wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1 - 4 (KSSM)

Total questions: 60

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

Ciri-ciri negara bangsa Alam Melayu terdiri daripada raja, undang-undang, wilayah pengaruh dan ______________

(Buku teks m/s 4)

a)

kedaulatan

b)

rakyat

c)

kerajaan

d)

agama

2.

Raja Champa dikaitkan dengan _______________

(Buku teks m/s 4)

a)

Dewa Vishnu

b)

Dewa Siva

c)

Dewa Brahma

d)

Dewa Rama

3.

Apakah fungsi Inskripsi Telaga Batu? (Buku teks m/s 4)

a)

Digunakan dalam upacara keagamaan

b)

Digunakan dalam upacara persetiaan

c)

Digunakan sebagai barang dagangan

d)

Digunakan untuk memahami undang-undang

4.

Antara berikut yang manakah kerajaan awal Alam Melayu?

(Buku teks m/s 4)

I. Funan

II. Majapahit

III. Teluk Cam Ranh

IV. Segenting Kra

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

5.

Antara berikut, yang manakah ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka?

(Buku teks m/s 7)

I. Raja

II. Agama

III. Kerajaan

IV. Kedaulatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Rakyat Melaka terdiri daripada

(Buku teks m/s 6)

I. orang kaya

II. orang Melayu

III. Orang Laut

IV. orang dagang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Wilayah pengaruh Kesultanan Melayu Melaka merangkumi

Semenanjung Tanah Melayu dan ________________

(Buku teks m/s 7)

a)

Sabah dan Sarawak

b)

Siam

c)

Pantai Timur Sumatera

d)

Jawa Timur

8.

Wilayah taklukan adalah wilayah yang diperoleh melalui ______________.

(Buku teks m/s 7)

a)

perkahwinan

b)

persahabatan

c)

perdagangan

d)

peperangan

9.

Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka dikenali sebagai

(Buku teks m/s 8)

a)

Pembesar Empat Lipatan

b)

Pembesar Lapan Lipatan

c)

Pembesar Enam Belas Lipatan

d)

Pembesar Tiga Puluh Dua Lipatan

10.

Kawasan yang dikurniakan oleh Sultan Melaka kepada Pembesar Berempat dikenali sebagai

(Buku teks m/s 9)

a)

kawasan jajahan

b)

kawasan pentadbiran

c)

kawasan pegangan

d)

kawasan naungan

11.

Siapakah yang memainkan peranan sebagai pemangku sultan?

(Buku teks m/s 9)

a)

Penghulu bendahari

b)

Bendahara

c)

Laksamana

d)

Temenggung

12.

Siapakah yang menguruskan perbendaharaan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka? (Buku teks m/s 9)

a)

Syahbandar

b)

Laksamana

c)

Penghulu Bendahari

d)

Bendahara

13.

Tugas Syahbandar adalah mengutip cukai di ________________

(Buku teks m/s 9)

a)

Pelabuhan

b)

Kampung

c)

Sempadan

d)

Bukit

14.

Siapakah yang berperanan sebagai panglima angkatan laut Melaka?

(Buku teks m/s 9)

a)

Laksamana

b)

Syahbandar

c)

Temenggung

d)

Bendahara

15.

Mengikut Hukum Kanun Melaka, seseorang yang melakukan kesalahan membunuh akan dikenakan hukuman (Buku teks m/s 10)

a)

buang negeri

b)

bayar ganti rugi

c)

bunuh

d)

menjahi hamba

16.

Mengikut Hukum Kanun Melaka, siapakah yang tidak boleh menjadi saksi dalam pernikahan? (Buku teks m/s 10)

I. Lelaki

II. Orang tua

III. Wanita

IV. Hamba abdi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.

Di bawah Undang-Undang Laut Melaka, siapakah yang akan menentukan jumlah cukai yang dikenakan terhadap penumpang?

(Buku teks m/s 11)

a)

Syahbandar

b)

Sultan

c)

Nakhoda

d)

Laksamana

18.

Rakyat tidak akan menderhaka kepada pemerintah kerana takut ditimpa ______________

(Buku teks m/s 13)

a)

pahala

b)

waadat

c)

tulah

d)

kejutan

19.

Waadat bermaksud

(Buku teks m/s 13)

a)

peranan

b)

perjanjian

c)

larangan

d)

arahan

20.

Penjagaan keselamatan kota Melaka adalah tugas

(Buku teks m/s 9)

a)

Temenggung

b)

Laksamana

c)

Syahbandar

d)

Bendahara

21.

Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme?

a)

Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara

b)

Perasaan yang membenci penjajah

c)

Semangat berjuang yang tinggi untuk mencapai matlamat

d)

Perjuangan menentang penjajah dengan pelbagai cara

22.

Jadual berikut berkaitan dengan revolusi yang berlaku di Eropah pada abad ke-17 dan abad ke-18


Tahun : 1688

Revolusi : Revolusi Keagungan di England


Tahun 1789 : Revolusi Perancis


Apakah kesan revolusi tersebut terhadap Eropah

a)

Kuasa rakyat terjejas

b)

Ideologi komunis terlarang

c)

Kuasa raja mutlak diperkukuh

d)

Kerajaan berpelembagaan ditegakkan

23.

Peristiwa X merupakan titik tolak kepada perkembangan nasionalisme di India.


Peristiwa X ialah

a)

Satyagraha

b)

Semangat Bushido

c)

Dahagi India 1857

d)

Gerakan Islah

24.

Nasionalisme di Jepun digerakkan oleh sikap masyarakat Jepun yang sanngup menanggung risiko,bersungguh-sungguh mencapai cita-cita dan sedia berkorban demi melaksanakan tanggunggjawab terhadap ketua dan negara.


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Satyagraha

b)

Kamikaze

c)

al-Urwah al-Wuthqa

d)

Semangat Bushido

25.

Nasionalisme di Vietnam di Burma

( Myanmar ) pada mulanya digerakkan oleh golongan kelas pertengahan Pendidikan Barat berikutan pengaruh British yang mengancam kedudukan agama Buddha.

Hal ini menyebabkan mereka menubuhkan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906.


Apakah isu yang digunakan oleh persatuan tersebut untuk membangkitkan nasionalisme?

a)

Isu kesihatan

b)

Isu kapitalisme

c)

Isu kasut

d)

Isu baju

26.

Maklumat berikut berkaitan dengan tafsiran maksud nasionalisme oleh Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid.

Sifat X
 \updownarrow  
Kesetiaan kepada raja merupakan ciri nasionalisme
Melayu ketika itu.
Apakah sifat  X  yang dikaitkan dengan tafsiran tersebut?

a)

Satu bangsa 

b)

Daulat  tuanku 

c)

Cintai negaraku

d)

Tanah Melayuan 

27.

Bill of Rights telah digubal semasa Revolusi Keagungan (1688) di England.

Apakah kuasa parlimen melalui perundangan tersebut?

a)

Mengutip cukai

b)

Melantik penasihat

c)

Mengawal kerajaan

d)

Menolak penjajahan

28.

Jean Jacques Rousseau


Tokoh berikut telah mengemukakan keunggulan suara rakyat dalam Revolusi Perancis 1789.

Apakah gelaran terhadap suara rakyat tersebut?

a)

Kata sepakat

b)

Hasrat umum

c)

Tuntutan rakyat

d)

Impian bersama

29.

Pertubuhan politik berikut telah membentuk jawatankuasa khas selepas Perang Dunia Kedua di India.


Liga Muslim

Kongres Kebangsaan India (INC )


Mengapakah jawatankuasa khas tersebut dibentuk?

a)

Menggerakkan perang gerila

b)

Melancarkan gerakan dakyah

c)

Merangka pembahagian India

d)

Melakukan penentangan militan

30.

Maklumat berikut berkaitan dengan semangat yang diperkenalkan semasa era Pemulihan Meiji di Jepun.


SEMANGAT BUSHIDO


Apakah kesan pengenalan semangat tersebut terhadap Jepun?

a)

Menjadi negara perindustrian

b)

Mencapai kemajuan pendidikan

c)

Menghalang gerakan anti Barat

d)

Mengatasi kelemahan pemerintahan

31.

Apakah ciri-ciri persamaan bagi parti-parti politik berikut?


Katipunan di Filipina

Parti Komunis di Indonesia

Viet Nam Quoc Dang Dang


I Bertindak secara revolusi

II Pertubuhan bersifat radikal

III Bekerjasama dengan penjajah

IV Pemimpinnya berhaluan sederhana

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

32.

Pada tahun 1932,Parti Rakyat melancarkan revolusi di Thailand.

Apakah kesan revolusi tersebut?

a)

Dasar tutup pintu dikuatkan

b)

Sistem raja berkuasa mutlak tamat

c)

Pemerintahan republik dilaksanakan

d)

Kuasa pembesar tempatan diperkukuhkan

33.

Mengapakah penulisan kreatif berjaya mencetuskan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara?

a)

Memperkenalkan semangat jihad

b)

Mendorong gerakan radikal

c)

Mencetus idea revolusi

d)

Menyindir sikap penjajah

34.

Jadual berikut berkaitan dengan usaha golongan intelektual berpendidikan Melayu di Tanah Melayu


Pejabat Karang Mengarang

Za'ba


Apakah kepentingan penubuhan pejabat tersebut?


I Mengasah bakat pelajar

II Melatih ramai penterjemah

III Menyatukan rumpun Melayu

IV Menghasilkan buku berkualiti

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

35.

Apakah strategi Jose Rizal apabila tuntutan beliau gagal mendapat perhatian kerajaan Sepanyol?

a)

Melancarkan gerakan bersenjata

b)

Membentuk Katipunan

c)

Menjalankan rundingan damai

d)

Menubuhkan Liga Filipina

36.

Perang Dunia Pertama berlaku dalam kalangan negara Eropah. Manakah penyataan yang tidak benar mengenai faktor Perang Dunia Pertama?

a)

Berlaku disebabkan krisis ekonomi

b)

Persaingan kuasa imperialis

c)

Pakatan ketenteraan

d)

Krisis Rantau Balkan

37.

Apakah penyebab kepada berlakunya krisis rantau Balkan?

a)

Akibat keperluan bahan mentah

b)

Persaingan sihat dalam perdagangan

c)

Permusuhan Austria-Hungary dengan Serbia

d)

Berlakunya Perang Dunia Kedua

38.

Antara berikut, yang manakah bukan terdiri daripada Kuasa Tengah?

a)

Jerman

b)

Bulgaria

c)

Empayar Uthmaniyah

d)

Rusia

39.

Pakatan Bertiga terdiri daripada ....

a)

Britian, Perancis dan Rusia

b)

Romania, Portugal, Jerman

c)

Serbia, Itali, Bulgaria

d)

Britian, Perancis,Rusia, Serbia, Itali, Romania, Portugal, Greece

40.

Peristiwa apakah yang berlaku pada 4 Ogos 1914?

a)

Jerman mengisytiharkan perang terhadap Rusia

b)

Britain menyertai Rusia dan Perancis memerangi Jerman yang menceroboh Belgium

c)

Itali menyertai Perancis dalam Pakatan Bertiga

d)

Rusia bertindak memberikan bantuan ketenteraan untuk Serbia

41.

Penglibatan negara manakah yang membawa kemenangan kepada Pakatan Bertiga dalam Perang Dunia Pertama?

a)

Jerman

b)

Greece

c)

Amerika Syarikat

d)

Rusia

42.

Apakah antara kesan Perang Dunia Pertama?

I Keruntuhan Pemerintahan Beraja

II Kemunculan Negara Baharu

III Kesedaran Nasionalisme bermula

IV Amerika Syarikat merdeka

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

43.

Setelah revolusi yang tercetus di Rusia menumbangkan pemerintahan beraja Tsar Nicholas II, kerajaan bentuk apakah yang muncul di Rusia?

a)

Demokrasi

b)

Republik

c)

Komunis

d)

Teokrasi

44.

Apakah faktor utama berlakunya Perang Dunia Kedua di Eropah?

I Pakatan Ketenteraan

II Persaingan kuasa imperialis

III Kemunculan Ideologi baharu

IV Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa

a)

I dan IV

b)

I dan II

c)

II dan III

d)

III dan IV

45.

Apakah cabaran Liga Bangsa-Bangsa selepas Perang Dunia Pertama?


I Krisis Manchuria

II Perjanjian Pelucutan Senjata

III Krisis Habsyah

IV Krisis rantau Balkan

a)

I, II ,III

b)

I, II, IV

c)

II, III, IV

d)

I,III,IV

46.

Apakah yang dimaksudkan dengan BMA?

a)

Bersatu Malay Administration

b)

British Military Administration

c)

British Military Agensi

d)

British Malay Administration

47.

Bilakah BMA ditubuhkan?

a)

12 September 1945

b)

12 September 1945

c)

14 September 1945

d)

12 September 1946

48.

Apakah matlmat BMA?

a)

Menentang Jepun

b)

Memberikan bantuan kepada orang miskin

c)

Mengembalikan kestabilan

d)

Memulihkan kepercayaan rakyat

49.

Apakah masalah yang dihadapi oleh pihak BMA untuk memulihkan sosiekonomi tanah melayu?

a)

Kesukaran untuk membawa masuk jentera berat, pekerja, mesin dan teknologi

b)

Kesukaran untuk membawa masuk jentera berat, alat ganti, mesin dan teknologi

c)

Kesukaran untuk membawa masuk jentera ringan, alat ganti, mesin dan teknologi

d)

Kesukaran untuk membawa masuk jentera berat, alat ganti, modal dan teknologi

50.

Gagasan Malayan Union diperkenalkan di Tanah Melayu bagi menggantikan BMA.


Betul @ Salah?

a)

Betul

b)

Salah

51.

Setiausaha Tanah Jajahan British, George Henry Hall membentangkan Rancangan Malayan Union ini di Parlimen British pada?

a)

10 Oktober 1946

b)

10 November 1945

c)

10 Oktober 1945

d)

11 Oktober 1945

52.

Rancangan Malayan Union yang diisytiharkan

dalam Warta Kerajaan dikenali sebagai

a)

Kertas Putih 6114

b)

Kertas Hitam 6214

c)

Kertas Putih 6215

d)

Kertas Putih 6274

53.

Apakah yang dimaksudkan dengan Jus soli?

a)

Syarat kewarganegaraan berdasarkan jantina

b)

Syarat kewarganegaraan berdasarkan tempat lahir

c)

Syarat perkhawinanberdasarkan tempat lahir

d)

Syarat kewarganegaraan berdasarkan tempat tinggal

54.

Malayan Union dilaksanakan

di Tanah Melayu pada

a)

1 April 1946

b)

1 April 1947

c)

2 April 1946

d)

1 Febuari1946

55.

Ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union mempunyai dua. Klik pada jawapan yang telah disediakan.

a)

Sistem pentadbiran

b)

Kewarganegaraan

c)

Kewangan

d)

Sistem ekonomi

56.

Antara ciri-ciri Kewarganegaraan dalam sistem Jus soli yang manakah benar?

a)

Mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas serta bermastautin selama 10 tahun hingga 14 tahun akan diberikan kewarganegaraan.

b)

Mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas serta bermastautin selama 10 tahun hingga 15 tahun akan diberikan kewarganegaraan.

c)

Mereka yang berumur 17 tahun dan ke atas serta bermastautin selama 10 tahun hingga 15 tahun akan diberikan kewarganegaraan.

d)

Mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas serta bermastautin selama 5 tahun hingga 15 tahun akan diberikan kewarganegaraan.

57.

Mengapakah orang Melayu membantah Malayan Union

yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu pada tahun 1946?

a)

memberikan modal yang besar kepada petani tempatan

b)

Telah mengubah status Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada negeri Tanah Jajahan.

c)

Mengubah sistem adat-adat Melayu

d)

Mengubah sistem perkahwinan Melayu

58.

Bagaimanakah British Military Administration (BMA) memulihkan keamanan dan kestabilan? (Buku teks m/s 94)

a)

membawa lebih ramai buruh asing

b)

menyeru rakyat menanan lebih banyak makanan

c)

membubarkan pasukan MPAJA

d)

menubuhkan unit ketenteraan baru

59.

Apakah maksud jus soli ? (Buku teks m/s 96)

a)

Syarat kewarganegaraan berdasarkan tempat lahir

b)

Syarat kewarganegaraan berdasarkan agama

c)

Syarat kewarganegaraan berdasarkan kaum

d)

Syarat kewarganegaraan berdasarkan jantina

60.

Kewarganegaraan melalui prinsip jus soli merangkumi (Buku teks m/s 97)

I. Rakyat yang dilahirkan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak

II. Rakyat yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura

III. Berumur 18 tahun dan ke atas dan bermastautin selama 10 hingga 15 tahun

IV. Berumur 15 tahun dan ke atas dan bermastautin selama 10 hingga 18 tahun

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV