wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Soalan Ulangkaji Tatabahasa

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Apakah proses yang terlibat dalam asas morfologi?

a)

Proses peleraian kata

b)

Proses pembentukan kata

c)

Proses pembentukan huruf

d)

Proses peleraian huruf

2.

Apakah maksud kata terbitan apitan ?

a)

Kata yang menerima akhiran

pada kata dasar.

b)

Kata yang menerima awalan

dan akhiran secara serentak pada kata dasar.

c)

Kata yang menerima sisipan

pada kata dasar.

d)

Kata yang menerima awalan

pada kata dasar.

3.

Apakah proses yang melibatkan pembentukan kata dasar dengan menghubungkan morfem dengan morfem lain?

a)

Pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan dan pengakroniman

b)

Pengimbuhan, penggandaan dan peminjaman kata

c)

Penggandaan, pemajmukan dan penyingkatan kata

d)

Pengimbuhan, penyerapan kata dari bahasa asing dan pengakroniman

4.
  1. Bentuk kata terbahagi kepada?

a)
  1. Lima: Kata Terbitan, Kata Tunggal, Kata Ganda, Kata Majmuk, Kata Kerja

b)
  1. Dua : Kata majmuk, Kata Tunggal

c)
  1. Tiga : Kata Terbitan ,Kata kerja, Kata Ganda

d)
  1. Empat : Kata Terbitan, Kata Tunggal, Kata Ganda, Kata Majmuk

5.

Yang manakah bukan jenis penggandaan?

a)

Penggandaan separa

b)

Penggandaan penuh

c)

Penggandaan berentak

d)

Penggandaan bebas

6.

Yang manakah bukan ciri-ciri penggandaan?

a)

Proses mengulang bentuk kata dan lazimnya menggunakan tanda sempang kecuali gandaan separa tunggal.

b)

Penggandaan lazimnya mengubah golongan kata.

c)

Penggandaan menghasilkan kata ganda.

d)

Penggandaan mengubah makna daripada kata dasar kepada kata ganda

7.

Yang manakah merupakan kata nama majmuk?

a)

Pengecilan

b)

Pukul rata

c)

Gunung-ganang

d)

Sekecil

8.

Apakah yang dimaksudkan dengan pengimbuhan akhiran?

a)

Cara membubuh atau meletakkan ayat dihadapan kata hubung.

b)

Cara membubuh atau meletakkan awalan dihadapan kata dasar.

c)

Cara membubuh atau meletakkan akhiran selepas kata dasar.

d)

Cara membubuh atau meletakkan akhiran selepas kata majmuk.

9.

Manakah antara berikut yang merupakan awalan kata kerja?

a)

beR-

b)

pe-

c)

peN-

d)

teR-

10.

Apakah jenis pengimbuhan akhiran selain kata nama dan akhiran asing ?

a)

Kata kerja

b)

Kata nama am

c)

Kata terbitan

d)

Kata imbuhan

11.

-an, -kan, -i Apakah jenis pengimbuhan berikut?

a)

Pengimbuhan akhiran

b)

Pengimbuhan awalan

c)

Pengimbuhan sisipan

d)

Pengimbuhan apitan

12.

Apakah pola suku kata bagi perkataan laksamana?

a)

KVK+KV+V+KV

b)

KV+KV+VK+KV

c)

KVK+KV+KV+KV

d)

KV+KV+KV+KV

13.

Perkataan di bawah merupakan contoh bagi kata akjektif terbitan, kecuali

a)

terpendek

b)

gemilang

c)

sehalus

d)

lautan

14.

Yang manakah golongan kata terbitan?

i) Kata sendi nama terbitan, Kata ganda terbitan

ii) Kata adjektif terbitan, Kata majmuk terbitan, Kata ganda terbitan

iii) Kata kerja terbitan, Kata nama terbitan, Kata adjektif terbitan

iv) Kata adjektif terbitan, Kata kerja terbitan

a)

A. I dan II

b)

B. I dan III

c)

C. III dan IV

d)

D. II dan IV

15.

Berdasarkan jadual di atas, yang manakah padanan yang betul bagi jenis penggandaan dan contohnya?

 

a)

A. I dan II

b)

B. I dan III

c)

C. II dan IV

d)

D. III dan IV

16.

Ayat yang manakah mempunyai struktur ayat yang betul dan mengandungi kata nama yang menggunakan apitan ke-...-an?

a)

A. Gadis yang jelita itu agak kemelayuan.

b)

B. Kecurian dapat diatasi di Melaka dengan tindakan berani yang diambil oleh Sultan Alaudin.

c)

C. Dia disukai oleh kanak-kanak kerana sifat keibuannya.

d)

D. Dompet dia kecurian minggu lalu.

17.

Yang manakah bukan contoh pasangan kata yang menepati ciri di atas?

a)

A. UPSR, pawagam

b)

B. angkubah, hakis

c)

C. ADUN, berdikari

d)

D. INTAN, Purata

18.

Susun tatatingkat yang berikut mengikut urutan yang betul.

i. Ayat

ii. Morfem

iii. Frasa

iv. Klausa

v. Fonem

vi. Kata

a)

A. ii, iv, v, vi, iii, i

b)

B. i, ii, iii, iv, v, vi

c)

C. v, ii, vi, iii, iv, i

d)

D. vi, v, vi, iii, ii, i

19.

Berikan tiga proses perubahan yang berlaku dalam proses pembentukan kata.

a)

A. Awalan, Akhiran, Apitan

b)

B. Pemajmukan, Pengimbuhan, Pengakroniman, Penggandaan

c)

C. Kata sifat, Kata kerja, Kata mama

d)

D. Bentuk kata, Golongan kata, Makna kata

20.

Berikan pengimbuhan yang betul bagi perkataan ‘gerigi’.

a)

A. Akhiran

b)

B. Apitan

c)

C. Awalan

d)

D. Sisipan

21.

Apakah tatatingkat yang terakhir dalam tatatingkat tatabahasa?

a)

A. frasa

b)

B. morfem

c)

C. ayat

d)

D. fonem

22.

Morfem terbahagi kepada dua, iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Berikan satu contoh morfem bebas.

a)

A. Berlari

b)

B. Terkejut

c)

C. Pergi

23.

Apakah maksud kata tunggal?

a)

A. Kata yang dalam bentuk asas yang tidak menerima sebarang proses morfologi sama ada pengimbuhan, penggandaan atau pemajmukan

b)

B. Kata yang mengalami proses morfologi, iaitu pengimbuhan yang digandingkan pada kata dasar yang terdiri daripada golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif & bebe

c)

Kata yang mengalami proses morfologi,iaitu pengimbuhan yang digandingkan pada kata dasar yang terdiri daripada golongan kata nama,kata kerja,kata adjektif & beberapa kata tugas.

d)

Kata yang mempunyai dua atau lebih kata dasar untuk membawa makna yang tertentu.

24.

Apakah jenis pengimbuhan akhiran yang betul?

I.Akhiran kata nama

II.Akhiran kata adjektif

III.Akhiran kata kerja

IV.Akhiran kata asing

a)

I,II,III sahaja

b)

II, III dan IV sahaja

c)

I,III dan IV sahaja

d)

I dan IV

25.

Berikut merupakan pengimbuhan akhiran kecuali,

a)

Lautan

b)

Hadiahi

c)

Durian

d)

Keenakan

26.

Apakah yang dimaksudkan dengan pemajmukan ?

a)

proses meletakkan imbuhan pada kata dasar

b)

proses mencantumkan kata dasar bagi membentuk kata baharu

c)

proses menggabungkan kata dasar

d)

proses menggandakan kata dasar

27.

Antara berikut, yang manakah kata majmuk rangkai kata bebas atau umum ?

a)

Ibu bapa- bebas

b)

Makan angin- kiasan

c)

Alat tulis- bebas

d)

Beritahu- umum

28.

Nyatakan tatatingkat bagi dialog ini

”Saya telah menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru ”

 

a)

Ayat

b)

Klausa

c)

Morfem

d)

Kata

29.

Apakah yang dimaksudkan dengan ayat?

a)

Unsur yang mengandungi deretan kata yang mengikut urutan yang bermula danberakhir dengan intonasi dan huruf besar serta membawa kesatuan makna.

b)

Unsur yang memiliki subjek dan predikat tetapi tidak bermula dan berakhir dengan intonasi dan huruf besar.

c)

Satu perkataan atau kelompok kata yang berpotensi untuk diperluas pada bahagian subjek atau predikat. Frasa terdiri daripada frasa nama manakala predikat boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama.

d)

Unsur ini memiliki makna sama ada secara bebas atau terikat.

30.

Apakah definisi bentuk kata?

a)

Cara sesuatu kata dasar dibentuk dengan menghubungkan morfem dengan morfem yang lain secara proses pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan dan pengakroniman.

b)

Proses membubuh imbuhan atau morfem terikat pada sesuatu kata dasar bagi membentuk kata baharu.

c)

Rupa sesuatu kata sama ada berbentuk tunggal, terbitan, gandaan atau gabungan kata.

d)

Kata yang menerima awalan pada kata dasar