Font size
WorksheetsKuiz Keselamatan Pengubatan Perlis 2024
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Apakah tema sambutan Kempen Minggu Keselamatan Pengubatan pada tahun 2024?
Mencegah Alahan Ubat
Mencegah Kesan Sampingan
Laporkan Kesan Sampingan
Laporkan Alahan Ubat
Apakah maksud kesan sampingan ubat?
Kesan terapeutik untuk melegakan sakit
Kesan jangka panjang yang memudaratkan
Kesan yang tidak diingini selepas pengambilan ubat pada dos yang biasa
Kesan yang sama dialami oleh semua orang
Yang manakah BUKAN contoh kesan sampingan yang ringan?
Ruam
Cirit-birit
Sakit kepala
Reaksi anafilaksis
AEFI bermaksud Adverse _________ Following Immunisation
Effects
Events
Evaluation
Entrance
Pelaporan kesan sampingan ubat boleh meningkatkan tahap keselamatan penggunaan ubat dalam masyarakat.
Ya
Tidak
Berikut adalah fakta tentang kesan alahan ubat KECUALI
Kesan alahan ubat berlaku kepada semua pesakit.
Reaksi dan keterukan alahan adalah berbeza bergantung kepada seseorang individu
Tindak balas ini boleh berlaku serta-merta atau lambat, atau gabungan kedua-duanya.
Tindak balas hipersensitif oleh mekanisme pertahanan tubuh badan manusia
Adakah doktor perlu mengesahkan kesan alahan ubat di rumah sebelum pesakit diberikan Kad Alahan Ubat?
Ya
Tidak
Bagaimanakah pesakit boleh melaporkan kesan sampingan ubat? (Boleh pilih lebih daripada 1)
Dalam talian www.npra.gov.my
Jumpa doktor atau ahli farmasi
Melalui pos
Menghubungi talian bebas tol NPCC 1-800-88-6722
Berikut adalah tips untuk mengelakkan kesan sampingan ubat KECUALI
Sentiasa baca label ubat sebelum guna
Jangan kunyah, pecah atau campur ubat melainkan arahan doktor
Jangan guna ubat yang telah berubah warna atau bau
Boleh kongsi ubat dengan orang lain jika hidap penyakit yang sama
Apakah organisasi yang memantau keselamatan pengubatan di Malaysia?
Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi KKM
Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM
Bahagian Regulatori Farmasi Negara
Lembaga Farmasi Malaysia
Berikut adalah jenis-jenis ubat yang boleh menyebabkan kesan sampingan.
Ubat Am
Ubat Tradisional
Suplemen Kesihatan
Semua di atas
Adakah semua kesan alahan juga dikira sebagai kesan sampingan ubat?
Ya
Tidak
Maklumat pelaporan kesan sampingan ubat akan dirahsiakan dan tidak diberikan kepada sesiapa.
Ya
Tidak
Apakah itu ConSERF?
Borang pelaporan kesan sampingan ubat yang diisi oleh pesakit
Borang pelaporan kesan sampingan ubat yang diisi oleh doktor atau ahli farmasi
Borang permohonan kad alahan ubat yang diisi oleh pesakit
Borang permohonan kad alahan ubat yang diisi oleh doktor atau ahli farmasi
Berikut adalah cara penggunaan ubat secara betul dan selamat KECUALI
Ambil ubat yang betul
Ambil ubat dengan cara yang betul
Ambil ubat pada masa yang betul
Ambil ubat dengan dos yang tinggi
