NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsUEC 2024C
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Name
Class
Date
1.
"_________ harus mempertahankan negara agar mengelakkan penjajahan negara lain," kata Cikgu Lee kepada anak muridnya.
a)
Kami
b)
Kita
c)
Saya
d)
Patik
2.
_________ yang terkenal itu mengendalikan majlis perasmian dengan baik sekali.
a)
Jurutaip
b)
Jururawat
c)
Juruwang
d)
Juruacara
3.
Ibu sedang _________ dulang yang berisi minuman untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang ke rumah kami.
a)
menggalas
b)
menatang
c)
mengelek
d)
menjinjing
4.
Minyak masak yang berbau ___________ itu dibuang oleh ibu kerana tidak boleh digunakan lagi.
a)
hangit
b)
busuk
c)
tengik
d)
basi
5.
Kit Seong __________ motosikal bapa ke sekolah pada setiap pagi.
a)
membonceng
b)
memandu
c)
mengayuh
d)
menaik
6.
“________bawa alat solek dan senjata ke sekolah,” kata guru disiplin semasa berucap di perhimpunan sekolah pada minggu lepas.
a)
Jangan
b)
Harap
c)
Tolong
d)
Sila
7.
Kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan rakyat sesebuah negara akan membawa kegoyahan dan ___________ kepada rakyat.
a)
kejatuhan
b)
perpisahan
c)
keruntuhan
d)
perpecahan
8.
__________ membazirkan masa dalam permainan talian lebih baik saya membaca di rumah.
a)
Jika
b)
Dari
c)
Daripada
d)
Walaupun
9.
Kerajaan wajar memberikan ___________ seperti subsidi baja dan racun serangga serta alatan pertanian kepada petani.
a)
intensif
b)
inventif
c)
insentif
d)
inisiatif
10.
Baju Ali ___________ kerana terkena lumpur.
a)
cobak-cabik
b)
comot-momot
c)
serbah-serbih
d)
compang-camping
11.
Tukang masak itu menghiaskan hidangan masakannya dengan beberapa __________ tomato.
a)
utas
b)
buku
c)
hiris
d)
rumpun
12.
Pengalaman semasa menuntut di luar negara telah banyak meninggalkan kenangan kepadanya.
a)
campur aduk
b)
gagah perkasa
c)
pahit manis
d)
aman damai
13.
Penyesalan kakak Yati sudah terlambat ibarat __________ kerana tidak belajar dengan tekun sehingga dia gagal dalam peperiksaan.
a)
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
b)
air yang tenang jangan disangka tiada buaya
c)
geruh tak berbunyi, malang tak berbau
d)
berani kerana benar, takut kerana salah
14.
Antara ayat yang berikut, yang manakah bukan merupakan ayat seruan?
a)
Aduhai, malangnya nenek tua itu!
b)
Oh, rupa-rupanya kamu di sini!
c)
Cis, berani kamu tumbuk saya!
d)
Tolong ambil barang itu.
15.
Pilih ayat pasif yang salah.
a)
Surat daripada nenek itu telah dibalas oleh saya kelmarin.
b)
Pisau itu dibalingkan oleh Mohd. Safuan ke dinding.
c)
Tempat itu akan kamu lawati esok atau lusa?
d)
Novel yang tebal itu telah saya baca.
Reset
