Font size
WorksheetsKuiz Bulan Bahasa
Total questions: 30
Worksheet time: 29mins
Pilih ayat yang betul
Dia pergi ke pasar dan membeli ikan
Dia pergi pasar dan membeli ikan
Dia pergi ke pasar membeli ikan
Dia pergi ke pasar dan ikan membeli
_________ adalah salah satu bentuk kata kerja dalam Bahasa Melayu
Kata kerja transitif
Kata adjektif
Kata bantu
Kata hubung
Apakah fungsi kata sendi "di"?
Menunjukkan arah
Menunjukkan tempat
Menunjukkan waktu
Menunjukkan sebab
Kata ganda untuk "buku" ialah
(a)
Ubah ayat ini ke dalam bentuk pasif
"Ali menang pertandingan"
(a)
Pilih ayat yang menggunakan imbuhan yang betul
Dia penggali lubang
Dia menggali lubang
Dia gali lubang
Angkasawan itu ___________ di luar kapal angkasanya.
Terawang-awang
Terlayang-layang
Terbayang- bayang
Tergoyang-goyang
Sains angkasa _____________ masa depan yang gemilang di Malaysia
mendapat
mempunyai
merupakan
merasakan
Terdapat banyak gelanggang seni __________ diri di Malaysia
mempertahan
memperjuangkan
memperhebat
mempertahankan
Planetarium negara Malaysia ____________ saya kunjungi lagi
belum
pernah
sudah
sedang
Ibu pergi ke pasar pagi untuk membeli kangkung _________ sawi bagi dimasak lauk makan tengahari
tetapi
dan
atau
sambil
Suhaimi menjemur baju di ampaian __________ mendengar lagu di telefon pintarnya.
atau
sambil
tetapi
dan
Keputusan peperiksaannya telah membuktikan ___________ dia layak untuk menyambung pelajarannya ke luar negara
bahawa
untuk
apabila
setelah
Sedikit _________ dia tidak berasa insaf dengan perbuatan kejam terhadap ibu bapanya.
sahaja
lagi
pun
jua
__________pergilah dikau ke terataknya jika itu dapat membahagiakanmu.
Bahawa
Setelah
Maka
Pun
Ramai _________ telah dijemput untuk memberi pandangan dan cadangan untuk membaiki mutu sukan badminton negara.
cerdik bijak
cerdik pintar
cerdik pandai
cerdik bestari
Persidangan _________ antara Perdana Menteri dan Menteri Besar setiap negeri telah berlangsung hari ini dalam suasana yang aman
meja kayu
meja panjang
meja bulat
meja makan
"Jika nama adik ada dalam _________ itu, sudah pasti adik tidak dapat memperbaharui lesen memandu", kata ayah.
senarai hitam
senarai pendek
senarai semak
senarai nama
Pegawai polis itu menunjukkan ___________ kepada gadis warga asing itu sebelum dia menggeledah rumah itu.
surat kuasa
surat saman
surat rayuan
surat permohonan
Siti Bainun berasa kesal dengan perkhidmatan di pusat peranginan yang terkenal itu kerana ianya __________
Indah khabar dari rupa
Seperti kacang lupakan kulit
Bagai aur dengan tebing
Bagai isi dengan kuku
Pekerja-pekerja itu ibarat ________ kerana hanya melakukan kerja apabila disuruh sahaja
Bagai aur dengan tebing
Bagai menatang minyak yang penuh
Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
Seperti pahat dengan penukul
Hafiz Jantan berlari ________ dalam acara 100 meter pecut lelaki di Stadium Bukit Jalil
Bagai aur dengan tebing
Seperti lipas kudung
Hangat- hangat tahi ayam
Melukut di tepi gantang
Pemuda itu ________ apabila ditahan dan disoal siasat oleh pihak polis malam tadi.
Seperti cacing kepanasan
Bagai kacang lupakan kulit
Berat sama dipikul ringan sama dijinjing
Bagai pinang dibelah dua
_________ Aisyah, kamu telah mengharumkan nama sekolah kita!
Aduhai
Cis
Tahniah
Amboi
Ayah Su kerap membeli _______ kentang kepada adik setiap kali dia datang ke rumah kami
dedaun
bebenang
sesiku
jejari
Bina satu ayat dengan menggunakan "kata bantu"
Bina satu ayat dengan menggunakan "kata tanya"
Bina satu ayat dengan menggunakan "kata hubung"
Pada pandangan anda, terangkan kebaikan - kebaikan mempelajari subjek Bahasa Melayu di sekolah
Bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangsaan. Namun ada sesetengah rakyat Malaysia masih lagi tidak mampu menguasai Bahasa Melayu dengan baik dan lancar. Pada pendapat anda, nyatakan masalah-masalah yang di hadapi untuk menguasai Bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia.
