WorksheetsEKONOMI TINGKATAN 4 BAB 2
Total questions: 47
Worksheet time: 24mins
Kemajuan teknologi dalam pengeluaran menyebabkan
a. penawaran bertambah
b. permintaan bertambah
c. permintaan berkurang
d. penawaran berkurang
Maklumat yang berikut berkaitan dengan satu situasi di pasaran ikan. " Laut bergelora dengan ombak setinggi 4 meter dijangka berterusan sehingga minggu depan. Keadaan ini amat berbahaya kepada bot-bot nelayan." Apakah kesan terhadap pasaran ikan?
a. Harga turun dan kuantiti bertambah
b. Harga naik dan kuantiti berkurang
c. Harga naik dan kuantiti bertambah
d. Harga turun dan kuantiti berkurang
- Apakah penentu yang menyebabkan keluk permintaan beralih ke kiri?
a. Peningkatan harga barang itu
b. Penurunan kadar cukai pendapatan individu
c. Pertambahan cit rasa barang itu
d. Kempen pengiklanan bagi barang pengganti berjaya
Maklumat berikut berkaitan ketidakseimbangan. " Apabila kuantiti ditawarkan melebihi kuantiti diminta". Apakah yang akan berlaku?
a. Kekurangan barang
b. Permintaan berkurang
c. Harga cenderung naik
d. Harga cenderung turun
Penggunaan racun serangga yang berlebihan oleh pekebun sayur telah
a. menambahkan hasil pekebun sayur
b. mengurangkan penawaran sayur-sayuran
c. mengurangkan permintaan sayur-sayuran
d. menambahkan permintaan sayur-sayuran
Pertambahan permintaan dalam pasaran menyebabkan harga naik dan kuantiti (a)
(a) penawaran di pasaran menyebabkan harga naik dan kuantiti berkurang.
Keseimbangan pasaran berlaku apabila kuantiti diminta (a) dengan kuantiti ditawarkan.
Semasa pasaran mengalami lebihan penawaran harga pasaran lebih (a) daripada harga keseimbangan.
Harga pasaran lebih tinggi daripada harga keseimbangan apabila pasaran mengalami lebihan (a)
Permintaan yang disokong oleh kuasa beli atau kemampuan membayar.
Permintaan berkesan
Hukum permintaan
Permintaan
Semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin kurang kuantiti diminta terhadap barang tersebut dan sebaliknya semakin rendah harga sesuatu barang, semakin banyak kuantiti diminta terhadapnya dengan andaian ceteris paribus.
Permintaan individu
Permintaan pasaran
Hukum permintaan
hal atau faktor lain tidak berubah/ menunjukkan kesan perubahan satu atau beberapa pemboleh ubah bebas, sementara pemboleh ubah bebas yang lain adalah tetap.
Hukum panawaran
Hukum permintaan
Ceteris Paribus
Kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang diminta oleh seseorang individu pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu.
Permintaan pasaran
Permintaan individu
Penentu permintaan
Kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang diminta oleh semua individu dalam pasaran pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu.
Penentu permintaan
Permintaan pasaran
Penawaran pasaran
Faktor yang mempengaruhi permintaan sesuatu barang dibahagikan kepada harga barang itu dan bukan harga barang itu.
Permintaan individu
Permintaan pasaran
Penentu permintaan
Suatu barang yang boleh diganti dengan mudah oleh barang lain
Barang pengganti
Barang penggenap
Penentu permintaan
Barang yang perlu digunakan bersama-sama dengan barang lain.
Barang penggenap
Pengembangan permintaan
Barang pengganti
Perubahan atau pergerakan di sepanjang keluk permintaan yang sama.
Pengembangan permintaan
Perubahan dalam kuantiti diminta
Penguncupan permintaan
Kuantiti diminta meningkat akibat daripada penurunan harga barang itu.
Pengembangan permintaan
Perubahan dalam kuantiti diminta
Penguncupan permintaan
Kuantiti diminta menurun akibat daripada peningkatan harga barang itu.
Pertambahan permintaan
Perubahan dalam kuantiti diminta
Penguncupan permintaan
Peralihan keluk permintaan sama ada ke kiri atau ke kanan selari dengan keluk permintaan yang asal.
Pertambahan permintaan
Perubahan permintaan
Pengembangan permintaan
Harga barang itu tidak berubah tetapi kuantiti permintaan telah meningkat setiap tingkat harga akibat daripada perubahan penentu permintaan bukan harga barang itu.
Pengurangan permintaan
Perubahan permintaan
Pertambahan permintaan
Harga barang itu tidak berubah tetapi kuantiti permintaan telah menurun pada setiap tingkat harga akibat daripada perubahan penentu permintaan bukan harga barang itu.
Pengurangan permintaan
Pertambahan permintaan
Penguncupan permintaan
Kuantiti sesuatu barang atau pekhidmatan yang sanggup dan mampu dikeluarkan oleh pengeluar atau firma pada suatu tingkat harga tertentu dalam tempoh masa tertentu.
Permintaan
Penawaran
Hukum permintaan
Hukum penawaran
Semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin banyak kuantiti ditawarkan dan sebaliknya semakin rendah harga sesuatu barang, semakin kurang kuantiti ditawarkan dengan andaian ceteris paribus.
Permintaan
Penawaran
Hukum permintaan
Hukum penawaran
Kuantiti barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah firma pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu.
Penawaran pasaran
Penawaran firma
penawaran kerajaan
Kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh semua firma dalam pasaran pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu.
Penawaran pasaran
penawaran firma
penawaran kerajaan
Merujuk kepada pergerakan di sepanjang keluk penawaran yang sama
Pengembangan penawaran
Penguncupan penawaran
Perubahan dalam kuantiti ditawarkan
Kuantiti ditawarkan meningkat akibat daripada peningkatan harga barang itu
Penguncupan penawaran
Pertambahan penawaran
Pengembangan penawaran
Kuantiti ditawarkan menurun akibat daripada penurunan harga barang itu
Pengurangan penawaran
Pertambahan penawaran
Penguncupan penawaran
Peralihan keluk penawaran sama ada ke kiri atau ke kanan selari dengan keluk penawaran yang asal.
Pengembangan penawaran
Perubahan penawaran
Penguncupan penawaran
Menunjukkan harga barang itu tidak berubah tetapi kuantiti penawaran telah meningkat pada setiap tingkat harga
Pertambahan penawaran
Pengurangan penawaran
Pengembangan penawaran
Menunjukkan harga barang itu tidak berubah tetapi kuantiti penawaran telah menurun pada setiap tingkat harga akibat daripada perubahan penentu penawaran bukan harga barang itu.
Pertambahan penawaran
Pengurangan penawaran
Pengembangan penawaran
Suatu tempat atau situasi yang membolehkan penjual dan pembeli berinteraksi sama ada secara langsung atau tidak langsung untuk menjalankan urus niaga pada suatu tingkat harga dalam tempoh masa tertentu.
Penawaran pasaran
Pasaran
Isi rumah
Keadaan apabila kuantiti diminta melebihi kuantiti ditawarkan dalam pasaran pada suatu tingkat harga tertentu.
Lebihan permintaan
Lebihan penawaran
Keanjalan harga permintaan
Keadaan apabila kuantiti ditawarkan melebihi kuantiti diminta dalam pasaran pada suatu tingkat harga tertentu.
Lebihan permintaan
Lebihan penawaran
Keanjalan harga permintaan
Mengukur peratus perubahan dalam kuantiti diminta kesan daripada peratus perubahan harga barang itu dengan andaian ceteris paribus.
Lebihan permintaan
Lebihan penawaran
Keanjalan harga permintaan
Nilai permintaan adalah melebihi satu tetapi kurang dari infiniti.
Keanjalan harga penawaran (anjal)
Keanjalan harga permintaan (anjal)
Keanjalan harga permintaan (tidak anjal)
Nilai permintaan adalah melebihi sifar tetapi kurang dari satu.
Keanjalan harga permintaan (tidak anjal)
Keanjalan harga penawaran (anjal)
Keanjalan harga penawaran (tidak anjal)
Mengukur peratus perubahan dalam kuantiti ditawarkan kesan daripada peratus perubahan harga barang itu dengan andaian ceteris paribus.
Keanjalan harga permintaan
Penguncupan penawaran
Keanjalan harga penawaran
Nilai penawaran adalah melebihi satu tetapi kurang dari infiniti.
Keanjalan harga penawaran (anjal)
Keanjalan harga penawaran (tidak anjal)
Keanjalan harga permintaan (tidak anjal)
Nilai penawaran adalah melebihi satu tetapi kurang dari infiniti.
Keanjalan harga penawaran (anjal)
Keanjalan harga penawaran (tidak anjal)
Keanjalan harga permintaan (tidak anjal)
Nilai penawaran adalah melebihi sifar tetapi kurang dari satu.
Keanjalan harga penawaran (tidak anjal)
Keanjalan harga permintaan (tidak anjal)
Keanjalan harga penawaran (anjal)
Apakah yang akan berlaku jika terdapat peningkatan dalam pendapatan pengguna?
a. Permintaan berkurang
b. Permintaan tidak berubah
c. Permintaan bertambah
d. Penawaran berkurang
Apakah yang dimaksudkan dengan barang yang tidak dapat diganti dengan mudah oleh barang lain?
a. Barang pengganti
b. Barang penggenap
c. Barang unik
d. Barang substitut
Apakah kesan daripada pengurangan harga barang terhadap kuantiti diminta?
a. Kuantiti diminta berkurang
b. Kuantiti diminta tidak berubah
c. Kuantiti diminta bertambah
d. Kuantiti diminta menjadi sifar
