wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 8 |MEMBINA KEMAKMURAN NEGARA

Total questions: 100

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Pada Januari 1970, Majlis Perundangan Negara (MAPEN) telah ditubuhkan. Mengapakah MAPEN ditubuhkan?

a)

Memupuk identiti kebangsaan

b)

Mengatasi kemiskinan

c)

Menggubal undang-undang

d)

Menaikkan taraf ekonomi negara

2.

Rajah di atas berkaitan dengan Dasar Ekoomi Baru (DEB).

Apakah X?

a)

Mewujudkan negara perindustrian

b)

Meningkatkan peluang pekerjaan

c)

Menjayakan integrasi nasional

d)

Mengubah semula masyarakat

3.

Apakah objektif yang hendak dicapai melalui Dasar Ekonomi Bari (DEB)?

I Perpaduan

II Kemakmuran negara

III Pembentukan jati diri

IV Kesejahteraan kaum

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Berikut adalah senarai berkaitan dengan rancangan penduduk luar bandar.

• penerokaan Tanah Baharu

• Kegiatan Gerakan Koperasu

Apakah yang hendak dicapai?

a)

Peningkatan taraf hidup

b)

Pertambahan eksport negara

c)

Keamanan negara

d)

Kestabilan ekonomi

5.

Tun Abdul Razak Hussein telah melancarkan Rancangan Buku Hijau pada 20 Disember 1974.

Apakah objektif rancangan tersebut?

a)

Menebus guna tanah pinggir hutan

b)

Pendapatan rakyat bertambah

c)

Menjayakan program pembangunan wilayah

d)

Mewujudkan industri kecil dan sederhana

6.

Masalah kemiskinan juga dihadapi oleh penduduk bandar.

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan masalah kemiskinan di bandar?

I Pendapatan rendah

II Masalah perumahan

III Kelemahan infrastruktur

IV Masalah pentadbiran

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Dalam pelaksanaan Rancangan Buku Hijau, apakah aspek yang diberi tumpuan?

a)

Mutu hasil pertanian

b)

Penggunaan tanah

c)

Kepelbagaian hasil eksport

d)

Menambah kekayaan

8.

Agensi kerajaan yang dinyatakan telah diwujudkan demi mempelbgaikan kegiatan ekonomi.

• pihak berkuasa kemajuan pekebun kecil perusahaan Getah (RISDA)

• Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)

Mengapakah penubuhan agensi tersebut penting?

a)

Membantu petani

b)

Meningkatkan ekonomi

c)

Membuka tanah baharu

d)

Melaksanakan ekonomi dagang

9.

DEB telah dilaksanakan melalui agensi yang ditubuhkan :

• Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

Apakah usaha yang dapat dikaitkan dengan agensi tersebut?

a)

Penyelidikan getah

b)

Pembukaan tanah baru

c)

Pembinaan infrastruktur

d)

Pertanian getah

10.

Maklumat berikut berkaitan dengan skim penerokaan FELDA.

Apakah tujuan pelaksanaan program tersebut?

a)

Tajaan syarikat swasta

b)

Skim FELDA pertama

c)

Mengusahakan penanaman nanas

d)

Peneroka pelbagai kaum

11.

Berikut adalah senarai berkaitan dengan program pembangunan yang diusahakan oleh kerajaan.

• Lembaga Kemamuan Johor Tenggara (KEJORA)

• Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)

Apakah tujuan pelaksanaan program tersebut?

a)

Rancangan Buku Hijau

b)

Mempelbagaikan hasil eksport

c)

Pembangunan wilayah

d)

Industri kecil dan sederhana

12.

Rancangan apakah yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk di luar bandar?

a)

Biasiswa pendidikan

b)

Buku teks percuma

c)

Makanan tambahan

d)

Penerokaan tanah baharu

13.

Hasil pertanian apakah yang diusahakan dalam program tersebut?

• Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)

I Getah

II Kelapa

III Tembakau

IV Kelapa sawit

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

“bagi merapatkan jurang perbezaan dari segi taraf hidup dan jumlah pendapatan kaum antara bumiputera dan bukan bumiputera, usaha meningkatkan pemilikan saham bumiputera dalam bidang korporat telah dilaksanakan?

Apakah badan yang melaksanakan usaha tersebut?

a)

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)

b)

Rancangan Buku Hijau

c)

Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)

d)

Permodalan Nasional Berhad (PNB)

15.

Institusi pendidikan tersebut telah dibina.

• Universiti Teknologi Malaysia

•Universiti (Institut) Teknologi Mara

•Maktab Perguruan Teknik

Apakah tujuan pembinaan institusi tersebut?

a)

Mengasaskan pendidikan kebangsaan

b)

Melahirkan tenaga kerja mahir

c)

Menjadikan pendidikan bertarah dunia

d)

Memupuk perpaduan kaum

16.

Pilih tujuan pembentukan Dasar Ekonomi Baru dalam tempoh pelaksanaannya selama 20 tahun?

a)

Memulihkan ketidakseimbangan ekonomi

b)

Mewujudkan kestabilan politik

c)

Menggalakkan kemasukan pelabur asing

d)

Mengekalkan identiti negara

17.

Apakah usaha yang telah dilaksanakan bagi memudahkan kaum bumiputera untuk memiliki saham dalam syarikat berhad?

a)

Memulihkan kawasan luar bandar

b)

Menyelesaikan konflik dengan negara luar

c)

Mengatasi ancaman komunis

d)

Mewujudkan kerjasama antara kaum

18.

Majlis Perundangan Negara (MAPEN) ditubuhkan pada Januari 1970.

Apakah tujuan penubuhan MAPEN?

a)

Membangunkan kawasan luar bandar

b)

Menyelesaikan konsflik dengan negara luar

c)

Mengatasi ancaman komunis

d)

Mewujudkan kerjasama antara kaum

19.

Serampang dua mata adalah sifat yang ada di dalam Staregi Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Apakah strategi tersebut dalam mencapai matlamat pembentukanya?

a)

Memajukan industri kecil dan sederhana

b)

Mewujudkan pertanian moden

c)

Menyusun semula masyarakat

d)

Mengadakan hubungan perdagangan

20.

Mengapakah Tun Abdul Razak Hussein melancarkan Rancangan Buku Hijau pada tahun 1974?

I Menambahkan pendapatan rakyat

II Menyediakan kursus dan latihan

III Meningkatkan pemilikan saham

IV Memberikan subsidi benih dan baja

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

Pilih yang benar tentang matlamat Penubuhan Nasional Berhad (PNB)

a)

Menambah pemilikan modal saham bumiputera

b)

Membangunkan kawasan luar bandar

c)

Memajukan sektor perkilangan

d)

Melahirkan modal insan mahir

22.

Rajah di bawah merupakan satu agensi kerajaan.

Mengapakah agensi tersebut ditubuhkan?

a)

Memasarkan hasil getah

b)

Mengawal selia hara getah di pasaran

c)

Membantu petani dan peladang

d)

Membantu dalam penyeledidikan dan penanaman semula getah

23.

Berikut merupakan maklumat yang berkaitan dengan peranan agensi kerajaan dalam mempelbagaikan kegiatan ekonomi di Malaysia.

Apakah peranan agensi tersebut?

a)

Membekalkan benih padi

b)

Menstabilkan harga padi

c)

Meluaskan kawasan eksport

d)

Memodenkan penanaman padi

24.

Pasangan manakah yang benar berkaitan dengan Pembentukan Rancangan Ekonomi Lima Tahun?

a)

2000-2005 | Rancangan Malaysia Kesembilan

b)

1991-1995 | Rancangan Malaysia Keenam

c)

1986-1990 | Rancangan Malaysia Keempat

d)

1996-2000 | Rancangan Malaysia Kelapan

25.

Masyarakat telah disusun dengan pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Apakah perkara Perlembagaan Persekutuan yang mempunyai kaitan dengan tindakan tersebut?

a)

Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan

b)

Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan

c)

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan

d)

Perkara 166 Perlembagaan Persekutuan

26.

Maklumat di bawah berkaitan dengan pelancaran dasar penswastaan.

• Dilancarkan pada bulan Mac 1983

•Dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir

Mohamad

Apakah faktor yang mempengaruhi tindakan tersebut?

I Meningkatkan produktiviti

II Memajukan industri kecil

III Meluaskan pasaran

IV Menambahkan kualiti perkhidmatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan III

27.

Maklumat berikut berkaitan dengan kejayaan yang dicapai oleh Dasar Ekonomi Baharu (DEB)

• Kadar kemiskinan di negara kita semakin

berkurang pada tahun 1970

Berapakah kadar kemiskinan di negara kita pada masa tersebut?

a)

55 peratus

b)

49.3 peratus

c)

49.8 peratus

d)

52.4 peratus

28.

Kadar kemiskian di negara kita telah berjaya dikurangkan oleh pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional (DPN).

Antara berikut, yang manakah iktibar yang diperoleh daripada pelaksanaan tersebut?

I Toleransi sesama rakyat

II Gigih dalam tindakan

III Berani menghadapi cabaran

IV Berwaspada terhadap anasir luar

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

29.

Apakah gelaran yang diberikan kepada tokoh tersebut?

a)

Tokoh Korporat

b)

Tokoh Budayawan

c)

Tokoh Perbankan

d)

Tokoh Hartanah

30.

Maklumat berikut berkaitan denan pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

[ Pembangunan pendidikan dipengaruhi oleh pelaksanaan pembangunan X]

Apakah pembangunan X tersebut?

a)

Pembangunan ekonomi

b)

Pembangunan politik

c)

Pembangunan sosial

d)

Pembangunan kebudayaan

31.

Kerajaan Malaysia telah memajukan

perindustrian berteknologi tinggi di

beberapa lokasi.

- Raub, Pahang

Apakah industri berteknologi tinggi di

lokasi tersebut?

a)

Kilang penapis petroleum

b)

Kilang besi dan keluli

c)

Satelit kamunikasi

d)

Stesen janakuasa

32.

Maklumat berikut merujuk kepada

perkembangan industri kereta nasional.

- PROTON (1893)

- PERODUA (1993)

Mengapakah kerajaan menggalakkan

pertumbuhan industri tersebut?

I Membuka peluang pekerjaan

II Meningkatkan pendapatan rakyat

III Menambah bilangan kenderaan di

Malaysia

IV Memperluaskan pasaran eksport

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

33.

Apakah matlamat pelaksanaan Dasar

Ekonomi Baru?

a)

Memulihkan

tidak seimbangan

sosioekonomi

b)

Mewujudkan kestabilan politik

c)

Mengukuhkan ekonomi negara

d)

Mewujudkan perdagangan

34.

Maklumat di bawah adalah berkaitan

dengan MajlisPerundingan Negara

(MAPEN)

[ MAPEN ditubuhkan pada buan Januari

1970 dan dianggotai oleh pelbagai lapisan

masyarakat.

Apakah peranan MAPEN?

a)

Membasmi kemiskinan

b)

Menggalakkan pelaburan

c)

Menjamin pentadbiran yang licin

d)

Memupuk identiti kebangsaan

35.

Maklumat berikut berkaitan dengan stategi

Dasar Ekonomi Baharu (DEB).

- X

- Menyusun semula rakyat

Apakah X?

a)

Meningkatkan ekonomi

b)

Menambah peluang pekerjaan

c)

Membasmi kemiskinan

d)

Mencapai integrasi nasional

36.

Masyarakat dalam DEB telah disusun

semula.

Apakah kepentingan strategi tersebut?

a)

Pentadbiran sosial dipermudahkan

b)

Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum

c)

Perkembangan bandar baharu digalakkan

d)

Pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi dihapuskan

37.

Maklumat berikut adalah usaha kerajaan

untuk masyaraat luar bandar.

- Gerakan koperasi

- Tanah baru diteroka

Apakah tujuan yang hendak dicapai oleh

kerajaan berdasarkan usaha tersebut?

a)

Kestabilan ekonomi

b)

Keharmonian rakyat

c)

Taraf hidup dipertingkatkan

d)

Menambah eksport negara

38.

Maklumat berikut berkaitan dengan

masalag yang dihadapi oleh penduduk

bandar.

- Penduduk di bandar dilanda

kemiskina

Apakah punca kepada masalah tersebut?

a)

Kekurangan hasil bumi

b)

Masalah pekerjaan

c)

Tahap pendidikan rendah

d)

Berpendapatan rendah

39.

Apakah tumpuan utama Rancangan Buku

Hijau?

a)

Penggunaan tanah

b)

Meningkatkan mutu pertanian

c)

Menambahkan keluasan tanah

d)

Meningkatkan kepelbagaian hasil tanaman

40.

Maklumat berikut berkaitan dengan agensi

kerajaan.

[ Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia]

Apakah peranan agensi

kerajaan

tersebut?

a)

Mempelbagaikan ekonomi

b)

Memperkenalkan ekonomi dagangan

c)

Menubuhkan bandar baharu

d)

Memodenkan industri perikanan

41.

Apakah peranan Lembaga Kemajuan

Tanah Persekutuan (FELDA) dalam

sumbangan ekonomi negara.

a)

Melaksanakan pembukaan tanah baharru

b)

Menggalakkan pertanian komersial

c)

Menjalankan penyelidikan getah

d)

Melancarkan penanaman semula kelapa sawit

42.

Nyatakan program yang telah diusahakan

oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara

(KEJORA)

a)

Pengendalian FELDA

b)

Rancangan Buku HIjau

c)

Pembangunan wilayah

d)

Industri Kecil dan Sederhana

43.

Antara berikut, FELDA manakah yang

menerima pelbagai kaum?

I FELDA Ayer Hitam, Segamat

II FELDA Sendayan, Negeri Sembilan

III FELDA Jengka 1, Pahang

IV FELDA Keratong, Pahang

a)

I dan II

b)

II dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

44.

Urban Development Authoritu (UDA) telah

membuka bandar baharu. Di manakah

kawasan pembukaan baharu itu terletak?

a)

Bandar Terengganu

b)

Bandar Baru Bangi

c)

Bandar Baru Uda

d)

Bandar Ipoh

45.

Antara berikut, manakah ciri-ciri IKS?

I Memerlukan modal yang kecil

II Tidak ramai tenaga kerja

III Dimiliki oleh bumiputera

IV Memiliki kemahiran

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

46.

Maklumat berikut berkaitan dengan

pendidikan di negara kita.

- Mata pelajaran Kemahiran Hidup

- Maktab Perguruan Teknik

- Universiti (Institut ) Teknologi Mara

Apakah matlamat yang hendak dicapai

berdasarkan usaha tersebut?

a)

Pendidikan bertaraf dunia

b)

Bersaing dengan negara maju

c)

Menggalakkan perpaduan

d)

Mewujudkan tenaga kerja mahir

47.

Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

telah dilaksanakan pada tahun 1991.

Apakah faktor pelaksanaan DPN?

a)

Melahirkan masyarakat perdagangan

b)

Pelaksanaan Dasar Pembangunan

c)

Membasmi kemiskinan

d)

Meneruskan matlamat DEB

48.

Apakah langkah untuk menjadikan

Malaysia sebuah negara maju?

a)

Dasar Ekonomi Baharu

b)

Rancangan Malaysia Pertama

c)

Dasar Pembangunan Sosial

d)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

49.

Senarai berikut berkaitan dengan

rancangan pembangunan lima tahun

Malaysia.

- Rancangan Malaysia Keenam

(1991-1995)

- Rancangan Malaysia Ketujuh

(1996-2000)

Apakah persamaan pada rancangan

pembangunan tersebut?

a)

Membasmi kemiskinan

b)

Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baharu

c)

Pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional

d)

Melahirkan masyarakat perdagangan

50.

Maklumat berikut berkaitan dengan strategi Dasar Pembangunan nasional.

Apakah DPN?

a)

Kestabilan politik

b)

Pembangunan kemudahan fizikal

c)

Penambahbaikan peluang pekerjaan

d)

Kepelbagaian pertanian

51.

Berikut adalah agensi kerajaan yang

ditubuhkan untuk memberi latihan kepada

belia.

- Institut Latihan Perindustrian

- Pusat Latihan Kemahiran Giatmara

Apakah tujuan kerajaan menubuhkan

agensi berikut?

a)

Meningkatkan peluang pekerjaan

b)

Peningkatan semangat berdagang

c)

Penggunaan teknologi baharu

d)

Penambahan pendapatan

52.

Berikut adalah usaha kerajaan dalam DPN

- Memberi subsidi kepada petani

dan nelayan

- Memberi latihan kemahiran

- Memberi subsidi kepada petani

dan nelayan

Apakah matlamat yang hendak dicapai

oleh kerajaan?

a)

Pembasmian kemiskinan

b)

Penggunaan teknologi baharu

c)

Penyusunan semula masyarakat

d)

Peningkatan kemakmuran negara

53.

Masyarakat Perdagangan dan

Perindustrian Bumiputera ditubuhkan

melalui DEB dan DPN.

Apakah matlamat penubuhan tersebut?

a)

Bantuan subsidi

b)

Perkembangan industri kecil dan sederhana

c)

Kewujudan tenaga kerja mahir

d)

Penyusunan semula masyarakat

54.

Bagaimanakah langkah kerajaan untuk

memastikan kaum bumiputera bersaing

dalam perniagaan moden pasaran

antarabangsa?

a)

Kepelbagaian hasil eksport

b)

Teknologi baharu

c)

Penambahbaikan peluang pekerjaan

d)

Pewujudan kestabilan politik

55.

Apakah peranan yang dimainkan oleh

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri

(PKNS) dalam projek penswastaan?

a)

Pewujudan kestabilan politik

b)

Memperkenalkan teknologi baharu

c)

Memajukan tanaman komersial

d)

Menyusun semula modal saham

56.

Aakah hasil yang dicapai oleh negara

melalui pelaksanaan DEB dan DPN?

I Peningkatan kualiti hidup

II Pengiktirafan sebagai negara maju

III Pewujudan kestabilan politik

IV Penurunan kadar kemiskinan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

57.

Apakah bukti DEB dan DPN berjaya

meningkatkan taraf hidup rakyat

Malaysia?

a)

Pembangunan infrastruktur

b)

Kemajuan sistem pendidikan

c)

Pemilikan sahan oleh bumiputera

d)

Kewujudan golongan pertengahan

58.

Berikut adalah jenama kenderaan di

negara kita.

- PROTON

- PERODUA

- MODENAS

Apakah kepentingan industri tersebut?

a)

Meningkatkan imej negara

b)

Mewujudkan masyarakat bersatu padu

c)

Membuka peluang pekerjaan

d)

Memudahkan integrasi penduduk

59.

Apakah kepentingan peranan usahawan

bumiputera berikut?

a)

Membuka peluang pekerjaan

b)

Pembangunan infrastruktur

c)

Pemimpin negara

d)

Menggunakan tenaga mahir

60.

Bagaimanakah perusahaan besi dan keluli

dilaksanakan di negara kita?

a)

Dikendalikan oleh HICOM

b)

Menambah pemilikan saham

c)

Bergantung kepada modal asing

d)

Bantuan subsidi

61.

Mengapakah pihak erajaan dan pihak

swasta turut membuat pelaburan dalam

bidang pengangkutan dan perhubungan?

a)

Memudahkan integrasi penduduk

b)

Menggunakan tenaga mahir tempatan

c)

Menggalakkan pembangunan luar bandar

d)

Memenuhi keperluan perindustrian dan perdagangan

62.

Kerajaan melaksanakan Dasar

Pembagunan Nasional (DPN) pada tahun

1991.

Apakah matlamat pembentukan DPN?

a)

Menyusun semula masyarakat

b)

Memanukan tanaman komersial

c)

Mewujudkan masyarakat bersatu padu

d)

Memperkasakan peranan agensi kerajaan

63.

Apakah objektif Dasar Pembangunan

Nasional (DPN)?

a)

Melahirkan masyarakat amanah

b)

Melahirkan masyarakat patriotik

c)

Melahirkan masyarakat berdisiplin

d)

Melahirkan masyarakat bersatu padu

64.

Bagaimanakah langkah Dasar

Pembangunan Nasional (DPN) dapat

membasmi kemiskinan?

a)

Mengekalkan kestabilan politik

b)

Memberi kemudahan pendidikan

c)

Bergantung kepada eksport luar negara

d)

Mewujudkan Zon Perindustrian Bebas

65.

Mengapakah kerajaan menyusu semula

masyarakat dalam pelaksanaan DPN?

a)

Membangunkan ekonomi negara

b)

Melahirkan masyarakat yang berfikiran kreatif

c)

Mewujudkan keseimbangan ekonomi antara kaum

d)

Menggalakkan hubungan perdagangan dengan negara luar

66.

Agensi kerajaan yang terlibat dalam

meneruskan rancangan pembangunan

wilayah ialah?

a)

FAMA

b)

MARDI

c)

PERNAS

d)

KESEDAR

67.

Salah satu cara kerajaan untuk membasmi

kemiskinan ialah mewujudkan tenaga

kerja mahir dalam kalangan belia.

Apakah agensi yang terlibat dalam

memberikan latiha kepada golongan

belia?

I RISDA

II BERNAS

III Institut Latihan Perindustrian

IV Pusat Latihan Kemahiran Giatmara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

68.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar

Pembangunan Nasional (DPN) berjaya

mengurangkan kadar kemiskinan di

negara kita.

Bagaimanakah langkah DEB dan DPN?

a)

Kemajuan industri berat

b)

Kewujudan peluang kerajaan

c)

Kepelbagaian tanaman komersial

d)

Perkembangan kemudahan pengangkutan

69.

Mengapakah pembangunan pendidikan

perlu seiring dengan pembangunan

ekonomi?

a)

Menambah pemilikan saham

b)

Membaiki taraf hidup rakyat

c)

Kemajuan industri berat

d)

Mewujudkan Zon Perindustrian Bebas

70.

Kejayaan DEB dan DPN ialah kewujudan

pelbagai bentuk kawasan perindustrian.

Mengapakah kawasan perindustrian

penting kepada kawasan sekitarnya?

a)

Mengimbangi pemilikan harta

b)

Pemberian lesen perniagaan kepada bukan bumiputera

c)

Membantu pembangunan ekonomi

d)

Menstabilkan politik negara

71.

DPN merupaka kesinambungan DEB yang

dirangka untuk tempoh sepuluh tahun

(1991-2000).

Mengapakah DPN diperkenalkan?

a)

Menjadikan Malaysia sebuah negara maju

b)

Menyediakan latihan pengurusan harta

c)

Menganjurkan kempen beli barangan

d)

Kemajuan sistem pendidikan

72.

DPN bermatlamat mencapai perpaduan

negara melalui agihan kekayaan.

Bilakah DPN dilaksanakan di negara kita?

I Rancangan Malaysia Kelima

II Rancangan Malaysia Ketujuh

III Rancangan Malaysia Keenam

IV Rancangan Malaysia Keempat

a)

I dan II

b)

I dan II

c)

II dan III

d)

III dan IV

73.

DPN bermatlamat mencapai perpaduan

negara melalui agihan kekayaan.

Bilakah DPN dilaksanakan di negara kita?

I Rancangan Malaysia Kelima

II Rancangan Malaysia Ketujuh

III Rancangan Malaysia Keenam

IV Rancangan Malaysia Keempat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

74.

Antara berikut, yang manakah latihan yang

disediakan oleh agensi kerajaan kepada

golongan belia?

I Sekolah Teknik

II Sekolah Vokasional

III Institut Latihan Perindustrian

IV Pusat Latihan Perindustrian Giatmara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

75.

Bagaimanakah kerajaan meneruskan

usaha membasmi kemiskinan dalam

pelbaga kaum?

a)

Mewujudkan modal insan mahir

b)

Meringankan beban kewangan kerajaan

c)

Pemberian subsidi kepada nelayan

d)

Pembinaan bandar baharu

76.

Bagaimanakah langkah untuk menyusun

semula masyarakat dalam DPN?

a)

Melahirkan tenaga kerja mahir

b)

Membina institut kemahiran

c)

Masyarakat perindustrian dan Perdagangan Bumiputer (MPPB)

d)

Subsidi untuk petani dan nelayan

77.

Bagaimanakah kaum bumiputera bersaing

dalam perniagaan moden di pasaran

antarbangsa?

a)

Mendedahkan dengan teknlogi baharu

b)

Meningkatkan tenaga kerja

c)

Syarikat pemodal

d)

Membina institut kemahiran

78.

Apakah matlamat penyusunan semula

masyarakat?

a)

Meningkatkan prospek perniagaan

b)

Penyertaan pelbagai kaum dalam sektor pekerjaan

c)

Mendapat maklumat pasaran

d)

Memberi bantuan subsidi

79.

Apakah pencapaian yang dicapai oleh

pelaksanaan DEB dan DPN?

I Pengenalan

perdagangan

antarabangsa

II Kestabilan politik

III Peningkatan kualiti hidup

IV Penurunan kadar kemiskinan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

80.

Apakah bukti kejayaan DPN dan DEB

dalam aspek peningkatan taraf hidup?

a)

Kemajuan sistem pendidikan

b)

Kewujudan golongan pertengahan

c)

Pengenalan perdagangan antarabangsa

d)

Mendapat maklumat pasaran

81.

Syarikat manakah yang membangunkan

estet perindustrian?

a)

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri

b)

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negara

c)

Syarikat multinasional

d)

Perbadanan multinasional

82.

Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

menggunakan beberapa strategi untuk

membasmi kemiskinan dan menyusun

semula masyarakat.

Strategi DPN

•Ekonomi

•Sosial

•Kemudahan Fizikal Alam Sekitar

Apakah strategi DPN dalam bidang

ekonomi?

a)

Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian

b)

Membentuk masyarakat yang berdisiplin dan progresif

c)

Menyedia dan menambah baik kemudahan asas

d)

Menggunakan sains dan teknologi moden

83.

Apakah petunjuk berlakunya peningkatan

kualiti hidup rakyat setelah pelaksanaan

dasar Ekonomi Baru (DEB) dan dasar

pembangunan Nasional (DPN)?

a)

Peningkatan kos sara hidup rakyat

b)

Penyediaan infrastruktur untuk rakyat

c)

Pertambahan jumlah kedatangan pelancong

d)

Pembentukan kawasan Zon Perindustrian bebas

84.

Apakah kesan daripada tindakan kerajaan

memperkenalkan industri kecil dan

sederhana (IKS)?

a)

Melahirkan tenaga kerja mahir

b)

Melahirkan usahawan muda

c)

Meningkatkan kemahiran tempatan

d)

Menggalakkan pelaburan modal

85.

Apakah dua rancangan yang

diperkenalkan di bawah dasar

pembangunan nasional?

I Rancangan Malaysia Keempat (1981 -

1985)

II Rancangan Malaysia Kelima (1986 -

1990)

III Rancangan Malaysia Keenam (1990 -

1950)

IV Rancangan Malaysia Ketujuh (1995 -

2000)

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

86.

Manakah antara berikut merupakan

strategi serampang dua mata bagi

memastikan matlamat Dasar Ekonomi

Baru (DE) nerjaya dicapai sehingga tahun

1990?

I Membasmi kemiskinan

II Menyusun semula masyarakat

III Menjamin hal orang Melayu

IV Menyediakan subsidi bersasar

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

87.

Dasar Penswastaan dilancarkan oleh Tun

Dr. Mahathir Mohamad pada bulan Mac

1983.

Bagaimanakah dasar tersebut boleh

membantu mempercepat pembangunan

ekonomi negara?

a)

Pengurusan cekap

b)

Pelaburan modal swasta

c)

Peningkatan teknologi moden

d)

Pengurangan beban kerajaan

88.

Apakah tujuan DEB dilaksanakan?

a)

Memulihkan ketidakseimbangan sosioekonomi

b)

Membangunkan perindustrian negara

c)

Memupuk identiti kebangsaan

d)

Memajukan ekonomi negara

89.

Rancangan Buku Hijau merupakan salah

satu pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru

(DEB) yang telah dilancarkan oleh Tun

Abdul Rahman pada 20 Disember 1974.

Mengapakah rancangan tersebut

diperkenalkan?

a)

Meningkatkan pendapatan rakyat

b)

Merapatkan jurang kemiskinan rakyat

c)

Menggalakkan perniagaan dalam kalangan rakyat

d)

Mempelbagaikan aktiviti ekonomi rakyat

90.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) dibentuk untuk

mencapai matlamat melalui strategi

serampang dua mata.

Apakah matlamat tersebut?

a)

Membentuk negara maju

b)

Mencapai perpaduan kaum

c)

Melicinkan pentadbiran negara

d)

Mengembangkan pendidikan tinggi

91.

Taman Teknologi Perindustrian Kulim,

Kedah merupakan kawasan perindustrian

baharu yang diwujudkan di bawah Dasar

Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar

Pembangunan Nasional (DPN) .

Apakah ciri-ciri Taman Teknologi

Perindustrian?

a)

Mengendalikan perdagangan di pelabuhan

b)

Menjalankan inovasi bagi membangunkan ekonomi

c)

Mmebuat promosi perdagangan di dalam negara

d)

Mengandungi kawasan perumahan, pusat perniagaan dan rekreasi

92.

Apakah matlamat masyarakat

Perdagangan dan Perindustrian

Bumiputera (MPPB) diwujudkan?

a)

Mempergiatkan pertumbuhan industri desa

b)

Menambah rangkaian perniagaan antarbangsa

c)

Meningkatkan produktiviti hasil keluaran industri

d)

Mengukuhkan pegangan saham dalam sektor koporat

93.

DEB yang dilaksanakan dari tahun 1970

hingga tahun 1990 menggunakan strategi

bersifat serampang dua mata.

Apakah strategi yang dimaksudkan?

a)

Memperkenalkan pertanian dan perindustrian moden

b)

Memajukan tanah terbiar di luar bandar dan di bandaar

c)

Membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat

d)

Menyeragamkan pentadbiran kerajaan pusat dan kerajaan negeri

94.

Senarai berikut berkaitan dengan

rancangan pembangunan untuk penduduk

luar bandar .

 Kegiatan gerakan koperasi

 Penerokaan tanah baharu

Apakah matlamat yang hendak dicapai

melalui rancangan pembangunan

tersebut?

a)

Keamanan negara

b)

Kestabilan ekonomi

c)

Peningkatan taraf hidup

d)

Peningkatan eksport negara

95.

Rancangan Buku Hijau dilancarkan oleh

Tun Abdul Rzak Hussein pada 20

Disember 1974.

Apakah objektif rancangan tersebut?

a)

Menambah rpendapatan rakyat

b)

Menebus guna tanah pinggir hutan

c)

Mewujudkan industri kecil dan sederhana

d)

Menjayakan program pembangunan wilayah

96.

Mengapakah Amanah Saham Nasional

dan Amanah Saham Bumiputera

diperkenalkan

a)

Melahirkan tenaga kerja mahir

b)

Memajukan industri kecil dan sederhana

c)

Meningkatkan taraf hidup rakyat

d)

Menambah pemilikan saham

97.

Selepas Dasar Ekonomi Baru berakhir

pada tahun 1990, usaha-usaha yang

dilaksanakan melalui DEB diteruskan

melalui Dasar Pembangunan Nasional

(DPN).

Apakat matlamat yang ingin dicapai

melalui DPN?

a)

Kerjasama melalui sistem pendidikan

b)

Perpaduan melalui pengagihan kekayaan

c)

Memajukan pertanian masyarakat luar bandar

d)

Memperkenalkan pertanian dan perindustrian moden

98.

Maklumat berikut berkaitan industri kereta

buatan Malaysia.

 PROTON

 PERODUA

Mengapakah kerajaan menggalakkan

industri tersebut?

a)

Membawa masuk pekerja asing

b)

Membuka peluang pekerjaan

c)

Meningkatkan harga kereta import

d)

Menggantikan sektor pertanian

99.

Maklumat berikut berkaitan strategi Dasar

Ekonomi Baru (DEB).

 Membasmi kemiskinan

 X

Apakah X?

a)

Menggiatkan sektor swasta

b)

Menggalakkan perladangan

c)

Menyusun semula masyarakat

d)

Memajukan perindustrian berat

100.

Bagaimanakah kerajaan berjaya

menurunkan kadar kemiskinan di

Malaysia?

I Membuka peluang pekerjaan

II Menyekat kemasukan imigran

III Menyediakan kemudahan pinjaman

IV Memperbagaikan kegiatan ekonomi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV