NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsUEC 2022C
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Name
Class
Date
1.
Ketokohan __________ sebagai negarawan ulung sukar untuk ditandingi.
a)
baginda
b)
mereka
c)
tuanku
d)
beliau
2.
Encik Tan ___________ mengirim anaknya wang sebanyak RM500 pada hujung minggu ini.
a)
akan
b)
telah
c)
sudah
d)
sedang
3.
Aminah sedang _________ skrip yang dihantar oleh penulis skrip sebelum difilemkan.
a)
mengulas
b)
menulis
c)
mengawal
d)
menyunting
4.
Tin minuman berkarbonat itu habis _________ kerana dipijak oleh adik.
a)
lekuk
b)
kemik
c)
penyek
d)
lengkung
5.
Emak menanam pokok bunga yang _________ itu di dalam pasu.
a)
renek
b)
besar
c)
lebat
d)
tinggi
6.
Budak-budak kampung gemar mandi di sungai itu kerana airnya _________ sahaja.
a)
deras
b)
cetek
c)
dalam
d)
Perlahan
7.
Murid-murid itu dinasihati agar _________ pelajaran demi masa depan mereka.
a)
terutama
b)
diutamakan
c)
keutamaan
d)
mengutamakan
8.
Pihak sekolah sedang berbincang ________ masalah ponteng dalam kalangan pelajar yang semakin berleluasa.
a)
demi
b)
antara
c)
tentang
d)
terhadap
9.
Ibu bapa patut _________ anak-anak mereka agar wujud keharmonian dalam keluarga.
a)
merapati
b)
mendekati
c)
menghampiri
d)
mendampingi
10.
Ibu membuang pakaian yang disimpan di dalam almari kerana __________ dimakan oleh lipas.
a)
kusut-masai
b)
koyak-rabak
c)
robak-rabik
d)
serai-berai
11.
Saya menggunakan se________ kertas untuk mencatatkan pesanan kepada guru kelas kami.
a)
lembar
b)
helai
c)
naskhah
d)
gulung
12.
_________ itu dilakukan untuk mendapatkan maklum balas penduduk tentang isu kenaikan harga barang.
a)
Uji kaji
b)
Soal siasat
c)
Temu duga
d)
Kaji selidik
13.
Antara perumpamaan yang berikut, yang manakah sesuai dengan situasi di bawah? Manusia yang lupa akan budi seseorang juga boleh disamakan dengan peribahasa ……….
a)
laksana lembu kasi
b)
seperti talam dua muka
c)
seperti kacang lupakan kulit
d)
bagaimana acuan begitulah kuihnya
14.
Pilih Pola Ayat yang betul.
a)
Adik bermain di padang selepas pulang dari sekolah. (Frasa Nama + Frasa Sendi Nama)
b)
Cikgu Ahmad ialah guru Bahasa Malaysia kelas kami. (Frasa Nama + Frasa Nama)
c)
Bapa saya ke pejabat setiap hari dengan menaiki bas. (Frasa Nama + Frasa Kerja)
d)
Kakak saya memakai baju berwarna merah itu. (Frasa Nama + Frasa Adjektif)
15.
Pilih Ayat Majmuk yang betul.
a)
Pokok kelapa itu telah tumbang semalam.
b)
Pelakon itu sudah membeli sebuah rumah banglo di Taman Sunway.
c)
Pasar Raya Emart akan mengadakan promosi secara besar-besaran pada minggu hadapan.
d)
Vivien tidak dapat berjumpa dengan Daphne kerana dia terpaksa menjaga adiknya di rumah.
Reset
