wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU - TATABAHASA TINGKATAN 1

Total questions: 40

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Setiap hari saya suka memasukkan baju-baju kotor ke dalam bakul khas.

a)

memasukan

b)

memasukkan

2.

Antara pelajar-pelajar yang datang ke sekolah itu ialah pelajar dari sekolah berhampiran.

a)

pelajar

b)

pelajar-pelajar

3.

Ibubapa dinasihatkan agar sentiasa memantau perlakuan anak-anak mereka.

a)

ibu bapa

b)

ibubapa

4.

Ibu tidak membenarkan saya menonton television sehingga lewat malam.

a)

television

b)

televisyen

5.

Semua pekerja di syarikat itu sentiasa berkerjasama tanpa memilih pangkat.

a)

bekerjasama

b)

berkerjasama

6.

Kadang-kala ibu memarahi kakak walaupun bukan kakak yang melakukan kesalahan.

a)

kadang kala

b)

kadang-kala

7.

____________ waktu cuti sekolah kamu dengan aktiviti yang berfaedah.

a)

Kosongkan

b)

Muatkan

c)

Penuhi

d)

Isikan

8.

Encik Salim mengeluarkan wang ___________ di dalam bank untuk membiayai rawatan anaknya.

a)

taruhan

b)

simpanan

c)

semakan

d)

tabungan

9.

_________ yang berkaitan demam denggi itu akan diadakan di dewan sekolah.

a)

Sajian

b)

Pamerkan

c)

Pameran

d)

Larangan

10.

Kerani itu sedang mencetak penyata gaji _________ Encik Majid.

a)

harian

b)

akhiran

c)

rumusan

d)

tahunan

11.

__________ kejayaan yang dicapai pelajar yang cacat penglihatan itu.

a)

Ikuti

b)

Contohi

c)

Kecapi

d)

Hargai

12.

Ujian Lisan diadakan untuk menguji ________ murid-murid dalam pengucapan lisan.

a)

kepintaran

b)

kemahiran

c)

kefasihan

d)

kecekapan

13.

Setiap pergerakan Carmila sering ________ oleh kawan-kawannya kerana sikapnya yang bersopan santun dan peramah.

a)

diperhatikan

b)

perhatian

c)

memerhatikan

d)

memerhati

14.

Restoran makanan laut itu terpaksa __________ kerana menangung hutang yang banyak.

a)

goyang kaki

b)

lankah bendul

c)

hutang darah

d)

gulung tikar

15.

Kami mendapat __________ daripada tuan rumah itu untuk melihat keadaan penduduk di kampung ini.

a)

hitam putih

b)

lalat hijau

c)

halwa telinga

d)

lampu hijau

16.
Kawan-kawannya tidak suka akan perangai Intan yang  __________ kerana dia selalu mengada-ngada.
a)
buruk makan
b)
banyak lemak
c)
hati batu
d)
lipas kudung
17.

Anak-anak Pak Shazwan _________ kerana rajin mengemas.

a)

berat tulang

b)

ringan tulang

c)

ringan mulut

d)

ayam tambatan

18.

Penduduk kampung menyambut kedatangan rombongan pelancong dari Korea itu dengan ___________ .

a)

bekas tangan

b)

tangan terbuka

c)

buah tangan

d)

panjang tangan

19.

Erieka jarang keluar pada waktu tengah hari. Oleh sebab itu, dia digelar _________ oleh rakan-rakannya.

a)

pisau cukur

b)

puteri lilin

c)

hidung tinggi

d)

bunga dedap

20.

Izzamie sangat _________ kerana tidak mahu mendengar nasihat daripada ayah dan ibunya.

a)

kepala angin

b)

kepala batu

c)

keras hati

d)

putih mata

21.

Nenek Ana suka ____________________ tikar untuk kegunaan di bilik tamu.

a)

menganyam

b)

membuat

c)

mengikat

d)

menyirat

22.

Nelayan itu ___________________ jala untuk menangkap ikan di laut dalam.

a)

menganyam

b)

membuat

c)

mengikat

d)

menyirat

23.

Budak yang nakal itu ______________________ burung di dusun Pak Lah.

a)

membuang

b)

melastik

c)

memukul

d)

membaling

24.

Pemuda itu biasanya ______________________ bola di padang pada petang hari Sabtu.

a)

membuang

b)

menyepak

c)

merejam

d)

melontar

25.

Pak Abu ___________________________ pokok yang tinggi itu di tepi jalan sehingga pendek.

a)

mengerat

b)

mencencang

c)

memangkas

d)

mencantas

26.

Kakak sedang _________________ sebiji bawang besar untuk dimasukkan ke dalam masakannya.

a)

mencencang

b)

memotong

c)

menghiris

d)

mencantas

27.

Ibu _________________________ daging itu sehingga lumat untuk dijadikan sajian malam.

a)

memotong

b)

mencencang

c)

mencantas

d)

mengergaji

28.

Pak Amin ___________________ daun-daun bonsai kegemarannya dengan teliti.

a)

membelah

b)

mencencang

c)

mengergaji

d)

mencantas

29.

Mak Cik Nancy _______________________ sup sayur di dapurnya dengan periuk.

a)

membakar

b)

merebus

c)

menggoreng

d)

mengukus

30.

Beberapa orang pengakap ________________________ air di atas unggun api.

a)

membakar

b)

memanggang

c)

menjerang

d)

menanak

31.

Kakak __________________ kuih pau sebagai sarapan.

a)

menanak

b)

menjerang

c)

mengukus

d)

merebus

32.

Emak _______________ikan talapia setelah minyak panas di dalam kuali.

a)

menggoreng

b)

memasak

c)

mengukus

d)

merebus

33.

Pengakap-pengakap ____________nasi menggunakan periuk di atas bara api.

a)

mengukus

b)

membakar

c)

memanggang

d)

menanak

34.

Pak Yusof ____________________________ seekor ayam di atas bara yang menggunakan arang.

a)

mengukus

b)

memanggang

c)

menjerang

d)

menggoreng

35.

Dia _____________ketupat daun kelapa di dalam sebuah periuk yang besar.

a)

memasak

b)

menggoreng

c)

mengukus

d)

merebus

36.

Tai Mei Li _______________________kek coklat di dalam ketuhar yang baru dibelinya.

a)

membakar

b)

memanggang

c)

mendidih

d)

menggoreng

37.

Chef Wan ____________bahan-bahan yang disediakan untuk memasak daging masak merah.

a)

menanak

b)

mengukus

c)

menggoreng

d)

menumis

38.

Cuaca Korea sangat sejuk sehingga menyebabkan tangan dan kaki Zhi Qian menjadi _______________.

a)

kaku

b)

beku

c)

kejur

d)

tegang

39.

Peniaga pasar malam itu tidak jujur kerana menjual ikan yang sudah ____________ dan tidak segar kepada pelanggan mereka.

a)

lembik

b)

lembut

c)

lemau

d)

gembur

40.

Adik mengutip duit syiling yang ____________ di atas lantai.

a)

tabur

b)

menabur

c)

bertabur

d)

bertaburan