wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latih Tubi Tahun 5

Total questions: 67

Worksheet time: 33mins

Name
Class
Date
1.

“Kamu perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai _______ kamu sebagai seorang juruterbang,”kata Encik Ali kepada anaknya.

a)

wawasan

b)

gagasan

c)

cita-cita

d)

hobi

2.

________ untuk membina tempat pelupusan sampah di situ mendapat bantahan daripada penduduk kampung.

a)

Cadangan

b)

Pendapat

c)

Suruhan

d)

Gesaan

3.

Puan Jalina memberikan _______ wajah pemuda yang mencerobohi rumahnya malam tadi.

a)

gambaran

b)

bayangan

c)

kenangan

d)

lukisan

4.

Setiap orang murid diberi peluang untuk menyatakan _______ masing-masing.

a)

pendapat

b)

dorongan

c)

hebahan

d)

arahan

5.

Pengunjung hotel terpesona dengan _______ manis penyambut tetamu itu.

a)

pandangan

b)

senyuman

c)

jelingan

d)

pujian

6.

Hasil ______ yang diperoleh melalui jualan amal ini akan diserahkan kepada penyelia rumah kebajikan itu.

a)

huluran

b)

kutipan

c)

hantaran

d)

sumbangan

7.

Petang ini, kami hendak pergi ke Arkib Negara untuk mencari _______ yang berkaitan dengan penubuhan Malaysia.

a)

khabar

b)

taklimat

c)

maklumat

d)

makluman

8.

_______ biasiswa ini terbuka kepada murid yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

a)

Sokongan

b)

Imbuhan

c)

Tawaran

d)

Huluran

9.

Beberapa orang peniaga disaman kerana mengubahsuaikan alat ________.

a)

sukatan

b)

tapisan

c)

sulingan

d)

timbangan

10.

Mata saya silau apabila terkena ________ cahaya matahari pada cermin tingkap.

a)

letupan

b)

imbasan

c)

pantulan

d)

panahan

11.

Kakak menceritakan ______ pahit manis semasa mengikuti kursus jururawat.

a)

lukisan

b)

harapan

c)

gambaran

d)

kenangan

12.

Pelamin dan bilik pengantin memang cantik dan indah dengan _______ yang menarik.

a)

ukiran

b)

hiasan

c)

tenunan

d)

anyaman

13.

Ayah dan ibu turut memberikan _______ berupa barangan makanan kepada Encik Jasbir sekeluarga.

a)

huluran

b)

kutipan

c)

hantaran

d)

sumbangan

14.

Nazli menemani kakaknya ke Muzium Negara untuk mencari ______ tentang sejarah kemerdekaan negara.

a)

berita

b)

kajian

c)

siasatan

d)

maklumat

15.

Amir segera memberitahu ayahnya apabila ternampak akan ________ orang terhendap - hendap di belakang rumah jirannya.

a)

biasan

b)

lakaran

c)

imbauan

d)

bayangan

16.

“Kerajinan penduduk desa ini telah memberi _______ kepada saya untuk memajukan lagi projek pertanian di sini,” kata pengurus projek itu.

a)

kepercayaan

b)

keutamaan

c)

dorongan

d)

pendapat

17.

Kelihatan _______ terukir pada bibir Rosni apabila diberitahu bahawa ayah akan membawanya ke Singapura.

a)

pandangan

b)

senyuman

c)

kenangan

d)

nostalgia

18.

Bapa saya sedang _____________ rambut.

a)

A. menggunting

b)

B. memijak

c)

C. mengerinting

d)

D. menocang

19.

Ah Seng sedang _____________ di biliknya.

a)

A. disyarah

b)

B. berehat

c)

C. melari

d)

D. disembunyi

20.

Ayah dan ibu sedang ______________ di halaman.

a)

A. disyarah

b)

B. berbual

c)

C. bersukan

d)

D. disenam

21.

Lada di dalam mesin pengisar itu masih belum ________________ lagi.

a)

A. berkisar

b)

B. bermesin

c)

C. bertumbuk

d)

D. bercanai

22.

Semak-samun di belakang rumahnya telah _______________

a)

A. bertebang

b)

B. bertebas

c)

C. bersemak

d)

D. bercabut

23.

Emak pergi ke rumah Mak Cik Yam untuk _____________

a)

A. berurut

b)

B. menuntut

c)

C. menurut

d)

D. diurut

24.

Pasukan pengawal itu _______________ menjalankan tugas.

a)

A. berganti-ganti

b)

B. bergilir-gilir

c)

C. bertukar-tukar

d)

D. berjalan-jalan

25.

Orang yang ingin maju perlu ____________ dan ______________ mulia.

a)

A lulusan .... berbudi

b)

B. kelulusan .... budi

c)

C. lulus .... berbudi

d)

D. berkelulusan .... berbudi

26.

Cita-citanya yang sedang _____________ selama ini, masih belum tercapai lagi.

a)

A. terbuku

b)

B. terpendam

c)

C. tersirat

d)

D. terserlah

27.

Orang yang _____________, rezekinya akan dilipatgandakan oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa.

a)

A. penyayang

b)

B. penyabar

c)

C. pemurah

d)

D. pendiam

28.

Masyarakat mesti memberikan _______ yang baik kepada para pelancong.

a)

A. pujian

b)

B. layanan

c)

C. teguran

d)

D. senyuman

29.

Dia terpaksa meninggalkan kampung halaman disebabkan _______keluarganya.

a)

A. ingatan

b)

B. perkenan

c)

C. permintaan

d)

D. desakan

30.

Sampah-sarap yang tidak diangkat oleh pihak berkenaan telah menimbulkan _____________ daripada orang ramai.

a)

A. perubahan

b)

B. rungutan

c)

C. teriakan

d)

D. reaksi

31.

Binaan itu memerlukan perbelanjaan ______________ RM300,000.

a)

A. agakan

b)

B. anggaran

c)

C. sehingga

d)

D. andaian

32.

Sebuah ___________ diperlukan untuk menapis larutan tersebut.

a)

A. pengukus

b)

B. tapisan

c)

C. penapisan

d)

D. kukusan

33.

Para penonton telah memberi ______________ yang bergemuruh setelah dia mengakhiri ucapannya.

a)

A. teriakan

b)

B. tepukan

c)

C. sorakan

d)

D. pekikan

34.

Derma ini merupakan ______________ daripada Syarikat Setia Budi.

a)

A. sumbangan

b)

B. dermawan

c)

C. berian

d)

D. bantuan

35.

Adik meminta emak _______________ kancing bajunya yang telah tanggal.

a)

A. lekatkan

b)

B. tampalkan

c)

C. jahitkan

d)

D. sematkan

36.

Keratan silang kata itu hendaklah disusun mengikut ______________

a)

A. urutan

b)

B. susunan

c)

C. tertiban

d)

D. jadual

37.

Segala __________ rakan-rakannya tidak dihiraukan, malahan dijadikannya sebagai satu ____ untuk terus mencuba.

a)

A. pujian .... halangan

b)

B. rungutan .... dorongan

c)

C. umpatan .... dorongan

d)

D. sindiran .... kemenangan

38.

" Berapakah harga ............... petai ini? " tanya Mak Nab kepada penjual di pasar itu.

a)

sebiji

b)

seulas

c)

sehiris

d)

sepapan

39.

Pilih simpulan bahasa yang sesuai.


Pekerja-pekerja di hotel itu menyiapkan pentas khas untuk majlis

a)

bermandi peluh

b)

bertegang urat

c)

berputih tulang

d)

berpatah arang

40.

Pilih peribahasa yang sesuai.


Encik Hasyim mendermakan buah pinggangnya kepada adiknya.

a)

berbesar hati

b)

berkecil hati

c)

berlebih hati

d)

bermurah hati

41.

“­­­Cikgu Aminah, bolehkah __________ menggunakan dewan sekolah pada petang ini?” tanya anak-anak murid.

a)

saya

b)

kami

c)

kalian

d)

mereka

42.

__________ekor burung hinggap di atas dahan pokok rambutan itu.

a)

Tiga

b)

Bertiga

c)

Ketiga

d)

Ketiga-tiga

43.

Daniel mengumpulkan baju-baju terpakai untuk didermakan _________ mangsa-mangsa gempa bumi.

a)

pada

b)

kepada

c)

dengan

d)

daripada

44.

Raju berkata bahawa dia _______ menyertai lawatan ke Pulau Pinang pada tahun lepas.

a)

belum

b)

sedang

c)

telah

d)

akan

45.

Tiket masuk ke taman hiburan itu _____ mahal.

a)

paling

b)

benar

c)

sekali

d)

terlalu

46.

Beberapa orang murid cemerlang di sekolah ini telah _____ biasiswa.

a)

ditawarkan

b)

menawarkan

c)

tawaran

d)

penawaran

47.

________ tajuk ceramah yang disampaikan oleh pakar motivasi itu?

a)

Bagaimanakah

b)

Mengapakah

c)

Apakah

d)

Siapakah

48.

Ayah telah menghadiahkan _____ cincin emas kepada ibu.

a)

sebuah

b)

sebentuk

c)

sebutir

d)

seketul

49.

Lina bangun ______ menutup suis lampu itu.

a)

atau

b)

serta

c)

lalu

d)

kecuali

50.

Pilih jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar yang diberikan.


Pak Hamid hendak menebang pokok kelapa yang __________ ke arah kandang kambingnya.

a)

bongkok

b)

bengkok

c)

serong

d)

condong

51.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Cikgu Ishak menjelaskan bahawa program Hari Kantin yang akan dianjurkan itu adalah untuk meluaskan pengetahuan murid-murid tentang perniagaan.

a)

“Pengetahuan kalian dapat ditambah melalui Hari Kantin yang bakal diadakan ini,” kata Cikgu Ishak kepada murid-murid.

b)

“Hari Kantin yang akan diadakan ini adalah untuk menambahkan pengetahuan kalian dalam perniagaan,” kata Cikgu Ishak kepada murid-murid.

c)

“Hari Kantin ini diadakan untuk menyedarkan murid-murid tentang pentingnya ilmu perniagaan,” kata Cikgu Ishak.

d)

“Kalian akan mengetahui bidang perniagaan melalui Hari Kantin yang dianjurkan ini,” kata Cikgu Ishak kepada murid-murid.

52.

Pilih ayat yang betul.

a)

Semua barang-barang jualan hari ini begitu laris.

b)

Banyak perkara yang kamu peroleh jika sekiranya kamu mengikuti seminar itu.

c)

Harap semua pihak dapat memberikan kerjasama demi untuk menjayakan program ini.

d)

Pada malam tadi, kawasan Kampung Delima gelap-gelita kerana bekalan elektrik terputus.

53.

“…………… berjanji akan belajar bersungguh-sungguh demi kecemerlangan dalam peperiksaan SPM pada tahun ini,” ikrar murid-murid Tingkatan 5 SMK Kuala Kurau.

a)

Saya

b)

Kami

c)

Kamu

d)

Kalian

54.

“Sultan sedang beristirehat ………… tidak mahu diganggu,” kata dayang istana kepada laksamana Hang Tuah.

a)

Baginda

b)

Tuanku

c)

Patik

d)

Beta

55.

Feri yang membawa penumpang itu ................... dari jeti Lumut ke Pulau Pangkor .

a)

berpindah randah

b)

berlekak lekuk

c)

bercalar balar

d)

berulang alik

56.

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.


"Bukankah sudah berpuluh kali kamu dipanggil temu duga? Tidak satupun yang berjaya?" tanya Khairil.

a)

Eh! Sabarlah! Jangan berputus asa.

b)

Memang belum rezeki aku lagi.

c)

Wah, sindir aku nampaknya!

d)

Tidak, engkau apa peduli!

57.

Penduduk Kampung Selesa selalu bekerjasama dalam melakukan sesuatu.


Apakah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan situasi di atas?

a)

Darah daging

b)

Bagai kacang lupakan kulit

c)

Bagai aur dengan tebing

d)

Seperti anjing dengan kucing

58.

Guru itu menghukum semua murid yang telah membuat salah.

a)

adil dan saksama

b)

berterima kasih

c)

berhemah tinggi

d)

menghormati

59.

Semua penduduk kampung bergotong-royong untuk memerangi penyakit denggi dari merebak.

a)

berdikari

b)

bekerjasama

c)

tolong menolong

d)

berhemah tinggi

60.

Budak yang berumur 4 tahun itu boleh menukar baju dan seluar sendiri.

a)

berdisiplin

b)

bersopan santun

c)

berhemah tinggi

d)

berdikari

61.

Abbas beratur ketika membeli tiket wayang bersama dengan kawannya.

a)

berdisiplin

b)

berdikari

c)

berhati-hati

d)

berjimat cermat

62.

Abhar menyimpan wang sakunya di dalam tabung.

a)

Kedekut

b)

berhati-hati

c)

berbudi bahasa

d)

berjimat cermat

63.

Sowmiyaa memulangkan wang yang dijumpainya kepada guru yang bertugas.

a)

Jujur

b)

Berjimat-cermat

c)

Bantu-membantu

d)

Patuh

64.

Nurina sentiasa mengamalkan makan makanan yang berkhasiat and seimbang.

a)

patuh

b)

berdisiplin

c)

menjaga kesihatan

d)

menjaga keselamatan

65.

"Mendengar percakapan ibu tanpa mencelah.”

Apakah nilai yang terdapat dalam ayat di atas?

a)

Menghormati

b)

Kasih sayang

c)

bertanggungjawab

66.

"Menolong lelaki buta melintas jalan."

Apakah nilai yang terdapat dalam ayat di atas?

a)

Rajin

b)

Baik hati

c)

Berani

67.

"Menyelamatkan kawan yang hampir lemas."

Apakah nilai yang terdapat dalam ayat di atas?

a)

Menjaga kesihatan

b)

bertanggungjawab

c)

Berani