Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji Sejarah UASA Ting 2

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Kerajaan Funan dibahagikan kepada tujuh buah wilayah.

Siapakah yang dilantik untuk mengetuai wilayah-wilayah tersebut?

a)

Putera raja

b)

Pembesar pusat

c)

Golongan agama

d)

Golongan tentera

2.

Maklumat di atas berkaitan dengan gelaran raja di kerajaan Alam Melayu.

Apakah kerajaan yang menggunakan gelaran tersebut?

a)

Kerajaan Angkor

b)

Kerajaan Majapahit

c)

Kerajaan Kedah Tua

d)

Kerajaan Gangga Nagara

3.

Pemerintah Melaka berasal drpd zuriat keturunan anak Raja Palembang. Bukti tersebut bersumberkan kepada__________

a)

Sulalatus Salatin

b)

Hikayat Hang Tuah

c)

Hikayat Raja-Raja Pasai

d)

Salasilah Raja-Raja Melayu

4.

Namakan pembesar Empat Lipatan dalam Kesultanan Melayu Melaka

a)

Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana

b)

Bendahara, Penghulu Bendahari, Hakim dan Laksamana

c)

Bendahara, Hakim, Temenggung dan Laksamana

d)

Bendahara, Syahbandar, Temenggung dan Laksamana

5.

Senaraikan peranan raja

a)

menjadi simbol perpaduan dan kemakmuran

b)

menjadi ketua polis dan penjara

c)

menjadi ketua angkatan tentera

d)

menjadi ketua hakim

6.

Kesultan Johor Riau menghadapi pelbagai cabaran untuk mempertahankan kedaultannya. Antara cabaran tersebut termasuklah persaingan Johor-Acheh- Portugis. Mengapakah Acheh menyerang Johor?

a)

Ingin merampas semula Melaka daripada Johor Riau

b)

Johor terlebih dahulu menyerang Acheh

c)

Perdagangan Acheh tergugat

d)

Ingin menguasai Johor Riau

7.

Bagaimanakah Kesultanan Johor dapat menamatkan ancaman Jambi yang menggugat kedaulatannya?

a)

Meminta bantuan daripada askar upahan Bugis

b)

Menjalankan pemerintahan yang cekap

c)

Menyerang dan menewaskan Jambi

d)

Membuat pakatan dengan Belanda

8.

Raja Kechil menyerang Johor pada tahun 1718. Mengapakah serangan tersebut berlaku?

a)

Mengalahkan Portugis

b)

Menguasai perdagangan

c)

Menuntut takhta kerajaan

d)

Merampas kuasa kerajaan

9.

Kepimpinan Kesultanan Johor Riau berjaya menghadapi cabaran yang mengugat kedaulatannya dengan menggunakan beberapa strategi. Antaranya ialah..

I Membina kota pertahanan

II Menjalinkan hubungan dengan Belanda

III Memperkenalkan sistem perundangan yang

mantap

IV Memperkenalkan sistem pembesar empat

lipatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Siapakah nama wakil yang mentadbir Pahang semasa Pahang masih belum ada sultan yang dilantik?

a)

A. Seri Bija Diraja

b)

B. Bendahara Tun Perak

c)

C. Laksamana Hang Kesturi

11.

Antara nama-nama di bawah, yang mana satu merupakan sultan Perak yang pertama?

a)

A. Sultan Mahmud Riayat Shah

b)

B. Sultan Muzaffar Shah

c)

C. Sultan Ahmad Shah

12.

Pusat pemerintahan Selangor yang pertama terletak di,

a)

A. Klang

b)

B. Kelang

c)

C. Kuala Selangor

13.

Kerajaan manakah pemerintah tertingginya menggunakan gelaran Raja?

a)

Negeri Sembilan

b)

Perlis

c)

Kedah

d)

Kelantan

14.

Apakah peranan Majlis Mesyuarat Negeri yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri?

a)

Melantik Menteri Besar negeri

b)

Ketua Agama Islam Negeri

c)

Membantu Raja atau Sultan mmerintah negeri dan rakyat

d)

Menyerahkan negeri atau kuasa kepada negeri lain

15.

Apakah tujuan penggubalan undang-undang dalam sistem pemerintahan sesebuah kerajaan? (Jawapan lebih daripada satu)

a)

Melancarkan pentadbiran negeri

b)

Memperluaskan kuasa Sultan

c)

Menjamin keadilan rakyat

d)

Memakmurkan negeri

16.

Hukum Maksiat di Kelantan telah ditulis pada abad ke-19. Antara kandungannya ialah

a)

Menyatakan hukuman kesalahan jenayah

b)

Mengharamkan tarian ulik mayang

c)

Mengharamkan perbuatan laga lembu dan persembahan menora

d)

Menguruskan zakat negeri

17.

Apakah peranan Bobohizan bagi kaum Kadazandusun dan Bobolian bagi kaum Murut?

a)

Menjaga keamanan kampung

b)

Ketua angkatan perang

c)

Mengurus harta pusaka

d)

Mengurus soal adat

18.

Siapakah yang bertanggungjawab melaksanakan tugas tersebut?

a)

Ketua Bebas

b)

Wakil Raja

c)

Orang Tua

d)

Bobolian

19.

Apakah faktor yang mempengaruhi kegiatan harian bagi masyarakat di Sarawak dan Sabah?

a)

Dasar pemerintah

b)

Bentuk muka bumi

c)

Permintaan pasaran

d)

Kepercayaan masyarakat

20.

Apakah peranan patung tersebut kepada kaum Iban?

a)

Pelindung masyarakat

b)

Lambang kepahlawanan

c)

Lambang status masyarakat

d)

Sumber pendapatan masyarakat