wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ujian Pensijilan Kemahiran Malaysia

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Manakah antara berikut merupakan syarat kelayakan sebagai PPB?

a)

Memiliki sijil SKM.

b)

Memiliki sijil VTO/TVET-i.

c)

Memiliki sijil Train The Trainer.

d)

Memiliki sijil induksi PP/PPD/PPB.

2.

Berapakah markah lulus minimum penilaian teori bagi NCS-Core Abilities Z-009:2015?

a)

50%

b)

60%

c)

70%

d)

80%

3.

Pilih pernyataan yang benar mengenai Penilaian Kerja Kursus (PKK) bagi tahap 3.

a)

Markah lulus PKK Prestasi adalah 60%.

b)

Peratusan PKK Pengetahuan adalah 30%.

c)

Hanya satu (1) PKK Prestasi bagi setiap CU.

d)

PKK Prestasi boleh dibangunkan secara serentak bagi dua (2) CU.

4.

Apakah tujuan penilaian di dalam Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia?

a)

Menentukan kepakaran seseorang pengajar dalam mencapai keterampilan semua pelatihnya.

b)

Menentukan sesorang calon sama ada mahir ataupun tidak mahir sepanjang latihan yang dilalui.

c)

Mekanisma yang digunakan untuk menilai pengetahuan dan pemahaman pelatih mengenai apa yang telah dipelajari.

d)

Menentukan seseorang calon mencapai tahap keterampilan yang ditetapkan dalam NOSS bagi penganugerahan SKM/ DKM/ DLKM.

5.

Berapakah bayaran yang dikenakan bagi permohonan pendaftaran Pensijilan Kemahiran Malaysia pelatih antarabangsa seramai 15 orang dengan Peraturan-Peraturan Pembangunan Kemahiran Kebangsaan Fi dan Caj (Pindaan 2023)?

a)

RM 450.00

b)

RM 900.00

c)

RM 1500.00

d)

RM 3000.00

6.

Di manakah sijil pentauliahan Pusat Bertauliah perlu dipamerkan?

a)

Di bilik pengurus pusat bertauliah.

b)

Di bengkel program yang ditauliahkan.

c)

Di papan kenyataan di premis yang ditauliahkan.

d)

Di tempat yang mudah dilihat oleh orang awam di premis yang dinyatakan pada sijil pentauliahan.

7.

'Semua bentuk komunikasi yang disiarkan melalui media elektronik atau apa-apa media kepada orang awam bagi maksud mempromosikan sesuatu penyedia latihan kemahiran atau program latihan.' Apakah perkara yang berkaitan dengan penyataan di atas?

a)

Persijilan

b)

Pengiklanan

c)

Pentauliahan

d)

Perhubungan

8.

Berapakah tempoh pentauliahan setelah pembaharuan pentauliahan diluluskan oleh Ketua Pengarah?

a)

Satu (1) tahun

b)

Dua (2) tahun

c)

Tiga (3) tahun

d)

Empat (4) tahun

9.

Di antara pernyataan berikut, yang manakah bukan syarat bagi Pegawai Pengesah Dalaman (PPD)?

a)

Lulus Kursus Induksi Pentauliahan PP-PPD-PPB.

b)

Memiliki Sijil Teknik Mengajar bagi program VTO/TVET-I.

c)

Memiliki Perakuan Personel yang dikeluarkan oleh JPK.

d)

Memiliki SKM pada satu tahap lebih tinggi dalam subsektor atau bidang berkaitan atau kelayakan setara yang diluluskan KPPK.

10.

Apakah tindakan pusat bertauliah sekiranya ingin menamatkan program latihan yang telah ditauliahkan?

a)

Menghapuskan sijil pentauliahan dan memaklumkan kepada Ketua Pengarah.

b)

Menyerahkan sijil pentauliahan kepada Ketua Pengarah pada bila-bila masa dari tarikh penamatan.

c)

Menyerahkan sijil pentauliahan kepada Ketua Pengarah dalam masa tiga bulan dari tarikh penamatan.

d)

Menyerahkan sijil pentauliahan kepada Ketua Pengarah sekurang-kurangnya tiga bulan tetapi tidak melebihi enam bulan dari tarikh penamatan.

11.

Berapakah tempoh perakuan bagi satu-satu jawatan personel PB?

a)

Satu (1) tahun

b)

Dua (2) tahun

c)

Tiga (3) tahun

d)

Lima (5) tahun

12.

Berapakah kadar fi yang ditetapkan bagi permohonan pindaan maklumat untuk menambah 2 (dua) program pentauliahan?

a)

A. RM 200

b)

B. RM 400

c)

C. RM 800

d)

D. RM 1500