Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Aqidah

Total questions: 33

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.

Aqidah ialah :................

a)

Rukun Islam

b)

Keyakinan yang teguh terhadap selain daripada Allah swt

c)

Rukun Iman

d)

Keyakinan yang teguh terhadap kewujudan Allah swt serta sifat-sifat kesempurnaannya

2.

Berikut adalah nama lain bagi ilmu Aqidah kecuali:

a)

Ilmu Mantiq

b)

Ilmu Makrifah

c)

Ilmu Kalam

d)

Ilmu Usuluddin

3.

Berikut ialah kitab-kitab Ahli Sunnah Wal Jamaah

kecuali

a)

Nur Zhalam

b)

Aqidatul Awam

c)

Mukhtassar jiddan

d)

Juharah Tauhid

4.

Mengikut mazhab Ahli Sunnah Waljamaah , iman seseorang itu

a)

tidak berubah

b)

sentiasa berkurang

c)

sentiasa bertambah

d)

bertambah dan berkurang

5.

Komponen utama Ilmu Tauhid membincangkan mengenai perkara berikut, kecuali

a)

Salbiyyah.

b)

Ma’ani.

c)

Nafsiyyah.

d)

Asma’ al Khamsah.

6.

"Mengaku dan mempercayai bahawa azimat boleh memberi kesan, memohon kepada benda-benda tertentu untuk sampai kepada Tuhan" kenyataan merujuk kepada:

a)

Agama Wad'ie

b)

Khurafat

c)

Ajaran sesat

d)

Kufur

7.

Syahadah merupakan lambang keimanan dan ketakwaan seorang insan. Apakah hukum sekiranya seorang individu melafazkan secara jelas bahawa tidak beriman dengan Rasulullah?

a)

Kafir.

b)

Syirik.

c)

Munafik.

d)

Fasiq.

8.

Antara ciri khusus yang menggambarkan sifat para nabi bagi menyebarkan agama Islam ialah

a)

Amanah.

b)

Fatanah.

c)

Tabligh.

d)

Siddiq.

9.

Sifat ini menunjukkan sifat manusia yang mempunyai batasan dan terhad dengan kemampuan diri. Apakah sifat Allah yang berlawanan dengan sifat makhluk berdasarkan penyataan ini.

a)

Qudrah

b)

Basar

c)

Ilmun

d)

Kalam

10.

Mustahil pada akal bermaksud

a)

Perkara yang boleh diterima oleh akal akan ketiadaanya.

b)

Perkara yang tidak boleh diterima oleh akal akan kewujudannya.

c)

Perkara yang boleh diterima oleh akan akan kewujudannya dan ketiadaannya.

d)

Perkara yang tidak boleh diterima oleh akan akan kewujudannya dan ketiadaannya.

11.

Apakah sifat nafsiyyah bagi Allah?

a)

Qidam

b)

Wujud

c)

Wahdaniah

d)

Qiamuhu binafsih

12.

Sifat salbiyah adalah sifat yang

a)

tidak menunjukkan makna yang zaid pada diri zat.

b)

menafikan perkara yang tidak layak bagi Allah.

c)

benar-benar ada dan menetap pada zat Allah.

d)

menjadi sebab wujudnya sifat maknawiyah.

13.

Apakah yang dimaksudkan dengan Allah Taala bersifat Iradah?

a)

Segala yang berlaku adalah di bawah kehendak Allah.

b)

Pengetahuan Allah Taala tentang berlakunya kiamat.

c)

Zat Allah Taala wujud sejak azali lagi.

d)

Mengesakan Allah Taala dari makhluk.

14.

Apakah maksud dengan Allah bersifat Iradah?

a)

Segala yang berlaku adalah di bawah kehendak Allah.

b)

Pengetahuan Allah Taaa tentang berlakunya kiamat.

c)

Allah berkuasa menentukan segala sesuatu.

d)

Mengesakan Allah dan makhluk.

15.

Manakah yang berikut merujuk kepada perkara harus bagi Allah?

a)

Makan dan minum seperti manusia biasa.

b)

Allah mempunyai arasy yang besar dan agung.

c)

Mencipta atau tidak membuatkan perkara yang mumkin

d)

Hamba tidak perlu berusaha untuk melakukan apa-apa.

16.

Lawan bagi sifat wajib Nabi iaitu fatanah ialah.

a)

kazib.

b)

khianat.

c)

baladah.

d)

kitman.

17.

Apakah faktor kemunculan perbahasan dalam sifat 20?

a)

Pengaruh dari ilmu falsafah dalam membincangkan bab ketuhanan.

b)

Menyamakan Allah dengan makhluk seperti duduk.

c)

Gagal dalam memahami konsep perbahasan sam’iyyat.

d)

Tidak mentanzihkan (mensucikan) sifat Allah.

18.

Semua perbuatan manusia sama ada baik atau buruk adalah daripada paksaan dan pilihan daripada Allah. Ia tidak bersangkut paut dengan kuasa manusia.

Kefahaman ini merupakan iktiqad bagi fahaman

a)

Muktazilah

b)

Jabariyah

c)

Wahabiyah

d)

Ahli Sunnah Wal Jamaah

19.

Manakah antara berikut merujuk kepada syarat-syarat sesuatu perkara yang luar biasa dikira sebagai mukjizat? Pilih dua jawapan

a)

Menyalahi perbuatan tabiei alam semester

b)

Boleh berlaku sekiranya tidak dicabar oleh penentang

c)

Boleh berlaku sekiranya tidak dicabar oleh penentang

d)

Menepati apa yang dicabar oleh penentang

20.

Allah mencipta pelbagai jenis makhluk untuk mengimarahkan muka bumi. Malaikat merupakan salah satu dari ciptaan Allah yang berbeza dengan manusia. Berikut merupakan ciri-ciri malaikat, kecuali.

a)

mempunyai perasaan sedih dan gembira.

b)

makhluk yang taat dan sentiasa beribadat.

c)

sentiasa bertasbih kepada Allah.

d)

makhluk yang diciptakan dari cahaya.

21.

Hari kiamat juga dikenali sebagai hari berikut, kecuali (CLO1,PLO1,C1)

a)

perhitungan.

b)

pembalasan.

c)

kebangkitan.

d)

pembebasan.

22.

Orang yang pernah melakukan dosa besar dan sentiasa berterusan melakukan dosa kecil disebut _____________?

a)

Fasik

b)

Munafik

c)

Musyrik

d)

Murtad

23.

Apakah hukum jika seseorang itu menyekutukan Allah dengan makhluk yang lain?

a)

Syirik besar (Jali)

b)

Syirik kecil

c)

Kufur

d)

Zalim

24.

Nyatakan 2 kitab Samawi yang wajib diimani oleh orang islam...

a)

Al-quran (Nabi Muhammad saw)

b)

Taurat (Nabi Musa)

c)

Tasawwur Islam

25.

Bagaimanakah boleh berlaku kesyirikan kepada Allah? (CLO1,PLO1,C2)

a)

Pelaku dosa besar meyakini kesalahan tersebut diharamkan oleh Allah.

b)

Meminta bantuan kepada makhluk lain selain Allah dan berhasrat untuk menjatuhkan orang lain kerana hasad.

c)

Mengetahui zina adalah dosa besar dan tetap melakukan dosa tersebut.

d)

Melaksanakan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebencian kepada Allah.

26.

Setiap fahaman mempunyai tokoh yang memperjuangkan fahamannya kepada masyarakat. Ibn Taimiyah merupakan tokoh fahaman

a)

Muktazilah.

b)

Qadariyah.

c)

Syiah.

d)

Wahhabi.

27.

Setelah berlakunya peperangan Jamal, Perang Siffin pula telah berlaku, ini melibatkan dua kumpulan iaitu di antara kelompok

a)

Muawiyah dan Saidina Ali

b)

Saidatina Aisyah dan Saidina Ali

28.

Kehendak Allah yang azali yang berhubung dengan sesuatu yang berlaku merujuk  kepada istilah

a)

Qadar

b)

Qada'

c)

Hasyr

d)

Takwin

29.

Gerakan yang membawa fahaman untuk mewujudkan persamaan agama dan mengharmonikan semua masyarakat ialah (CLO3,PLO3,C2)

a)

Pluralisme.

b)

Hedonisme.

c)

Feminisme.

d)

Atheisme.

30.

Bagaimanakah boleh berlaku kekufuran kepada Allah?

a)

Pelaku dosa besar meyakini kesalahan tersebut diharamkan oleh Allah.

b)

Menghalalkan perbuatan yang salah dan tidak meyakini kesalahan tersebut diharamkan oleh Allah.

c)

Mengetahui zina adalah dosa dan tetap melakukan dosa tersebut.

d)

Melaksanakan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebencian dalam kalangan masyarakat

31.

Apakah sikap yang sepatutnya diambil dalam menangani isu takfir?

a)

Orang yang banyak melakukan perkara fasiq adalah kafir.

b)

Mengikut kumpulan-kumpulan yang pemikiran yang masyhur.

c)

 Sentiasa membalas semula tuduhan yang dilontarkan kearah kesesatan.

d)

Perlu menggunakan pendekatan wasatiyyah dan tidak mudah melabelkan seseorang.

32.

Apakah contoh terbatalnya iman? Pilih dua jawapan

a)

Meminum arak di khalayak ramai

b)

Berzina dan meyakini ia adalah tidak diharamkan.

c)

Meyifatkan Allah Taala bertangan, berkaki dan sebagainya

d)

Mendakwa syariat Islam ada kelemahan dan kekurangan.

33.

Pilih 3 penyataan yang benar tentang ciri-ciri ajaran sesat (CLO3,PLO3,C2)

a)

Mengubah dan mempertikaikan kesucian al Quran

b)

Mengubah bentuk dan cara beribadat

c)

Memohon kepada batu, cincin dan sebagainya untuk sampai kepada tuhan

d)

Mengikuti ajaran-ajaran dalam tarekat