wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Ganda (Tingkatan 1)

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Perahu yang sarat dengan muatan itu _____ dipukul ombak.

a)

terkial-kial

b)

terhuyung-hayang

c)

terumbang-ambing

d)

terlayang-layang

2.

suasana di pasar itu ___ dengan suara para peniaga yang memanggil pelanggan.

a)

huru-hara

b)

riuh-rendah

c)

haru-biru

d)

sorak-sorai

3.

Sebelum berpisah, abang menatap wajah ibu _____.

a)

kuat-kuat

b)

lama-lama

c)

ketat-ketat

d)

pelat-pelat

4.

Bekas keropok itu ditutup oleh Hasni ____ supaya isinya tidak lemau.

a)

kuat-kuat

b)

liat-liat

c)

ketat-ketat

d)

padat-padat

5.

Keadaan pasar malam itu ___ disinari lampu-lampu yang dipasang oleh para peniaga.

a)

terang-benderang

b)

gelap-gelita

c)

riuh-rendah

d)

hingar-bingar

6.

Rosman ____ kepalanya sebagai tanda memahami ajaran Cikgu Munir.

a)

menggaru-garu

b)

menggeleng-geleng

c)

mengangguk-angguk

d)

Melilau-lilau

7.

Mereka _____ pendapat demi menemukan satu penyelesaian bagi mengatasi masalah yang timbul.

a)

bertikam-tikam

b)

berbalah-balah

c)

bertukar-tukar

d)

bertambah-tambah

8.

Para penonton ketawa _____ apabila melihat gelagat ahli sarkas yang melucukan itu.

a)

terkial-kial

b)

terbatuk-batuk

c)

terliur-liur

d)

terbahak-bahak

9.

Semua____ di tadika itu diwajibkan memakai uniform sekolah dan tanda nama.

a)

anak-anak

b)

kanak-kanak

c)

budak-budak

d)

orang-orang

10.

Muaz sedang ___ di sungai bersama adiknya sambil memanggang ayam.

a)

berlari-lari

b)

bersiar-siar

c)

mandi-manda

11.

Rukun Tetangga Taman Impian ___ untuk membina sebuah pondok keselamatan hujung bulan ini.

a)

beria-ria

b)

berura-ura

c)

bertatih-tatih

d)

berengsot-engsot

12.

Pakaian Izham dan rakan-rakannya____ kerana menangkap ikan di dalam paya.

a)

serba-serbi

b)

compang-camping

c)

comot-momot

d)

rempang-remping

13.

Sorakan para penonton menjadikan suasana di stadium itu _____.

a)

lekak-lekuk

b)

hingar-bingar

c)

lintang-pukang

d)

mundar-mandir

14.

Sawah yang terbiar di hujung kampung kami dipenuhi ____.

a)

kayu-kayan

b)

sayur-mayur

c)

rempah-ratus

d)

rumput-rampai

15.

Wajah Pak Mat ___ apabila melihat hasil tangkapan yang diperolehinya pada pagi itu.

a)

berseri-seri

b)

berkilat-kilat

c)

berkilau-kilau

d)

berpinar-pinar

16.

Perkataan simpang-siur merupakan ______

a)

gandaan berentak

b)

gandaan berimbuhan

c)

gandaan penuh

17.

Perkataan kuat-kuat merupakan _____.

a)

gandaan berimbuhan

b)

gandaan berentak

c)

gandaan penuh

18.

Rambut Aisyah sangat kusut-masai kerana dia baru bangun daripada tidur.

a)

Betul

b)

Salah

19.

Firhan dan Wai Kit duduk ____ sambil berbual.

a)

kuat-kuat

b)

dekat-dekat

c)

ketat-ketat

d)

cepat-cepat

20.

Sikap ________ dapat mengukuhkan hubungan perpaduan.

a)

kata-mengata

b)

perlu-memerlukan

c)

salah-menyalahi

d)

hormat-menghormati