NEW
Font size
WorksheetsKuiz Pengambilan Gambar Tempat Kejadian
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Jenis gambar manakah yang harus diambil terlebih dahulu apabila mendokumenkan tempat kejadian jenayah narkotik?
Gambar jarak dekat
Gambar pandangan keseluruhan
Gambar jarak sederhana
Gambar dengan penanda bahan bukti
Apakah catatan yang perlu dimasukkan ke dalam diari penyiasatan pegawai penyiasat?
I. Tarikh kejadian
II. Jumlah gambar yang diarahkan untuk diambil
III. Nama jurufoto
IV. Masa kejadian
A. I dan III sahaja
B. I, II dan III
C. II dan IV
D. Semua di atas
Gambar-gambar tempat kejadian harus difoliokan dalam kertas siasatan sebagai
A. Folio A
B. Folio B
C. Folio C
D. Folio D
Gambar jenis apakah yang dapat menunjukkan kesinambungan keadaan tempat kejadian dan tidak terputus-putus?
A. Gambar mid-range
B. Gambar 5D
C. Gambar pertindihan
D. Gambar digital
Semua gambar di tempat kejadian perlu diambil pada paras mata.
A. Betul
B. Salah
Apakah tujuan gambar diambil di tempat kejadian?
I. Untuk diberikan kepada pengadu sebagai pemakluman penyiasatan
II. Untuk menjelaskan dengan lebih tepat kejadian jenayah yang sebenar kepada mahkamah semasa proses perbicaraan
III. Untuk menggantikan bahan bukti fizikal di mahkamah
IV. Untuk menyegarkan ingatan Pegawai Penyiasat dan saksi-saksi semasa perbicaraan di mahkamah
A. I dan II
B. I, II dan III
C. II dan IV
D. Semua di atas
Semasa di tempat kejadian, keterangan berikut perlu didokumentasikan dan diambil gambar KECUALI
A. Jalan masuk/keluar daripada tempat kejadian oleh penjenayah
B. Kenderaan yang berada di tempat kejadian
C. Peralatan memproses dadah
D. Kesan cap jari yang ditemui
Dalam Sijil Perakuan Sek. 90A AK perlu dinyatakan keterangan-keterangan berikut
I. Jenis lensa kamera yang digunakan
II. Jumlah gambar yang dicetak
III. Nama jurugambar
IV. Nama pegawai penyiasat
A. I dan II
B. II dan III
I, II dan II
D. Semua diatas
Kamera digital boleh dikategorikan sebagai keterangan dokumen.
A. Betul
B. Salah
Integriti imej digital tempat kejadian boleh dijaga dengan cara berikut KECUALI
A. Kawalan dan penjagaan rekod imej setiap masa
B. Imej mengandungi maklumat ciptaan
C. Imej digital hanya boleh diakses oleh Pegawai Penyiasat
D. Imej digital direkodkan dalam bentuk yang tidak boleh diubah
Jurugambar berhak mengambil gambar tempat kejadian tanpa menerima arahan daripada Pegawai Penyiasat.
A. Betul
B. Salah
Jika saiz relatif keterangan fizikal diperlukan, sebatang pembaris hendaklah diletakkan di sebelah keterangan fizikal tersebut semasa mengambil gambar.
A. Betul
B. Salah
Sebelum gambar - gambar diterima sebagai keterangan di dalam sesuatu perbicaraan, pegawai penyiasat perlulah menerangkan bahawa
A. Gambar - gambar tersebut diambil di tempat kejadian semasa penyiasatan dijalankan
B. Gambar - gambar tersebut telah disunting mengikut kesesuaian perbicaraan kes
C. Gambar - gambar tempat kejadian telah diberikan kepada pengadu sebagai pemakluman penyiasatan
D. Gambar - gambar telah dicetak dalam tiga salinan berwarna
Kesan - kesan cap jari yang ditimbulkan di tempat kejadian tidak perlu diambil gambar dan terus dihantar ke Bahagian D2 JSJ untuk dibuat padanan.
A. Betul
B. Salah
Semasa pengambilan gambar keterangan fizikal di tempat kejadian, jurugambar perlu
A. Memastikan gambar hanya diambil selepas pemeriksaan teliti tempat kejadian dilakukan
B. Memindahkan keterangan fizikal ke tempat yang mempunyai pencahayaan yang baik
C. Mengambil gambar keterangan fizikal dari jarak jauh dan sederhana
D. Memastikan keterangan fizikal tersebut dilabel dan diambil gambar dengan jelas
