wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

WARISAN NEGARA BANGSA ; KEBANGKITAN NASIONALISME &KONFLIK DUNIA

Total questions: 27

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Apakah peranan Sultan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?


a)

Memungut zakat

b)

Memperkenalkan undang-undang

c)

Menjatuhkan hukuman kepada pesalah

d)

Memelihara kebajikan rakyat di kawasan pegangan

2.

Apakah pekerjaan rakyat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Pengutip cukai

b)

Nelayan

c)

Pedagang

d)

Tukang

3.

Menurut konsep X, pemerintah dan rakyat sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka saling berkait antara satu sama lain. 

Apakah konsep X?


a)

Tulah

b)

Adat

c)

Waadat


d)

Daulat

4.

Bagaimanakah seorang rakyat boleh ditimpa tulah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Mengingkari titah raja

b)

Menolak pembayaran cukai

c)

Melakukan pemberontakan

d)

Menggunakan kata-kata kesat kepada raja

5.

Sistem pembesar Kesultanan Melayu Melaka digelar sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan.

Antara berikut, pembesar manakah tergolong dalam sistem tersebut?


a)

Syahbandar

b)

Laksamana

c)

Bentara

d)

Orang kaya

6.

Antara pembesar berikut, yang manakah bertanggungjawab sebagai pemangku sultan?

a)

Temenggung

b)

Laksamana

c)

Penghulu Bendahari

d)

Bendahara

7.

Menurut Hukum Kanun Melaka, apakah hukuman yang diberikan kepada individu yang ingkar arahan Sultan?


a)

Dibuang negeri

b)

Menjadi hamba istana

c)

Hukuman bunuh

d)

Harta benda dirampas

8.

Apakah peranan nakhoda menurut Undang-Undang Laut Melaka?

a)

Raja di atas kapal

b)

Pegawai yang mengukur kedalaman laut

c)

Diberi keutamaan berniaga selama seminggu

d)

Pegawai yang menentukan arah kapal

9.

Apakah yang dimaksudkan dengan kawasan pegangan?

a)

Kawasan makam diraja

b)

Kawasan taklukan milik Kesultanan Melayu Melaka

c)

Kawasan yang di bawah pengaruh Kesultanan Melayu Melaka

d)

Kawasan yang dikurniakan oleh Sultan kepada pembesar berempat

10.

Apakah kegunaan hasil perbendaharan yang diperoleh daripada rakyat?

a)

Membeli senjata

b)

Makan besar diraja

c)

Membeli kawasan taklukan baru

d)

Membina istana

11.

Bilakah pemerintah Kesultanan Melayu Melaka mulai menggunakan gelaran Sultan?

a)

Selepas kedatangan Barat

b)

Sebelum kedatangan Barat

c)

Selepas kedatangan Islam

d)

Sebelum kedatangan Islam

12.

Antara berikut, yang manakah merupakan peranan golongan diperintah?

a)

Menguatkuasa undang-undang

b)

Menjaga keamanan

c)

Mengutip cukai

d)

Mengakui kekuasaan Sultan

13.

Undang-undang Kutara Manawa diamalkan di sebuah kerajaan X bagi memastikan kesejahteraan rakyatnya.

Apakah negara X yang dimaksudkan dalam pernyataan di atas?

a)

Champa

b)

Majapahit

c)

Srivijaya

d)

Funan

14.

Bagaimanakah rakyat Srivijaya membuktikan kesetiaan mereka terhadap raja?

a)

Memberikan kesemua harta mereka kepada raja

b)

Menjadi tentera persendirian raja

c)

Membina istana untuk raja

d)

Meminum air sumpah semasa upacara persetiaan

15.

Antara berikut, pernyataan manakah yang dikaitkan dengan sifat raja sebelum kedatangan Barat?

a)

Raja dianggap suci

b)

Raja sebagai pemberi rezeki kepada rakyat

c)

Raja diangkat lebih tinggi daripada Dewa Dewi

d)

Raja dianggap wakil tuhan

16.

Revolusi Keagungan berlaku berikutan pemerintah X yang membelakangkan parlimen semasa menggubal undang-undang.

Antara, berikut, yang manakah merupakan pemerintah X?

a)

Raja Louis

b)

Mary II

c)

Raja William of Orange

d)

Raja James II

17.

Apakah faktor tercetusnya Revolusi Amerika?

a)

Tindakan British yang tidak melindungi hak penduduk Amerika

b)

British membenarkan hanya golongan bangsawan memonopoli pelbagai keistimewaan

c)

British menghapuskan pemerintahan beraja

d)

British mencabar prinsip kedaulatan rakyat

18.

Mengapakah George Washington mengisytiharkan perang terhadap British?

a)

Memperjuangkan kemerdekaan Amerika

b)

Memperkenal sistem pemerintahan autokrasi

c)

Menuntut pembelaan rakyat

d)

Menggulingkan golongan bangsawan

19.

Dahagi India 1957 merupakan pemberontakan yang telah dilancarkan oleh sepoi.

Apakah yang dimaksudkan dengan sepoi?

a)

Askar upahan British

b)

Askar upahan India

c)

Askar upahan India berbangsa British

d)

Askar upahan British berbangsa India

20.

Dr. Sun Yat Sen merupakan tokoh yang mempelopori gerakan kebangkitan rakyat di China dengan menggunakan Tiga Prinsip Rakyat.

Antara berikut, yang manakah merupakan antara prinsip rakyat tersebut?

a)

Kepercayaan

b)

Demokrasi

c)

Nasionalisme

d)

Politik

21.

Kegagalan Tok Janggut menyebabkan masyarakat menggunakan strategi lain untuk menentang pihak British.

Apakah bentuk strategi yang dimaksudkan di atas?

a)

Mengadakan demonstrasi

b)

Menggunakan akhbar dan majalah

c)

Bekerjasama dengan kuasa besar yang lain

d)

Menggunakan kuasa sultan

22.

Mengapakah kesedaran kebangsaan tidak meluas dalam akhbar Melayu sebelum Perang Dunia Kedua?

a)

Kekurangan dana

b)

Kawalan undang-undang dan kawalan ketat pihak British

c)

Rakyat kurang didedahkan dengan akhbar

d)

Ketidakstabilan ekonomi negara mengganggu penghasilan akhbar

23.

Pakatan Bertiga menandatangani satu perjanjian dengan Jerman pada akhir Perang Dunia Pertama.

Apakah kandungan perjanjian tersebut?

a)

Jerman membayar pampasan kepada Pakatan Bertiga

b)

Jerman bertanggungjawab terhadap kemusnahan akibat Perang

c)

Jerman diberi peluang menambah bilangan angkatan tentera

d)

Jerman menerima wilayah dan jajahan daripada Pakatan Bertiga

24.

Berikut merupakan propapanda yang digunakan oleh Jepun semasa datang ke Tanah Melayu.

"Asia untuk Orang Asia".

Apakah tujuan propaganda itu diperkenalkan?

a)

Menyatukan wilayah di Tanah Melayu

b)

Menanam semangat antipenjajah Barat dalam diri rakyat

c)

Meluaskan kuasa di Tanah Melayu

d)

Memupuk kerjasama dengan rakyat Tanah Melayu

25.

Apakah strategi yang digunakan oleh pihak Jepun untuk menawan Tanah Melayu?

a)

Strategi kilat

b)

Operasi “D-Day”

c)

Serangan Blitzkrieg

d)

Operasi Barbossa

26.

Mengapakah Jepun mahu menguasai pangkalan tentera laut British di Singapura?

a)

Jepun mahu menggantikan dengan pangkalan tentera lautnya

b)

Jepun mahu menunjukkan kekuasaannya terhadap British

c)

Jepun ingin menjadikan Singapura sebagai tanah jajahan

d)

Jepun ingin menguasai telaga minyak di Sumatera

27.

Apakah yang menyebabkan Bintang Tiga berkesempatan mengambil alih penguasaan di Tanah Melayu?

a)

Kelewatan pendaratan semula tentera British

b)

Mendapat mandat daripada pihak Jepun

c)

Mendapat sokongan penduduk tempatan untuk memimpin Tanah Melayu

d)

Ketidakstabilan politik di Tanah Melayu