wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa Ting.3

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, manakah contoh kata tunggal.

a)

meja-meja

b)

meja

c)

meja tulis

d)

di atas meja

2.

Antara berikut merupakan kata majmuk kecuali

a)

ibu bapa

b)

guru-guru

c)

kaki bangku

d)

tanggungjawab

3.

Berikut ialah kata tunggal dengan dua suku kata kecuali..

a)

tua

b)

ulat

c)

wang

d)

rumah

4.

Antara berikut, yang manakah bukan akronim?

a)

ABIM

b)

Petronas

c)

bumiputera

d)

pawagam

5.

"____________ perlu jujur dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan," pesan Cikgu Harlina kepada murid-muridnya.

a)

Mereka

b)

Kita

c)

Kalian

d)

Dia

6.

Dalam pertandingan orkestra itu, murid-murid telah mempamerkan persembahan terbaik yang melayakkan _________ untuk menerima Anugerah Emas.

a)

dia

b)

kami

c)

kalian

d)

mereka

7.

__________ yang mewakili sekolah dalam pertandingan catur itu diminta supaya berkumpul di dewan.

a)

Siapa

b)

Mana-mana

c)

Sesiapa

d)

Apa-apa

8.

"____________turut bersimpati terhadap rakyat negara ini akibat musim kemarau yang berlaku sepanjang tahun ini," titah Sultan Ahmad.

a)

Beta

b)

Patik

c)

Saya

d)

Tuanku

9.

Pasukan debat dari sekolah _________kah yang menjuarai pertandingan akhir itu?

a)

apa

b)

bila

c)

mana

d)

siapa

10.

"Novel ___________ saya pinjam dari perpustakaan sekolah semalam," kata Asmah yang memegang sebuah novel.

a)

itu

b)

ini

c)

mana

d)

apa

11.

"Sila letakkan buku-buku yang sudah dibaca di _______," kata Puan Salwa sambil memberikan sebuah kotak kepada murid itu.

a)

situ

b)

sini

c)

sana

d)

mana-mana

12.

"____________ utusan daripada Sultan Melaka, tuanku," sembah Hang Tuah ketika menghadap Sultan Pahang.

a)

Saya

b)

Beta

c)

Patik

d)

Hamba

13.

"Tolong buka beg kamu, saya nak tengok ________ apa yang ada di dalamnya," kata Cikgu Kamal kepada Leman.

a)

mana

b)

apa

14.

"Wakil rakyat itu akan datang ke ______ sebentar lagi," kata ketua kampung kepada pemuda di sebelahnya.

a)

sana

b)

sini

15.

Tunku Abdul Rahman merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Semasa hayatnya, __________ telah berjuang menuntut kemerdekaan daripada British.

a)

ia

b)

dia

c)

beliau

d)

baginda

16.
Ahmad dan Zamri telah bersetuju hendak bekerja di Singapura. __________ akan bertolak ke sana esok.
a)
Mereka
b)
Kalian
c)
Kita
d)
Kami
17.
"Azim, Hafiz dan Badrul tidak hadir semalam kerana __________ ketinggalan bas," kata ketua kelas kepada Cikgu Musa.
a)
mereka
b)
beliau
c)
awak
d)
dia
18.

Apakah yang dimaksudkan dengan kata ganda dalam bahasa Melayu?

a)

kata yang diulang

b)

kata yang berlawanan

c)

kata yang sama

d)

kata yang berbeza

19.

Antara berikut, manakah contoh kata sendi yang betul?

a)

di

b)

yang

c)

dan

d)

atau

20.

Dalam ayat "Dia pergi ke sekolah", apakah fungsi kata "ke"?

a)

kata kerja

b)

kata sendi

c)

kata nama

d)

kata sifat

21.

Polis trafik itu sedang memberikan _________________ laluan lalu lintas kepada para pemandu.

a)

tanda

b)

alamat

c)

lambang

d)

isyarat

22.

_______________________ berita kemalangan pemain perseorangan badminton negara itu masih mendapat liputan luas daripada akhbar tempatan.

a)

Kepanasan

b)

Keseronokan

c)

Kehangatan

d)

Kehebatan

23.

Majlis _______________________ anugerah itu bakal dilaksanakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia.

a)

penyampaian

b)

pengisytiharan

c)

penyerahan

d)

pemberian

24.

Lembaga Kemajuan Ikan telah mengadakan latihan dalam bidang penangkapan ikan laut dalam secara __________________ kepada nelayan.

a)

insentif

b)

intensif

c)

inisiatif

d)

interaktif

25.

Segelintir pihak membuat _______________ yang berbeza terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh pengurus pasukan bola sepak yang terkenal itu.

a)

tafsiran

b)

taksiran

c)

tamsilan

d)

telahan

26.

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenalpasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruangan jawapan yang disediakan. Anda dikehendaki untuk menyalin semula ayat di bawah beserta kesalahan yang dibetulkan.


Pihak pengurusan Singgahsana Hotel menawarkan pakej percutian yang menarik bersempena dengan cuti sekolah.

(a)  

27.

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenalpasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruangan jawapan yang disediakan. Anda dikehendaki untuk menyalin semula ayat di bawah beserta kesalahan yang dibetulkan.


Masalah kejatuhan ekonomi dunia menyebabkan banyak syarikat kecil di negara ini mengalami kemunduran.

(a)  

28.

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenalpasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruangan jawapan yang disediakan. Anda dikehendaki untuk menyalin semula ayat di bawah beserta kesalahan yang dibetulkan.


Lori itu telah ditahan oleh anggota polis kerana membawa bekalan yang melebihi had.

(a)  

29.

Pilih kata hubung yang sesuai untuk menggabungkan ayat-ayat di bawah.


Asni didenda oleh guru Bahasa Melayunya.

Asni tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan semalam.

a)

dan

b)

atau

c)

walaupun

d)

kerana

30.

Pilih kata hubung yang sesuai untuk menggabungkan ayat-ayat di bawah.


Izzah seorang yang sangat pendiam.

Apiqah pula seorang yang sangat peramah

a)

dan

b)

kerana

c)

manakala

d)

sungguhpun

31.

Azlan dan rakan-rakannya suka memancing ikan di kolam itu.


Nyatakan predikat bagi ayat di atas.

a)

suka memancing ikan di kolam itu

b)

ikan di kolam itu

c)

Azlan dan rakan-rakannya

d)

Azlan

32.

Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan vitamin, mineral dan serat.


Nyatakan subjek bagi ayat di atas.

a)

kaya dengan vitamin, mineral dan serat.

b)

vitamin, mineral dan serat.

c)

Buah-buahan dan sayur-sayuran

d)

sayur-sayuran kaya

33.

Rumah banglo di hujung jalan itu kepunyaan keluarga Aznita.


Nyatakan subjek bagi ayat di atas.

a)

Rumah banglo

b)

Rumah banglo di hujung jalan itu

c)

Hujung jalan itu

d)

Keluarga Aznita

34.

Yusniza tetap pulang ke kampung untuk berhari raya bersama adik-beradiknya walaupun dia selalu berselisih faham dengan mereka.


Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat di atas.

a)

Laksana pahat dengan penukul

b)

Baik berjagung-jagung sementara menunggu padi belum masak

c)

Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

d)

Bagai dakwat dengan kertas

35.

Lihat gambar di atas dengan teliti. Kemudian, pilih satu peribahasa yang sesuai dengan gambar tersebut.


Kecemerlangan seseorang murid dalam peperiksaan hanya boleh diperoleh dengan usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh. Hal ini diibaratkan demikian kerana

a)

Usaha Tangga Kejayaan

b)

Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya

c)

Yang secupak takkan jadi segantan

d)

Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mencapat sagu

36.

_______________________ berita kemalangan pemain perseorangan badminton negara itu masih mendapat liputan luas daripada akhbar tempatan.

a)

Kepanasan

b)

Keseronokan

c)

Kehangatan

d)

Kehebatan

37.

Lembaga Kemajuan Ikan telah mengadakan latihan dalam bidang penangkapan ikan laut dalam secara __________________ kepada nelayan.

a)

insentif

b)

intensif

c)

inisiatif

d)

interaktif

38.

____________ kah kamu akan memulangkan buku cerita saya yang kamu pinjam tempoh hari?

a)

Apa

b)

Siapa

c)

Bila

d)

Mengapa

39.

Nama guru baharu yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu itu __________?

a)

apa

b)

bila

c)

siapa

d)

berapa

40.

_________________ kah kamu yang menyusun kasut sukan itu di dalam rak kasut?

a)

Mengapa

b)

Bila

c)

Ada

d)

Bagaimana

41.

___________ kah jumlah murid yang terdapat di dalam kelas itu?

a)

Apa

b)

Bila

c)

Bagaimana

d)

Berapa

42.

____________ berkerlipan pada waktu malam.

a)

Kala-kala

b)

Kunang-kunang

c)

Labah-labah

d)

Umang-umang

43.

Orang ramai tidak lagi __________ ketika hendak membeli tiket apabila diarahkan beratur oleh pegawai polis itu.

a)

berkucar-kacir

b)

berhimpt-himpit

c)

hormat-menghormati

d)

bertolak-tolakan

44.

Para penyokong pasukan Malaysia _______________ kata semangat kepada atlet Malaysia.

a)

menyebut-nyebut

b)

berkata-kata

c)

melaung-laungkan

d)

sambut-menyambut

45.

Kapal terbang itu ______________ di udara sebelum dibenarkan mendarat di lapangan terbang.

a)

ternanti-nanti

b)

berlegar-legar

c)

bergilir-gilir

d)

berpusing-pusing

46.

Puan Rogayah __________ sekampit beras di pasar.

a)

membeli

b)

memborong

c)

meminta

d)

mengambil

47.

Penduduk kampung Pulau Manis sedang bergotong-royong _______ kawasan kampung mereka.

a)

melicinkan

b)

membersihkan

c)

menerangkan

d)

meratakan

48.

Kereta ayah terpaksa ___________ oleh kereta tunda kerana mengalami kerosakan di tengah jalan.

a)

disorong

b)

diseret

c)

ditolak

d)

ditarik

49.

Baju kami basah kerana kami ____________ sewaktu pulang dari sekolah

a)

kebasahan

b)

kehujanan

c)

kepanasan

d)

kecelakaan

50.

Murid itu ______ syarahan yang bertajuk "Kepentingan Amalan Bersenam"

a)

memberikan

b)

mengucapkan

c)

menyampaikan

d)

memperkatakan