Font size
WorksheetsSoalan Pengurusan Keselamatan
Total questions: 27
Worksheet time: 9mins
Manual keselamatan ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan teratur dalam semua aspek kehidupan sekolah, termasuk bilik darjah, kantin, padang permainan, makmal, serta semasa aktiviti luar sekolah.
Prosedur Kecemasan: Mengandungi langkah-langkah yang perlu diambil semasa kejadian kecemasan seperti kebakaran, gempa bumi, atau ancaman keselamatan. Ini termasuk laluan keluar kecemasan, lokasi alat pemadam api, dan titik berkumpul.
Latihan Kecemasan: Latihan berkala untuk murid dan staf tentang prosedur kecemasan, termasuk simulasi latihan kebakaran dan latihan bertindak dalam situasi berisiko tinggi.
Proses untuk mengenal pasti potensi risiko di kawasan sekolah dan merancang langkah-langkah mitigasi. Ini termasuk penilaian risiko untuk aktiviti sekolah dan persekitaran sekolah secara keseluruhan.
Pelaporan Risiko: Sistem untuk melaporkan dan menangani masalah keselamatan yang dikenalpasti oleh murid, staf, atau ibu bapa.
Sistem pelaporan dan menangani masalah keselamatan.
Prosedur Kesihatan: Garis panduan tentang langkah-langkah untuk menguruskan keadaan kesihatan seperti penyakit berjangkit, kecederaan, dan penanggulangan wabak.
Kebersihan dan Sanitasi: Langkah-langkah untuk memastikan persekitaran sekolah bersih dan selamat, termasuk jadual pembersihan, penyediaan bahan pencuci, dan pemeriksaan berkala.
Dasar pengurusan manual keselamatan merujuk kepada garis panduan dan prosedur yang disusun untuk memastikan keselamatan di tempat kerja atau dalam mana-mana persekitaran.
Penilaian Risiko: Proses ini melibatkan mengenalpasti bahaya yang mungkin wujud, menilai kemungkinan dan kesan risiko, dan menentukan langkah-langkah pencegahan yang sesuai.
Prosedur Keselamatan: Ini adalah garis panduan yang merangkumi langkah-langkah praktikal untuk mengurangkan atau menghapuskan risiko yang telah dikenalpasti. Ia termasuk kaedah pengurusan apabila berlaku sebarang kecemasan bagi murid.
Tindakan Kecemasan: Prosedur ini termasuk pelan tindakan untuk menghadapi situasi kecemasan seperti kebakaran, kemalangan, atau kecederaan serius. Ia juga melibatkan latihan berkala dan ujian pelan kecemasan.
Apakah yang termasuk dalam tindakan kecemasan?
Pelan tindakan untuk menghadapi situasi kecemasan
Latihan berkala
Ujian pelan kecemasan
Semua di atas
Mengapa latihan keselamatan penting?
Untuk memastikan guru memahami prosedur keselamatan
Untuk mengelakkan situasi kecemasan
Untuk meningkatkan kemahiran mengajar
Untuk memenuhi keperluan undang-undang
Apa yang perlu dipatuhi oleh organisasi berkaitan keselamatan?
Undang-undang tempatan dan kebangsaan
Prosedur keselamatan
Latihan berkala
Semua di atas
Apa yang termasuk dalam pencatatan dan pelaporan?
Menyimpan rekod insiden
Menyimpan rekod kecederaan
Menyimpan laporan keselamatan
Semua di atas
Apakah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994?
Apakah tanggungjawab pengurusan institusi pendidikan dalam memastikan keselamatan di tempat kerja?
Apakah peranan guru sains dalam memastikan keselamatan pelajar semasa eksperimen?
Memastikan pelajar memakai goggles dan sarung tangan
Mengawasi pelajar semasa mereka berada dalam aktiviti berisiko
Melaporkan sebarang situasi bahaya
Menggunakan kemudahan keselamatan
Apakah garis panduan keselamatan kebakaran yang perlu diambil oleh pihak sekolah?
Apakah tanggungjawab pelajar dalam melaporkan situasi bahaya di makmal?
Melaporkan sebarang tumpahan bahan kimia
Menggunakan alat pemadam api
Mematuhi peraturan keselamatan
Mengawasi pelajar lain
Apakah tanggungjawab pelajar dalam situasi bahaya?
Apaah yang perlu dilakukan oleh pelajar jika terdapat tumpahan bahan kimia?
Mengapa keselamatan adalah tanggungjawab bersama?
Apakah tujuan utama penilaian risiko?
APAKAH ITU PETI PERTOLONGAN CEMAS?
KANDUNGAN PETI PERTOLONGAN CEMAS
Pad kasa 10x10 steril
5 pembalut segi tiga
Pad kain kasa 4x4 tidak steril
Pad mata
Pad kasa 4x4 steril
LANGKAH - LANGKAH PENJAGAAN PETI KECEMASAN
Sentiasa memeriksa tarikh luput ubat-ubatan dan gantikan dengan yang baru sekiranya telah tamat tempoh.
Memasukkan ubat-ubatan peribadi yang diperlukan oleh anda atau ahli keluarga.
Memasukkan nombor telefon kecemasan.
Memeriksa peti ini secara berkala.
