NEW
Font size
WorksheetsKUIZ BM TINGKATAN 1
Total questions: 20
Worksheet time: 13mins
Sistem Bahasa
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai
1. Yahaya minum beberapa ________ air untuk menghilangkan dahaga.
A. Tongkol
B. Tangkal
C. Titis
D. Teguk
2. Beliau _______ bintang kebesaran oleh Sultan dalam majlis rasmi itu.
A. Dianugerahkan
B. Dianugerahi
C. Menganugerahkan
D. Menganugerahi
3. Mak Minah _______ halus daging lembu itu untuk dijadikan inti karipap.
A. Memotong
B. Menghiris
C. Mencincang
D. Membelah
soalan 4 berdasarkan gambar yang diberikan
4. Abang mengait se_____ rambutan menggunakan se_______ galah.
A. Gugus ___ batang
B. Biji ___ berkas
C. Tangkai ___ papan
D. Mayang ___ ikat
Soalan 5 - 6
Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
Pilih jawapan yang paling sesuai.
5. Masalah yang berlaku di syarikat itu dapat diselesaikan dengan cepat kerana kakitangan syarikat bekerjasama untuk mengatasinya.
A. Yang
B. Cepat
C. Kakitangan
D. Tiada kesalahan
6. Kami sampai lewat di sekolah kerana bas sekolah yang kami naiki telah melalui kerosakan.
A. Lewat
B. Naiki
C. Melalui
D. Tiada Kesalahan
Soalan 7 - 10
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul
7. I Cita-citanya untuk menjadi seorang doktor semakin marak setelah berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang perubata.
II Beberapa orang anggota bomba berusaha untuk mengawal api yang sedang marak di bangunan itu.
III Tarian artis itu semakin marak sehingga memukau para penonton.
IV Kehidupan nelayan itu semakin hari semakin marak ekoran musim tengkujuh.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
8. I Encik Zul berusaha untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah hutangnya itu.
II Ibu menasihati abang supaya berhati-hati ketika melalui jalan yang gelap di kawasan itu.
III Dia jalan kehidupan yang tenang setelah memperoleh pekerjaan di syarikat pengiklanan itu.
IV Saya teringat kembali jalan hidup saya dahulu yang berliku-liku.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
9. I Pemuda itu mengisikan petrol di dalam tangka keretanya hingga penuh sesak.
II Sepanjang laluan dari Seremban ke Nilai sesak akibat kemalangan maut itu.
III Beberapa orang murid mengadu sesak nafas akibat pencemaran udara di situ.
IV Bilik tidur itu tampak sesak setelah diisi dengan katil, almari solek, dan almari pakaian
A I dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
10. I Beliau ialah bekas wakil rakyat yang dihormati lagi disegani di taman perumahan ini.
II Bekas makanan daripada kaca yang diimport dan luar negeri itu agak mahal harganya.
III Operasi pencarian dimulakan dengan berpandukan bekas tapak kaki di tepi sungai itu.
IV Kejayaan yang diperolehnya dalam bidang perniagaan itu adalah bekas usaha gigihnya.
A I dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
Soalan 11 - 13
Pilih peribahasa yang paling sesuai
TIADA ROTAN, AKAR PUN BERGUNA
11. Peribahasa di atas bermaksud
A. Sesiapa yang rajin berusaha akan memperoleh rezeki
B. Kalau tiada yang baik, maka yang kurang baik pun boleh juga
C. Sengaja mencari masalah yang menyusahkan diri sendiri
D. Sesuatu yang hilang secara tiba-tiba
KERANA NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA
12. Peribahasa yang mempunyai maksud hampir sama dengan peribahasa di atas ialah
A. Lembu punya susu, sapi yang dapat nama
B. Seekor lembu membawa lumpur, habis semuanya terpalit
C. Nasi sudah menjadi bubur
D. Pucuk dicita ulam mendatang
13. Daniel dan abangnya selalu bertengkar namun mereka akhirnya akan berbaik-baik semula dan bermain bersama-sama.
keadaan ini seperti peribahasa
A. Lembu punya susu, sapi dapat nama
B. Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga
C. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
D. Jauhari juga yang mengenal manikam
Soalan 14 - 16
Berdasarkan Petikan yang diberikan
14. Rangkap keempat sajak di atas menyatakan bahawa
A. Manusia perlu melihat daun-daun pada setiap masa
B. Manusia perlu membuat baja daripada daun-daun kering
C. Manusia perlu membuat kebaikan sepanjang masa
D. Manusia perlu berpakaian seperti sehelai daun pada setiap masa.
15. Baris sajak bakal kering sampai waktunya bermaksud
A. Manusia akan meninggal dunia apabila tiba waktunya
B. Manusia akan membakar daun-daun kering pada waktu petang
C. Manusia suka mencantas dahan-dahan yang kering
D. Manusia akan mengharungi musim kemarau apabila tiba waktunya
16. Rangkai kata kita umpama sehelai daun dalam rangkap 1 sajak merupakan contoh gaya bahasa
A. Simile
B. Anafora
C. Metafora
D. Epifora
17. Berdasarkan petikan, apakah tujuan Azizah meminta duit daripada ayahnya?
A. Untuk membeli alat-alat membuat raga
B. Untuk membayar yuran persekolahan
C. Untuk mengirim duit belanja kepada abangnya yang berada di Shah Alam
D. Untuk membelikan Cikgu Zaleha hadiah
18. Berdasarkan petikan, emak Azizah digambarkan sebagai seorang yang
A. Pemarah
B. Penyayang
C. Penakut
D. Pendiam
19. Yang manakah benar tentang petikan cerpen di atas?
A. Kawan-kawan Azizah membuat hadiah Hari Guru sendiri untuk guru-guru kesayangan mereka
B. Abang Azman menolong Azizah membuat hadiah untuk Cikgu Zaleha
C. Emak Azizah mencadangkan Azizah membeli hadiah sahaja untuk Cikgu Zaleha
D. Emak mencadangkan Azizah supaya membuat hadiah sendiri untuk Cikgu Zaleha
DI HATINYA TERFIKIR JUGA AKAN KEBENARAN KATA-KATA EMAKNYA
20. Baris ayat di atas menunjukkan teknik plot
A. Monolog
B. Monolog dalaman
C. Imbas muka
D. Imbas kembali
