wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Sejarah T2 Bab 7

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Pengasasan Kesultanan Terengganu berkait rapat dengan Kesultanan Johor Riau. Antara berikut yang manakah berkaitan dengan pernyataan di atas?

a)

Pembesar wakil pemerintah Johor Riau

b)

Waris Raja Patani yang menguasai Johor Riau

c)

Putera Sultan Johor Riau berketurunan laksamana

d)

Keluarga diraja daripada susur galur bendahara Johor Riau

2.

Siapakah dua orang pembesar tempatan yang memohon pertabalan waris Kesultanan Melayu Melaka sebagai Sultan Perak?

a)

Tun Saban

b)

Tok Temong

c)

Raja Muzaffar

d)

Nakhoda Kassim

3.

Kesultanan Selangor diasaskan pada tahun 1766.

Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan pernyataan di atas?

a)

Pemerintah tempatan yang diiktiraf

b)

Pembesar yang dilantik oleh Sultan Johor

c)

Putera Bugis yang memenangi peperangan

d)

Pertabalan kerabat Bugis oleh Sultan Perak

4.

Siapakah yang mengasaskan Kesultanan Melayu Pahang?

a)

Seri Bija Diraja

b)

Raja Muhammad

c)

Sultan Mansur Shah

d)

Sultan Abdul Jamil Shah

5.

Apakah Surat Ciri?

a)

Puisi yang memuji kebesaran Raja-Raja Melayu

b)

Buku adat istiadat Raja-Raja Melayu

c)

Peraturan perdagangan

d)

Kata alu-aluan majlis

6.

Siapakah yang dilantik sebagai wakil mentadbir Pahang pada abad ke-15?

a)

Seri Bija Diraja

b)

Raja Muhammad

c)

Sultan Mansur Shah

d)

Sultan Muhammad Shah

7.

Ketika Raja Muhammad berangkat dari Melaka ke Pahang untuk ditabalkan sebagai Sultan Pahang, siapakah golongan bangsawan Melaka yang mengiringinya?

a)

Menteri

b)

Laksmana

c)

Temenggung

d)

Perdana Menteri

8.

Pengasasan Kesultanan Pahang pada tahun 1470 oleh Raja Muhammad meliputi Sedili Besar hingga ke Terengganu. Dimanakah pusat pemerintahan pertama?

a)

Bera

b)

Pekan

c)

Kuantan

d)

Temerloh

9.

Sultan Abdul Jamil Shah adalah sultan ketiga yang memerintah Pahang. Bagaimanakah baginda berjaya mempertahankan Pahang semasa diserang oleh Siam?

a)

Bantuan daripada Acheh

b)

Bantuan daripada Terengganu

c)

Bantuan daripada Kesultanan Johor

d)

Bantuan daripada Kesultanan Melayu Melaka

10.

Mengapakah Pahang terus diperintah oleh Kesultanan Johor Riau dari tahun 1614 hingga 1884 setelah kewafatan waris utamanya, iaitu Raja Muda Abdullah?

a)

Wilayah pegangan Temenggung

b)

Penerusan Kesultanan Johor Riau

c)

Penerusan Kesultanan Melayu Melaka

d)

Merupakan wilayah pegangan Bendahara Johor

11.

Mengapakah Sultan Mahmud Shah dan keluarga meninggalkan Melaka dan bersemayam di Kampar, Sumatera?

a)

Serangan Acheh

b)

Serangan Portugis

c)

Mengasaskan Kesultanan baru

d)

Berakhirnya Kesultanan Melaka

12.

Mengapakah Tun Saban dan Nakhoda Kassim menjemput putera Sultan Mahmud Shah di Kampar?

a)

Tujuan keselamatan

b)

Pewarisan tahta Perak

c)

Pertabalan Sultan Perak

d)

Mengasaskan Kesultanan Perak

13.

Antara berikut yang manakah alat yang dibawa bersama-sama Raja Muzaffar semasa baginda berangkat ke Perak?

a)

Nobat

b)

Cap mohor

c)

Pedang

d)

Keris Panjang Nang Chayam

14.

Di manakah pusat pemerintahan pertama Kesultanan Perak yang didirikan oleh Sultan Muzaffar?

a)

Ipoh

b)

Taiping

c)

Tanah Abang

d)

Kuala Kangsar

15.

Siapakah yang mengiringi Tun Zainal Abidin ke Terengganu selain 80 orang keluarga Patani?

a)

Pedagang

b)

Tokoh agama

c)

Golongan diraja

d)

Golongan ilmuan

16.

Wilayah Terengganu meliputi dari Kemaman hingga Besut. Di manakah Sultan Zainal Abidin I berjaya mendirikan pusat pemerintahan yang pertama?

a)

Besut

b)

Perhentian

c)

Tanjung Baru

d)

Kuala Terengganu

17.

Sultan Zainal Abidin III merupakan Sultan Terengganu yang masyhur. Apakah sumbangan terpenting baginda?

a)

Membina jalan raya

b)

Menubuhkan pasukan polis

c)

Membina Istana Maziah

d)

Membina baitulmal

18.

Apakah penganugerahan yang diterima oleh Raja Lumu daripada Sultan Mahmud Shah setelah ditabal sebagai Sultan Selangor?

a)

Nafiri dan gong

b)

Keris dan nobat

c)

Cap mohor dan keris

d)

Nobat dan cap mohor

19.

Gambar berikut merupakan Sultan Ala’iddin Suleiman Shah yang merupakan Sultan Selangor yang terkenal. Apakah sumbangan baginda semasa pemerintahannya?

a)

Pembinaan balai polis

b)

Pembinaan mahkamah

c)

Pembinaan landasan kereta api

d)

Mengemaskinikan sistem sukat dan timbang

20.

Maklumat berikut berkaitan Kesultanan Pahang:
"Kesultanan Pahang mengamalkan sistem pewarisan takhta dan masih berasaskan pembesar empat, lapan dan enam belas."

Antara berikut yang manakah empat pembesar utama Pahang?

a)

Orang Kaya Paduka Tuan

b)

Orang Kaya Temenggung

c)

Orang Kaya Indera Shahbandar

d)

Orang Kaya Temenggung Paduka Raja