NEW
Font size
WorksheetsULANG KAJI Kata Ganti Nama Diri Tahun 2
Total questions: 39
Worksheet time: 20mins
"Ibu, duit _______ hilang", kata Umair kepada ibunya.
kita
kami
saya
mereka
Darus dan Intan bersahabat karib. _______ tinggal sekampung.
Dia
Kita
Kami
Mereka
"Jika _______ ada masalah sila jumpa saya", kata Cikgu Sarah kepada saya.
mereka
kamu
kami
dia
Salmi murid tahun enam. _______ berazam untuk mencapai 5A dalam UPSR.
Dia
Kami
Awak
Saya
Bangunan baru itu telah dirasmikan oleh _______.
dia
kami
kamu
beliau
"Sebagai murid, _______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh", kata cikgu.
dia
kita
kamu
mereka
"Mari kita ikut _______ ke perpustakaan,” kata Siti kepada Nurul.
mereka
awak
saya
kami
"Boleh _______ tumpang bertanya?" kata Suri dan Muna kepada pemuda itu.
kamu
awak
kami
saya
"Jika ________ ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya", kata Ani kepada kawan-kawannya.
dia
awak
beliau
kalian
"Nah, ambil wang _______!" kata emak sambil menghulurkan wang kepada saya.
itu
ini
sini
situ
Ayah pergi ke Ipoh. Dia ada urusan di _______.
itu
sini
sana
mana
"Cuaca di _______ sungguh sejuk," kata Sabri sambil menahan kesejukan.
mana
sini
situ
ini
"Jangan berkelakuan _______, tidak elok", nasihat ibu kepada Zarina.
begitu
begini
itu
ini
Kalau tidak ada _______ masalah projek itu akan siap sebulan lagi.
apa-apa
bila-bila
mana-mana
siapa-siapa
Duduklah di _______ yang kau suka.
mana
siapa
siapa-siapa
mana-mana
Entah _______ yang disimpannya di dalam peti besi itu.
bila-bila
apa-apa
siapa-siapa
mana-mana
_______ pun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan peperiksaan.
Bila-bila
Apa-apa
Mana-mana
Siapa-siapa
Jemputlah ke rumah saya _______ encik ada masa lapang.
bila
siapa
bila-bila
siapa-siapa
"_______lah ucapan daripada Guru Besar," kata juruacara majlis.
Ini
Begini
Begitu
Demikian
"Ibu, duit adik hilang semasa ________ bermain seorang diri di taman permainan," kata Umi kepada ibunya.
beliau
kami
kita
dia
"Ali, suruh _______ datang ke sekolah petang ini untuk latihan sukan," kata Cikgu Maimun kepada saya.
kami
kamu
beliau
mereka
Encik Wan Omar bakal pemimpin di kampung kita. Oleh itu, kita perlu memberikan sokongan sepenuhnya kepada _______
ia
dia
beliau
mereka
"Sebagai tentera, _______ berikrar akan memperjuangkan tanah air sehingga titisan darah yang terakhir," kata askar-askar itu kepada pegawai mereka.
kita
kami
beliau
mereka
Kalau engkau tidak ada kerja marilah ikut _______ ke perpustakaan,” kata Siti dan Yusni kepada Nurul.
mereka
engkau
kalian
kami
Ibu, ini kawan-kawan lama saya. Bolehkah _______ menumpang tidur di rumah kita?
mereka
engkau
kalian
dia
Kalau ________izinkan sekarang juga patik akan melaksanakan tugas itu,”sembah ahli nujum kepada sultan.
tuan
tuanku
baginda
tuan hamba
Saya harap _______ dapat mempersembahkan permainan yang bermutu nanti,” kata jurulatih bola sepak itu kepada pemain-pemainnya.
mereka
kalian
kami
kita
Setelah sultan itu mangkat, maka takhta kerajaan negeri itu pun diserahkan kepada putera _______.
baginda
tuanku
beta
nya
"_______lah caranya membuat masakan gulai tempoyak cili api,” kata Puan Balkhis kepada pelajarnya.
Demikian
Begitu
Begini
Apa
_______kah gadis yang berbaju kurung hijau yang berjalan dengan awak, semalam?
Apa
Mana
Siapa
Mengapa
Pak Haji Daud bertindak _______ supaya anaknya tidak mengulangi kesalahan itu lagi.
begitu
begini
situ
sini
Saya berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan daripada pihak _______.
encik
puan
tuan
cik
Setelah seminggu balik dari Pulau Langkawi, _______ masih lagi terbayang-bayang akan suasana damai di sana.
dia
kami
saya
kalian
Ahmad, tolong ambilkan saya kamus yang terletak di atas meja _______.
sana
situ
ini
itu
Dulu Disman pengurus bank di bandar itu. Kini _______ dinaikkan pangkat sebagai pengurus besar di Kuala Lumpur.
mereka
beliau
kamu
dia
Jikalau begitulah titah _______, eloklah kita pergi siasat segera.
tuan hamba
baginda
patik
beta
Perjuangan _______ masih belum berakhir selagi wisel penamat belum dibunyikan oleh pengadil.
kita
kami
kalian
mereka
Saya dan murid-murid Tahun Enam Bestari merancang untuk mengadakan pertandingan bercerita. _______ telah menjemput beberapa orang guru sebagai pengadil.
Beliau
Kami
Saya
Kita
"_______ akan menentang pasukan lawan dengan bersungguh-sungguh", kata kapten pasukan bola sepak SK Sri Aman kepada semua pemain.
Dia
Kita
Kami
Mereka
