Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SET 3 SOALAN GERAK GEMPUR SPM 2024

Total questions: 42

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.
NAMA
4 lines
2.
KELAS
a)
5 TERAMPIL
b)
5 DINAMIK
c)
5 EFISIEN
d)
5 JAUHARI
e)
5 ASPIRASI
3.
Kedaulatan merupakan lambang kekuasaan tertinggi seseorang sultan dalam Kesultanan Melayu Melaka. Mengapakah kedaulatan tersebut penting kepada baginda?
a)
A Kesejahteraan rakyat dijamin
b)
B Diakui oleh kerajaan lain
c)
C Rakyat dapat dilindungi
d)
D Sistem pentadbiran tersusun
4.
Nasionalisme di Vietnam muncul akibat perubahan sosiopolitik dan sosioekonomi lepas kedatangan Perancis. Apakah akhbar yang digunakan sebagai medium penentangan terhadap Perancis? I Kalayan Il Il- filibusterismo III Tribune Indige IV Cloche Felee
a)
A I dan II
b)
B I dan IV
c)
C II dan III
d)
D III dan IV
5.
Cerita Terkukur yang disiarkan dalam akhbar Melayu pada tahun 1920 disampaikan secara berselindung di sebalik wajah dan pelaku haiwan. Mengapakah penulis berbuat demikian?
a)
A Dikongkong undang-undang pemerintah
b)
B Menanam sikap membenci British
c)
C Meniup semangat nasionalisme
d)
D Dipengaruhi oleh idea pembaharuan
6.
Jadual berikut berkaitan kerjasama pemimpin dalam menghadapi konflik dunia. Apakah kesan daripada kerjasama tersebut?
a)
A Kemenangan Kuasa Paksi
b)
B Perjanjian Versailles ditandatangani
c)
C Berakhir Perang Dunia Kedua di Eropah
d)
D Penubuahan Liga Bangsa-Bangsa
7.
Pasukan polis tentera telah ditubuhkan untuk menjaga kepentingan pentadbiran tentera Jepun di Tanah Melayu. Apakah yang boleh dikaitkan dengan pernyataan tersebut?
a)
A Kita Boruneo
b)
B Malai Baru
c)
C Kempeitai
d)
D Syonan-to
8.
Gerakan anti-Jepun yang semakin meningkat mendorong pentadbiran Jepun menggunakan pasukan tentera atau polis yang dianggotai oleh orang Melayu untuk menentang MPAJA. Apakah implikasi daripada tindakan di atas?
a)
A Meningkatkan kerjasama antara kaum
b)
B Menimbulkan ketegangan kaum
c)
C Mewujudkan perpaduan rakyat
d)
D Melemahkan kuasa pembesar
9.
Mengapakah orang Melayu membantah Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada tahun 1946?
a)
A Kuasa sultan terhakis
b)
B Gabenor sebagai ketua pentadbir
c)
C Perubahan status naungan negeri
d)
D Hak kewarganegaraan sama rata
10.
Maklumat di bawah adalah berkaitan Pekeliling No. 9/1946 yang dikeluarkan pihak British. Mengapakah perkara tersebut berlaku?
a)
A Sebagai tanda protes pentadbiran keluarga Brooke
b)
B Membantah penyerahan Sarawak kepada British
c)
C Memboikot pelantikan Sir Duncan Stewart
d)
D Gerakan mendapatkan kemerdekaan
11.
Jawatankuasa Kerja telah ditubuhkan pada 25 Julai 1946. Apakah matlamat jawatankuasa tersebut?
a)
A Merangka Perlembagaan Rakyat
b)
B Membincangkan Perlembagaan Persekutuan
c)
C Membentuk kerajaan pusat yang kuat
d)
D Membincangkan asas Perjanjian Persekutuan
12.
Maklumat berikut berkaitan dengan kewarganegaraan. X ialah rakyat?
a)
A Raja
b)
B British
c)
C Persekutuan
d)
D Malayan Union
13.
Maklumat berikut merupakan tindakan radikal yang telah dilakukan oleh pihak komunis. Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?
a)
A Pengharaman PKM
b)
B Pengisytiharan darurat
c)
C Pelaksanaan gencatan senjata
d)
D Pelancaran perang saraf
14.
Zaman darurat telah memberi kesan terhadap aspek sosioekonomi. Pernyataan yang manakah berkaitan kesan tersebut? I Dikenakan catuan makanan II Diperkenalkan pilihan raya III Mempercepatkan kemerdekaan IV Meningkatkan kos perbelanjaan
a)
A I dan II
b)
B I dan IV
c)
C II dan III
d)
D III dan IV
15.
Rajah berikut berkaitan penubuhan parti politik di Tanah Melayu sebelum merdeka. Apakah X?
a)
A Malayan Indian Congress (MIC)
b)
B Malayan Chinese Association (MCA)
c)
C Independence of Malayan Party (IMP)
d)
D United Malays National Organisation (UMNO)
16.
Apakah persamaan resolusi yang dicapai dalam persidangan tersebut?
a)
A Memperkasa perpaduan kaum
b)
B Menggesa kemerdekaan segera
c)
C Menuntut pilihan raya diadakan
d)
D Menolak dasar kerakyatan terbuka
17.
Pilihan raya umum pertama telah diadakan pada 1955. Apakah syarat untuk menjadi calon dalam pilihan raya tersebut? I Warganegara PTM II Berumur 21 tahun ke atas III Berketurunan kerabat raja IV Berpendidikan sekolah Inggeris
a)
A I dan II
b)
B I dan IV
c)
C II dan III
d)
D III dan IV
18.
Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Pilihan Raya Umum 1955. Apakah peranan kabinet tersebut?
a)
A Membangunkan dasar negara
b)
B Menggubal undang-undang Persekutuan
c)
C Mengurangkan kuasa pentadbiran British
d)
D Mengehadkan kuasa Pesuruhjaya British
19.
Rudingan kemerdekaan telah dilaksanakan antara wakil Raja-raja Melayu dengan wakil Parti Perikatan. Apakah kepentingan rundingan tersebut?
a)
A Menambah kerusi MPP
b)
B Meminda taraf kewarganegaraan
c)
C Membincangkan hak keselamatan
d)
D Meluluskan perlembagaan persekutuan
20.
Maklumat berikut berkaitan memorandum Suruhanjaya Perlembagaan PTM. Pihak manakah yang menghantar memorandum tersebut?
a)
A UMNO
b)
B Parti PAS
c)
C Parti Negara
d)
D Raja-raja Melayu
21.
Persediaan menyambut pemasyhuran kemerdekaan negara dirancang dengan sangat teliti. Apakah peranan jawatankuasa tersebut?
a)
A Memastikan kelancaran sambutan kemerdekaan
b)
B Menjamin protokol majlis sempurna
c)
C Memeriahkan majlis kemerdekaan
d)
D Menghiasi bandaraya dengan bendera
22.
Apakah kepentingan kedaulatan undang-undang kepada Persekutuan Tanah Melayu?
a)
A Bebas campur tangan politik
b)
B Memelihara hak rakyat
c)
C Pengiktirafan pertubuhan antarabangsa
d)
D Bebas terlibat dalam pakatan politik
23.
Bagaimanakah kedaulatan tradisional mengukuhkan sistem pemerintahan negara?
a)
A Kewibawaan raja diiktiraf
b)
B Rakyat terikat dengan perundangan
c)
C Persamaan rumpun bangsa
d)
D Keadilan kehidupan bermasyarakat
24.
Maklumat berikut berkaitan matlamat mempertahankan kedaulatan negara kita. Apakah langkah yang perlu diambil untuk mencapai matlamat tersebut? I Meningkatkan kecekapan pentadbiran II Mengadakan perjanjian pertahanan III Mewujudkan lambang kebesaran negara IV Mengagihkan kekayaan negara secara adil
a)
A I dan II
b)
B I dan IV
c)
C II dan III
d)
D III dan IV
25.
Rajah berikut berkaitan Perjanjian Persekutuan 1957. Apakah X?
a)
A Kedudukan Bahasa Melayu
b)
B Kedudukan istimewa kaum lain
c)
C Kerajaan Persekutuan yang kukuh
d)
D Kewarganegaraan yang berbeza
26.
Perlembagaan Persekutuan mempunyai ciri tradisional dan ciri moden. Apakah yang dikaitkan dengan ciri moden perlembagaan tersebut?
a)
A Pemerintahan beraja
b)
B Agama Persekutuan
c)
C Kedudukan bumiputera
d)
D Demokrasi berparlimen
27.
Apakah bukti yang menunjukkan sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka adalah berlandaskan konsep Islam
a)
A Raja sebagai ketua agama Islam
b)
B Orang Melayu diberi keistimewaan
c)
C Ukiran Islam dijadikan hiasan istana
d)
D Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
28.
Apakah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong?
a)
A Mengubah sempadan negeri
b)
B Menjadi perutusan ke luar negeri
c)
C Melantik diplomat ke luar negara
d)
D Menguruskan perbelanjaan negara
29.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa tambahan bagi menyesuaikan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia. Apakah peruntukan kuasa tersebut? I Pertanian dan perhutanan II Pengawalan makhluk perosak III Mahkamah Anak Negeri IV Kebudayaan dan sukan
a)
A I dan II
b)
B I dan IV
c)
C II dan III
d)
D III dan IV
30.
Maklumat berikut berkaitan dengan agensi Kerajaan Persekutuan. Apakah agensi kerajaan tersebut?
a)
A MARA
b)
B RISDA
c)
C FELDA
d)
D FELCRA
31.
Maklumat berikut merujuk kepada parti politik di Sabah. Apakah reaksi yang ditunjukkan oleh parti tersebut terhadap pembentukan Malaysia?
a)
A Mendapatkan kemerdekaan awal
b)
B Menyokong gagasan sejak awal
c)
C Mengadakan pilihan raya
d)
D Menuntut hak sama rata
32.
Maklumat tersebut berkaitan konfrontasi Indonesia. Bagaimanakah Malaysia menangani isu serangan tersebut?
a)
A Mengadakan rundingan
b)
B Membuat aduan kepada PBB
c)
C Menuntut campur tangan British
d)
D Mengadakan genjatan senjata
33.
Keratan akhbar menunjukkan keganasan yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Apakah tindakan kerajaan untuk membendung keganasan tersebut?
a)
A Melaksanakan Undang-undang Darurat
b)
B Menubuhkan pasukan Rejimen Askar Melayu
c)
C Mengadakan Perjanjian Kerjasama Sempadan
d)
D Mengenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri
34.
Bagaimanakah kerajaan mengatasi isu berikut selepas merdeka?
a)
A Melaksanakan dasar pembangunan tempatan
b)
B Menambah jumlah doktor pakar
c)
C Menggalakkan pusat perubatan swasta
d)
D Memperkenalkan Program Perancang Keluarga
35.
Tokoh berikut merupakan penggiat budaya negara yang tersohor Apakah sumbangan tokoh tersebut
a)
A Muzik tradisional
b)
B Kesusasteraan
c)
C Kebudayaan
d)
D Tarian
36.
Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970. Apakah matlamat pembentukan Rukun Negara?
a)
A Membangunkan masyarakat yang rasional
b)
B Menggalakkan pengamalan budaya kebangsaan
c)
C Memupuk integrasi nasional
d)
D Membentuk masyarakat progresif
37.
Maklumat berikut berkaitan dengan strategi Dasar Ekonomi Baru (DEB) Apakah X?
a)
A Merancang dasar pentadbiran
b)
B Menyusun semula masyarakat
c)
C Memajukan perindustrian berat
d)
D Membentuk kesejahteraan kaum
38.
Apakah teknologi pertanian pintar yang dilaksanakan untuk mempertingkatkan hasil pertanian? I Penggunaan dron II Pembinaan empangan III Pemuliharaan tanah terbiar IV Penghasilan biji benih berkualiti
a)
A I dan II
b)
B I dan IV
c)
C II dan III
d)
D III dan IV
39.
Bagaimanakah dasar hubungan luar Kesultanan Melayu Melaka dibentuk?
a)
A Perdagangan
b)
B Perkahwinan
c)
C Pakatan ketenteraan
d)
D Dasar perluasan kuasa
40.
Apakah tanggungjawab badan antarabangsa tersebut terhadap masyarakat dunia?
a)
A Mengawasi gencatan senjata
b)
B Mengekalkan keamanan dunia
c)
C Menjadi pemerhati di negara bergolak
d)
D Menjaga golongan yang tidak bernegara
41.
Baca dan fahami dialog berikut. Apakah pertubuhan tersebut?
a)
A Komonwel
b)
B NAM
c)
C PBB
d)
D OIC
42.
Apakah isu yang disuarakan oleh Malaysia terhadap pembelaan rakyat Palestin?
a)
A Kekejaman rejim Zionis
b)
B Penindasan etnik
c)
C Pergolakan politik
d)
D Rusuhan kaum