Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Penilaian Akhir SKM Tanaman

Total questions: 43

Worksheet time: 43mins

Name
Class
Date
1.

Apakah ciri-ciri anak pokok yang baik.

                      i.        Normal.

                    ii.        Saiz  yang seragam.

                   iii.        Anak benih yang sihat dan segar.

                   iv.        Anak benih yang bebas dari serangga perosak dan penyakit.

a)

i,ii

b)

i,ii,iii

c)

ii,iii,iv

d)

i,ii,iii,iv

2.

Yang manakah ciri-ciri biji benih yang baik.

                   

a)

Cacat

b)

Tidak cukup umur

c)

Matang dan cukup umur.

d)

Belum cukup umur

3.

Pemilihan biji benih ditentukan oleh perkara di bawah KECUALI

a)

Saiz

b)

Warna

c)

Bentuk tanaman

d)

Harga pasaran

4.

Kaedah penanaman yang tidak menggunakan tanah dan pokok dapat makanan dari larutan baja khas ialah________________  

a)

Konvensional

b)

Hidroponik

5.

Apakah jenis sistem penanaman biji benih di gambar rajah 1

a)

Sistem siku keluang

b)

Sistem segi tiga sama

c)

Sistem segi empat sama

d)

Sistem segi empat tepat

6.

Tanda-tanda yang menunjukkan anak pokok tanaman tidak sihat dan mati adalah

                      i.        Anak pokok tanaman  menjadi  kekeringan.

                    ii.        Daun gugur.

                   iii.        Warna daun kekuningan atau keperangan.

                   iv.        Batang/ranting menjadi reput dan rapuh.

a)

i,ii

b)

i,ii,iii

c)

ii,iii,iv

d)

i,ii,iii,iv

7.

1.    Susun semula kaedah penyulaman anak pokok secara gali

  1. a. Akar anak pokok tanaman digali dengan menggunakan cangkul atau penggali.

  2. b. Keluarkan  anak pokok tanaman beserta dengan akar  dari tanah.

  3. c. Bekas lubang tanaman kemudian dirawat dengan bahan rawatan yang sesuai.

  4. d. Kemudian anak pokok tanaman yang telah dicabut dilupuskan.

a)

a, b, c, d

b)

a, b, d, c

c)

a, c, d, b

d)

d, c, b, a

8.

Yang manakah BUKAN tujuan penyulaman

a)

menggantikan anak pokok berpenyakit

b)

menggantikan pokok tanaman yang  mati

c)

menggantikan anak pokok sihat

d)

menggantikan anak pokok yang tidak produktif 

9.

Apakah kaedah pelupusan yang terdapat di gambarajah di atas?

a)

Bakar Sisa Tanaman

b)

Tanam Bahan Sisa Tanaman

10.

Alatan di atas merupakan salah satu alatan yang digunakan untuk aktiviti pelupusan. Apakah nama alatan ini

a)

Skop

b)

Penggali

c)

Cangkul

d)

Pencakar

11.

Perlindungan tanaman juga dipanggil sebagai

a)

Sungkupan

b)

Pelupusan

c)

Penjarangan

d)

Penuaian

12.

Pilih tujuan sungkupan

i.          Mengawal pertumbuhan rumpai.

ii.         Mengurangkan hakisan.

iii.        Memelihara kelembapan tanah.

a)

i, ii

b)

i, iii

c)

ii,iii

d)

i, ii, iii

13.

Di bawah merupakan jenis-jenis sungkupan KECUALI

a)

Sungkupan batas

b)

Sungkupan tebing

c)

Sungkupan pokok

d)

Sungkupan alas polibeg

14.

Pilih bahan sungkupan jenis organik

a)

Kertas

b)

Jerami padi

c)

Silvershine

d)

Jaring hitam

15.

Thiram, Benlate atau Cuprum  merupakan bahan digunakan untuk ___________ biji benih.

a)

Merawat

b)

Menuai

c)

Mengawet

d)

Membungkus

16.

Apakah tujuan peniaga melakukan kegiatan membeli dan menjual?

a)

Untuk  pertukaran komoditi.

b)

Untuk mendapatkan untung.

c)

Untuk  menyenangkan pengguna.

d)

Untuk  menentukan barangan yang paling laris.

17.

Manakah dua pihak yang terlibat dalam urusan jual beli ?

a)

Penjual dan pembeli

b)

Penjual dan penawar.

c)

Penjual dan penerima.

d)

Pembeli dan pemborong

18.

Apakah kepentingan susun atur  barang jualan kecuali?  

a)

Supaya  penjual senang hendak melayan pelanggan

b)

Supaya  pelanggan dapat memilih  sayuran yang sesuai.

c)

Susunatur yang  betul akan  kelihatan kemas dan menarik

d)

Supaya tidak dikenakan tindakan undang-undang oleih Majlis Bandaran.

19.

Apakah  yang  dimaksudkan dengan penubuhan perniagaan milik tunggal?

a)

Perniagaan di miliki oleh syarikat tunggal.

b)

Perniagaan  diuruskan secara kelompok besar.

c)

Syarikat perniagaan diuruskan oleh milik individu.

d)

Iaitu  perniagaan kecil dimiliki oleh individu secara bersendirian

20.

Apakah jenis pembungkus yang biasa digunakan dalam jualan hasil tanaman?

a)

Alas

b)

Plastik

c)

Penutup

d)

Pembungkus

21.

Apakah aktiviti terakhir selepas jualan hasil pertanian?

a)

Kumpul dan buang ke tong sampah

b)

Diangkat terus ke stor tanpa dikemas atau disusun

c)

Musnahkan semua sisa supaya keduanya jadi ringan

d)

Dikemas peralatan dan lebihan hasil jualan serta disimpan

22.

___________________ merupakan aktiviti memetik, mengutip atau memungut hasil tanaman yang telah mencapai peringkat  kematangan yang dikehendaki.

a)

Penyulaman

b)

Penuaian

c)

Penggredan

d)

Pembungkusan

23.

Buah-buahan yang tergolong dalam kategori klimatetrik KECUALI

a)

Durian

b)

Betik

c)

Tembikai

d)

Pisang

24.

Yang manakah BUKAN langkah-langkah menuai hasil buah

a)

Pakai sarung tangan kain untuk aktiviti tuai hasil buah.

b)

Gunakan gunting 'scatures' yang tumpul untuk menuai hasil buah-buahan.

c)

Sekiranya buah yang hendak dipetik tinggi, gunakan scatures bergalah untuk memetik hasil buah.  

d)

Pastikan buah yang dituai mencapai tahap kematangan yang dikehendaki.

25.

Tensionmeter adalah untuk

a)

Menyukat suhu kompos

b)

Menyukat kelembapan kompos

c)

Mengukur keasidan tanah

d)

Mengukur kealkalian tanah

26.

IMO ialah mikroorganisma yang hidup di

a)

air

b)

udara

c)

tanah

d)

baja kimia

27.

Ada berapa jeniskah INDIGENOUS MICROORGANISMS (IMO)?

a)

2

b)

3

c)

4

d)

5

28.

________________ merupakan bahan utama menghasilkan yis dalam IMO1

a)

Beras

b)

Dedak

c)

Nasi putih

d)

Gula merah

29.

Dedak digunakan pada peringkat IMO_________

a)

2

b)

3

c)

4

d)

5

30.

Di antara berikut merupakan kekuatan IMO5 KECUALI   

a)

Teknologi  Mesra Alam.

b)

Menjimatkan kos

c)

Meningkatkan produktiviti tanaman.

d)

Sesuai hanya untuk  tanah  jenis gambut.

31.

Di antara peralatan berikut yang manakah TIDAK diperlukan untuk penyediaan kompos IMO5 ?

a)

Skop

b)

Jangka suhu

c)

EC meter

d)

Tensiometer

32.

Berikut merupakan kekuatkan teknologi IMO 5.
                      I.        Teknologi Mesra Alam.

                    II.        Menjimatkan kos

                   III.        Meningkatkan produktiviti tanaman

                  IV.        Sesuai untuk pelbagai jenis tanah seperti tanah gambut

a)

I, II, III 

b)

I, II, IV

c)

II, III, IV

d)

I, II, III, IV

33.

Di antara berikut merupakan  kelebihan  IMO5  kecuali

a)

Mengandungi populasi mikroorganisma yang tinggi.

b)

Mikroorganisma yang mampu menggemburkan tanah.

c)

Mikroorganisma yang mengolah nutrien dalam tanah ke bentuk nutrien sedia  digunapakai semula oleh cacing tanah.

d)

Mikroorganisma yang mampu meningkatkan daya tahan tanaman terhadap serangan mikroorganisma  pathogenik (Mikroorganisma yang membawa penyakit).

34.

Apakah ciri  kawasan / tapak penyediaan kompos?

a)

Berhampiran dengan sungai        

b)

Bersebelahan dengan hutan simpan

c)

Tidak menakung air

d)

Di kawasan berbukit

35.

Saiz pembinaan kompos 1 meter x 1 meter x 1 meter

a)

Adalah saiz terkecil

b)

Saiz digunakan diperingkat antarabangsa

c)

Biasa digunakan oleh  badan sewasta.

d)

Saiz pembuatan  kompos paling unggul

36.

Peralatan yang TIDAK diperlukan untuk penyediaan kawasan kompos

a)

Pita ukur

b)

Gergaji

c)

Cangkul     

d)

  Kayu penanda

37.

Dalam aktiviti penyediaan kawasan kompos, perkara berikut perlu dilakukan

a)

Menggembur tanah     

b)

Membina rumah teduhan

c)

Membekalkan air  secukupnya

d)

Membersihkan kawasan tapak

38.

Jika tapak untuk pembinaan kompos mudah digenangi air, apakah langkah yang patut dilakukan untuk mengatasinya

a)

Keringkan  air yang berlebihan

b)

Tinggikan tapak binaan

c)

Pindah ketempat  lebih rendah dan rata

d)

Buat teduhan pada kompos

39.

Di antara berikut yang manakah BETUL  mengenai  / kelebihan penggunaan Baja Organik ?

                      I.        Membantu baiki sifat fizikal dan struktur tanah

                    II.        Menggalakkan aktiviti microorganisma dalam tanah

                   III.        Menjadikan tanah lebih subur

                  IV.        Memerlukan  kuantiti  yang  sedikit  semasa penggunaan

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

40.

Di antara  berikut  yang manakah  merupakan  sebahagian   bahan   yang  digunakan untuk  menyediakan baja kompos   IMO5 ?

                      I.        IMO 4

                    II.        Tahi ayam 

                   III.        Hampas soya /Hampas kelapa

                  IV.        Baja NPK : 15 :15:15

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

41.

Di antara berikut yang manakan  BUKAN  merupakan  fungsi  Binca (makanan cacing) ?

a)

Sebagai makanan cacing

b)

Menambah unsur nutrien dalam baja kompos

c)

Mencepatkan pembiakan makro bagi menghuraikan sebatian kompleks kepada unsur-unsur yang boleh diambil oleh pokok

d)

Untuk menambahkan  proses pembiakan cacing

42.

Apakah yang dimaksudkan dengan manual  penyediaan  baja kompos?

a)

Panduan kerja penyediaan kompos   yang dipersetujui untuk diguna sama  dan didokumenkan dalam jadual yang diformat khas.

b)

Satu format  yang digunakan untuk mengira untung rugi penyediaan baja kompos .

c)

Bil belian alat dan bahan dari sesebuah kedai

d)

Satu format yang digunakan untuk mengira Jangkamasa  penghasilan  kompos .

43.

Baja organik dihantar ke makmal Sains Tanah bertujuan untuk memastikan baja organik?

a)

Tidak dijangkiti penyakit.

b)

Hanya mempunyai satu unsur  pemakanan sahaja

c)

Selamat digunakan pada haiwan

d)

Mempunyai unsur nutrien