wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI KERTAS 1 SEJARAH

Total questions: 60

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut berkaitan dengan sumber pendapatan Kesultanan Melayu Melaka

*Hasil cukai perdagangan

  • * Cukai

  • * Ufti

Siapakah yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan hasil perbendaharaan kerajaan?

a)

A

Bendahara

b)

B

Syahbandar

c)

C

Temenggung

d)

D

Penghulu Bendahari

2.

Antara berikut, yang manakah peranan seorang pembesar dalam sesebuah pentadbiran?

a)

A Mewujudkan perpaduan rakyat

b)

B Mengutip hasil melalui sistem serah

c)

C Menjadi pengayuh atau pendayung kapal perang

d)

D Menaungi dan menjaga keselamatan rakyat negeri

3.

 Pendidikan dalam kalangan rakyat Indonesia merupakan isu utama yang dibangkitkan oleh nasionalis Indonesia pada peringkat awal. Mengapakah isu ini menjadi matlamat utama perjuangan mereka?

a)

A Pendidikan dapat mengubah nasib rakyat Indonesia

b)

B Penduduk Indonesia tidak mendapat pendidikan formal

c)

C Peluang pendidikan di Indonesia hanya untuk golongan elit

d)

D Pendidikan Barat menyebabkan pendidikan tradisional terabai

4.

Akhbar dan majalah telah memainkan peranan penting dalam memupuk semangat nasionalisme.

I Majalah Guru

II Utusan Malaysia

III The Malaya Mail

IV Lembaga Melayu

Apakah akhbar dan majalah yang dimaksudkan?

a)

A

I dan II

b)

B

I dan IV

c)

C

II dan III

d)

D

III dan IV

5.

Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa menjalankan tanggungjawabnya dalam memastikan keamanan dunia mengakibatkan meletusnya Perang Dunia Kedua.

Apakah krisis-krisis yang gagal ditangani oleh liga tersebut?

I Penaklukan Jepun ke atas Manchuria

II Pencerobohan Itali di wilayah Poland

III Kemunculan negara baharu yang tidak terkawal

IV Keingkaran Jerman mematuhi Perjanjian Versailles


a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

6.

Mengapakah Jerman melancarkan Operasi Barbarossa setelah menguasai Eropah Barat?

a)

A Bagi mengadakan gerakan politik radikal

b)

B Bagi menjejaskan ekonomi Britain

c)

C Bagi menakluki negara Perancis

d)

D Bagi menawan Rusia

7.

Gagasan Malayan Union telah diperkenalkan di Tanah Melayu bagi menggantikan British Military Administration (BMA). Antara berikut, yang manakah merupakan tujuan Malayan Union diperkenalkan?

I Melicinkan sistem pentadbiran

II Menambah kos pentadbiran

III Menyatupadukan rakyat

IV Meningkatkan pelaburan ekonomi


a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

8.

Tarikh: 1 Julai 1946

Peristiwa: Penyerahan Sarawak kepada kerajaan British

Mengapakah peristiwa berikut ditentang oleh penduduk Sarawak?

a)

A Kemerdekaan negeri dipercepat

b)

B Kuasa pembesar tempatan terhapus

c)

C Pemerintahan Vyner Brooke berakhir

d)

D Bercanggah dengan Perlembagaan 1941

9.

Mengapakah golongan nasionalis Melayu radikal memberi penekanan kepada Kebebasan hak bersuara, berhimpun dan menerbitkan akhbar?

a)

A Ingin membuka minda rakyat ke arah negara yang merdeka

b)

B Ingin mengetahui masalah yang dihadapi orang Melayu

c)

C Ingin mewujudkan perpaduan antara kaum

d)

D Ingin mewujudkan ekonomi orang Melayu

10.

Apakah kesan pengenalan Piagam Atlantik kepada Tanah Melayu?

a)

A British membentuk Malayan Union

b)

B British mempertahankan hak istimewa orang Melayu

c)

C British bersetuju membentuk Persekutuan Tanah Melayu

d)

D British memperketat kerakyatan penduduk Tanah Melayu

11.

Selepas Perang Dunia Kedua, British mula melaksanakan dasar desentralisasi. Apakah kesan yang dibawa oleh langkah tersebut kepada masyarakat Melayu?

a)

A Menjalankan pentadbiran

b)

B Peka tentang masa depan


c)

C Dapat menguasai ekonomi 

d)

D Aktif dalam perkhidmatan awam

12.

Mengapakah British berusaha membendung pengaruh empayar Uthmaniyah di negeri Melayu pada abad ke-20?

a)

A Meningkatkan patriotisme

b)

B Kesedaran politik antarabangsa

c)

C Mengelakkan kancah pergolakan politik

d)

D Membendung kebangkitan gerakan Islam

13.

Berikut merupakan pihak yang menyertai Pakatan Bertiga.

Pakatan Bertiga: X, Britain, Perancis, Portugal.

Apakah X?

a)

A Rusia

b)

B Jerman

c)

C Bulgaria

d)

D Austria-Hungary

14.

Bagaimanakah Adolf Hitler mengembalikan semula maruah bangsa dan negaranya selepas Perang Dunia Pertama?

a)

A Mengadakan referendum

b)

B Memulihkan sistem monarki

c)

C Memperbesar angkatan tentera

d)

Membangunkan industri baharu

15.

Jepun menggunakan propaganda Semangat Asia dan Asia untuk orang Asia semasa meluaskan kuasanya di Asia Pasifik. Apakah tujuan Jepun melancarkan propaganda tersebut?

a)

A Membangkitkan taat setia kepada raja

b)

B Menonjolkan imej pembela negara Asia

c)

C Menyebarkan dasar pemodenan industri

d)

D Menamatkan pergantungan kepada Barat

16.

Apakah nilai yang ditunjukkan oleh para pengundi semasa Pilihan Raya?

a)

A Kesabaran

b)

B Perpaduan

c)

C Tanggungjawab

d)

D Semangat setiakawan

17.

Antara peristiwa penting dalam mencapai kemerdekaan negara ialah ketibaan rombongan merdeka diarak hingga ke Padang Banda Hilir, Melaka. Apakah peristiwa penting yang berlaku pada ketika itu?

a)

Pengisytiharan tarikh kemerdekaan

b)

Penurunan bendera British Union Jack

c)

Pemasyhuran Hari Kemerdekaan negara

d)

Pembentukan Ahli Suruhanjaya Cobbold

18.

Maklumat berikut berkaitan dengan cara pemberian kewarganegaraan berdasa Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.

Cara Pemberian Kearganegaraan:

  1. * Kuatkuasa undang-undang

  2. * Permohonan

  3. * X

  4. Apakah X?

a)

A Pengecualian

b)

B Pemindahan

c)

C Naturalisasi

d)

D Nasionalisme

19.

Apakah takrifan kemerdekaan menurut Kamus Dewan?

a)

A Perjuangan politik

b)

B Pembentukan negara

c)

C Berkorban untuk negara

d)

D Bebas daripada penjajahan

20.

Berikut merupakan lambang kebangsaan Malaysia.

  • * Jata Negara

  • * Jalur Gemilang

  • I Lambang jati diri

  • II Simbol kemegahan

  • III Lambang kedaulatan

  • IV Simbol perpaduan

  • Mengapakah lambang tersebut diwujudkan?

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

21.

Senarai berikut berkaitan dengan kesejahteraan sosial.

  • * Rukun Negara

  • * Bahasa Kebangsaan

  • Apakah matlamat perkara tersebut diperkenalkan?

a)

A Menyalurkan bantuan kewangan

b)

B Memastikan semangat persaingan

c)

C Memupuk perasaan individualistik

d)

D Memupuk perasaan muhibah rakyat

22.

Gambar berikut menunjukkan kepelbagaian budaya dan adat resam kaum di negara kita. Apakah kesimpulan daripada gambar tersebut?

a)

A Mengadakan kunjung-mengunjung

b)

B Mematuhi undang-undang negara

c)

C Mengekalkan perpaduan kaum

d)

D Menunjukkan keunikan negara

23.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 disesuaikan dengan model Westminster. Dari negara manakah model tersebut diambil?

a)

A Britain

b)

B Belanda

c)

C Sepanyol

d)

D Amerika Syarikat

24.

Maklumat berikut berkaitan dengan bidang kuasa mahkamah.

Boleh mendengar mana-mana persoalan perlembagaan dan pertikaian antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

Apakah mahkamah tersebut?

a)

A Mahkamah Tinggi Borneo

b)

B Mahkamah Persekutuan

c)

C Mahkamah Rayuan

d)

D Mahkamah Atasan

25.

Apakah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong?

a)

A Mengubah sempadan negeri

b)

B Mengetuai perkhidmatan awam

c)

C Mengawal perbelanjaan kerajaan

d)

D Melantik diplomat ke luar negara

26.

Apakah kepentingan institusi berikut terhadap negara kita sehingga hari ini?

a)

A Menjayakan pelaksanaan dasar luar

b)

B Memelihara kebebasan asasi rakyat

c)

C Menggubal undang-undang negara

d)

D Membentuk pemerintahan kerajaan

27.

Senarai Negeri memperuntukkan kuasa Kerajaan Negeri Perkara yang manakah terletak dalam Senarai Negeri?

a)

A Tanah

b)

B Pelajaran

c)

C Kesihatan

d)

D Pertahanan

28.

Apakah faktor yang mengukuhkan Sistem Persekutuan di negara kita?

I Keluhuran Perlembagaan

II Sistem demokrasi berparlimen

III Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

IV Penyelarasan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

29.

Apakah konsep gagasan Malaysia?

a)

A Menggabungkan negara-negara di Asia Tenggara

b)

B Menyatukan negara-negara maju di Asia Tenggara

c)

C Menyatukan negara-negara sedang membangun

d)

D Menggabungkan beberapa bekas tanah jajahan British di Asia Tenggara

30.

Wilayah yang menyokong Gagasan Malaysia:

  • * Singapura

  • * Sarawak

  • Mengapakah wilayah tersebut menyokong gagasan Malaysia?

  • I Mengelakkan dekolonisasi

  • II Menamatkan ancaman komunis

  • III Mengukuhkan benteng pertahanan

  • IV Memenuhi desakan penduduk tempatan

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

31.

Maklumat berikut berkaitan dengan isu pembangunan ekonomi.

  • * Kadar pengangguran meningkat

  • * Peluang kerja terhad

Apakah usaha yang dapat dilaksanakan bagi menangani masalah tersebut?

a)

A Menubuhkan pusat latihan vokasional dan teknikal

b)

B Melaksanakan dasar pembangunan luar bandar

c)

C Menubuhkan sekolah berasrama penuh

d)

D Mempelbagaikan bidang pertanian

32.

Andai kata anda menganggotai MAGERAN, apakah perkata utama yang perlu anda berikan perhatian?

I Perpaduan kaum

II Keseimbangan ekonomi

III Kesetiaan kepada raja

IV Masalah pendidikan

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

33.

Mengapakah perkhidmatan Feri Malaysia diperkenalkan ke seluruh negara?

a)

A Menghantar barangan kargo

b)

B Mengeksport kenderaan serta jentera berat

c)

C Menggalakkan integrasi nasional

d)

D Memajukan sektor perkapalan

34.

Institusi berikut mempunyai kaitan dengan peranan Bahasa Melayu.

*Dewan Bahasa dan Pustaka

*Universiti Kebangsaan Malaysia

Mengapakah institusi tersebut ditubuhkan oleh kerajaan?

a)

A Ciri-ciri negara bangsa

b)

B Memperkasakan Bahasa Melayu

c)

C Menggalakkan kemasukan pelajar asing

d)

D Melahirkan tenaga kerja mahir

35.

Apakah matlamat penubuhan agensi tersebut?

a)

A Meningkatkan taraf hidup nelayan serta pemodenan sektor perikanan

b)

B Membantu penyelidikan dan penanaman semula industri getah

c)

C Melibatkan petani dan pekebun kecil dalam sektor koperasi

d)

D Mengawal selia beras dan menstabilkan harga padi

36.

Yang manakah pusat latihan ditubuhkan oleh kerajaan untuk golongan belia?

I Sekolah Teknik

II Sekolah Vokasional

III Institut Latihan Perindustrian (ILP)

IV Pusat Latihan Kemahiran Giatmara

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

37.

Yang manakah matlamat penggubalan dasar luar?

I Mempertahankan kemerdekaan

II Menyatukan rakyat antarabangsa

III Meningkatkan keyakinan rakyat

IV Melindungi kepentingan nasional

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

38.

Malaysia menandatangani perjanjian pertahanan baharu iaitu Perjanjian Pertahanan Lima Negara bagi mengekalkan keselamatan. Apakah yang akan diperoleh menerusi perjanjian tersebut?

a)

A Meningkatkan kawalan sempadan

b)

B Melengkapkan teknologi persenjataan

c)

C Memperoleh bantuan teknikal dan latihan

d)

D Menambah bilangan pasukan keselamatan

39.

Maklumat berikut berkaitan pihak yang melancarkan gerakan anti-minyak sawit.

NGO Pencinta Alam di Eropah mengganggap penanaman kelapa sawit sebagai punca pencemaran alam sekitar dan kemusnahan hutan.

Apakah tindakan Malaysia bagi menangani isu ini?

I Mengadakan kempen berterusan

II Mendapat sokongan negara ASEAN

III Menghasilkan minyak sawit hidroponik

IV Mendapatkan skim pensijilan MSPO

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

40.

Apakah tindakan Malaysia bagi memastikan perairan negara bebas daripada senjata nuklear?

a)

A Melarang latihan senjata nuklear

b)

B Mengiklankan keburukan nuklear

c)

C Mengkaji keburukan kesan nuklear

d)

D Memboikot negara pengeluar nuklear

41.

Apakah kerajaan yang wujud selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka?

a)

A Jambi

b)

B Srivijaya

c)

C Majapahit

d)

D Melayu Melaka

42.

Apakah maksud wilayah taklukan?

a)

A Wilayah diperolehi dari persahabatan

b)

B Wilayah diperolehi dari perdagangan

c)

C Wilayah diperolehi dari peperangan

d)

D Wilayah diperolehi dari diplomatik

43.

Apakah isu yang digunakan oleh Persatuan Belia Buddha untuk mengekalkan tradisi Burma?

a)

A Isu kesihatan

b)

B Isu kebajikan

c)

C Isu Kasut

d)

D Isu baju

44.

Negara berikut telah membentuk satu pakatan ketenteraan semasa Perang Dunia Pertama.

*Jerman

*Turki Uthmaniyah

Apakah nama pakatan tersebut?

a)

A Pakatan Kuasa Tengah

b)

B Pakatan Bertiga

c)

C Kuasa Berikat

d)

D Pakatan Ais

45.

Apakah tujuan utama penubuhan British Military Administration (BMA)?

a)

A Membentuk pentadbiran British

b)

B Memulihkan keamanan Tanah Melayu

c)

C Membangunkan sistem pertahanan British

d)

D Mengukuhkan ketenteraan British

46.

Apakah yang diperjuangkan oleh golongan nasionalis Melayu?

a)

A Kedudukan istimewa Melayu

b)

B Hak semua kaum dalam negara

c)

C Kedaulatan Raja-raja Melayu

d)

D Kemerdekaan Tanah Melayu

47.

Apakah parti yang telah membawa masuk fahaman komunis ke negara kita pada awal tahun 1920-an?

a)

A Parti Komunis Indonesia

b)

B Parti Komunis Nanyang

c)

C Parti Komunis Malaya

d)

D Parti Koumintang

48.

Apakah konsep kemerdekaan yang diperjuangkan oleh Kesatuan Melayu Muda?

a)

A Merdeka

b)

B Melayu Raya

c)

C Hidup Melayu

d)

D Tanah Merdeka

49.

Siapakah yang mengisytiharkan Pilihan Raya Persekutuan Tanah Melayu 1955?

a)

A Sir William McKell

b)

B Sir Gerald Templer

c)

C Sir Malcom MacDonald

d)

D Sir Donald MacGillivray

50.

Draf perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah menerima pelbagai reaksi. Apakah yang dituntut oleh UMNO dan PAS?

a)

A Kewarganegaraan jus soli

b)

B Kedudukan bahasa kaum lain

c)

C Pengagihan kerusi pilihan raya

d)

D Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

51.

Siapakah Mohamed Hamzah?

a)

A Pereka bangunan Parlime

b)

B Pereka Stadium Merdeka

c)

C Pereka pakaian merdeka

d)

D Pereka bendara negara

52.

Apakah takrif kedaulatan mengikut bahasa Melayu?

a)

A Negara yang bebas merdeka

b)

B Kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan

c)

C Kuasa tertinggi terhadap pemerintahan negara

d)

D Negara berkuasa penuh terhadap pemerintahan

53.

Mengapakah perundangan berikut diperkenalkan di Negeri-Negeri Selat?

Charter of Justice

a)

A Memajukan ekonomi

b)

B Melindungi penduduk

c)

C Membangunkan negeri

d)

D Mengukuhkan perpaduan

54.

Apakah tujuan Durbar dibentuk?

a)

A Membincangkan hal pentadbiran dengan British

b)

B Mempertahankan hak dan kuasa Raja-Raja Melayu

c)

C Mempertahankan hal berkaitan Islam

d)

D Menasihati Gabenor British

55.

Apakah tujuan penubuhan RASCOM?

a)

A Menjamin keselamatan rakyat Sarawak

b)

B Menangani ancaman komunis di Sarawak

c)

C Mempertahankan keselamatan udara negara

d)

D Menjaga perairan Sabah daripada pencerobohan

56.

Apakah intipati Perjanjian Malaysia?

a)

A Mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi

b)

B Mengagihkan kerusi Parlimen

c)

C Malaysia dibentuk pada 16 September 1963

d)

D Mengiktiraf kedaulatan Sarawak, Sabah dan Singapura

57.

Apakah maksud integrasi nasional?

a)

A Menjamin kehidupan rakyat makmur

b)

B Menghayati konsep Rukun Negara

c)

C Merapatkan hubungan masyarakat

d)

D Masyarakat bersatu-padu

58.

Apakah tanaman yang diusahakan di program pembangunan wilayah?

a)

A Kopi

b)

B Getah

c)

C Tembakau

d)

D Lada hitam

59.

Mengapakah Malaysia mengamalkan dasar luar yang bebas dan berkecuali?

a)

A Menuju matlamat negara maju

b)

B Memelihara keamanan sejagat

c)

C Menjaga kepentingan ekonomi

d)

D Menjaga kebajikan rakyat

60.

Berikut merupakan NGO yang terlibat aktif dalam isu kemanusiaan dan keamanan peringkat antarabangsa.

*Aman Palestin

*MAPIM

*MyCare

Apakah negara yang terlibat oleh mereka?

a)

A Acheh dan Timor Timur

b)

B Afghanistan dan Iraq

c)

C Somalia dan Sudan

d)

D Palestin dan Syria