Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

kritikan seni 1

Total questions: 25

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Apakah fungsi analisis dalam strategi kritikan?

a)

mentafsir mesej tersurat dan tersirat yang ada

b)

Mencari hubungan unsur dan prinsip

c)

Memberi komen keberkesanan

d)

Menyenaraikan objek yang ada

2.

Prinsip rekaan mana yang mana terdapatnya unsur yang kontra, ganjil atau menonjol dalam sesuatu gubahan bagi memberi fokus?

a)

Kontra

b)

Kepelbagaian

c)

Kesatuan

d)

Penegasan

3.

Yang manakah bukan aspek-aspek yang boleh dilihat dalam proses penerangan?

a)

Menafsirkan mesej yang tersirat

b)

Media

c)

Nilai Estetika

d)

Tujuan pelukis atas karya

4.

Berikut adalah makna bagi jenis seni naratif;

 Monoscenic : menunjukkan sebuah naratif yang hanya ada satu aksi dan satu kejadian serta watak yang tidak berulang.

Di manakah antara yang berikut merupakan karya bagi jenis seni naratif tersebut?

a)
b)
c)

5.

Di manakah yang berikut, merupakan bukan aspek seni naratif?

a)

figura

b)

realism

c)

abstrak

d)

sejarah

6.

Yang manakah di antara berikut merupakan maksud bagi ‘Eksposisi’?

a)

Menyatakan deskripsi tersurat karya seni termasuk unsur seni dan prinsip rekaan yang digunakan.

b)

Proses pemerhatian terhadap apa yang dilihat oleh penulis dalam karya seni yang dipilih.

c)

Perbincangan dan penjelasan yang jelas mengenai idea dan interpretasi mengenai karya seni melalui perspektif pengkritik

7.

Terangkan bagaimana prinsip rekaan diolah dalam karya di atas dari segi harmoni dan Imbangan ?

a)

F1 : Pengulangan Unsur Seni

Unsur seni yang berulang-ulang seperti warna biru, merah dan kuning, garisan dan rupa menampakkan kesan harmoni

b)

F2 : Reka letak yang seimbang

Kedudukan imej figura yang seimbang iaitu kedudukan di tengah. Susun atur warna juga seimbang iaitu warna panas dan sejuk

c)

F1 : Keseragaman

Unsur seni yang berulang-ulang seperti garisan menujukkan keteraturan figura yang terdapat dalam karya

d)

F2 : Komposisi

Kedudukan komposisi imej figura yang tidak seimbang

8.

Apakah yang dimaksudkan dengan seni visual ?

a)

Penaakulan visual daripada pengiraan berdasarkan pemboleh ubah yang berkaitan.

b)

Makna atau idea tampak yang diakui sempurna oleh sesebuah masyarakat.

c)

Karya seni tampak yang wujud dan boleh dilihat dalam dunia sebenar menggunakan kombinasi unsur seni dan prinsip rekaan.

d)

Gabungan ciri-ciri atau unsur-unsur yang mewujudkan sesuatu idea.

9.

Apakah ciri estetik yang perlu ada di dalam sesebuah karya ?

a)

Subjek, aspek formal dan kandungan.

b)

Warna, peralatan dan media.

c)

Media, subjek dan pengamatan.

d)

Pencahayaan, kadar banding dan kekemasan.

10.

Apakah ciri-ciri karya berbentuk 2 dimensi ?

a)

Cantik dan estetik dengan ruang nyata.

b)

Bersudut 360 darjah dan mempunyai jisim.

c)

Bersudut 180 darjah dan tidak mempunyai jisim.

d)

Mempunyai warna di dalam ruang konkrit dan mengandungi aspek formal.

11.

Yang manakah merupakan karya seni bagi bidang perekaan ?

a)

Reka corak lukisan, arca, anyaman.

b)

Catan, cetakan, ukiran.

c)

Seramik, batik, grafik.

d)

Komunikasi visual, reka bentuk grafik dan reka bentuk persekitaran.

12.

Antara berikut, yang manakah bukan maksud apresiasi dalam seni visual ?

a)

Memberi penghargaan terhadap aspek formal sesebuah karya seni visual.

b)

Memberi penghayatan terhadap kandungan sesebuah karya seni visual.

c)

Memberi pengiktirafan terhadap pengkritik karya seni visual.

d)

Memberi penilaian terhadap subjek sesuatu karya seni visual.

13.

Antara berikut manakah bukan merupakan aspek penilaian keindahan seni visual ?

a)

Aspek formal.

b)

Kandungan dan konteks.

c)

Subjek.

d)

Keceriaan.

14.

Pilih pernyataan yang menerangkan maksud catan.

a)

Hasilan seni di atas permukaan dinding yang menggunakan teknik mengecap.

b)

Hasilan sebuah karya tiga dimensi.

c)

Hasilan seni yang dibuat di atas permukaan dua dimensi dengan menggunakan media basah.

d)

Hasilan seni yang dibuat di atas permukaan dua dimensi dengan menggunakan media kering.

15.

Berikut adalah pelukis-pelukis tanah air, kecuali

a)

Syed Ahmad Jamal

b)

Yong Mun Seng

c)

Pablo Picasso

d)

Abdullah Ariff

16.

Pilih penyataan yang benar mengenai catan tersebut (Pilih lebih daripada satu jawapan)

a)

Dihasilkan oleh Pablo Picasso

b)

Dihasilkan oleh Salvador Dali

c)

Merupakan karya dalam aliran Kiubisme

d)

Karya bertajuk Demoiselles d’Avignon

17.

Pilih teknik yang sesuai digunakan untuk catan cat minyak. (Pilih lebih daripada satu jawapan)

a)

Teknik kering atas kering

b)

Teknik impasto

c)

Teknik glazing

d)

Teknik alla prima

18.

Karya Monalisa tersebut merupakan hasil karya agung

a)

Pablo Picasso

b)

Salvador Dali

c)

Vincent Van Gogh

d)

Leonardo da Vinci

19.

Campuran warna yang basah disapu atas permukaan kertas yang basah dan sesuai untuk menampakkan kesan air atau awan.


Penyataan di atas merujuk pada teknik

a)

basah atas basah

b)

basah atas kering

c)

impasto

d)

kering atas kering

20.

Apakah teknik yang digunakan dalam karya catan tersebut?

a)

Teknik hard edge

b)

Teknik scumbling

c)

Teknik impasto

d)

Teknik alla prima

21.

Pilih penyataan yang benar mengenai teknik kering atas kering (Pilih lebih daripada satu jawapan)

a)

Untuk menampakkan kesan jalinan pada sesuatu objek

b)

Menggunakan warna yang tebal dan menimbulkan kesan jalinan pada permukaan.

c)

Kesan legap

d)

Campuran warna yang agak pekat atau likat

22.

Catan tersebut mampu memperlihatkan campuran warna secara optikal. Teknik yang digunakan bagi menghasilkan catan ini ialah

a)

teknik glazing

b)

teknik alla prima

c)

teknik cat air

d)

teknik titik

23.

Minyak linsid dalam kerja menggambar sesuai digunakan untuk

a)

warna air

b)

warna minyak

c)

oil pastel

d)

warna poster

24.

Ciri utama catan air ialah

a)

warnanya pekat

b)

tidak menggunakan warna putih

c)

banyak menggunakan air

d)

warna perlu dimatikan dengan fixative

25.

Perbezaan antara catan dengan lukisan ialah

a)

catan menggunakan warna, manakala lukisan tidak memerlukan warna

b)

catan dapat melahirkan ruang, manakala lukisan menghasilkan jalinan

c)

lukisan dihasilkan dengan menggunakan teknik garisan, manakala catan menggunakan pelbagai teknik

d)

catan dan lukisan tidak ada perbezaan