wayground logo

Bảng tính có thể in miễn phí

Cỡ chữ

S
M
L
XL
bảng tính

SPM K1 T5B9

Total câu hỏi: 56

Worksheet time: 5hrs 34mins

Tên
Lớp học
Ngày
1.

SPMU 2018

  • HITLER

Bagaimanakah tokoh berikut mengembalikan semula maruah bangsa dan negaranya selepas Perang Dunia Pertama? T5 B9 ms 232 [ P2 B9-B10 ]

a)

Mengadakan referendum

b)

Memperbesar angkatan tentera

c)

Membangunkan industri baharu

d)

Memulihkan sistem monarki

2.

SPMU 2018

Maklumat berikut menunjukkan perbelanjaan semasa Perang Dunia Pertama.

Mengapakah negara-negara yang terlibat membelanjakan banyak wang untuk berperang? T5 B9 ms 231 [ P4 B1-B7 ]

a)

Menentang dasar apartheid

b)

Menghapuskan keganasan

c)

Memperluas pengaruh

d)

Menguasai pasaran

3.

SPMU 2018

MAPHILINDO merupakan gabungan Malaysia, Filipina dan Indonesia. Apakah matlamat penubuhannya? T5 B9 ms 254 [ P4 B1-B5 ]

a)

Meningkatkan persefahaman

b)

Memajukan kegiatan perdagangan

c)

Membentuk pakatan tentera serantau

d)

Menghapuskan ancaman komunis

4.

SPM 2017

Rajah 6 berkaitan dengan cantuman nama tiga buah negara di Asia Tenggara. T5 B9 ms 254 [ P4 B4 ]

MAPHILINDO

  • Malaysia
  • Filipina
  • Indonesia

Mengapakah MAPHILINDO ditubuhkan oleh negara – negara tersebut ?

a)

Menghapus komunis

b)

Menamatkan persengketaan

c)

Menyelaras kawasan sempadan

d)

Membentuk kerjasama tentera

5.

SPM 2017

Jepun menyerang tanah jajahan kuasa Barat di Asia dalam Perang Dunia Kedua. Apakah tindakan kuasa Barat untuk menghalang kemaraan Jepun ? T5 B9 ms 233 [ P7 B9-B10 ]

a)

Membentuk pertubuhan serantau

b)

Mengisytiharkan ZOPFAN

c)

Menaja kegiatan subversif

d)

Melakukan serangan bom atom

6.

SPMU 2017

Perang Dunia Pertama tercetus pada tahun 1914.

Apakah faktor yang menyebabkan perang tersebut ?

T5 B9 ms 230-231 [ P3 B2-B3 ]

a)

Perancis bersekutu dengan Rusia

b)

Wilayah Jerman diceroboh

c)

Bakal raja Austria dibunuh

d)

Pearl Harbour diserang

7.

SPMU 2017

Melalui Komanwel, Malaysia dengan lantang menentang Dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan. T5 B9 ms 239 [ P2 B5-B6 ]

Mengapakah Malaysia menentang ideologi tersebut?

a)

Ideologi komunis berkembang

b)

Perdagangan antarabangsa terjejas

c)

Keselamatan negara jiran terancam

d)

Penindasan terhadap rakyat berleluasa

8.

SPM 2016

Pada tahun 1970an Malaysia telah mengubah dasar luar daripada pro Barat kepada dasar berkecuali?

T5 B9 ms 241 [ P3 B4-B5 ]

Mengapakah perubahan tersebut berlaku?

a)

Kejatuhan harga komoditi

b)

Kemerosotan pengaruh Britain

c)

Desakan daripada pedagang asing

d)

Mematuhi arahan kuasa besar dunia

9.

SPM 2016

Perang Dunia Kedua tercetus pada tahun 1939 apabila Jerman menyerang Poland. T5 B9 ms 231 [ P5 B2 ] ms 232 [ P1 B3 ]

Apakah faktor yang mencetuskan perang tersebut?

a)

Pembunuhan Franz Ferdinand di Sarajevo

b)

Perkembangan kuasa imperialis baharu

c)

Kegagalan Perjanjian Versailles

d)

Kemelesetan ekonomi dunia

10.

SPMU 2016

MAPHILINDHO merupakan gabungan Malaysia, Filipina dan Indonesia.

Apakah matlamat penubuhannya? T5 B9 ms 254 [ P4 B3-B4 ]

a)

Meningkatkan persefahaman

b)

Menghapuskan ancaman komunis

c)

Memajukan kegiatan perdagangan

d)

Membentuk pakatan tentera serantau

11.

SPMU 2016

Maklumat berkaitan dengan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara ( ASEAN )

1971 : KUALA LUMPUR

MESYUARAT MENTERI-MENTERI LUAR ASEAN

Apakah keputusan yang dicapai dalam mesyuarat tersebut?

T5 B9 ms 258 [ P2 B7 ]

a)

Penubuhan Pusat Kajian Bahasa Inggeris ( RELC )

b)

Pembentukan Perundingan Ekonomi Asia Timur ( EAEC )

c)

Pengisytiharan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali ( ZOPFAN )

d)

Pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik ( RECSAM )

12.

SPM 2015

Selepas merdeka, Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan negara berikut

  • Britain
  • Australia
  • New Zealand

Mengapakah perjanjian tersebut ditandatangani? T5 B9 ms 240 [ P1 B8 ]

a)

Memperkuat pertahanan

b)

Menambah aset ketenteraan

c)

Mengekalkan hubungan diplomatik

d)

Menggalakkan kemasukan pelabur asing

13.

SPM 2015

Petikan berikut berkaitan dengan Perang dunia Kedua.

Pada 1 September 1939, Hitler ( Jerman ) mara ke sempadan Poland . Dua hari kemudiannya, setelah mendesak agar Hitler berundur, Britain dan Perancis menyertai perang.

Apakah alasan Britain dan Perancis menyertai perang tersebut ?

T5 B9 ms 233 [ P4 B3 ]

a)

Menguji kekuatan tentera

b)

Mempertahankan keselamatan

c)

Merampas kembali wilayah

d)

Menyekat pengaruh komunis

14.

SPMU 2015

Perjanjian Versailles merupakan perjanjian yang paling komprehensif, di mana sebahagian kuasa besar telah bersetuju untuk menghukum Jerman dan negara lain yang tewas dalam Perang Dunia 1. Antara syarat dan terma yang utama ialah :

1. Penyerahan kesemua tanah jajahan atau koloni Jerman sebagaimana yang dimandatkan oleh Liga Bangsa ( League of nations ):

Mengapakah Jerman dihukum sedemikian rupa? T5 B9 ms 232 [ P2 B10 ]

a)

Mengaut hasil negara lain

b)

Dituduh memulakan peperangan

c)

Melakukan penghapusan etnik

d)

Menyebarkan fahaman komunis

15.

SPMU 2015

Perjanjian Versailles merupakan perjanjian yang paling komprehensif, di mana sebahagian kuasa besar telah bersetuju untuk menghukum Jerman dan negara lain yang tewas dalam Perang Dunia 1.

Apakah tindak balas Jerman terhadap syarat tersebut ?

T5 B9 ms 233 [ P3 B9 ]

a)

Menutup pintu sempadan

b)

Berdamai dengan negara jiran

c)

Memperkuat sistem pertahanan

d)

Melaksanakan sistem demokrasi

16.

SPM 2014

Senarai berikut adalah pertubuhan antarabangsa yang disertai oleh Malaysia.

 Komanwel

 Pergerakan Negara-Negara Berkecuali

 Negara-Negara Selatan

Apakah faedah yang Malaysia peroleh dalam pertubuhan tersebut? T5 B9 ms 243 [ P2 B4 ] ms 250 [ P2 B21 & B22 ]

a)

Ekonomi maju

b)

Keselamatan terjamin

c)

Identiti bangsa mantap

d)

Kawasan perairan terkawal

17.

SPM 2014

Maklumat menunjukkan kesan Perang Dunia Pertama terhadap Jerman.

Kesan Perang Dunia Pertama Terhadap Jerman

  • Kehilangan tanah jajahan
  • Bayaran pampasan tinggi

Apakah tindakan Jerman untuk menghadapi kesan tersebut?

T5 B9 ms 232 [ P2 B10 ]

a)

Mendapatkan sokongan rakyat

b)

Memperbesar angkatan tentera

c)

Mengukuhkan kedudukan ekonomi

d)

Menggabungkan wilayah-wilayah kecil

18.

SPMU 2014

Pada tahun 1929, Jerman mengalami masalah kemelesetan ekonomi akibat kegagalan Amerika Syarikat menyediakan pinjaman.

Apakah tindakan kerajaan Jerman untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada masalah tersebut? T5 B9 ms 232 [ P2 B10 ]

a)

Mendapatkan pinjaman luar

b)

Mewujudkan kerjasama serantau

c)

Memperkuat bidang ketenteraan

d)

Melaksanakan pilihan raya

19.

SPMU 2014

Maklumat berikut berkaitan dengan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN). T5 B9 ms 258 [ SUDUT MAKLUMAT ]

1992 : Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)

Apakah tujuan perisytiharan di atas?

a)

Memupuk kerjasama ekonomi

b)

Memansuhkan sekatan dagangan

c)

Mengawal keselamatan perairan

d)

Mewujudkan syarikat perdagangan

20.

SPM 2013

Perang Dunia Pertama tercetus di Eropah mulai tahun 1914 hingga tahun 1918. T5 B9 ms 231 [ P1 B9-B10 ]

Mengapakah Amerika Syarikat turut terlibat dalam perang tersebut?

a)

Menguji senjata

b)

Permintaan Britain

c)

Mempertahankan Serbia

d)

Menyekat ideologi komunis

21.

SPM 2013

Blok dunia berikut terbentuk semasa Perang Dingin. T5 B9 ms 235 [ JADUAL ]

 Blok kapitalis

 Blok komunis

Apakah ciri blok kapitalis ?

a)

Mengamalkan pemerintahan demokratik

b)

Mengamalkan sistem satu parti

c)

Memiliknegarakan perniagaan

d)

Menjamin kebebasan individu

22.

SPM 2013

Deklarasi Langkawi dihasilkan dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Kuala Lumpur pada tahun 1989. T5 B9 ms 244 [ SUDUT MAKLUMAT ]

Apakah persetujuan yang dicapai dalam deklarasi tersebut?

a)

Penyelarasan bantuan teknikal

b)

Menyediakan dana pendidikan

c)

Mengatasi masalah pencemaran

d)

Membanteras penyalahgunaan dadah

23.

SPM 2012

Peta 1 menunjukkan kawasan Koridor Raya Multimedia.

Mengapakah kerajaan mewujudkan koridor tersebut?

T5 B9 ms 261 [ SUDUT MAKLUMAT ]

a)

Membangunkan wilayah pembangunan baru

b)

Mewujudkan keseimbangan ekonomi

c)

Merancakkan perkembangan perindustrian

d)

Membentuk masyarakat yang bermaklumat

24.

SPM 2012

Sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia telah memberi sumbangan ke arah memelihara keamanan dunia.

Apakah sumbangan tersebut? T5 B9 ms 246 [ P3 B1-B2 & P2 B9 ]

a)

Menentang dasar aparteid

b)

Menghantar pasukan pemerhati

c)

Membebaskan negara yang dijajah

d)

Menyarankan pembentukan tentera pelbagai negara

25.

SPM 2011

Gambar berikut menunjukkan penderitaan yang dialami rakyat Palestin akibat kekejaman tentera Israel.

Bagaimanakah Malaysia membantu untuk mengurangkan penderitaan tersebut? T5 B9 ms 248 [ P2 B8 ]

a)

Menghantar bantuan ketenteraan

b)

Menganjurkan persidangan antarabangsa

c)

Meningkatkan kerjasama kebudayaan

d)

Menambahkan pelaburan pelbagai sektor

26.

SPM 2011

Apakah kesan peperangan berikut terhadap Eropah? T5 B9 ms 231 [ P2 B2 ]

1914-1918

Perang Dunia Pertama

a)

Keperluan bahan mentah meningkat

b)

Kerjasama antara etnik diperkukuhkan

c)

Pakatan tentera dibentuk

d)

Pemerintahan beraja tamat

27.

SPM 2011

Jadual berikut berkaitan dengan Dasar Luar Malaysia tahap 1.

Mengapakah Malaysia mengamalkan dasar tersebut?

T5 B9 ms 240 [ P1 B6 ] ms 241 [ P2 B6 ]

a)

Keperluan pasaran

b)

Sikap diskriminasi

c)

Persamaan ideologi

d)

Ancaman keselamatan

28.

SPM 2010

Pada 28 Jun 1914, peristiwa pembunuhan pewaris takhta Austria-Hungary berlaku. T5 B9 ms 230 [ P3 B1 ]

Antara yang berikut, yang manakah kesan daripada peristiwa tersebut?

a)

Perang Dingin

b)

Perang Saudara

c)

Perang Dunia Pertama

d)

Pembentukan Pakatan Bertiga

29.

SPM 2010

Tunku Abdul Rahman telah mencetuskan idea penubuhan OIC pada tahun 1971. T5 B9 ms 251 [ P4 B8 ]

Antara matlamat penubuhan pertubuhan tersebut adalah untuk

a)

Mengekalkan keamanan dunia

b)

Meningkatkan perhubungan sosiobudaya

c)

Mengekalkan perdamaian antara negara Islam

d)

Meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan

30.

SPM 2010

Tokoh berikut adalah pemimpin Jerman yang dituduh mengingkari Perjanjian Versailles yang ditandatangani pada tahun 1919.

  • Adolf Hitler

Apakah bukti tuduhan tersebut? T5 B9 ms 232 [ P2 B10 ]

a)

Memperbesar angkatan tentera

b)

Menakluki wilayah Itali

c)

Menyertai Kuasa Bersekutu

d)

Mengamalkan pemerintahan diktator

31.

SPM 2009

MAPHILINDO yang ditubuhkan pada tahun 1963 adalah pertubuhan serantau yang dianggotai oleh Malaysia, Filipina, dan Indonesia.

Mengapakah pertubuhan tersebut ditubuhkan? T5 B9 ms 254 [ P4 B3 & P4 B4 ]

a)

Meningkatkan hubungan persahabatan

b)

Menyelesaikan pertelingkahan

c)

Menggalakkan kerjasama pendidikan

d)

Mewujudkan kerjasama dalam bidang ketenteraan

32.

SPM 2009

Malaysia menentang dasar Aparteid yang diamalkan oleh Afrika Selatan.

Apakah tindakan Malaysia terhadap negara tersebut?

T5 B9 ms 239 [ P3 B7-B8 ]

a)

Menamatkan perlindungan politik

b)

Menghalang hubungan perdagangan

c)

Memutuskan hubungan diplomatik

d)

Menyekat bantuan kemanusiaan

33.

SPM 2009

Apakah matlamat penubuhan Liga Bangsa 1919? T5 B9 ms 231 [ P3 B3 ]

a)

Memupuk keamanan dunia

b)

Mengeratkan hubungan perdagangan

c)

Menggalakkan kerjasama pendidikan

d)

Meningkatkan kerjasama kebudayaan

34.

SPM 2008

Peristiwa berikut berlaku semasa Perang Dunia Kedua.

6 dan 8 Ogos 1945

Pengeboman Hiroshima dan Nagasaki

Mengapakah Amerika Syarikat mengambil tindakan demikian?

T5 B9 ms 233 [ P7 B7 ]

a)

Menguji kekuatan senjata

b)

Mengingkari Perjanjian Versailles

c)

Mengelakkan perang berpanjangan

d)

Mengatasi masalah kemelesetan ekonomi

35.

SPM 2008

Sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia telah memberi sumbangan ke arah memelihara keamanan dunia.

Apakah sumbangan tersebut? T5 B9 ms 246 [ P3 B1-B2 & P2 B9 ]

a)

Menentang dasar Aparteid

b)

Menghantar pasukan pemerhati

c)

Membebaskan negara yang dijajah

d)

Menyarankan penggunaan dinar emas

36.

SPM 2008

Jadual 4 berkaitan dengan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). T5 B9 ms 252 [ P2 B3 ]

  • 2002 di Kuala Lumpur : Persidangan Luar Biasa Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

Apakah isu yang diketengahkan dalam persidangan tersebut?

a)

Mewujudkan kerjasama ketenteraan

b)

Memerangi penyalahgunaan dadah

c)

Memulihara alam sekitar

d)

Menentang keganasan

37.

SPM 2007

Bagaimanakah Perang Dunia Kedua (1939 – 1945) bermula di Eropah? T5 B9 ms 233 [ P4 B1 ]

a)

Rusia memasuki Berlin

b)

Jerman menyerang Poland

c)

Itali menceroboh Perancis

d)

Austria mengancam Serbia

38.

SPM 2007

 Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) - 1961

 Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) - 1967

Dua-dua pertubuhan di atas mempunyai matlamat yang sama iaitu ..T5 B9 ms 254 [ JADUAL ]

a)

menyelaraskan sistem pentadbiran

b)

mengadakan pakatan ketenteraan

c)

mewujudkan kebudayaan serantau

d)

menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang

39.

SPM 2006

Perikatan Kuasa Tengah

  • Jerman
  • Austria-Hungry
  • Itali

Maklumat merujuk kepada perikatan negara di Eropah yang wujud pada akhir abad ke-19. T5 B9 ms 230 [ P2 B3-B4 ]

Apakah implikasi pembentukan pakatan tersebut?

a)

Perebutan bahan mentah

b)

Peningkatan ekonomi dunia

c)

Permulaan persaingan kuasa

d)

Pembentukan perpaduan sejagat

40.

SPM 2006

Apakah masalah yang dihadapi oleh negara bekas tanah jajahan Barat selepas Perang Dunia Kedua? T5 B9 ms 234 [ P2 B10 ]

a)

Membangunkan sektor ekonomi

b)

Mewujudkan perpaduan kaum

c)

Membentuk sempadan negara

d)

Menghapuskan warisan penjajah

41.

SPM 2006

Mengapakah Rancangan Colombo penting kepada negara anggota Komanwel? T5 B9 ms 244 [ P1 B16-B17 ]

a)

Membiayai pengajian pelajar

b)

Memajukan sektor pertanian

c)

Menggalakkan aktiviti pelancongan

d)

Menyediakan kemudahan perubatan

42.

SPM 2006

Telefon --------- Internet

Berdasarkan rajah di atas, apakah kesan perkembangan teknologi tersebut kepada Malaysia? T5 B9 ms 261 [ SUDUT MAKLUMAT ]

a)

Peningkatan kadar celik huruf

b)

Perkembangan globalisasi

c)

Pembentukan masyarakat berpengetahuan

d)

Penyebaran maklumat dalam masa yang singkat

43.

SPM 2005

  • Pakatan Bertiga ===US$ 125 bilion
  • Pakatan Kuasa Tengah === US$ 60 bilion

Maklumat di atas menunjukkan perbelanjaan dalam Perang Dunia Pertama.

Antara berikut yang manakah kesan ekonomi kepada negara yang menganggotai pakatan tersebut? T5 B9 ms 231 [ P4 B2 ]

a)

Kadar inflasi meningkat

b)

Beban hutang bertambah

c)

Penganugerahan bertambah

d)

Nilai mata wang meningkat

44.

SPM 2005

DASAR LUAR MALAYSIA

  • SEBELUM 1971 -- PRO BARAT
  • SELEPAS 1971 -- BERKECUALI

Maklumat di atas menunjukkan perubahan dasar luar Malaysia.

Mengapakah berlaku perubahan dasar di atas? T5 B9 ms 241 [ P3 B4-B5 ]

a)

Suasana yang aman di Vietnam

b)

Bantuan pertahanan dari Komanwel

c)

Pengaruh Britain di Timur berkurangan

d)

Perjanjian Inggeris-Tanah Melayu ditandatangani

45.

SPM 2005

 Britain

 Australia

 New Zealand

Apakah tujuan Malaysia menandatangani perjanjian pertahanan dengan negara di atas? T5 B9 ms 243 [ P2 B6-B7 ]

a)

Membeli peralatan perang

b)

Menjamin keselamatan negara

c)

Memulihkan hubungan diplomatik

d)

Meningkatkan kemasukan pelabur asing

46.

SPM 2005

Apakah faktor pembubaran Liga Bangsa? T5 B9 ms 231 [ P3 B7 ]

a)

Kemelesetan ekonomi dunia

b)

Peluasan pengaruh komunis

c)

Kegagalan menghalang peperangan

d)

Pengisytiharan kemerdekaan kebanyakan negara

47.

SPM 2005

Pergerakan Negara –Negara Berkecuali ( NAM )

 Ditubuhkan pada bulan September 1961

 Dianggotai oleh negara di Asia, Afrika dan Amerika Selatan

Antara berikut yang manakah berkaitan dengan pergerakan di atas ?

T5 B9 ms 249 [ P2 B2 ]

a)

Mengekalkan keamanan dunia

b)

Menggalakkan kerjasama teknologi

c)

Mengukuhkan kerjasama pertahanan

d)

Menggalakkan hubungan negara anggota

48.

SPM 2005

Mesyuarat Menteri - Menteri Luar ASEAN telah berlangsung di Kuala Lumpur pada November 1971.

Apakah kesan daripada mesyuarat di atas? T5 B9 ms 258 [ P2 B6 ]

a)

Pengisytiharan ZOPFAN

b)

Penentangan keganasan di Israel

c)

Penekanan kepada industri berat

d)

Perjanjian kerjasama ketenteraan

49.

SPM 2004

Apakah kesan Perang Dunia Pertama terhadap negara-negara di Asia Tenggara? T5 B9 ms 230 [ P1 B6 ]

a)

Kuasa raja dipulihkan

b)

Kerajaan republik dibentuk

c)

Semangat kebangsaan meningkat

d)

Wujud pelbagai aliran politik

50.

SPM 2004

Mengapakah Malaysia menjalinkan hubungan rapat dengan Amerika Syarikat dan Britain? T5 B9 ms 238 [ P2 B9 ]

a)

Memperoleh bahan mentah

b)

Memerlukan pasaran modal

c)

Meningkatkan teknologi pertanian

d)

Mendapatkan bantuan ketenteraan

51.

SPM 2004

Mengapakah Malaysia tidak menjalinkan hubungan dengan negara Israel? T5 B9 ms 239 [ P2 B2-B3 ]

a)

Menjaga pendirian majoriti negara Islam

b)

Tidak mempunyai kepentingan ekonomi

c)

Tidak diiktiraf oleh negara sekutu Malaysia

d)

Bukan anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

52.

SPM 2004

Hubungan Luar Negara Malaysia

 Negara-negara Komanwel

 Negara-negara Berkecuali

 Negara-negara Selatan

Apakah tujuan Malaysia mengadakan hubungan luar dengan negara di atas? T5 B9 ms 242 [ P4 B5 ] ms 243 [ P2 B4 ]

a)

Menjamin keselamatan

b)

Mengukuhkan ekonomi

c)

Mengadakan pakatan ketenteraan

d)

Memantapkan struktur pentadbiran

53.

SPM 2004

  • 1998 --- SUKAN KOMANWEL

Apakah tujuan Malaysia menganjurkan temasya sukan di atas? T5 B9 ms 243 [ P2 B2 ]

a)

Mengukuhkan semangat perpaduan

b)

Melambangkan kekuatan negara peserta

c)

Memupuk kerjasama antara negara anggota

d)

Menunjukkan kecekapan mengendalikan sukan dunia

54.

SPM 2004

Apakah sumbangan Malaysia untuk menghapuskan Dasar Aparteid di Afrika Selatan? T5 B9 ms 244 [ P1 B10-B11 ]

a)

Membantah campur tangan asing

b)

Mencadangkan pemerintah yang baru

c)

Menggugurkan keahliannya dalam Komanwel

d)

Mengesyorkan penglibatan tentera Komanwel

55.

SPM 2018

Jerman telah melanggar syarat- syarat Perjanjian Versailles yang ditandatangani pada tahun 1919.

Bagaimanakah negara tersebut melanggar syarat- syarat Perjanjian Versailles ? T5 B9 ms 232 [ P2 B9-B10 ]

a)

Memperkuat angkatan tentera

b)

Menjalinkan kerjasama dengan Russia

c)

Menamatkan hubungan diplomatik

d)

Mengeksport senjata ke luar negara

56.

SPM 2018

Negara berikut telah menganggotai Kumpulan G15 ( G15 )

MALAYSIA

YUGOSLAVIA

NIGERIA

Apakah hasrat negara - negara tersebut? T5 B9 ms 250 [ P1 B4-B5 ]

a)

Mengawal kawasan perairan bersama

b)

Mewujudkan pakatan tentera antarabangsa

c)

Mewujudkan sistem mata wang yang seragam

d)

Mengurangkan pergantungan terhadap negara maju