wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KPD3016 UNIT 9

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan konstruktivisme dalam pembelajaran?

a)

Membina pengetahuan melalui hafalan

b)

Membina kefahaman melalui pengalaman

c)

Menghafal maklumat baru sahaja

d)

Menggunakan idea lama tanpa perubahan

2.

Menurut Jean Piaget apakah proses yang melibatkan penerimaan maklumat baru dan menyusun semula skema sedia ada?

a)

Operasi formal

b)

Pengimbangan kognitif

c)

Asimilasi dan akomodasi

d)

Kematangan fizikal

3.

Menurut John Dewey, manakah BUKAN ciri pengalaman yang penting dalam pembelajaran?

a)

Pengalaman yang diulang-ulang tanpa perubahan

b)

Pengalaman yang membantu murid menyumbang kepada masyarakat

c)

Pengalaman yang membentuk pemahaman yang bersifat peribadi

d)

Pengalaman yang melibatkan interaksi dengan peristiwa baru

4.

Menurut teori Bruner, murid digalakkan untuk meneroka pelbagai alternatif dalam pembelajaran. Apakah peranan utama guru dalam konteks ini?

a)

Menyediakan semua maklumat dan jawapan untuk murid

b)

Menggalakkan murid untuk mencipta pengetahuan melalui penerokaan dan dialog aktif

c)

Memberikan arahan yang tepat dan terperinci tanpa ruang penerokaan

d)

Menilai setiap idea murid dan memastikan mereka mengikuti jawapan yang sama

5.

Apakah yang dimaksudkan oleh Bruner dengan konsep “go beyond the information given” dalam konteks pembelajaran?

a)

Murid perlu bergantung sepenuhnya pada maklumat yang diberi oleh guru

b)

Murid harus mencari maklumat tambahan daripada buku

c)

Murid menghubungkan pengetahuan sedia ada dengan idea baru

d)

Guru perlu memastikan murid tidak menyimpang dari maklumat yang diberikan

6.

Mengapakah motivasi dianggap sebagai elemen penting dalam proses pembelajaran menurut prinsip konstruktivisme?

a)

Motivasi membantu murid belajar secara paksa tanpa memikirkan relevansi.

b)

Motivasi mempengaruhi kesedaran murid terhadap kegunaan pengetahuan

c)

Motivasi membolehkan guru mengawal tahap pembelajaran murid dengan lebih mudah.

d)

Motivasi diperlukan supaya murid dapat mengelakkan kegagalan dalam ujian.

7.

Apakah kaedah terbaik untuk menggalakkan pembelajaran aktif di dalam kelas?

a)

Guru menyediakan nota lengkap untuk dibaca oleh murid

b)

Murid membuat eksperimen sendiri dengan alat bantu pengajaran.

c)

Murid mendengar syarahan guru dan menulis nota.

d)

Guru menunjukkan eksperimen dan meminta murid mencatat hasilnya

8.

Bagaimanakah aktiviti reflektif dapat membantu murid dalam pembelajaran

a)

Dengan memudahkan murid membuat keputusan sendiri tanpa bantuan guru.

b)

Membolehkah murid mengingat semula maklumat yang diberikkan kepada guru

c)

Mendorong murid mengaitkan pengalaman baru dengan pengetahuan sedia ada.

d)

Memberi murid masa yang lebih untuk menyiapkan tugasan.

9.

Mengapa penemuan penting dalam proses pembelajaran?

a)

Penemuan membolehkan murid mendapatkan semua jawapan dengan cepat.

b)

Penemuan memerlukan murid menggunakan kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah.

c)

Penemuan adalah satu-satunya cara untuk memahami konsep sains.

d)

Penemuan menjadikan pembelajaran lebih formal dan terstruktur.

10.

Apakah tujuan utama pendekatan pembelajaran konstruktivisme?

a)

Memindahkan maklumat secara langsung dari guru kepada murid

b)

Membina pengetahuan melalui pengalaman dan interaksi

c)

Menghafal fakta-fakta asas untuk peperiksaan

d)

Menyediakan murid untuk persaingan akademik

11.

Dalam pembelajaran konstruktivisme, apabila maklumat baru tidak sepadan dengan pengetahuan sedia ada murid, apakah tindakan yang biasanya berlaku?

a)

Maklumat baru terus diterima tanpa persoalan

b)

Murid menukar kefahaman awal untuk menyepadukan maklumat baru

c)

Maklumat baru diabaikan kerana tidak relevan

d)

Maklumat baru diterima sebagai kebenaran mutlak

12.

Antara berikut, yang manakah merupakan ciri persekitaran pembelajaran konstruktivisme?

a)

Memberikan tumpuan kepada hafalan

b)

Membenarkan murid mengawal proses pembelajaran mereka sendiri

c)

Memastikan guru memberi semua jawapan kepada murid

d)

Menggalakkan persaingan antara murid

13.

Berikut merupakan fasa dalam model pengajaran konstruktivisme kecuali

a)

Engagement

b)

Exploration

c)

Enhancement

d)

Exclusion

14.

Fasa 2 iaitu menstruktur semula idea pelajar adalah fasa yang

a)

Melakukan penaksiran untuk pembelajaran

b)

Membuat kesimpulan menyeluruh

c)

Membina idea dan kefahaman baharu

d)

Mengaplikasikan pengetahuan yang dibina dalam situasi berlainan

15.

Strategi pengajaran dan pembelajaran tradisional adalah berpusatkan

a)

Guru

b)

Ibu Bapa

c)

Murid

d)

Rakan