wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS T4 PDPR S1

Total questions: 20

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Rajah 1 menunjukkan kebakaran pada palam elektrik .

Apakah jenis pemadam api yang boleh memadamkan kebakaran ini?

a)

Buih

b)

Pasir

c)

Air

d)

Serbuk kering

2.

Susun langkah bantuan kecemasan CPR dengan betul.

P=Hembuskan udara ke dalam mulut mangsa selama 1 saat setiap hembusan.

Q=Kejutkan mangsa dengan menepuk bahunya dan memanggilnya.

R=Periksa sama ada mangsa bernafas atau tidak dengan mendengar bunyi hembusan nafas daripada mulut dan hidung mangsa serta melihat pergerakan dada mangsa.

S=Jika tiada tindak balas, minta bantuan orang lain di sekeliling untuk menelefon talian 999 .

T=Jika tiada pernafasan, lakukan teknik tekanan dada.

U=Ulangi langkah tekanan dada dan bantuan pernafasan sehingga bantuan tiba atau mangsa sedar.

a)

Q S R P T U

b)

Q P S R T U

c)

Q S R T P U

d)

Q P R S T U

3.

Rajah 4 menunjukkan sebuah termometer klinik.

Apakah kepentingan bahagian yang berlabel X ?

a)

Untuk membenarkan pergerakan merkuri.

b)

Untuk menghalang pengembangan merkuri.

c)

Untuk mempercepatkan penurunan merkuri

d)

Untuk memperlahankan penurunan merkuri.

4.

Rajah 6 menunjukkan aktiviti penyahhutanan yang dilakukan untuk penanaman kelapa sawit secara meluas.Apakah isu sosiosaintifik yang timbul daripada aktiviti manusia dalam Rajah 6?

a)

Penggunaan sumber tenaga tidak boleh baharu.

b)

Peningkatan jumlah sisa pepejal

c)

Penggunaan baja kimia dan racun serangga secara berlebihan

d)

Peningkatan gas rumah hijau dalam atmosfera.

5.

Rajah 7 menunjukkan perbualan antara seorang lelaki dan seorang juruwang.

jurujual-encik perlukan beg plastik?cas tambahan 20 sen.

ali-tidak perlu.saya bawa beg sendiri

Antara yang berikut, yang manakah kesan tindakan lelaki ini ?

a)

Meningkatkan ekonomi

b)

Menggalakkan kitar semula

c)

Meminimumkan sisa

d)

Menjimatkan wang

6.

Antara berikut, proses pembahagian sel manakah yang berlaku di hujung pucuk dan akar pokok bunga raya?

a)

Mitosis

b)

Meiosis

c)

Mutasi

d)

Persenyawaan

7.

Maklumat berikut menunjukkan pokok tinggi dikacukkan dengan pokok kerdil baka tulen.

Induk : Tt X tt

Apakah jangkaan nisbah bilangan pokok tinggi kepada bilangan pokok kerdil bagi anak-anak pokok itu?

a)

1: 1

b)

2: 1

c)

3: 1

d)

1: 3

8.

Untuk menyokong saiz badan yang besar, gajah mempunyai lengkungan pektoral dan lengkungan pelvis yang besar. Mengapakah ikan paus yang besar mempunyai lengkungan pektoral dan lengkungan pelvis yang kecil boleh menampung berat badannya?

a)

Berat badannya disokong oleh daya seretan

b)

Berat badannya disokong oleh daya apungan air

c)

Berat badannya disokong oleh daya tarikan graviti

d)

Berat badannya disokong oleh daya tujah ke hadapan

9.

Apakah kesan kekurangan rembesan hormon daripada kelenjar tiroid?

I. Kadar metabolisme diperlahankan

II. Pertumbuhan fizikal kanak-kanak terbantut

III. Perkembangan otak pada kanak-kanak terencat

IV. Aras glukosa dalam darah meningkat

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

10.

Suatu atom mempunyai 19 proton. Pada kumpulan yang manakah atom itu terletak ?

a)

Kumpulan 1

b)

Kumpulan 2

c)

Kumpulan 17

d)

Kumpulan 18

11.

Rajah 13 menunjukkan Jadual Berkala Unsur Moden yang tidak lengkap. Apakah unsur C?

a)

Logam

b)

Bukan logam

c)

Separuh logam

d)

Gas Nadir

12.

Apakah bahan yang ditambah kepada getah asli supaya lebih keras dan tahan haba?

a)

Kuprum

b)

Ammonia

c)

Sulfur

d)

Nitrogen

13.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan faktor dalaman yang mempengaruhi jumlah radikal bebas di dalam badan manusia?

a)

Diet kurang sihat

b)

Pendedahan pada sinar ultraungu

c)

Asap rokok

d)

Metabolisme tubuh

14.

Suhaimi mengalami kekurangan bahan antioksidan vitamin C dalam badan. Apakah makanan yang perlu diambil olehnya untuk meningkatkan jumlah vitamin C dalam badannya.

a)

Oren

b)

Lobak merah

c)

Daging

d)

Kacang

15.

Rajah 17 menunjukkan perubahan kelajuan sebuah kereta daripada 40 m s-1 kepada 85 m s-1 dalam masa 15 saat.

Berapakah pecutan kereta itu?

a)

2.5 m s-2

b)

3.0 m s-2

c)

5.5 m s-2

d)

10.0 m s-2

16.

Satu duit syiling dan sehelai daun dilepaskan pada masa yang sama di dalam satu silinder vakum. Antara pemerhatian berikut, yang manakah betul?

a)

Duit syiling sampai ke tapak silinder terlebih dahulu.

b)

Daun sampai ke tapak silinder terlebih dahulu.

c)

Duit syiling dan daun sampai ke tapak silinder pada masa yang sama.

d)

Duit syiling dan daun terapung di dalam silinder.

17.

Pada tahun 2011, berlaku tsunami di Fukushima, Japan yang mengakibatkan kebocoran pada reaktor nuklear mereka. Jika masalah itu tidak ditangani dengan berhati - hati, apakah kesan kebocoran sinar radioaktif itu?

a)

Berlaku hujan asid

b)

Mutasi pada hidupan

c)

Penipisan lapisan ozon

d)

Suhu bumi meningkat

18.

Pernyataan manakah yang mewajarkan pembinaan stesen janakuasa nuklear di Malaysia?

a)

Mempunyai sumber Uranium yang banyak

b)

Untuk menjadi negara maju dan berkembang

c)

Untuk menampung permintaan elektrik yang meningkat

d)

Mempunyai kepakaran untuk menguruskan sisa radioaktif

19.

Perkembangan dalam bioteknologi terutamanya bioteknologi hijau telah mencetuskan idea baru penggunaan mikroorganisma. Rajah 3 menunjukkan penggunaan produk larutan pembersih ekoenzim bagi menggantikan bahan pencuci kimia.

Antara berikut, yang manakah tidak betul tentang larutan pembersih ekoenzim?

a)

Melibatkan kos bahan mentah yang tinggi

b)

Dihasilkan melalui penapaian sisa pertanian

c)

Molekul kecil yang dihasilkan oleh enzim tidak menyumbatkan saliran

d)

Enzim dalam ekoenzim menguraikan lemak dan gris kepada molekul yang lebih kecil

20.

Rajah 7 menunjukkan keadaan fizikal seorang dewasa yang berumur 40 tahun.

Antara yang berikut, yang manakah boleh melambatkan keadaan itu?

a)

Menjalankan aktiviti senaman

b)

Makan buah-buahan sitrus

c)

Berjemur pada waktu pagi

d)

Minum banyak air