkan?

a)

Meningkatkan hubungan diplomatik dengan negara ASEAN

b)

Membentuk perpaduan dan keharmonian antara kaum

c)

Memperbaiki sistem pendidikan

d)

Menyusun semula sistem politik

25.

Apayang dimaksudkan dengan 'Keluhuran Perlembagaan' dalam Rukun Negara?

a)

Mematuhi dan menjunjung tinggi Perlembagaan Malaysia

b)

Menjunjung prinsip undang-undang negara

c)

Mengubah Perlembagaan dalam situasi tertentu

d)

Menguatkuasakan semua dasar kerajaan dengan ketat

26.

Nyatakan kepentingan menghayati prinsip Rukun Negara dalam masyarakat?

a)

Untuk memupuk semangat patriotisme melalui pendidikan

b)

Untuk mengurangkan konflik antara kaum

c)

Untuk membina jati diri dan identiti tanpa membezakan kaum

d)

Untuk menyelaraskan dasar kerajaan dengan kehendak rakyat

27.

Rukun Negara diperkenalkan sebagai ideologi negara oleh:

a)

UMNO

b)

GAPENA

c)

MAGERAN

d)

UNKO

28.

Bagaimanakah prinsip 'Kesetiaan kepada Raja dan Negara' boleh ditunjukkan dalam aktiviti harian pelajar?

a)

Menghormati budaya dan tradisi tempatan

b)

Menghormati bendera dan lagu kebangsaan

c)

Menghadiri perayaan seperti Hari Kebangsaan

d)

Menghargai produk tempatan

29.

Seorang pelajar menghadapi konflik perbezaan pendapat dengan rakan-rakan dari latar belakang yang berbeza mengenai projek kumpulan. Prinsip Rukun Negara manakah yang paling sesuai untuk diaplikasikan dalam situasi ini?

a)

Kedaulatan Undang-Undang

b)

Kepercayaan kepada Tuhan

c)

Kesopanan dan Kesusilaan

d)

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

30.

Prinsip manakah yang dapat membantu pelajar mematuhi peraturan untuk mengatasi isu-isu etika akademik seperti plagiat?

a)

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

b)

Kedaulatan Undang-Undang

c)

Kepercayaan kepada Tuhan

d)

Kesopanan dan Kesusilaan

31.

Apakah peranan utama prinsip 'Kesetiaan kepada Raja dan Negara' dalam memastikan keamanan dan kedamaian negara Malaysia?

a)

Menghormati perbezaan pendapat orang lain

b)

Menjamin kepatuhan kepada raja dan negara untuk mengelakkan perpecahan dan ketidakharmonian

c)

Menggalakkan masyarakat mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian

d)

Memastikan rakyat mematuhi undang-undang

32.

Bagaimanakah prinsip Rukun Negara dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian anda?

a)

Dengan belajar bersungguh-sungguh

b)

Dengan mengamalkan nilai-nilai kesetiaan dan keharmonian

c)

Dengan menyertai aktiviti sukarela komuniti

d)

Dengan menjalinkan hubungan dengan negara lain

33.

Manakah antara berikut yang bukan merupakan ciri keluhuran perlembagaan dalam sebuah negara Madani?

a)

Kebebasan bersuara untuk mendapatkan hak

b)

Penghormatan terhadap hak asasi manusia

c)

Penindasan golongan tertentu

d)

Pengasingan kuasa antara eksekutif, legislatif, dan kehakiman

34.

Apakah hubungan antara keluhuran perlembagaan dan kestabilan politik dalam sebuah negara Madani?

a)

Menggalakkan kestabilan politik dengan menetapkan undang-undang yang adil.

b)

Keluhuran perlembagaan tidak mempunyai kesan terhadap kestabilan politik.

c)

Keluhuran perlembagaan menyebabkan ketidakstabilan politik.

d)

Perlembagaan tidak perlu dihormati untuk mencapai kestabilan politik

35.

Bagaimanakah "Keluhuran Perlembagaan" membantu dalam menjaga hak asasi manusia di Malaysia?

a)

Dengan memastikan semua undang-undang dan sasaran kerajaan tidak bercanggah dengan Perlembagaan.

b)

Dengan membolehkan kerajaan membuat perubahan pada Perlembagaan tanpa rujukan kepada rakyat.

c)

Dengan memberi keutamaan kepada undang-undang syariah sahaja.

d)

Dengan mengetepikan peranan kehakiman dalam melindungi hak individu.

36.

Apakah kesan jika Perlembagaan tidak dihormati dalam sebuah negara Madani?

a)

Kekeliruan dalam pengurusan

b)

Mengakibatkan kekacauan dan penindasan

c)

Rakyat boleh mempertahankan hak mereka

d)

Memperkukuhkan hak asasi manusia

37.

Manakah antara berikut yang merupakan fungsi utama Perlembagaan Persekutuan dalam negara Madani?

a)

Mengawasi kegiatan ekonomi negara.

b)

Menetapkan struktur pemerintahan dan melindungi hak asasi manusia.

c)

Menetapkan kurikulum pendidikan.

d)

Mengatur hubungan antarabangsa.

38.

Bagaimanakah Perlembagaan Persekutuan memastikan hak-hak golongan minoriti dilindungi dalam negara Madani?

a)

Dengan memberi keutamaan kepada hak golongan majoriti sahaja.

b)

Dengan pindaan hak minoriti ke dalam peruntukan perlembagaan.

c)

Dengan membiarkan masyarakat menguruskan sendiri hak-hak mereka.

d)

Dengan mengabaikan isu-isu berkaitan minoriti.

39.

Bagaimanakah keluhuran perlembagaan mempengaruhi keharmonian antara kaum di Malaysia?

a)

Dengan membenarkan diskriminasi kaum.

b)

Dengan memberi kelebihan kepada kaun tertentu

c)

Dengan melindungi hak semua kaum.

d)

Dengan menghargai keperluan hidup.

40.

Apakah kesan keluhuran perlembagaan terhadap kebebasan bersuara dalam negara Madani?

a)

Kebebasan bersuara dilindungi.

b)

Kebebasan bersuara tanpa sempadan

c)

Menghadkan kebebasan bersuara hanya kepada golongan tertentu

d)

Mengabaikan kebebasan bersuara sepenuhnya.

41.

Bagaimanakah Perlembagaan Malaysia melindungi hak-hak ekonomi rakyat dalam negara MADANI?

a)

Dengan memberikan kebebasan kepada individu untuk menjalankan perniagaan dan memiliki harta.

b)

Dengan mengawal sepenuhnya semua aktiviti ekonomi oleh kerajaan.

c)

Dengan mengehadkan pemilikan harta kepada golongan tertentu sahaja.

d)

Dengan menafikan hak ekonomi kepada golongan minoriti.

42.

Bagaimanakah prinsip "kesamarataan di hadapan undang-undang" diterapkan dalam konteks negara Madani?

a)

Dengan memastikan semua individu, tanpa mengira status, tertakluk kepada undang-undang yang sama.

b)

Dengan memberi keistimewaan kepada kerajaan dalam proses undang-undang.

c)

Dengan memastikan undang-undang hanya terpakai kepada golongan miskin.

d)

Dengan mengabaikan prinsip ini untuk golongan elit.

43.

Apakah kesan positif pematuhan kepada keluhuran perlembagaan terhadap pembangunan ekonomi dalam negara Madani?

a)

Memastikan kestabilan undang-undang yang menggalakkan pelaburan dan pembangunan ekonomi.

b)

Menghadkan peluang ekonomi kepada golongan tertentu sahaja.

c)

Menghalang sebarang bentuk pembangunan ekonomi.

d)

Memastikan kerajaan campur tangan dalam semua urusan ekonomi.

44.

Bagaimanakah seorang warganegara Madani boleh mempromosikan keamanan dan keselamatan dalam komuniti?

a)

Menganjurkan aktiviti keagamaan

b)

Mengambil bahagian dalam program komuniti.

c)

Mengabaikan isu keselamatan dalam komuniti.

d)

Membuat keputusan sendiri sebagai cara penyelesaian terbaik

45.

Dalam negara Madani, hubungan antara agama dan politik adalah

a)

Saling melengkapi dalam membentuk masyarakat.

b)

Agama dan politik tidak mempunyai sebarang hubungan.

c)

Politik lebih penting daripada agama.

d)

Agama harus dipisahkan sepenuhnya daripada politik.

46.

Apakah tindakan yang seharusnya diambil oleh seorang warganegara Malaysia untuk menyumbang kepada keharmonian masyarakat Madani?

a)

Menyebarkan berita palsu dan fitnah di media sosial.

b)

Menggalakkan dialog antara kaum.

c)

Memajukan kaum sendiri mendahului kaum lain.

d)

Mengasingkan diri daripada aktiviti komuniti supaya tidak terlibat dengan sebarang rusuhan

47.

Apakah yang dimaksudkan dengan "pengasingan kuasa" dalam konteks keluhuran perlembagaan?

a)

Pembahagian kuasa di antara pemerintah dan rakyat.

b)

Pembahagian kuasa antara badan eksekutif, legislatif, dan kehakiman untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa.

c)

Penyerahan semua kuasa kepada satu badan sahaja.

d)

Pembahagian kuasa ekonomi antara sektor awam dan swasta.

48.

Apakah prinsip yang perlu diutamakan oleh kerajaan dalam memastikan keluhuran perlembagaan dipelihara?

a)

Menyokong pemerintahan autokratik.

b)

Mengabaikan keputusan mahkamah

c)

Meminda perlembagaan untuk kepentingan politik.

d)

Memastikan setiap tindakan kerajaan selaras dengan peruntukan Perlembagaan

49.

Apakah yang dimaksudkan dengan "kebebasan beragama" dalam konteks keluhuran perlembagaan di Malaysia?

a)

Kebebasan untuk menukar agama tanpa sebarang batasan

b)

Kebebasan untuk mempromosikan agama

c)

Kebebasan hanya untuk agama rasmi sahaja

d)

Kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing selagi tidak mengganggu ketenteraman awam

50.

Apakah peranan Yang di-Pertuan Agong dalam memastikan keluhuran perlembagaan di Malaysia?

a)

Mengabaikan keputusan Mahkamah Persekutuan

b)

Membuat undang-undang baru

c)

Menjaga dan melindungi Perlembagaan sebagai Ketua Negara

d)

Mengubah Perlembagaan