wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Soalan Bahasa Melayu

Total questions: 42

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Farah tidak pernah melupai jasa kedua-dua orang tuanya. _____________, dia akan menghantar mereka untuk mengerjakan haji tahun ini.

a)

Oleh demikian

b)

Namun begitu

c)

Lantas

d)

Kemudian

2.

Kemalangan jalan raya di negara kita ___________ dari tahun ke tahun.

a)

menambah

b)

bertambah

c)

penambahan

d)

ditambah

3.

Abang ________ buluh untuk dibuat wau.

a)

mengikis

b)

meraut

c)

menarah

d)

mengupas

4.

Menteri Pelajaran akan mengadakan lawatan __________ ke sekolah-sekolah di daerah Gombak.

a)

sebentar

b)

sekejap

c)

seketika

d)

singkat

5.

Walaupun tempat tumpuan orang ramai itu telah indah tetapi Majlis Perbandaran Kota Bharu telah menjalankan pelbagai langkah untuk ________ lagi tempat tumpuan orang ramai di kawasan tersebut.

a)

memperindah

b)

mengindah

c)

indahkan

d)

diindahkan

6.

Ibu memasukkan __________ asam gelugor dan beberapa __________ garam ke dalam gulai.

a)

sekeping …cubit

b)

seketul…..jemput

c)

sehiris..cubit

d)

sepotong….genggam

7.

Kematian ibu bapa Munawir memberi kesan yang dalam kepadanya.__________ dia tidak seperti dahulu.

a)

Berikutnya

b)

Semenjak itu

c)

Seterusnya

d)

Selanjutnya

8.

Orang kaya yang sangat kedekut itu digelar ______ oleh penduduk kampung.

a)

mata duitan

b)

hidung tinggi

c)

tangkai jering

d)

kera sumbang

9.

Peperiksaan UPSR tinggal sebulan sahaja. Liyana terpaksa______ untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

a)

membuka langkah

b)

membuka mata

c)

memeras otak

d)

memerah otak

10.

Seluruh Malaysia berada dalam kegelapan apabila bekalan elektrik ______ semalaman.

a)

tergendala

b)

terhilang

c)

terputus

d)

tertunda

11.

Seorang ahli jawatankuasa PIBG telah memberi __________ untuk menambahkan tabungan PIBG sekolah.

a)

saranan

b)

keputusan

c)

andaian

d)

amaran

12.

Kerajaan telah mengambil tindakan drastik dengan _______ sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dengan keganasan.

a)

menahan

b)

menyembunyikan

c)

menyerbu

d)

menyumbat

13.

Orang kaya itu berjaya ________ hati gadis yang cantik itu dengan hadiah-hadiah yang mahal.

a)

menambat

b)

mengikat

c)

memberkas

d)

menyimpul

14.

Rakyat Malaysia dapat _______ segala pembangunan yang ada sekarang, berkat perngorbanan pemimpin-pemimpin dahulu.

a)

menjamah

b)

melalui

c)

melayari

d)

menikmati

15.

Ubat-ubatan tradisional biasanya ________ seperti hempedu dan ini biasanya tidak digemari oleh orang.

a)

masam

b)

masin

c)

pedas

d)

pahit

16.

Badan pengemis itu __________ kerana sudah berminggu-minggu dia tidak mandi.

a)

hanyir

b)

hangus

c)

hangit

d)

hapak

17.

Para remaja kita sekarang makin ramai yang ________ dalam kancah maksiat akibat pengaruh media barat.

a)

terjatuh

b)

terlibat

c)

terjerumus

d)

tergelincir

18.

Kedua-dua tangan Ani _______ di permukaan kolam seolah-olah meminta pertolongan.

a)

terlambai-lambai

b)

terkapai-kapai

c)

terhincut-hincut

d)

terkibar-kibar

19.

______ usianya sudah lanjut, ________ semangatnya untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja amal tetap membara.

a)

Namun …… tetapi

b)

Sesungguhnya……. namun

c)

Sungguhpun …… namun

d)

Walaupun ……. justeru itu

20.

_______ hidup yang semakin meningkat boleh membebankan golongan kurang berada.

a)

Tahap

b)

Takat

c)

Taraf

d)

Status

21.

Dia berjaya ________ pingat emas dalam acara bina badan.

a)

meraih

b)

menggondol

c)

merampas

d)

memegang

22.

Bilangan hakim perlu ditambah untuk menyelesaikan kes-kes yang _______

a)

tertangguh

b)

menangguh

c)

bertangguh

d)

menangguhkan

23.

Pak Borhan adalah _______ lembu daging yang berjaya di kampung itu.

a)

peternak

b)

ternakan

c)

Pemilik

24.

Pak Borhan adalah _______ lembu daging yang berjaya di kampung itu.

a)

peternak

b)

ternakan

c)

menternak

d)

penternakan

25.

Pada waktu petang, Encik Rahman sering membawa anaknya _______ di tepi sungai.

a)

ambil angin

b)

buang angin

c)

khabar angin

d)

atas angin

26.

Teknologi maklumat semakin penting pada masa sekarang. _________ murid-murid sekolah digalakkan mempelajari cara menggunakan komputer.

a)

Tambahan lagi

b)

Di samping itu

c)

Oleh demikian

d)

Demikian

27.

Sharozat hanya memerhati _______ rakan-rakannya sibuk membuat persediaan untuk majlis itu.

a)

sedangkan

b)

kecuali

c)

malahan

d)

melainkan

28.

Beberapa orang _______ membantu pasukan penyelamat menyelamatkan mangsa-mangsa banjir.

a)

wartawan

b)

olahragawan

c)

dermawan

d)

sukarelawan

29.

Fatin menangis _________ kerana dimarahi oleh ibunya.

a)

teresak-esak

b)

termanggu-manggu

c)

tersedak-sedak

d)

terjerit-jerit

30.

Pelajar-pelajar diminta _________ di dewan sekolah selepas waktu rehat.

a)

berhimpun

b)

berjumpa

c)

bersatu

d)

berkerumun

31.

Datuk sedang ______ di Unit Rawatan Rapi, Hospital Seberang Jaya.

a)

merawat

b)

dirawat

c)

rawat

d)

merawati

32.

Murthy selalu ponteng kelas. _______, dia didenda oleh guru disiplin.

a)

Justeru

b)

Namun begitu

c)

Oleh sebab

d)

Bagaimanapun

33.

______wang yang lebih itu disimpan di bank.

a)

Seeloknya

b)

Mengelokkan

c)

Keelokan

d)

Seelok-eloknya

34.

Husrin berjalan dengan _______ sebaik-baik sahaja hujan turun.

a)

kencang

b)

lambat

c)

deras

d)

pantas

35.

Naufal menyalakan unggun api dengan menggunakan _______mancis dan _______ kertas.

a)

secebis …. Sekotak

b)

sebatang …. secebis

c)

sepucuk …. Sebuku

d)

setangkai …. sekeping

36.

Kelakuan Hartimi telah menjadi _____penduduk kampung kerana pakaiannya yang mencolok mata.

a)

tikam lidah

b)

buah mulut

c)

basuh mulut

d)

buah tangan

37.

Kemalangan ngeri yang aku lihat tempoh hari masih _____ difikiranku.

a)

bayang

b)

ingat

c)

terbayang-bayang

d)

ingat-ingat

38.

Perlaksanaan projek ini memerlukan semangat yang ________ dan usaha yang tidak kenal erti jemu.

a)

kental

b)

megental

c)

kentalan

d)

mengentalkan

39.

Ahli Kelab Rakan Muda terpaksa ______ arus sungai yang deras itu.

a)

melintasi

b)

mengharungi

c)

menyelam

d)

melalui

40.

Syafiq gemar ____ cerita seram di pawagam.

a)

menuntun

b)

membaca

c)

menonton

d)

menilik

41.

Di belakang rumah saya terdapat ______ serai yang ditanam oleh ibu.

a)

serumpun

b)

selonggok

c)

serimbun

d)

setimbun

42.

Ayah membeli tiga ____ petai daripada Pak Uda.

a)

papan

b)

biji

c)

buah

d)

untai