Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TOPIK 7: KEPEMIMPINAN GURU

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah definisi kemahiran guru sebagai pemimpin?

a)

Kebolehan guru menyelesaikan masalah disiplin murid

b)

Keupayaan guru mengurus bilik darjah

c)

Kebolehan mempengaruhi dan membimbing murid serta rakan sekerja dalam pendidikan

d)

Kemahiran guru menyampaikan maklumat dengan berkesan

2.

Ciri kepimpinan guru yang manakah berkaitan dengan motivasi murid?

a)

Berani mengambil risiko

b)

Daya pengaruh dan motivasi yang tinggi

c)

Keupayaan mengurus konflik

d)

Mempunyai karisma yang tinggi

3.

Mengapakah guru perlu memiliki kemahiran tinggi dalam pengajaran?

a)
  • Untuk mengekalkan disiplin murid

b)
  • Untuk memberi motivasi kepada rakan sekerja

c)
  • Untuk memastikan murid mencapai matlamat pembelajaran

d)
  • Untuk mengurangkan konflik dalam bilik darjah

4.

Apakah kepentingan integriti dalam kepimpinan guru?

a)
  • Menggalakkan guru bersikap fleksibel dalam pendekatan pengajaran

b)
  • Membantu guru membina kepercayaan murid dan rakan sekerja

c)
  • Menjadikan guru lebih berani dalam mengambil risiko

d)
  • Meningkatkan keupayaan guru membuat keputusan

5.

Ciri kepimpinan guru yang manakah membantu guru memimpin dengan karisma?

a)
  • Keberanian mengambil risiko

b)
  • Integriti yang tinggi

c)
  • Kemahiran membuat keputusan

d)
  • Mempengaruhi murid dengan keperibadian menarik

6.

Apakah cabaran utama dalam pendidikan inklusif?

a)
  • Kurangnya sokongan daripada ibu bapa dan masyarakat

b)
  • Kemudahan prasarana sekolah yang terlalu banyak

c)
  • Guru yang terlalu memberi tumpuan kepada murid MBK

d)
  • Murid arus perdana yang terlalu mudah berinteraksi dengan MBK

7.

Bagaimanakah guru dapat meningkatkan kemahiran memimpin melalui kolaborasi?

a)
  • Dengan melaksanakan tugasan secara individu

b)
  • Melibatkan diri dalam aktiviti pentadbiran sekolah

c)
  • Memimpin murid dalam aktiviti kokurikulum

d)
  • Memberikan ceramah kepada guru-guru lain

8.

Mengapa guru perlu berani mengambil risiko dalam pengajaran?

a)
  • Untuk meningkatkan motivasi murid

b)
  • Untuk mencuba pendekatan baru dan meningkatkan kesan positif pembelajaran

c)
  • Untuk mengubah struktur bilik darjah

d)
  • Untuk membina hubungan yang lebih baik dengan murid

9.

Apakah cabaran yang dihadapi oleh guru dalam aliran berkeperluan pendidikan khas?

a)
  • Kekurangan peruntukan kewangan

b)
  • Kurangnya guru pendidikan khas

c)
  • Murid pendidikan khas tidak bersedia untuk belajar

d)
  • Sikap negatif masyarakat terhadap murid pendidikan khas

10.

Bagaimanakah guru dapat menunjukkan kepimpinan dalam mengurus kelas?

a)
  • Dengan menegaskan peraturan secara berterusan

b)
  • Dengan membimbing murid ke arah tingkah laku positif

c)
  • Dengan mendenda murid yang melanggar disiplin

d)
  • Dengan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum sahaja