Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SET 4 PENGAJIAN AM 3 2024

Total questions: 100

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Objektif utama dasar luar Malaysia ialah

a)

memelihara dasar memakmurkan negara jiran

b)

mendapatkan bantuan dan teknologi dari negara-negara jiran

c)

melindungi kepentingan nasional pada peringkat antarabangsa

d)

mengeratkan kerjasama dalam pelbagai bidang dengan negara lain

2.

Yang manakah tindakan Malaysia yang menunjukkan amalan dasar berkecuali?

a)

Menjalinkan hubungan dengan negara luar tanpa mengira ideologi

b)

Menyokong campur tangan kuasa besar di rantau Asia Tenggara

c)

Meneruskan hubungan baik dengan negara bekas jajahan British

d)

Menyelesaikan pertikaian serantau secara rundingan

3.

Pilih pernyataan yang benar tentang faktor yang diambil kira oleh Malaysia dalam menentukan dasar luarnya.

a)

Penggunaan Bahasa Melayu sebagai lingua franca di Asia Tenggara

b)

Keadaan geografi negara yang tiada masalah bencana alam

c)

Kedudukan strategik geopolitik negara

d)

Rakyat Malaysia yang berbilang kaum

4.

Yang manakah sebab Malaysia menyokong Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara?

a)

Mengehadkan penggunaan tenaga nuklear

b)

Menjamin keselamatan perairan di Selat Melaka

c)

Menghalang pembinaan pusat penyelidikan tenaga nuklear

d)

Mengelakkan kemungkinan persaingan senjata nuklear di rantau ini

5.

Yang manakah fungsi Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia?

a)

Menjadikan Bahasa Melayu bahasa rasmi ASEAN

b)

Menyelaraskan sistem ejaan dan istilah Bahasa Melayu

c)

Mengkaji selidik sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu

d)

 Memperjuangkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa

6.

Asas kerjasama ekonomi ASEAN adalah untuk

a)

mewujudkan kerjasama perdagangan bebas serantau

b)

menghasilkan industri automotif secara bersama

c)

mencapai kebebasan urusan perdagangan

d)

menjadi pakatan ekonomi yang kuat

7.

Isu utama yang dihadapi oleh negara membangun:

  • Harga komoditi tidak stabil

  • Sekatan tarif dan bukan tarif.

    Berdasarkan isu di atas, Malaysia mencadangkan negara-negara maju

a)

memberikan bantuan pembangunan

b)

menyemak semula syarat perdagangan

c)

meningkatkan sumbangan dalam Tabung Kewangan Antarabangsa

d)

meningkatkan pelaburan dan kemasukan modal ke negara membangun

8.

·           Menghormati hak asasi manusia

·           Mengakui persamaan antara ras

Pernyataan di atas merujuk kepada penglibatan Malaysia dalam

 

a)

Pergerakan Negara-Negara Berkecuali

b)

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

c)

Pertubuhan Kerjasama Islam

d)

Pertubuhan Komanwel

9.

· Membincangkan pelbagai isu kepentingan bersama

· Merupakan forum kerjasama antarabangsa

Pernyataan di atas merujuk kepada penglibatan Malaysia dalam

 

a)

Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik

b)

Dialog Antarabangsa Langkawi

c)

Mesyuarat Kumpulan 15

d)

Mesyuarat Asia-Eropah

10.

Yang manakah pendirian Malaysia yang dikemukakan dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu?

a)

Membantu Palestin memerangi Israel

b)

Memberikan bantuan ketenteraan kepada negara yang bergolak

c)

Mengecam pencabulan kanak-kanak yang menjadi mangsa perang

d)

Mengutuk tindakan melampau pasukan bersenjata Israel terhadap rakyat Palestin

11.

Yang manakah keadaan yang menjejaskan usaha kejayaan Malaysia sebagai pengeluar produk halal utama di dunia?

a)

Krisis makanan asasi

b)

Kepelbagaian produk

c)

Kemunculan pesaing baharu

d)

Kenaikan harga minyak semasa

12.

· Pencerobohan tentera Amerika Syarikat ke atas Iraq dan Afghanistan

· Pencerobohan Israel ke atas Bumi Palestin

Yang manakah reaksi Malaysia terhadap isu di atas?

a)

Memboikot barangan negara penceroboh

b)

Menghantar tentera ke negara berkenaan

c)

Memutuskan hubungan diplomatik dengan negara penceroboh

d)

Menyuarakan bantahan dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

13.

Malaysia mengecam perbuatan mengadakan ujian nuklear oleh negara Perancis, Iran, Israel, India, dan Pakistan. Bantahan tersebut disuarakan melalui:

a)

Komanwel

b)

Pertubuhan Kerjasama Islam

c)

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

d)

Persatuan Negara-negara Asia Tenggara

14.

Yang manakah cabaran Malaysia dalam mengekalkan biodiversiti sebagai khazanah dunia?

a)

Perubahan iklim dunia

b)

Pencemaran alam sekitar

c)

Persaingan pembangunan tanah

d)

Perkembangan teknologi pertanian

15.

Malaysia terlibat dengan perjanjian menangani masalah penipisan lapisan ozon melalui

a)

Protokol Kyoto

b)

Protokol Madrid

c)

Protokol Montreal

d)

Protokol Cartagena

16.

Faktor yang mempengaruhi hubungan pelbagai hala Malaysia ialah

a)

ideologi politik

b)

status ekonomi

c)

kedudukan geopolitik

d)

wawasan pemimpin Malaysia

17.

1.   Dasar Luar Malaysia yang berteraskan prinsip Aman, Bebas, dan Berkecuali adalah penting untuk

a)

mempertahankan kedaulatan negara

b)

menyebarluaskan ideologi politik Malaysia

c)

meningkatkan keamanan dan kestabilan negara

d)

menolak campur tangan kuasa luar

18.

Malaysia mengadakan kerjasama pelbagai hala untuk

a)

mendapatkan bekalan sumber manusia

b)

mempertahankan keselamatan negara

c)

memasarkan produk dan perkhidmatan negara

d)

memperoleh khidmat nasihat tentang pentadbiran negara

19.

Yang manakah isu yang berkaitan dengan Laut China Selatan yang melibatkan Malaysia dan beberapa negara di rantau ini?

a)

Kebebasan pelayaran dan penerbangan

b)

Rusuhan kaum dan perang saudara

c)

Pencerobohan nelayan laut dalam

d)

Pertikaian wilayah

20.

·      Mengamalkan prinsip hidup bersama secara aman dan harmoni

·      Memperjuangkan hak untuk setiap negara

Yang manakah tindakan Malaysia yang menepati pernyataan di atas?

a)

Menandatangani perjanjian kerjasama dengan Indonesia dalam isu pembantu rumah

b)

Menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di Pakistan

c)

Menyokong perjuangan rakyat Palestin

d)

Menghantar tentera pengaman ke Timor Leste

21.

·        Menentang penggunaan kekerasan

·        Tidak campur tangan dalam politik negara anggota.

Malaysia memberikan komitmen kepada prinsip Piagam ASEAN di atas untuk

a)

membendung jenayah rentas benua

b)

melahirkan komuniti budaya ASEAN

c)

memelihara kepentingan strategik negara

d)

mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau

22.

Malaysia mencetuskan idea penubuhan ZOPFAN yang bertujuan untuk

a)

menghindari Asia Tenggara daripada berkonflik dengan kuasa-kuasa besar

b)

tidak menggunakan kekerasan sekiranya tidak ada provokasi

c)

mewujudkan persahabatan dengan semua negara di dunia

d)

membolehkan negara di Asia Tenggara menentukan nasib negara sendiri

23.

Yang manakah tindakan Malaysia dalam menangani isu Rohingya?

a)

Bekerjasama dengan anggota ASEAN bagi menangani isu Rohingya

b)

Membawa isu Rohingya ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa

c)

Menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan oleh kerajaan Myanmar

d)

Memanggil pulang Duta Malaysia di Myanmar

24.

Yang manakah isu utama yang diperjuangkan oleh Malaysia melalui platform Kerjasama Selatan-Selatan?

a)

Mengatasi masalah kebergantungan terhadap negara-negara maju

b)

Menyelesaikan masalah beban hutang negara anggota

c)

Menggalakkan perdagangan bebas antara negara

d)

Menvusun semula ekonomi antarabangsa

25.

Malaysia mendapat perhatian masyarakat antarabangsa kerana

a)

kedudukan geopolitik yang stabil di rantau Asia Tenggara

b)

kekuatan ketenteraannya di kawasan serantau

c)

menjadi suara negara-negara membangun

d)

penggerak Kerjasama Selatan-Selatan

26.

Antara isu sosial yang pernah mengeruhkan hubungan antara Malaysia dengan Indonesia ialah

a)

lagu

b)

bahasa

c)

makanan

d)

kekeluargaan

27.

Yang manakah faktor tarikan kes jenayah rentas sempadan di Malaysia?

a)

Taraf kehidupan yang tinggi

b)

Sempadan negara yang luas

c)

Peluang pekerjaan yang banyak

d)

Kemudahan pengangkutan udara

28.

Yang manakah merupakan langkah-langkah yang diusahakan oleh kerajaan Malaysia dalam menangani isu tuntutan bertindih di kepulauan Spratly?

a)

Terlibat secara langsung dalam perbincangan pada peringkat bilateral

b)

Menyelesaikan masalah tuntutan melalui pelbagai saluran diplomatik

c)

Membawa isu tuntutan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa

d)

Mendapatkan bantuan negara-negara kuasa besar

29.

Masalah utama dalam pasaran komoditi pada peringkat antarabangsa yang dihadapi oleh Malaysia ialah

a)

sekatan tarif dan bukan tarif

b)

harga dagangan yang tidak stabil

c)

kadar faedah yang tinggi dikenakan

d)

persaingan dalam memasarkan barangan

30.

Yang manakah faedah perdagangan berasaskan Internet?

a)

Pengusaha kecil dan sederhana menembusi pasaran antarabangsa

b)

Saluran bantuan modal kepada industri kecil dan sederhana

c)

Pertambahan zon perdagangan bebas cukai

d)

Perkongsian teknologi antara syarikat

31.

Malaysia melaksanakan misi kemanusiaan ke Myanmar kerana

a)

prinsip hidup bersama

b)

kedudukan geografi

c)

dasar berkecuali

d)

sikap prihatin

32.

Yang manakah faktor Malaysia menyertai Dialog Antarabangsa Langkawi?

a)

keanggotaan dalam Pergerakan Negara-Negara Berkecuali

b)

kestabilan geopolitik

c)

Kepentingan ekonomi

d)

Keamanan sejagat

33.

1.     Matlamat penglibatan Malaysia dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah untuk

a)

menghormati persamaan ras

b)

menegakkan keadilan sejagat

c)

menjamin pertumbuhan ekonomi

d)

mengelakkan campur tangan dalam hal ehwal negara lain

34.

Malaysia merupakan perunding keamanan dalam

a)

mengusahakan kemerdekaan Timor Leste

b)

menyelesaikan isu Bangsamoro di Filipina

c)

menjadikan Myanmar sebuah negara demokrasi

d)

memperjuangkan hak penduduk selatan Thailand

35.

Penyertaan Malaysia dalam beberapa misi pengaman adalah untuk

a)

menyelesaikan konflik antarabangsa

b)

meningkatkan keselamatan serantau

c)

menjaga kepentingan negara-negara membangun

d)

memastikan rakyat Malaysia di luar negara dilindungi

36.

>Kod Tatacara berkaitan dengan pertikaian di Laut China Selatan

  • >Pelarian Rohingya

    Malaysia turut sama membincangkan isu di atas.

a)

ASEAN + 3

b)

Pertubuhan Komanwel

c)

Pertubuhan Persidangan Islam

d)

Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)

37.

Antara pendekatan yang digunakan oleh Malaysia dalam menangani konflik pada peringkat global ialah

a)

menghormati prinsip luar negara

b)

bekerjasama dalam semua bidang dengan negara lain

c)

berpegang kepada piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

d)

menyertai pakatan ketenteraan untuk menangani ancaman militan

38.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang pendirian Malaysia terhadap isu Antartika?

a)

              Malaysia menentang Perjanjian Antartika yang tidak demokratik

b)

              Kawasan Antartika diisytiharkan sebagai kawasan yang bebas ujian senjata nuklear

     

c)

       Malaysia mahu hasil penyelidikan di Antartika dinikmati bersama dengan negara-negara di dunia

d)

              Malaysia membenarkan pembangunan dan eksploitasi di Antartika jika Malaysia turut terlibat

39.

Yang manakah perkara yang mengharumkan Malaysia di mata dunia?

a)

                         Berkecuali dalam Perang Bosnia Herzegovina

                      

b)

  Menjadi jurucakap Pertubuhan Kerjasama Islam

c)

                         Prestasi tentera Malaysia dalam misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

d)

                        Menduduki kerusi tidak tetap di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

40.

- Mengadakan Program Kerjasama Teknikal Malaysia

  • - Menawarkan kepakaran dalam bidang pertanian dan teknikal kepada negara-negara membangun.

    Penyataan di atas merujuk kepada penglibatan Malaysia pada peringkat

a)

Negara-Negara Komanwel    

b)

Kerjasama Selatan Selatan

c)

Pertubuhan Persidangan Islam

d)

Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara

41.

Yang manakah cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam usaha membanteras jenayah rentas sempadan?

a)

Keadaan geografi sempadan

b)

Kelemahan maklumat risikan

c)

Kurang kerjasama negara-negara jiran

d)

A Kesediaan rondaan pasukan keselamatan

42.

Yang manakah cabaran utama yang dihadapi oleh Malaysia dalam usaha untuk

merealisasikan konsep kesederhanaan dalam politik antarabangsa?

a)

Manipulasi senario politik antarabangsa oleh pihak ketiga

b)

Ketidakstabilan politik di negara sedang membangun

c)

Krisis politik di negara Islam

d)

Masalah politik negara jiran

43.

Yang manakah inisiatif Malaysia bersama dengan negara anggota yang lain dalam

mengurangkan risiko keselamatan di rantau Asia Tenggara?

a)

Mengisytiharkan kawasan sebagai berisiko tinggi

b)

Menempatkan misi pengaman di kawasan konflik

c)

Mengadakan dialog secara terbuka tentang isu keselamatan dan politik

d)

Menyertai pakatan ketenteraan untuk mengawal keselamatan sempadan

44.

Situasi manakah yang menunjukkan kesan kepada ekonomi Malaysia akibat

kelemahan kawalan sempadan negara?

a)

Penjualan senjata api berleluasa

b)

Pengaliran keluar mata wang negara

c)

Kemasukan dadah secara tidak terkawal

d)

Penyeludupan barangan secara besar-besaran

45.

Yang manakah kesan sekiranya sekatan perdagangan dikenakan terhadap Malaysia oleh negara-negara perindustrian?

a)

                             Pasaran bagi barangan eksport Malaysia menjadi kecil

b)

                            Imbangan dagangan Malaysia akan mengalami defisit

c)

                            Produktiviti sektor pengeluaran Malaysia terjejas

d)

                            Pelaburan asing di Malaysia merosot

46.

Apakah langkah yang diambil oleh Malaysia untuk meningkatkan kerjasama ekonomi dengan negara-negara ASEAN?

a)

Menjalin hubungan diplomatik yang lebih erat

b)

Menawarkan insentif cukai kepada pelabur asing

c)

Mengadakan mesyuarat tahunan dengan pemimpin ASEAN

d)

Memperkenalkan produk baru di pasaran antarabangsa

47.

Yang manakah faktor yang mempengaruhi keputusan Malaysia untuk menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu?

a)

Keperluan untuk mendapatkan bantuan kemanusiaan

b)

Menjaga hubungan baik dengan negara-negara besar

c)

Memperjuangkan hak asasi manusia di peringkat global

d)

Menjadi suara bagi negara-negara membangun

48.

Apakah cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam usaha untuk mempromosikan pelancongan antarabangsa?

a)

Persaingan daripada negara jiran

b)

Ketidakstabilan politik dalam negara

c)

Kurangnya infrastruktur yang mencukupi

d)

Perubahan iklim yang memberi kesan kepada cuaca

49.

Apakah peranan Malaysia dalam menyokong pemulihan ekonomi negara-negara yang terjejas akibat pandemik?

a)

Memberikan bantuan kewangan secara langsung

b)

Menyediakan latihan kemahiran kepada tenaga kerja

c)

Menjalin kerjasama perdagangan dengan negara lain

d)

Menawarkan akses kepada teknologi moden

50.

Yang manakah strategi utama Malaysia dalam meningkatkan daya saing produk pertanian di peringkat antarabangsa?

a)

Memperkenalkan teknologi pertanian terkini

b)

Mengurangkan kos pengeluaran

c)

Meningkatkan kualiti produk

d)

Memperluas pasaran eksport

51.

Apakah langkah yang diambil oleh Malaysia untuk menangani isu perubahan iklim di peringkat global?

a)

Menandatangani perjanjian iklim antarabangsa

b)

Menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui

c)

Melaksanakan program pemuliharaan alam sekitar

d)

Menjalin kerjasama dengan negara-negara lain

52.

Apakah inisiatif yang diambil oleh Malaysia untuk meningkatkan kesedaran tentang perubahan iklim di peringkat antarabangsa?

a)

Mengadakan kempen pendidikan awam

b)

Menjalin kerjasama dengan negara-negara maju

c)

Menyertai persidangan iklim global

d)

Memperkenalkan undang-undang perlindungan alam sekitar

53.

Yang manakah yang mempengaruhi dasar luar Malaysia?

a)

Pencapaian ekonomi sesebuah negara

b)

Hubungan erat dengan kuasa besar

c)

Fahaman politik sesebuah negara

d)

Wawasan kepimpinan negara

54.

Organisasi antarabangsa  yang manakah yang dianggotai oleh Malaysia berdasarkan faktor geo-strategik?

a)

Komanwel

b)

Pertubuhan Persidangan Islam

c)

Pertubuhan Negara-negara Berkecuali

d)

Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara

55.

Tindakan yang manakah yang dapat memastikan kedaulatan negara Malaysia dilindungi?

a)

Mengutamakan kepentingan antarabangsa daripada  kepentingan negara

b)

Mengambil pendirian berkecuali dalam hal ehwal  negara lain

c)

Melibatkan diri dalam penyelesaian masalah negara jiran

d)

Menjalin hubungan diplomatik dengan semua negara

56.

Malaysia menyokong gagasan Komuniti Ekonomi ASEAN kerana dapat

a)

membentuk satu blok perdagangan di rantau Asia Tenggara

b)

mewujudkan integrasi ekonomi dalam kalangan negara anggota

c)

melaksanakan projek perindustrian dalam kalangan negara anggota

d)

menyatakan pendirian tentang kebanyakan isu ekonomi antarabangsa

57.

·       Mengurangkan risiko keselamatan

·       Mengadakan dialog secara terbuka tentang isu-isu politik

dan keselamatan

Pernyataan di atas adalah berkaitan dengan

a)

Piagam ASEAN

b)

Forum Serantau ASEAN

c)

Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN

d)

Perisytiharan Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali

58.

Apakah sumbangan Malaysia dalam Rancangan Pembangunan Segi Tiga Pertumbuhan ASEAN?

a)

Membangunkan sektor keselamatan

b)

Membangunkan sektor telekomunikasi

c)

Mengadakan kerjasama infrastruktur fizikal

d)

Mengadakan kerjasama dalam sektor kesihatan

59.

Malaysia sering memperjuangkan isu-isu sosioekonomi pada peringkat antarabangsa yang berkaitan dengan

a)

mengurangkan rintangan perdagangan

b)

menyemak semula beban hutang negara membangun

c)

mewujudkan kerjasama ekonomi dalam kalangan negara Eropah Timur

d)

menjadikan perundingan Ekonomi Asia Timur sebagai blok perdagangan

60.

Yang manakah melibatkan tentera Malaysia dalam pasukan pegaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu?

a)

Pengunduran tentera Soviet Union dari Afghanistan

b)

Perlindungan mangsa perang di Lubnan

c)

Perjanjian damai Palestin dengan Israel

d)

Perang saudara di Timor Leste

61.

Tujuan Malaysia menyertai misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah untuk

a)

meningkatkan komitmen Malaysia terhadap keamanan dunia

b)

meningkatkan keupayaan dan pendedahan kepada pasukan keselamatan Malaysia

c)

mencari sokongan bagi pencalonan pertahanan Malaysia sebagai ahli dalam Majlis 

Keselamatan

d)

menjalinkan hubungan pertahanan dan ketenteraan dengan negara-negara yang terlibat

62.

Yang manakah antara usaha Malaysia untuk menangani keganasan serantau dan juga gerakan militan Islamic State (IS) pada peringkat global?

a)

Memperkukuh Majlis Keselamatan Negara

b)

Menyekat kemasukan pendatang asing secara haram

c)

Membentuk Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah

d)

Menubuhkan Pasukan Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT)

63.

Tarian Pendet

Lagu Rasa Sayang

Batik

Rajah di atas merujuk kepada tuntutan hak warisan kebudayaan negara masing-masing Malaysia dan Indonesia. Bagaimanakah isu ini dapat diselesaikan?

a)

Membawa isu tersebut ke UNESCO

b)

Mengadakan perdebatan terbuka di media massa

c)

Membincangkan isu tersebut antara kedua-dua negara

d)

Membawa isu ini ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa

64.
  1. Isu yang manakah yang pernah disuarakan oleh Malaysia dalam Majlis Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu?

a)

Campur tangan China dalam pertikaian di Laut China Selatan

b)

Pengaruh kuasa-kuasa besar dunia ke atas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

c)

Tindakan Amerika Syarikat untuk menyelesaikan krisis politik di rantau Pasifik

d)

Ketidakpuasan hati Malaysia terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa berkaitan dengan tuntutan Pulau Batu Puteh

65.
  1. Masalah kestabilan politik dan keselamatan rantau Asia Tenggara dalam kalangan negara anggota ASEAN dibincangkan dalam

a)

Mesyuarat ASEAN + 3

b)

Forum Serantau ASEAN

c)

Sidang Kemuncak ASEAN

d)

Mesyuarat Menteri- Menteri ASEAN

66.
  1. Kelembapan ekonomi dunia memberikan kesan kepada Malaysia dalam

a)

pemasaran barangan tempatan

b)

kualiti barangan yang diimport

c)

syarat perdagangan antara negara

d)

peningkatan harga barangan tempatan

67.
  1. Yang manakah tindakan Malaysia dalam usaha mengaplikasikan teknologi hijau?

a)

Mengurangkan pergantungan kepada sumber tenaga asli

b)

Mengawal operasi kilang dan penggunaan kenderaan bermotor

c)

Menggunakan alat teknologi yang membebaskan gas karbon yang rendah

d)

Membangunkan produk yang memberikan kesan minimum terhadap kemerosotan alam sekitar

68.

Yang manakah termasuk dalm faktor yang mempengaruhi pembentukan hubungan diplomatik?

a)

Keupayaan keselamatan

b)

Kedudukan geostrategik

c)

Kemantapan ekonomi

d)

Kekuatan ketenteraan

69.

Yang manakah sebab utama pembentukan dasar luar Malaysia?

a)

Menjaga dan memelihara kemerdekaan dan kedaulatan negara

b)

Mempertahankan prinsip menghormati kedaulatan negara lain

c)

Membentuk satu blok ekonomi negara-negara serantau

d)

Kepentingan negara-negara maju dapat dipertahankan

70.

Negara bekas jajahan British

Mempunyai hubungan serumpun

Berdasarkan pernyataan di atas, yang manakah faktor yang dikaitkan dengan pembentukan dasar luar Malaysia?

a)

Geostrategik

b)

Serantau

c)

Ideologi

d)

Sejarah

71.

Matlamat kerjasama ASEAN+3 adalah untuk

a)

mewujudkan kestabilan politik

b)

mewujudkan kerjasama keselamatan

c)

merealisasikan kerjasama perdagangan

d)

meningkatkan kerjasama perusahaan kecil dan sederhana

72.

Tujuan Malaysia menganggotai ASEAN adalah untuk

a)

memperkukuh pakatan keselamatan

b)

menangani jenayah rentas sempadan

c)

meningkatkan kerjasama perdagangan

d)

menggalakkan perkongsian sumber ekonomi

73.

Yang manakah faedah yang diperoleh oleh Malaysia daripada pelaksanaan AFTA?

a)

Peningkatan aliran perdagangan dengan negara anggota

b)

Pertambahan nilai pelaburan langsung asing

c)

Peningkatan kualiti produk tempatan

d)

Peningkatan kutipan duti import

74.

Malaysia menyokong 'dasar memakmurkan jiran' dengan

a)

menyertai Dialog ASEAN+3

b)

menandatangani Perjanjian Pelaburan ASEAN

c)

menyokong Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN

d)

melaksanakan Rangka Kerja Pembangunan Segi Tiga

75.

Sumbangan Malaysia terhadap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ialah menjadi

a)

Pengerusi Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk pelarian

b)

Anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB

c)

Setiausaha Agung PBB

d)

Pengerusi Majlis PBB

76.



Malaysia pernah terlibat secara aktif pada peringkat global apabila

a)

menghantar tentera pengaman ke Syria

b)

menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak OIC

c)

menjadi pemerhati pembentukan negara Timor Leste

d)

menjadi ahli tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

77.

Komitmen Malaysia kepada negara-negara membangun

Tawaran latihan pembangunan sumber manusia

Pernyataan di atas adalah berkaitan dengan

a)

Rancangan Colombo

b)

Dialog Antarabangsa Langkawi

c)

Program Kerjasama Teknikal Malaysia

d)

Pusat Pendidikan Sains dan Matematik Serantau

78.

Yang manakah cabaran utama yang perlu dihadapi oleh Malaysia dalam usaha untuk memberikan bantuan kemanusiaan?

a)

Ketetapan oleh kuasa veto Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

b)

Kekangan sumber perubatan dan makanan yang tidak mencukupi

c)

Kerjasama tidak diberikan oleh sesetengah negara luar

d)

Kekurangan sukarelawan dalam negara

79.

Peristiwa manakah yang menggambarkan kekuatan diplomasi Malaysia?

a)

Perjanjian di Selatan Filipina

b)

Perjanjian perdamaian Selatan Thailand

c)

Kemasukan bantuan kemanusiaan di Myanmar

d)

Kunjungan Perdana Menteri Malaysia ke Gaza, Palestin

80.

Yang manakah ancaman bukan tradisional kepada pertahanan Malaysia?

a)

Pemerdagangan manusia

b)

Penggodaman portal kerajaan

c)

Pembanjiran pelarian Rohingya

d)

tikaian hak dalam Zon Ekonomi Eksklusif

81.

Situasi yang boleh menjejaskan liberalisasi perdagangan antarabangsa Malaysia ialah

a)

negara-negara serantau enggan mematuhi ketetapan Pertubuhan Perdagangan Dunia

b)

negara maju mengenakan dasar perlindungan bagi memelihara kepentingan sendiri

c)

negara-negara serantau membentuk Perjanjian Perdagangan Bebas bersama

d)

negara maju meningkatkan tarif import barangan dan perkhidmatan

82.

• Mengupayakan penggunaan bioteknologi moden

• Memperjuangkan aspek biokeselamatan

Malaysia memberikan komitmen terhadap tindakan di atas yang telah dipersetujui dalam

a)

Protokol Kyoto

b)

Protokol Cartagena

c)

Deklarasi Langkawi

d)

Protokol Rio De Jeneiro

83.

Faktor politik penting dalam penggubalan dasar luar Malaysia bagi

a)

membolehkan Malaysia meluaskan fahaman politik tanpa campur tangan negara lain

b)

memastikan peluasan kuasa politik Malaysia tanpa campur tangan negara lain

c)

membolehkan Malaysia mengamalkan sikap berbaik-baik dengan negara lain

d)

memastikan Malaysia tidak campur tangan dalam masalah negara lain

84.

Objektif dasar luar Malaysia adalah bertujuan untuk

a)

membanteras jenayah rentas benua

b)

mempertahankan kedaulatan negara

c)

memelihara hak asasi masyarakat dunia

d)

menegakkan keadilan sistem politik global

85.

Isu yang menimbulkan pertikaian antara Malaysia dengan Singapura ialah

a)

pencerobohan nelayan

b)

penambakan laut

c)

tuntutan pulau

d)

imigresen

86.

Penglibatan Malaysia dalam ASEAN termasuk

a)

mengawal kegiatan pengedaran dadah

b)

menuntut hak ke atas kepulauan Spratly

c)

mengadakan kerjasama dalam pakatan ketenteraan

d)

menjalinkan kerjasama dalam bidang pendidikan dan kesihatan

87.

Malaysia yakin kepada prinsip "Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali" kerana dapat

a)

mengelakkan penglibatan negara anggota ASEAN dalam kancah peperangan

b)

meningkatkan persefahaman ketenteraan antara negara anggota ASEAN

c)

mengeratkan hubungan persahabatan antara negara anggota ASEAN

d)

mewujudkan Blok Pengukuran Kepercayaan

88.

Malaysia bekerjasama dalam ekonomi ASEAN melalui

a)

ASEAN+3

b)

Zon Ekonomi Eksklusif

c)

Kawasan Segi Tiga Pertumbuhan

d)

Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali

89.

Yang manakah termasuk dalam agenda kerjasama negara anggota ASEAN?

a)

Pakatan ketenteraan

b)

Pengawalan kegiatan pengedaran dadah

c)

Peningkatan keamanan serantau melalui rundingan

d)

Penyelesaian keganasan melalui operasi ketenteraan

90.

Peranan Malaysia dalam memperjuangkan hak asasi manusia pada peringkat antarabangsa termasuk

a)

memberikan perlindungan sementara kepada pelarian Rohingya

b)

memperjuangkan pelucutan dan pengharaman senjata nuklear

c)

menyokong penempatan rakyat Palestin di Israel

d)

memberikan bantuan ketenteraan kepada Syria

91.

Yang manakah peranan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)?

a)

Pengerusi Majlis Perhimpunan Agung

b)

Pentadbir sementara di Timor-Leste

c)

Wakil khas PBB ke Myanmar

d)

Ketua Misi Pengaman PBB

92.

Yang manakah usaha yang dilaksanakan oleh Malaysia untuk mewujudkan keamanan dunia?

a)

Mencadangkan konflik yang berlaku diselesaikan melalui ketenteraan

b)

Menghantar bantuan ketenteraan dalam pergolakan di selatan Thailand

c)

Menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan ke atas negara-negara berdaulat

d)

Menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi membanteras kegiatan jenayah

93.

Yang manakah cabaran negara membangun untuk menghadapi proses globalisasi?

a)

Pengaliran maklumat

b)

Pergerakan penduduk

c)

Persengketaan ideologi

d)

Pencemaran alam sekitar

94.

Yang manakah merupakan punca utama yang menjejaskan kerjasama ekonomi antara Malaysia dengan negara anggota ASEAN yang lain?

a)

Undang-undang perdagangan yang berbeza

b)

Keadaan politik di sesetengah negara anggota yang kurang stabil

c)

Negara anggota lebih mengutamakan kepentingan domestik daripada kepentingan bersama

d)

Sistem pemerintahan yang berbeza-beza melemahkan persefahaman dalam kalangan negara anggota

95.

Yang manakah cabaran yang dihadapi oleh negara anggota ASEAN dalam menegakkan keamanan dan kestabilan politik serantau?

a)

Pengawalan penularan penyakit berjangkit

b)

Pengembalian semula demokrasi di Myanmar

c)

Pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN

d)

Penyelesaian masalah keganasan di rantau Asia Tenggara

96.

Pembukaan Komuniti Ekonomi ASEAN telah mewujudkan pasaran terbuka.

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam pelaksanaannya?

a)

Pelaburan asing

b)

Perbezaan saiz pasaran

c)

Kemasukan barangan tiruan

d)

Daya saing pengusaha tempatan

97.

Yang manakah komitmen Malaysia dalam Protokol Kyoto?

a)

Mengurangkan pencemaran jerebu

b)

Mengurangkan pembebasan gas rumah hijau

c)

Mengurangkan penerokaan hutan untuk kayu balak

d)

Mengurangkan ancaman kepada kepelbagaian biologi

98.

Yang manakah sumbangan Malaysia dalam penyelesaian politik di Myanmar?

a)

menyokong kemasukan Myanmar dalam ASEAN

b)

menerima pelarian Muslim Rohingya dari Myanmar

c)

memberikan kebenaran untuk membuka kedutaaan Myanmar di Kuala Lumpur

d)

mewakili Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi berunding dengan kerajaan tentera Myanmar         

99.

·       Menerima bantuan serantau dan antarabangsa untuk mencari pesawat penumpang MH370 yang hilang

·       Menghantar bantuan semasa berlaku bencana alam di Aceh dan di Jepun

Bentuk kerjasama di atas berkaitan dengan

a)

kemanusiaan

b)

sikap keterbukaan

c)

semangat setia kawan

d)

semangat persefahaman

100.

Masalah yang dihadapi oleh Malaysia berkaitan dengan kerjasama dua hala bidang ekonomi dengan negara jiran ialah

a)

Kadar pertukaran asing

b)

perundangan yang berbeza

c)

pengeluran produk yang sama

d)

pengiktirafan halal pada produk